Berita masalah individu islam di sarawak

Gara-gara tak dengar nasihat.

Puteri Umno kecewa tak dapat wang

Oleh Masdar Wahid (Emel penulis ini)




TAWAU : Seorang Puteri Umno di daerah ini melahirkan kekecewaanya apabila janji yang dibuat oleh ketuanya agar kos perjalanannya ke mesyuarat akan ditanggung, akhirnya terpaksa berputih mata apabila semua itu hanyalah janji kosong semata-mata.



Puteri Umno itu yang mendakwa telah menjadi ahli Umno sejak sayap Umno itu ditubuhkan berkata, beliau bersama-sama beberapa ahli Umno cawangan diminta hadir ke satu mesyuarat yang diadakan beberapa hari lalu.



“Saya bersama beberapa ahli termasuk Pemuda, Wanita dan Puteri Umno dari setiap cawangan diminta hadir bagi memastikan Umno di bahagian ini diklasifikasikan sebagai aktif sebelum hasil rekod mesyuarat dihantar ke pusat,” katanya kepada erapakatan.com



Menurutnya, sehingga selesai mesyuarat itu, beliau gagal mendapatkan wang yang dijanjikan dan akhirnya terpaksa pulang dengan wang poket sendiri.



Ditanya penglibatannya dalam pergerakan itu, beliau mengakui amat jarang hadir.



“Saya akui jarang hadir dalam mesyuarat dan program Umno tetapi apa yang saya kesalkan ialah kami ini orang miskin sepatutnya ketua kami sekurang-kurangnya memberikan kami perbelanjaan pengangkutan seperti mana yang dijanjikan.



Lagipun, mesyuarat itu bolehlah dikatakan sebagai lakonan semata-mata kerana ada beberapa cadangan yang dikemukakan dalam mesyuarat itu gagal ditunaikan sejak lima tahun lalu walaupun ia sekadar papan putih untuk para guru mendidik kanak-kanak di salah sebuah kampung di sini,” katanya.



Beliau turut memberitahu, rata-rata para ibu yang hadir misalnya tidak tahu apa yang diucapkan oleh ketua mereka dalam mesyuarat itu yang menyebut tentang perkara perpaduan, ekonomi negara sudah pulih dan perkara nasional.



“Bagi saya para ibu mahukan harga barang turun, gula sentiasa ada di kedai dan bukannya angka-angka dan istilah tertentu yang tidak difahami,” katanya yang mengakui bekerja di sektor swasta.



Difahamkan, Umno di seluruh negara kini sibuk menjalankan pemutihan ahli dan membuang seramai mungkin ahli parti itu yang tidak aktif.

Menteri sarawak masih lagi tak mengakui kemenangan pakatan rakyat melalui undi rakyat sibu yang jelas menolak kerajaan bn sarawak.

Projek yang menjadi tanda tanya banyak syarikat yang bertukar ganti memang banyak rahsia yang tersembunyi atas kegagalan empangan bakun ini .Jawapan yang diberikan oleh menteri sarawak tidak masuk akal.

Kalah Di Sibu, BN Balas Dendam

Oleh Roziyah Mahamad (Emel penulis ini)




KUALA LUMPUR : Timbalan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Herman Samsudeen mengutuk sikap yang ditunjukan oleh Barisan Nasional(BN) di Sarawak yang menggunakan kedudukan majoriti mereka dalam DUN Sarawak untuk mengahalang dua Adun Pakatan daripada menghadiri sidang DUN selama setahun.



Mereka mengunakan kuasa undi majoriti mereka untuk menghukum Ahli Parlimen Padungan (AP) Dominique Ng Kim Ho yang mewakili PKR dan AP Kota sentosa (DAP) Chong Chieng Jen.



"Dominique digantung kerana kononnya menghina Dewan dengan mengeluarkan kenyataan ‘Kanggaroo Court’ manakala Chieng Jen dikatakan membuat tuduhan liar terhadap Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Datuk Daud Abdul Rahman,"



"Kesemua ‘kesalahan’ dilakukan pada Mei tahun lepas tetapi mereka mengambil tempoh setahun untuk memberikan hukuman," kata Herman.



Beliau berkata, ketua Pembangkang Wong Ho Leng (DAP-Bukit Asek) yang juga AP Baru Sibu, juga pernah digantung oleh DUN Sarawak selama setahun dan tidak dibenarkan menghadiri sidang DUN pada tahun lepas kerana membangkitkan isu tanah dalam sidang DUN.



Bagi Herman, BN Sarawak mengunakan majoriti yang mereka ada bagi menghalang Adun Pakatan dari memasuki DUN dan apa yang mereka lakukan ini amat memalukan.



"Mereka tidak mampu berhujah dengan Adun Pakatan. Mereka kecewa besar selepas tewas di Sibu, dan hukuman mengantung dua Adun Pakatan mereka jadikan peluang untuk membalas dendam.



"Pasti rakyat akan lebih marah kepada BN selepas ini," tegas beliau.

Kuasa Rakyat Kuasa Keramat - Anwar Ibrahim

Oleh Roziyah Mahamad (Emel penulis ini)




KUALA LUMPUR : Kemenangan DAP dalam Pilihan Raya Kecil(PRK) Sibu telah membuktikan kepada semua yang kuasa rakyat merupakan kuasa keramat yang mampu mengubah segalanya.



