Ketua 'Pembangkang', Datuk Seri Anwar Ibrahim Nafi Tuduhan Dan Sifatkan PM Mahathir Sebagai Pendusta Dan Pembohong Besar Dalam Bukunya

KUALA LUMPUR [9 Mac] - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan kandungan buku Tun Dr Mahathir, A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyentuh dirinya dan menyifatkan bekas Perdana Menteri itu sebagai pendusta. Dalam emel yang dihantar kepada portal berita, Malaysia Insider, semalam, Anwar yang dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1998 mendakwa Dr Mahathir mengalami hilang ingatan (amnesia) yang selektif. "Dr Mahathir pembohong besar, (dengan) amnesia yang selektif,” kata Anwar bagi menjawab perkara yang ditulis Mahathir dalam buku berkenaan. Anwar berkata, dakwaan Dr Mahathir beliau dibekalkan dengan empat wanita untuk mengadakan hubungan seks pada 1998 bukan sesuatu yang baru dan secara konsisten sudah menjawab isu itu sebelum dipecat. “Saya telah menafikan dakwaan ini secara terbuka sejak 1997. Rujukan beliau kepada empat wanita, saya nafikan,” katanya. Anwar berkata, beliau tidak mengulas dakwaan berhubung aktiviti homoseksual kerana dari segi konteks yang sebenar beliau sudah pun menafikan dakwaan berkaitan hubungan seks membabitkan empat wanita. “Dalam konteks berkenaan, saya tidak menyebut mengenai (dakwaan) liwat,” katanya. Anwar berkata, keputusan Dr Mahathir untuk memecatnya bukan disebabkan isu moral, tetapi berhubung keputusannya supaya Price Waterhouse Coopers menyiasat penyelewengan Perwaja membabitkan Tan Sri Eric Chia.

[Sementara itu, isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, mendakwa Dr Mahathir sengaja melemparkan tuduhan liar terhadap Anwar untuk melariskan bukunya. “Percayalah, jika Anwar dibelit dengan isu moral, tidak mungkin Dr Mahathir menyimpan beliau selama 18 tahun dalam barisan penyokong politiknya. ‘Berita’ dan ‘bukti’ keterlanjuran Anwar, jika benar, sudah tentu sampai lebih awal kepada Dr Mahathir untuk diambil tindakan,” kata beliau dalam laman blog peribadinya. Nampaknya Anwar juga perlu terbitkan pula bukunya selepas ini bagi menjawab apa yang telah didedahkan oleh Mahathir. Jika tidak sudah pasti rakyat akan terus keliru dengan apa yang telah digambarkan oleh bekas Perdana Menteri itu. Nampaknya, Mahathir masih berdendam dengan Anwar sampai bila-bila agaknya. Inilah senario yang berlaku sebenarnya].

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.