Puteri Umno kecewa tak dapat wang

Oleh Masdar Wahid (Emel penulis ini)




TAWAU : Seorang Puteri Umno di daerah ini melahirkan kekecewaanya apabila janji yang dibuat oleh ketuanya agar kos perjalanannya ke mesyuarat akan ditanggung, akhirnya terpaksa berputih mata apabila semua itu hanyalah janji kosong semata-mata.



Puteri Umno itu yang mendakwa telah menjadi ahli Umno sejak sayap Umno itu ditubuhkan berkata, beliau bersama-sama beberapa ahli Umno cawangan diminta hadir ke satu mesyuarat yang diadakan beberapa hari lalu.



“Saya bersama beberapa ahli termasuk Pemuda, Wanita dan Puteri Umno dari setiap cawangan diminta hadir bagi memastikan Umno di bahagian ini diklasifikasikan sebagai aktif sebelum hasil rekod mesyuarat dihantar ke pusat,” katanya kepada erapakatan.com



Menurutnya, sehingga selesai mesyuarat itu, beliau gagal mendapatkan wang yang dijanjikan dan akhirnya terpaksa pulang dengan wang poket sendiri.



Ditanya penglibatannya dalam pergerakan itu, beliau mengakui amat jarang hadir.



“Saya akui jarang hadir dalam mesyuarat dan program Umno tetapi apa yang saya kesalkan ialah kami ini orang miskin sepatutnya ketua kami sekurang-kurangnya memberikan kami perbelanjaan pengangkutan seperti mana yang dijanjikan.



Lagipun, mesyuarat itu bolehlah dikatakan sebagai lakonan semata-mata kerana ada beberapa cadangan yang dikemukakan dalam mesyuarat itu gagal ditunaikan sejak lima tahun lalu walaupun ia sekadar papan putih untuk para guru mendidik kanak-kanak di salah sebuah kampung di sini,” katanya.



Beliau turut memberitahu, rata-rata para ibu yang hadir misalnya tidak tahu apa yang diucapkan oleh ketua mereka dalam mesyuarat itu yang menyebut tentang perkara perpaduan, ekonomi negara sudah pulih dan perkara nasional.



“Bagi saya para ibu mahukan harga barang turun, gula sentiasa ada di kedai dan bukannya angka-angka dan istilah tertentu yang tidak difahami,” katanya yang mengakui bekerja di sektor swasta.



Difahamkan, Umno di seluruh negara kini sibuk menjalankan pemutihan ahli dan membuang seramai mungkin ahli parti itu yang tidak aktif.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.