"Sekali lagi anda perlihatkan kekuatan yang mengagumkan walau terpaksa berhadapan dengan jentera lawan yang dilengkapi wang ringgit serta dorongan aparat-aparat lainnya," kata Kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Beliau juga mengucapkan tahniah kepada seluruh rakyat Sibu yang memilih Wong Ho Leng sebagai Ahli Parlimen Sibu yang baru, menggantikan mendiang Robert Lau Hoi Chew.



"Syabas dan setinggi-tinggi penghargaan buat semua penggerak dan aktivis Pakatan Rakyat(PR).



"Ternyata keikhlasan, kecekalan dan kegigihan membuahkan hasil bermakna, malah memberi pengajaran berguna kepada PR untuk merenung erti semangat perjuangan yang selama ini menjadi pemangkin kepada Agenda Selamatkan Malaysia," tegas Anwar.



Semalam DAP berjaya merampas kerusi Sibu apabila menewaskan BN dengan mejoriti tipis 398 undi.



Calon DAP, Wong Ho Leng berjaya mendapat 18,845 undi lantas menewaskan calon BN, Lobert Lau Hui Yew yang memperolehi 18, 447 undi manakala calon bebas Narawi Haron dengan 232 undi. Undi rosak berjumlah 232 undi.



Keputusan tersebut diumumkan oleh pengerusi pilihan raya, Wong See Meng.



Hampir 70 peratus atau 37,919 orang pemilih telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan keluar membuang undi.



PRK Sibu ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Robert Lau Hoi Chew, yang juga timbalan menteri pengkutan yang meninggal pada 9 April lalu.

Malaysia Bakal ‘Muflis’ Pemimpin Berwibawa

Oleh Roziyah Mahamad (Emel penulis ini)




KUALA LUMPUR : Baru-baru ini empat mahasiswa UKM telah dikenakan tindakan di bawah Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) kerana dituduh melanggar undang-undang universiti.



Arahan itu telah dikeluarkan oleh pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) susulan setelah mereka ditangkap oleh pihak polis di Hulu Selangor ketika Pilihanraya kecil berlangsung di sana.



Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) telah membantah keras terhadap tindakan yang tidak bertanggungjawab dan bertentangan dengan norma demokrasi yang telah diamalkan di negara kita.



"Sebagai mahasiswa, mereka berhak berada di mana sahaja dan bebas untuk menyuarakan hak mereka.



"Tindakan yang dikeluarkan oleh pihak universiti itu jelas melanggar hak kebebasan bersuara di negara ini," kata Pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional(MPMN), Muhammad Syafiq kepada erapakatan.



Menurut beliau, pihak Universiti harus sedar mahasiswa ialah aset dan agen perubah kepada kepimpinan negara, ini dilihat sebagai salah satu latihan sebelum menceburkan diri selepas keluar dari menara gading kelak.



Bagi Syafiq, jika mahasiswa disekat pemikiran dan perjuangan mereka, sudah pasti negara akan lumpuh dan ‘muflis’ kepimpinan yang berwibawa suatu hari nanti.



"Mereka tertuduh juga merupakan mahasiswa jurusan Sains Politik dan semestinya mereka perlu turun kelapangan untuk menyaksikan sendiri suasana politik Malaysia lagi-lagi ketika pilihanraya sedang berlangsung.



"Ini ialah salah satu praktikal dan latihan bagi mereka selaku mahasiswa jurusan Sains Politik," kata beliau lagi.



Syafiq yang mewakili MPMN mempersoalkan mengapa pihak universiti perlu mengenakan tindakan tersebut?



Bagi beliau hal ini jelas pihak pentadbiran Universiti menafikan hak kebebasan akademik.

Sehubungan itu, MPMN menggesa pihak Universiti menarik balik tindakan yang telah dikenakan ke atas mereka dan memuji tindakan mahasiswa yang mempraktikkan hak demokrasi.



MPMN juga akan terus memperjuangkan kes tersebut dengan segenap rupa dan cara untuk membela dan memperjuangkan hak mereka.



"Pihak universiti jangan cuba untuk memperbodoh dan menakut-nakutkan mahasiswa dengan tindakan yang telah dikeluarkan.



Pihak Universiti seharusnya bertindak lebih profesional dalam kes ini.



Tertuduh ialah Hilman Idham, Ismail Aminudin, Azlin Shafina adzha dan Woon King Chai.

Mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Universiti pada 2 dan 3 Jun 2010. pihak MPMN mengharapkan dan menyeru kepada gerakan-gerakan kampus, NGO, ahli politik dan indvidu agar terus membela dan memperjuangkan mahasiswa yang jelas telah dicabuli hak mereka oleh pihak Universiti.

Bukti yang jelas rakyat telah diperintah selama 52 tahun oleh umno bn tetapi masih lagi membuat rayuan terhadap sesuatu permintaan contoh yang besar adalah bonus harus dibuat rayuan berkali-kali ke!!!!

Kekecewaan bn sarawak terhadap kekalahan prk-sibu terserlah apabila membuat sesuatu tindakan yang tidak bermaruah kepada wakil rakyat dap.

Bn sarawak masih menafikan mereka rasuah walaubagaimanapun ada satu jalan saja untuk membuktikan kesahihan ini melalui pru-13 dan dun sarawak untuk mengeluarkan segala penyelewengan dan kerahsiaan melalui parlimen,sprm,dan sebagai supaya semua kebenaran dapat di buktikan.

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.