Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 8 Nov: Selepas Datuk Zaid Ibrahim, seorang lagi calon Timbalan Presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub dilapor sedang berkira-kira menarik diri. Bagaimanapun, beliau hanya akan berbuat demikian jika parti itu masih gagal menangani dakwaan kelemahan dan penyelewengan dalam pemilihan langsung PKR. "Saya tidak tolak kemungkinan menarik diri. Ia bergantung kepada jawapan terhadap memo saya berhubung rungutan akar umbi yang melihat sendiri kelemahan dan penyelewengan dalam pemilihan parti," katanya seperti dilapor Malaysiakini. Mustaffa juga turut mengulangi gesaannya supaya PKR menangguhkan proses pemilihan sehingga segala kepincangan dan kelemahan di atasi. Katanya, beliau akan menyerahkan memo kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Dr Molly Chia memberikan butiran terperinci seperti tarikh dan bentuk 'kepincangan' itu. Untuk penjelasan lanjut berhubung pendiriannya, Naib Presiden PKR itu dijangka mengadakan sidang media dalam masa terdekat. Hari ini juga, Zaid membuat kejutan apabila mengumumkan menarik diri bertanding jawatan timbalan presiden dan melepaskan semua jawatannya dalam PKR. Beliau yang juga Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan mendakwa sepanjang pemilihan PKR, kepimpinan parti itu secara aktif membiarkan salah laku dan penyelewengan berleluasa dengan tujuan mencapai objektif tertentu. Bagaimanapun menurut Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, status Zaid masih sah bertanding sehingga Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) membuat keputusan berhubung penarikan beliau. |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 8 Nov: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub mencadangkan kerajaan khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperbaiki sistem yang digunakan sekarang untuk mengenakan saman kepada pengguna jalan raya. Salahuddin ketika mencelah dalam perbahasan di Dewan Rakyat petang tadi berkata, saman ekor yang dikenakan PDRM bersifat tidak adil dan perlu dimansuhkan segera. Ini kerana katanya, terdapat banyak masalah yang timbul akibat saman yang dikenakan antaranya apabila bukan pemilik kenderaan itu sendiri yang menggunakannya ketika saman dikenakan. "Menteri tadi secara terbuka mengakui memang ada kesilapan di peringkat pelaksanaan seperti mesin manual yang digunakan, dan seumpamanya tetapi pengguna jalan raya tetap menerima saman. "Saya melihat saman ekor ini satu saman yang tidak adil. Apabila diberikan saman ini kepada mereka yang melakukan kesalahan itu secara umum, kadang-kadang bukan tuan kereta yang pandu. Orang pinjam kereta, tiba-tiba ada saman. Ini menimbulkan banyak masalah. "Adakah Yang Berhormat tidak boleh mempertimbangkan bahawa apa yang penting saman ekor itu dihapuskan, diperbaiki sistem itu," kata beliau yang juga Naib Presiden PAS. Sementara itu, Dr. Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) menegaskan, saman ekor bercanggah dengan perkara 13 Perlembagaan Persekutuan iaitu hak seseorang terhadap hartanya. "Saman ekor bertentangan dengan perkara 13 Perlembagaan Persekutuan iaitu hak terhadap harta. "Sekiranya seseorang itu disenarai hitamkan, dan Jabatan Pengangkutan Jalan enggan memperbaharui cukai jalan maka dia tidak boleh menggunakan keretanya. "Jadi tidakkah ini melanggar prinsip perlembagaan," katanya. |
Wartawan Kita |
KOTA BHARU, 8 Nov: Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan hari ini diberitahu Umno didakwa menganjur program tidak sihat di penempatan Orang Asal semasa kempen pilihan raya kecil Dun Galas baru-baru ini. Wakil kerajaan negeri mendedahkan program terbabit iaitu disko dan karaoke yang diadakan di penempatan terbabit. Sedangkan kata anggota Exco, Abdul Fattah Mahmood kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam cuba mendekatkan penduduk di penempatan terbabit dengan kefahaman agama. Malah satu sumber lain pula memberitahu ada pihak dipercayai didalangi Umno membawa minuman arak dan disaji kepada penduduk Orang Asal. “Kita membawa ustaz untuk mengajar mengenai agama kepada Orang Asal di penempatan mereka. Namun dalam masa yang sama Umno menganjurkan karaoke dan disko. ”Ini menggambarkan di satu ketika kerajaan bimbang gejala sosial begitu parah sekarang, dan dalam masa yang sama menganjur pula program menjurus kepada keruntuhan akhlak,” katanya menjawab soalan tambahan Wan Ahmad Lutfi Wan Sulaiman (PAS-Kemuning). Sepanjang kempen pilihan raya kecil Galas, enam daerah mengundi membabitkan penduduk Orang Asal iaitu Lojing, Sungai Ber, Belatim, Balar, Bihai dan Hau dikawal ketat agensi kerajaan pusat diketuai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Jabatan itu difahamkan turut dibantu pasukan tentera dan Rela serta beberapa agensi lain milik kerajaan pusat. Ketika menjawab soalan asal Abdul Halim Abdul Rahman (PAS-Chetok) Abdul Fattah berkata, kerajaan negeri telah menggubal beberapa enakmen bagi mengekang masalah sosial di negeri ini. Katanya, enakmen tersebut memberi kuasa bagi mencegah kegiatan maksiat berlaku di negeri ini. ”Ketika kerajaan negeri berusaha keras bagi menangani gejala maksiat, sebaliknya perdana menteri pula mencetus idea mewujudkan hub hiburan malam. ”Biar pun program itu dicadangkan dalam bajet yang dibentangkan perdana menteri bagi merangsang pertumbuhan ekonomi, namun kesan kepada keruntuhan gejala sosial akan menjadi lebih parah. ”Apa yang dcadangkan itu secara tidak langsung akan menghancurkan masa depan generasi muda yang bakal menjadi pemimpin pelapis pada masa depan,” katanya. Abdul Fattah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ihsan, Belia, Sukan dan NGO berharap Datuk Seri Najib Razak mengkaji balik cadangan tersebut kerana impak negatif lebih besar. Malah katanya, ramai pelajar Malaysia yang berada di luar negara menyatakan bantahan terhadap cadangan perdana menteri mewujudkan hub hiburan malam. |
|
|
DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.