Tanggal 11 Mei, hari malang buat Umno, buat Najib Tun Razak, buat Zamry Abdul Kadir

TARIKH 11 Mei 2009 akan terus diingati oleh kesemua ahli Umno sebagai hari yang malang bagi parti tersebut. Hari yang sepatutnya mengembirakan bagi mereka menjadi hari menyedihkan bagi pemimpin dan ahli Umno, tulis Irwan Muhamad Zain mengulas saat-manis sambutan 63 tahun Umno yang berakhir dengan rasa sedih tidak terhingga bile keputusan Mahkamah Tinggi putuskan Dato' Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah di Perak.

Setiap tahun pada tarikh 11 Mei, ahli Umno akan merayakan ulang tahun parti tersebut. Pemimpin Umno akan penuh bangga akan berucap atau membuat kenyataan sebagai merayakan ulangtahun parti itu.


Namun kali ini, ketika ulang tahun ke 63, Umno menyambut ulang tahun mereka dengan menerima berita sedih bila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar sah Perak.

Dalam penghakimannya, Hakim Dato' Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang Menteri Besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun), seperti kes Stephen Kalong Ningkan. Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.

Permohonan peguam Menteri Besar haram, Dato' Dr Zambry Abdul Kadir, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah. Abdul Aziz memutuskan Mohamad Nizar masih Menteri Besar kerana tidak pernah meletak jawatan.

Dalam kertas penghakiman yang dibacakan lebih satu jam bermula pukul 2.30 petang 11 Mei lalu, Abdul Aziz berkata, satu-satunya cara untuk melucutkan jawatan Nizar sebagai Menteri Besar adalah melalui keputusan undi tidak percaya dalam sidang Dun.

Dua hari sebelum Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan demikian, Zambry dan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak membuat kenyataan dengan menyalahkan Pakatan Rakyat bila krisis politik di Perak masih tidak dapat diselesaikan.

Keduanya tanpa rasa malu, mengeluarkan kenyataan yang disiarkan oleh media arus perdana seolah-olah segala yang berlaku di Perak disebabkan oleh perancangan Pakatan Rakyat.

Keduanya lupa, krisis politik di Perak tidak akan berlaku jika Umno-BN tidak tamak kuasa dan menghormati pilihan yang telah dibuat oleh rakyat Perak dalam Pilihan Raya Umum 8 Mac 2008.

Namun kerana suara rakyat tidak penting bagi Umno-BN, maka suara mereka diketepikan. Yang penting bagi mereka Februari lalu -ketika merampas kerajaan Peraka dari Pakatan Rakyat- bukan suara rakyat tetapi suara kroni-kroni mereka yang melihat banyak hasil dari Perak yang boleh mereka rompak.

Jika Umno-BN tidak tamak dan menghormati kuasa rakyat, kejadian pada 7 Mei lalu tidak akan berlaku. Sidang Dun pada hari tersebut akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang aksi yang mengalahkan penghuni Zoo Taiping.

Najib dan Zambry dalam kenyataan mereka selepas sidang Dun itu menyalahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat dan menganggap mereka semua tidak menghormati dewan yang mulia itu.

Yang tidak menghormati dewan yang mulia itu bukan Adun Pakatan rakyat sebaliknya Adun BN yang telag membelakangkan kemulian dewan tersebut.

Ketika sudang Dun pada hari itu, tidak seorang pun Adun Pakatan Rakyat yang membuat usul supaya speaker dewan ditukar. Usul tersebut dibawa oleh Adun Pakatan Rakyat yang mana tindakan mereka itu jelas tidak menghormati perlembagaan Perak.

Mengikut perlembagaan Perak, speaker Dun tidak boleh ditukar atau dipecat kecuali bila Dun dibubarkan. Tetapi kerana sikap angkuh Umno-BN, mereka tidak langsung menghormati undang-undang dan melantik speaker baru pilihan mereka.

lebih menyedihkan bila speaker, V.Sivakumar telah ditarik keluar secara kasar oleh anggota polis yang berpakaian pegawai dewan.

Sivakumar dilucutkan jawatan bila timbalan Speaker, Hee Yit Foong mengambil alih sidang dengan alasan keadaan yang tidak terkawal menyebabkan beliau layak untuk mengetuai persidangan.

Adun Jelapang itu yang turut sama melompat parti bersama Adun Behrang dan Changkat Jering meluluskan usul memecat Sivakumar dan melantik R Ganesan.

Kembali ke tahun 2008, ketika Pakatan Rakyat memutuskan untuk melantik Sivakumar sebagai speaker, Umno-BN mempertikaikan keputusan tersebut dengan alasan jawatan tersebut tidak pernah diserahkan kepada bukan Melayu.

Isu perkauman dimainkan oleh Umno-BN untuk mengaburi mata rakyat tetapi bila mereka secara haram merampas Perak dan dengan cara yang sama melantik speaker baru, tidak timbul pula isu bukan Melayu memegang jawatan tersebut.

Jelas Umno-BN memainkan isu perkauman semata-mata untuk kepentingan politik mereka. Soal Melayu atau bukan Melayu tidak timbul untuk memegang jawatan tersebut.

Sejak bermulanya krisis politik di Perak, Pakatan Rakyat sudah mencadangkan agar Dun Perak dibubarkan bagi membolehkan rakyat menentukan sendiri kerajaan mana pilihan mereka. Bagi pemimpin Pakatan Rakyat, jika Dun Perak dibubarkan, mereka akan menerima apa saja keputusan yang dibuat oleh rakyat kerana mereka sedar hanya rakyat yang berhak untuk menentukan kerajaan mana yang layak untuk mentadbir neger itu.

Namun bagi Umno-BN, suara rakyat amat mereka takuti sejak Pilihan Raya Umum ke 12 lalu. Keputusan Pilihan Raya Umum itu jelas membuktikan rakyat mula menolak Umno-BN. Di tambah pula selepas 8 Mac. lima Pilihan Raya Kecil diadakan dimana empat di semenanjung dan satu di Sarawak.

Empat Pilihan Raya Kecil di semenanjung itu, Umno-BN tewas kesemuanya bermula di Permatang Pauh dan diakhiri di dua buah bukit iaitu Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Kekalahan demi kekalahan yang membuatkan Umno-BN kecut perut dan tidak mahu membubarkan Dun Perak kerana mereka tahu jika dibubarkan Dun Perak, Umno-BN akan mengalami kekalahan yang lebih teruk.

Ketakutan Umno-BN kepada suara rakyat juga menyebabkan hingga ke hari artikel ini ditulis, Umno-BN masih belum membuat keputusan untuk bertanding atau tidak dalam Pilihan Raya Kecil Dun Penanti.

Jelas Umno-BN kini ibarat sebuah kapal yang hampir tenggelam. Dan yang akan menenggelamkan kapal tersebut adalah rakyat Malaysia yang sudah muak dengan pemerintahan Umno-BN yang ternyata lebih mementingkan kroni berbanding rakyat.

Hakim Abdul Aziz membuat keputusan berani dengan tidak memihak kepada BN. Jarang sekali hakim akan membuat keputusan yang tidak memihak kepada BN.

Setidak-tidaknya keputusan Abdul Aziz itu membuktikan masih ada hakim yang berintegriti dan layak berada pada tempatnya. Ketika sistem kehakiman semakin diragui, Abdul Aziz sekurang-kurang tidak terus membuatkan badan kehakiman terus dicemuh rakyat.

Sambutan ulang tahun 63 Umno disambut dalam keadaan yang kurang ceria. Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur merupakan hadiah yang paling 'bermakna' buat Umno. Keputusan itu memberikan tamparan kepada mereka dan signal bahawa hari-hari akhir Umno-BN hampir tiba.

sumber: detikdaily.net

Bir Halal agenda One Malaysia ?


Oleh Ust Nasaruddin Tantawi
Kita dikejutkan dengan ura - ura bakal dibina Kilang Bir halal [ tanpa alkohol ] di negara kita . Mungkin sekilas pandang ianya seperti usaha kreatif dan menjadi alternatif yang baik bagi menangani kebanjiran minuman beralkohol mutaakhir ini .


Namun kita mesti sedar bahawa istilah bir halal ini sangat mengelirukan . Bir adalah popular sebagai minuman beralkohol dan memabukkan . kenapa tidak sahaja menggunakan istilah atau jenama lain tanpa menggunakan istilah yang sama dengan minuman yang memabukkan itu .


Mungkin juga ini adalah pendekatan pihak tertentu yang berniat tidak baik terhadap ummat Islam lantas sengaja menimbulkan keraguan kepada ummat Islam dengan istilah bir halal .
Saya percaya ummat Islam sangat tidak senang dengan istilah ini dan mereka seperti mahu menggambarkan ummat Islam sangat menggemari minuman bir ini sehingga dihasilkan bir yang halal .

Istilah sebegini samalah pedih jika mereka kata Malaysia akan hasilkan arak yang halal , riba yang halal , rasuah yang halal dan sedikit masa lagi tidak mustahil mereka akan hasilkan daging babi yang halal untuk Malaysia .

One Malaysia ni belum ada menu yang jelas ke untuk membezakan antara yang halal dan haram ? Dr Mashitah dan Kol. Jamil Khir sekarang apa khabar ?

p/s : Ustaz Halim Nasir kata : " Jangan kata bir halal , Menteri Besar haram pun mereka boleh buat jadi halal . apa nak jadi UBN nih ."

Akhlak remaja penanda aras pembangunan bangsa, negara

ISU gejala sosial sudah sering dibahaskan cendekiawan dulu dan mereka secara umumnya berpendapat ia satu fakta sosial yang menyerlahkan warna, rupa, bentuk dan jati diri masyarakat itu dengan sendirinya.

Selain itu, ia juga dianggap sebagai sifat yang mewakili atau contoh untuk memahami keadaan masyarakat yang berada suatu masa tertentu. Hakikatnya, sejarah penularan gejala sosial sudah melewati setiap ruang dan waktu setiap zaman.


Dalam era globalisasi dan dunia tanpa sempadan kini, gejala sosial semakin berleluasa dalam masyarakat negara apabila semakin banyaknya kes dilaporkan akhbar arus perdana dewasa ini.

Lebih-lebih lagi, kemajuan dan kesejahteraan sesebuah negara banyak bergantung kepada kestabilan institusi masyarakat yang tidak terencat dengan masalah atau krisis sosial. Oleh itu, permasalahan sosial yang semakin meruncing sewajarnya menjadi topik utama pihak berwajib dalam merencana tindakan segera dan susulan bagi mengatasi gejala itu.

Dalam konteks pengajian ilmu sosiologi, isu sosial bolehlah ditakrifkan sebagai persoalan atau perkara menjadi bahan perbincangan orang ramai. Di samping itu, ia juga mengenai fenomena masyarakat bermasalah yang timbul daripada masyarakat atau sesuatu yang menimpa masyarakat suatu masa dan tempat.

Namun, sebahagian besar masyarakat negara ini sudah membataskan atau menyempitkan pengertian dan skop gejala sosial. Apabila disebut gejala sosial atau masalah sosial, maka ia secara langsung membabitkan golongan remaja.

Padahal, gejala sosial dari sudut konsepnya adalah ungkapan yang luas maknanya sama ada dipandang dari segi makro mahupun mikro. Yang bersifat makro seperti kemiskinan, rasuah, perkauman, penindasan pekerja dan pemusnahan alam sekitar.

Sementara yang bersifat mikro seperti bunuh diri, salah guna dadah, buang bayi, bohsia, lepak, persundalan, pecah amanah, pecah rumah, perceraian, keganasan rumah tangga dan penderaan anak.

Selain itu, skop gejala sosial dari sudut empirikal bukan hanya membabitkan remaja atau muda mudi saja. Malah, ia juga turut membabitkan semua lapisan manusia sama ada secara berkelompok atau individu tanpa mengambil kira had umur, jantina, kelas, taraf, kaum dan kasta.

Ringkasnya, konsep gejala sosial berkait rapat dengan faktor perbezaan sosial, wujudnya jurang atau jarak komunikasi sosial dan keadaan masyarakat yang bercelaru atau tidak terurus. Namun, semua faktor itu berupaya memberi impak negatif secara langsung kepada pembinaan insan dan pembangunan ummah dalam sesebuah negara.

Berdasarkan fenomena gejala sosial yang berlaku secara meluas dewasa ini, dapatlah disimpulkan antara punca menyebabkan indeks gejala sosial semakin melonjak adalah disebabkan institusi keluarga yang pincang, cetek pendidikan agama, pembangunan tidak seimbang, pengaruh media massa dan rakan sebaya.

Pengaruh ibu bapa penting dalam mendidik dan mengasuh anak mengenal erti kehidupan penuh mencabar. Namun, fenomena ibu bapa bekerja sepanjang hari sedikit sebanyak menyebabkan wujudnya perubahan sosial.

Kebanyakan ibu bapa terlalu mementingkan pekerjaan, mengejar kekayaan dan menimbunkan harta daripada memberikan perhatian sewajarnya kepada anak menyebabkan mereka rasa terbiar tanpa kasih sayang serta penjagaan sempurna.

Akibatnya, mereka mula mencari alternatif dengan bercampur rakan sebaya yang bermasalah dan akhirnya menimbulkan gejala sosial di kalangan anak.

Pendidikan agama penting dalam membentuk sifat mulia dan moral terpuji dalam lingkungan masyarakat umum. Tanpa didikan agama, manusia seolah-olah tidak memiliki matlamat hidup yang jelas dan tidak berasa takut untuk melakukan sesuatu perkara biarpun bercanggah dengan agama.

Dalam satu segi lain, dasar pendidikan negara yang lebih cenderung kepada pendidikan sains dan teknologi sesuai dengan peredaran zaman tanpa memberi penekanan kepada pendidikan agama sebagai perisai konkrit untuk berdepan dengan cabaran semasa. Tanpa pendidikan agama, pelajar tidak mampu mengharungi gelombang hidup.

Faktor pembangunan tidak seimbang dilaksanakan kerajaan juga dikenal pasti antara punca mencetuskan gejala tidak sihat ini. Biarpun pada hakikatnya, pembangunan negara sudah mencapai kemajuan pesat dalam pelbagai aspek kehidupan, namun ia tidak menjamin kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.

Perkembangan teknologi semakin canggih sehingga segala maklumat tersebar di seluruh dunia dapat diperoleh dan disebarkan tanpa sempadan dalam masa yang singkat. Tanpa pegangan kukuh, manusia akan menjadi lemas ditenggelami banjir budaya besar yang dominan ini.

Rakan sebaya mempunyai pengaruh yang banyak terhadap sebarang tindakan dan perlakuan anak muda kerana mereka menghabiskan lebih banyak masa bersama rakan berbanding dengan ibu bapa.

Rakan sebaya mendedahkan mereka kepada dunia baru lagi asing dan akhirnya mengubah sedikit demi sedikit perkembangan sosial serta psikologinya.

Remaja adalah aset penting kepada kelangsungan pembangunan bangsa dan negara. Jika baik remaja, maka baik dan majulah negara. Sebaliknya, jika buruk akhlak remaja, maka akan punah dan hancurlah negara.

Oleh itu, isu gejala sosial anak muda sewajarnya diberi perhatian serius dan menuntut perhatian serta rasa tanggungjawab semua pihak bermula ibu bapa, guru, masyarakat dan seterusnya pihak kerajaan dalam menangani krisis sosial yang semakin meruncing ini.

Justeru, agenda drastik dan susulan hendaklah disusun dengan lebih berkesan dan menyeluruh dalam usaha pihak kerajaan menjana kembali kekuatan bangsa serta keutuhan ummah.

sumber: detikdaily.net

DAP Terengganu terus prihatin..

hari ini,dap terengganu dari cawangan Sungai Tong dengan kerjasama dap cawangan kuala terengganu telah memberikan sumbangan berupa beras dan gula kepada pemandu beca bertempat berhadapan komplek menbeli belah astaka .

program yang dianjurkan oleh setiausaha dap langkap,En.Mohd Nasir Zainal serta dengan kerjasama pengerusi dap terengganu En.Ng Chai Hing dilaksanakan dengan jayanya.mereka juga mendapat bantuan dari seorang penguasa kedai di sana.


kira kira 20 orang pemandu beca yang menerima bantuan tersebut.

Dap terengganu bukan parti kaya,dengan bajet yang sederhana melalui wang peribadi En.nasir dan En.Ng Chai Hing,jadi program ini dapat dilaksanakan dengan ringkas sahaja.

.........
keraspedal nak komen skit..
biarlah ringkas pun, asalkan ada juga yang dapat manfaat,di bawah bn,dengan wang royalti minyak berjuta juta ringgit,dicurahkan untuk 'benda' lain,rakyat dibiarkan terkapai kapai.kais pagi makan pagi kais petangm akan petang.

kebetulan gua juga ada di sana,gua tertarik dengan satu beca ni lah..nama tuan empunya beca tak perlula gua sebut,cuma gua nak sebut apa yang tertulis pada beca tu..
"antara yang pernah menaiki beca ini adalah abdullah ahmad badawi,najib,muhyidin...dan ramai lagi pemimpin umNo."
gua pikir kuat juga pak cik ni sokong umNo,kalau lah dia berfikir sikit tentang apa yang menimpa dirinya sekarang,pasti dah lama sokong dap..

gua tabik dap terengganu,moga En.Ng Chai Hing tercalon sebagai calon pakatan rakyat pada pilihan raya ke 13 nanti bagi terus memberi bantuan kepada yang memerlukan.beliau seorang yang pemurah serta senang didekati..

http://keraspedal.blogspot.com/

PM Rakyat @ PM Takut Rakyat !!

Melihatkan akan ucapan Dato' Seri Najib Razak semalam di Putrajaya, boleh dikategorikan ucapan paling meloyakan dan memualkan. Juga boleh dimasukkan dalam Guinness World Book of Records kategori perkara-perkara yang paling meloyakan dan memualkan.

Beliau mahu dikenali sebagai 'Perdana Menteri Rakyat' yang mesra rakyat dan memahami kehendak rakyat. Beliau juga berkata, "saya sentiasa bersama-sama dengan rakyat', beliau juga menegaskan tidak sepatutnya wujud tanggapan bahawa beliau adalah anak golongan bengsawan.


Dalam ucapan tersebut, beliau juga menegaskan "kita mesti lihat kepada hala tuju negara, kita mesti faham, mesti merasai denyutan nadi rakyat, nadi negara, kuasa rakyat, kita mesti merasainya," katanya ketika menyampaikan ucapan pada majlis perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam di Pusat Konvokesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam.

Jikalau seseorang yang berfikiran waras pasti akan berkata Dato' Seri Najib Razak ini dalam khayalan semasa memberi ucapan tersebut. Bagaimana boleh beliau membuat ungkapan ingin menjadi 'Perdana Menteri Rakyat' sedangkan tindakan beliau menggambarkan sebaliknya. Merujuk krisis di Perak, kesemua tindakan beliau membelakangi hak rakyat keseluruhannya. Merampas kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara rakus dan membelakangi undang-undang. Tidakkah beliau merasai denyutan nadi rakyat negeri Perak yang inginkan pembubaran DUN dan diadakan pilihanraya bagi menyelesaikan krisis tersebut? Adakah terlau susah untuk memahaminya?

Beliau sebenarnya ingin bersandiwara dengan kata-kata manis beliau supaya rakyat terus ditipu. Sekiranya itu yang beliau inginkan, ternyata kenyataan tersebut memakan diri sendiri ibarat "boomerang". Rakyat akan pasti dan terus menghukum UMNO BN walau apapun ancamannya. Ternyata ucapan beliau tidak selari dengan tindakan beliau, sebenarnya segala tindakan beliau menggambarkan Perdana Menteri yang takutkan suara rakyat. Seboleh-bolehnya beliau ingin menyekat suara rakyat daripada terus berkumandang dan bergema untuk menuntut keadilan.

http://addin77.blogspot.com

This Monday make me crazy or...?

"Adakah isnin yg bakal menjelma minggu hadapan akan membuatkan Adun Pangkor "meroyan" diserata Pulau Pangkor kerana dilucutkan jawatan MB dan seterusnya DUN dibubarkan dan akhirnya "kematian karier politik"Adun Pangkor apabila tidak akan tercalon lagi sebagai wakil BN utk DUN Pulau Pangkor didlm pilihanraya yg baru negeri Perak..."

Ini kerana DUN Negeri Perak akan dibubarkan dan tiada undi tidak percaya utk YB Nizar...


Mengapa saya berkata begitu..ini kerana melihat dr perkembangan terbaru yg berlaku akhir-akhir ini selepas permohonan YB Nizar untuk mengetepikan perintah Mahkamah Rayuan yang menangguhkan pelaksanaan pengisytiharan Mahkamah Tinggi bahawa YB Nizar adalah menteri besar Perak yang sah.

Sebab-sebabnya ialah..

1) Suhakam..Ku li sudah "berbunyi" mahukan kemelut politik di negeri Perak ditamatkan melalui pembubaran DUN dan seterusnya pilihanraya baru akan diadakan..

2) Gerakan Pulau Pinang juga "bebunyi" agar Adun Pangkor membubarkan DUN setelah mendapat tahu bahawa Najib menyerahkan keputusan samada permohonan utk bubar DUN atau permohonan Undi tidak percaya kepada YB Nizar akan diputuskan sendiri oleh Adun Pangkor..

3) Najib sekali lagi mengulangi BN tidak gentar utk menghadapi pilihanraya baru di negeri Perak jika pembubaran DUN berjaya .

Dari 3 sebab ini dapat disimpulkan bahawa Isnin ini 18/05/09 merupakan tarikh penamat karier politik Adun Pangkor...
Najib,UMNO/BN sendiri sudah dapat merasai bahawa peguam-peguam Adun Pangkor akan "tersungkur" buat kali kedua ditangan peguam-peguam YB Nizar..

Sesungguhnya Isnin ini dinanti utk memberi "ong" utk YB Nizar.....
httP://apadianie.blogspot.com
This Monday Make Me Crazy or....?

Rayuan paling cepat?

"Tidak sampai 24 jam pengumuman hakim mengenai Ir Nizar sebagai MB Perak yang sah Umno BN telah mengemukakan rayuan terhadap pengesahan itu. Ini menampakkan Umno tidak sanggup menerima hakikat bahawa Pakatan Rakyat berada dilandasan yang betul.

Umno terpaksa berdepan rasa malu terhadap rakyat Malaysia lantaran sikap mereka yang rakus itu lantas cuba menutupi kelemahan. Umno telah membuat rayuan keputusan perlantikan Ir Nizar sebagai MB Perak, tidak sampai 4 jam mahkamah telah menerima rayuan itu dan menetapkan 18 Mei 2009 untuk menentukan keputusan.

Zambry tersenyum kembali mendapat berita itu lantas terus bersuara kepada Nizar supaya mengosongkan pejabat MB walhal semua sedar Zambry hanyalah MB sementara menjelang 18 Mei.


Senyum Zambry kembali tawar apabila komponen BN dari MCA,Parti Gerakan, Suhakam mendesak agar Zambry membubarkan DUN. Pimpinan Umno agak terkejut dengan situasi ini maka bertambah malu lah Umno bila ada diantara mereka membuat desakan ini.


Umno tidak sanggup kehilangan Perak sebab itu Zambry dan Umno takut berdepan dengan kekalahan. Sedangkan Penanti Umno tergagap inikan pula seluruh Perak. Umno masih berfikiran primitif dan tidak profesional, mereka sedar sudah kehilangan sokongan tapi mereka masih lagi membuat perkara yang rakyat tidak mampu terima seolah-olah Umno merasakan pemikiran generasi kini sama dengan generasi yang lalu.

Generasi kini pantang apabila mereka tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara dan bertekad untuk mengubahnya. Sanggup menghadapi risiko namun masih berfikiran waras membuat keputusan. Generasi hari ini tidak mudah ditipu atau dipermainkan dengan umpan yang tak seberapa, "orang bagi kita ambil, rezeki jangan ditolak tapi nak sokong sori laaa"

Berbeza generasi yang lalu takut menerima perubahan dan mudah terpedaya janji manis dan umpan yang tak seberapa, pemikiran mereka masih ketinggalan seolah-olah hidup hari ini sama seperti hidup dimasa selepas merdeka. Mereka masih beranggapan yang ada kini sudah cukup baik sedangkan mereka tahu kalau diubah sudah pasti akan baik dari apa yang ada sekarang ini.

Sebab itulah generasi muda kini (generasi ketiga)begitu kuat menyokong Pakatan Rakyat, pabila Dato seri Anwar Ibrahim ingin melakukan perubahan politik yang dianggap akan menghapuskan kekotoran Umno ditambah pula pendedahan berita atau maklumat terkini di internet. Pakatan Rakyat masih perlu bekerja lebih kuat lagi untuk mengubah generasi pertama dan kedua terutama di kawasan luar bandar walaupun kita sedar ada diantara kedua-dua generasi ini ada yang menyokong Pakatan Rakyat. Sedarkah kita berapa jumlah kedua generasi ini bergantung harap pada Pakatan Rakyat? Tepuk dada tanya mereka.


http://talikasutkayu-talikasutkayu.blogspot.com/

Aurat - Masih Ramai yang Keliru

Akibat tak mahu BELAJAR.... tak mahu bertanya... tak mahu berguru dan suka main ikut-ikut akhirnya ramai orang khasnya wanita keliru dengan apa yang dikatakan AURAT. Paling ramai menganggap bahawa BERTUDUNG itu menutup aurat..... maka ramailah yang kononnya menutup aurat tetapi sebenarnya masih BELUM LENGKAP sesuai dengan tuntutan Agama Islam.

Jelasnya menutup aurat itu bagi wanita adalah SELURUH BADAN kecuali MUKA dan Tapak Tangan (Pergelangan tangan) maknanya KAKI juga wajib ditutup. Bukan setakat tutup, tapi jangan penutupnya (kain) dari jenis yang JARANG (berbayang boleh dilihat) dan jangan pulak yang KETAT sehingga menampakkan bentuk badan.

Pendek kata, kita mesti BERGURU dari ulamak yang muktabar dalam memastikan segala amalan kita sesuai dengan syariat Islam. Tidak memadai dengan membaca sendiri atau hanya ikut-ikut semata-mata.

Cuba kita tonton dan nilai sejauh mana mesyarakat kita memahami tentang AURAT.... kepada yang menghasilkan video ini... moga diberkati Allah SWT... dan mudah-mudahan berjaya dalam dakwahnya Insya Allah!

Jom kita TENGOK...!

Dan TONTON pulak apa yang disampaikan oleh Us. Zaharuddin ini:
"Mengapa Islam ada kod etika pakaian? Mengapa perlu menutup aurat? Ulasan menarik Ust Zaharuddin Abd Rahman"

Sekian terima(lah) kasih..
Ambuyat!


KOMEN:
BACA SELOKA INI...
DAN PENGENALAN RINGKAS TENTANG AURAT INI
DAN BACA JUGA YANG INI"

sumber: detikdaily.net

Rakyat hakim terbaik selesai krisis Perak

Hanya rakyat yang layak menjadi hakim untuk menyelesaikan krisis politik di Perak, tegas Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Hadi menegaskan PAS tetap dengan pendirian mahu Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak dibubarkan segera bagi membolehkan rakyat menentukan kerajaan pilihan mereka.

"Hanya rakyat yang boleh menjadi hakim dan membuat keputusan kerajaan mana yang mereka mahukan bukan mahkamah.


"Kerana itu tiada jalan lain untuk menyelesaikan krisis di Perak kecuali Dun dibubarkan.

"Jika krisis ini dibiarkan berterusan ianya akan memusnahkan lagi demokrasi di negara ini," tegas beliau kepada media selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut dekat sini sebentar tadi.

Mengulas mengenai kenyataan Najib yang sedia untuk mengadakan rundingan dengan Pakatan Rakyat untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak, Hadi menegaskan PAS tidak akan menolak sebarang rundingan tetapi tetap berpendirian mengesa pembubaran Dun.

PAS, tegas Hadi bersedia mengadakan perbincangan dengan Barisan Nasional (BN) untuk menyelesaikan krisis politik di Perak.

Perak dilanda kemelut politik BN merampas pentadbiran Pakatan Rakyat secara haram dengan tidak meneghormati pilihan yang telah dibuat rakyat Perak selain tidak menghormati undang-undang tubuh negeri Perak.

Ekoran rampasan kuasa itu Sultan telah meminta Menteri Besar Pakatan, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya melepaskan jawatan menteri besar.

Baginda kemudiannya memperkenankan pelantikan Menteri Besar haram Dato' Seri Zambry Abd Kadir dari BN sebagai menteri besar yang baru.

Bagaimanapun pada 11 Mei, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Esoknya, Zambry mendapat perintah penangguhan penghakiman tersebut sehingga selesai rayuannya.

Semalam, Nizar pula memfailkan permohonan untuk mengetepikan perintah penangguhan tersebut, yang akan didengar Isnin ini. - mks. _harakahdaily

sumber: detikdaily.net

Malapetaka menimpa ummah jika kemungkaran berleluasa

SALIM mendengar Abu Hurairah menyatakan bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Nanti akan dilenyapkan ilmu pengetahuan, akan bermaharajalela perzinaan dan kejahatan serta banyak haraj. Seorang sahabat bertanya: Apakah haraj itu ya Rasulullah? Jawab Baginda: Begini! (Nabi memberi syarat dengan tangan beliau seolah-olah menggambarkan terjadinya suatu pembunuhan.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Dalam arus pembangunan dan kemajuan yang pesat dewasa ini, umat Islam menghadapi krisis kebejatan moral yang membimbangkan.


Ramai orang seolah-olah sudah lupa pada akhirat. Pelaku kejahatan bukan daripada kalangan dewasa saja, namun anak belum dewasa, ibu, bahkan orang sudah lanjut umur juga terbabit.

Perkara seperti ini perlu diberi perhatian serius umat Islam kerana Allah akan menimpakan bala dan laknat yang dahsyat disebabkan maksiat dilakukannya kerana ia akan menimpa seluruh manusia.

Apa yang dinyatakan Rasul SAW dalam hadis Baginda sudah pun berlaku dalam realiti kehidupan kita hari ini. Ilmu sudah diangkat atau disisihkan. Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu agama atau ilmu syarak yang boleh memandu umat Islam kepada kebenaran, ilmu yang boleh menyelamatkan mereka daripada azab api neraka pada hari akhirat kelak. Ulama yang takut kepada Allah, memuliakan sifat zuhud juga semakin berkurangan.

Oleh itu, bagi menghadapi situasi akhir zaman ini, umat Islam perlu berhati-hati supaya tidak terjatuh dalam kemungkaran. Benteng pertahanan akidah perlu diperkuat dan diperkemaskan supaya tidak mudah terpedaya.

