
''Sekarang saya bebas. Setiap hari saya tidak perlu turun untuk berceramah. Saya tidak perlu memfitnah seperti yang dibawa oleh Machang (Saifuddin Nasution) di Dewan Rakyat semalam. Saya ada masa untuk buat teks," katanya. Sementara itu, ketika menjawab celahan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas), beliau berkata, penglibatannya di dalam arena politik bukan disebabkan jawatan. ''Sejak saya berada di dalam MIC dan kemudian keluar MIC sertai pula PKR bukan disebabkan jawatan. ''Saya ikhlas berjuang untuk rakyat dan saya tidak ada apa-apa niat. Saya juga pernah menjadi pekebun sayur di Cameron Highlands pada tahun 2004 sehingga Machang mengakui kehebatan saya usahakan kebun sayur," ujarnya.
[Sementara itu Gobalakrishnan juga sempat mendedahkan tindakan Saifuddin meninggalkan PKR pada satu masa dahulu kerana tidak dapat menerima kedudukan Azmin di sisi Anwar pada akhir ucapannya sebelum diminta duduk oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Dalam pada itu, beliau diberikan ucapan tahniah terutama daripada penyokong-penyokong kerajaan atas keputusannnya keluar PKR dan menjadi Ahli Parlimen Bebas bermula persidangan kali ini. Apa yang diperkatakan oleh beliau ini sedikit mencalarkan imej Anwar sebenarnya. Inilah kesilapan besar apabila Anwar rela mengambil Peguamnya R.Surendran menjadi Naib Presiden PKR. Sedangkan pemimpin hebat seperti Gobala tidak diberi ruang untuk berasa sebaris dengan kempimpinan PKR yang lain. Kami yakin, beliau keluar PKR atas prinsip yang ada dalam dirinya selepas melihat berbagai kepincangan berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat sebenarnya. Cuma, masa yang akan menentukan apakah dia boleh bertahan atau akan bersama Kerajaan UMNO BN dalam masa terdekat ini].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan