
Biar pun
Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau telah berakhir hujung minggu lalu. Namun ada sesuatu yang perlu diperbetulkan sebenarnya. Ia berkaitan dengan kenyataan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang kononnya kesal dengan sikap penyokong parti politik yang mencetuskan provokasi hingga menyebabkan ketegangan di luar kawasan pusat mengundi. Baru-baru ini Timbalan Pengerusi SPR,
Datuk Wan Ahmad Wan Omar (foto) berkata tindakan berkenaan dikhuatiri akan menyebabkan pengundi berasa takut untuk keluar mengundi apabila melihat ketegangan yang dicetuskan penyokong parti yang kebanyakannya adalah orang luar.
“Sudah menjadi perangai penyokong parti yang masih lagi degil dan tidak mahu mengikut arahan pihak SPR dan polis agar tidak berkumpul beramai-ramai di luar pusat mengundi. “Tindakan provokasi dan perang mulut ini sebenarnya boleh menakut-nakutkan pengundi untuk keluar mengundi,” katanya. Beliau mengulas mengenai insiden pergaduhan kecil diluar pusat mengundi
Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau yang berlaku kira-kira pukul 8.55 pagi tadi. Pergaduhan berkenaan dipercayai berlaku akibat
provokasi penyokong PAS yang memasuki kawasan penyokong Barisan Nasional (BN) yang hanya dipisahkan dengan sebatang jalan. Persoalannya, maklumat mana yang dirujuk oleh Wan Ahmad Omar tentang insiden ini?. Beliau sepatutnya memanggil kedua-dua belah sebelum mengeluarkan apa jua kenyataan. Bukan hanya mendengar pandangan sebelah pihak sahaja. Krew kami yang berada dilokasi mendedahkan apa yang berlaku sebenarnya pada pagi kejadian. Kekecohan berpunca daripada sikap seorang pemimpin UMNO Pahang yang juga
Exco Kerajaan Negeri iaitu
Dato' Sharkar Shamsuddin yang sengaja lalu di kawasan penyokong PAS pada pagi itu.
Inilah dia pemimpin UMNO yang dipercayai terlibat dalam insiden itu

Jika dia tidak lalu di kawasan penyokong PAS nescaya tiada kekecohanBeliau dipercayai telah mengeluarkan satu kenyataan yang mengguriskan hati penyokong PAS yang berada disitu. Kononnya jangan berlaku kurang ajar kerana beliau adalah orang situ. Difahamkan pemimpin terbabit yang juga merupakan
ADUN Lanchang dipercayai cuba membuat provokasi terhadap penyokong PAS yang rata-rata anak muda dari luar. Sudah semestinya mereka tidak kenal siapa Dato' Sharkar itu sebenarnya. Maka timbulkan adengan yang tidak diingini berlaku pada hari kejadian. Maka dalam kes ini, siapakah yang cuba menjolok sarang tebuan sebenarnya dan siapa yang menimbulkan provokasi?. SPR jangan pandai menuding jari semata-mata dengan mangatakan penyokong PAS memasuki kawasan penyokong BN, sedangkan pemimpin BN itu sendiri yang sengaja memasuki kawasan PAS. Mungkin perkara ini dapat dielakkan jika beliau memberhentikan kenderaannya dan turun di kawasan yang menempatkan penyokong BN sendiri. Bukankah ini satu trick politik sebenarnya yang bertujuan untuk menjatuhkan imej parti PAS di mata rakyat sebenarnya!.
[Dalam keadaan masing-masing bersemangat ketika itu, maka sudah semestinya keadaan tidak dapat dielakkan berlaku. Malah, Dato' Sharkar sebagai seorang Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang dan Exco Kerajaan Negeri Pahang, tidak wajar bertindak membuat provokasi sebegitu rupa terhadap anak-anak muda. Beliau harus sedar kedudukannya sebelum mahu menunjukkan lagaknya kepada mereka. Masih kita ingat, adengan lucah yang dilakukan oleh MB Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob (foto) di Pilihan Raya Kecil DUN Sanggang satu ketika dulu. Kini, tingkah laku yang sama dilakukan pula oleh timbalannya. Ini membuktikan sememangnya ada sesetengah pemimpin UMNO itu sendiri memang ingin menonjolkan kehebatannya tidak bertempat. SPR juga perlu pastikan mana-mana pemimpin agar tidak melalui kawasan penyokong parti lawan bagi tidak menimbulkan situasi yang tidak baik selepas ini. Bukan hanya menyalahkan kononnya penyokong PAS bertindak ganas tanpa merujuk perkara sebenar yang berlaku. Buatlah siasatan terperinci dengan memanggil saksi-saksi tertentu sebelum keluarkan kenyataan itu!].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan