Teori 'Konspirasi Kes Liwat' Kini Makin Terserlah, Nama Rosmah Mansor Dan Mumtaz Jaafar Pula Di Dedahkan Oleh Saksi Terakhir Supt Jude Pereira !

KUALA LUMPUR [11 Mac] - Saksi terakhir perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira hari ini membuat kejutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila pada keterangannya mengakui beliau mengambil keterangan daripada Datin Seri Rosmah Mansor (foto) berhubung kejadian liwat itu. Sebelum ini, Anwar seringkali mendakwa terdapat konspirasi peringkat tertinggi untuk 'mengenakannya' pada perbicaraan kes liwat tersebut. Pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, dalam keterangannya bersetuju bahawa beliau berjumpa dengan Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri. Namun, Saiful menafikan pertemuan dengan Rosmah tetapi bersetuju bahawa dia berjumpa dengan Datuk Mumtaz Jaafar. Jude ketika menjawap soalan daripada peguambela utama, Karpal Singh bersetuju polis merakamkan beberapa kenyataan daripada beberapa individu selepas dakwaan kejadian liwat itu.


Dua wanita ini dipercayai telah ditemui oleh Saiful dan Jude Pereira
maka itu, peguam Anwar perlu memanggil mereka ke mahkamah

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.