Di samping itu, konsep amar makruf nahi mungkar harus diterapkan. Begitu juga konsep untuk saling mengingatkan dalam kebaikan dan kebenaran.

Daripada Ummul Mukminin Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah SAW), beliau berkata: “(Pada suatu hari) Rasulullah SAW masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda: La ilaaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini sudah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini, dan Baginda menemukan hujung jari dan hujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada orang yang salih? Lalu Nabi SAW bersabda: Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak.” (Bukhari dan Muslim)

Hadis itu menerangkan bahawa apabila ada di suatu tempat atau negeri sudah terlampau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasikan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu.

Tidak hanya kepada orang jahat saja, tetapi orang yang salih juga akan dibinasakan meskipun masing-masing pada hari kiamat akan diperhitungkan mengikut amalan dilakukan. Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasikan hendaklah segera dibasmi, maksiat hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan saja akan menimpa orang melakukan kemungkaran dan kejahatan, tetapi juga semua penduduk di tempat itu.

Sumber: detikdaily.net

Seseorang Harus Tampil Jelaskan Isu Senjata Api Dalam DUN Perak

Banyak laporan media internet tentang orang yang membawa masuk senjata api dalam DUN Perak 7may lalu. Jika ini benar, inilah pertama kali dalam sejarah dunia senjata api dibenarkan dibawa masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri. Padahal memang telah disediakan satu bilik khas di pejabat setiausaha kerajaan negeri untuk wakil rakyat dan anggota polis menyimpan senjata api masing masing sebelum masuk ke dewan. Ramai orang hairan siapa yang membenarkan senjata tersebut dibawa masuk oleh orang orang yang tidak dikenali.


Seseorang harus tampil menjawab isu ini samada benar atau tidak ianya berlaku. Jika ianya benar, siapa akan bertanggungjawab? Orang yang bertanggungjawab harus menjelaskan perkara ini. Jika mereka adalah anggota polis sekalipun, kenapa perlu membawa senjata api? Apakah terlalu rendah tahap moral wakil wakil rakyat DUN perak hinggakan perlu senjata api sebagai langkah keselamatan?

Situasi ini membuat kami rakyat jelata merasa sangat bimbang dan terlalu mendebarkan memikir arah tuju negara malaysia sekarang. Suasana ketakutan dan luar dari bidang undang undang seolah olah mula dicipta oleh seseorang.
Kami sangat sangat berharap seseorang yang bertanggungjawab tampil memberi penjelasan dalam perkara ini. Supaya rakyat dapat kembali merasa aman dan tenteram.

sumber: detikdaily.net

HJ NIZAR TIDAK GILA KUASA

Hj Nizar menuntut haknya di mahkamah bukan untuk kepentingan diri sendiri tetapi untuk kepentingan dan kebaikan rakyat Perak. Beliau bukan kemaruk atau gila kuasa nak jadi MB. Beliau boleh berbuat demikian sewaktu UMNO menawarkan untuk tubuh kerajaan campuran dengan PAS. UMNO menawarkan Hj Nizar sebagai MB dan kesemua ADUN PAS sebagai EXCO. Tawaran ini dikemukakan oleh mereka yang diutus oleh UMNO untuk berunding dengan Pesuruhjaya PAS Perak. Tawaran tersebut ditolak mentah-mentah oleh PAS Perak termasuk Hj Nizar sendiri.

Menuntut haknya sebagai MB yang sah adalah bagi membolehkan DUN dibubarkan. Dengan kuasa sebagai MB, beliau boleh mengadap Tuanku sekali lagi bagi memohon perkenan supaya DUN dibubarkan. Beliau tidak mahu mengkhianati rakyat yang telah memberi mandat kepada PR untuk memerintah negeri Perak.

Seluruh rakyat Malaysia tahu sebelum ini Dato' Seri telah menghantar tiga pucuk surat kepada istana untuk mohon mengadap. Surat tersebut tidak mendapat maklum balas dari istana. Ada makluman mengatakan Tuanku hanya menerima mengadap MB yang sah sahaja ketika itu untuk mengadap. Hj Nizar dianggap MB yang tidak sah. Sebab itu, permohonan mengadap tidak diperkenan. Kita menghormati Tuanku dalam hal ini.

Sebaik Mahkamah Tinggi memutuskan Hj Nizar adalah MB yang sah, kenyataan pertama Hj Nizar ialah mohon mengadap Tuanku dan minta perkenan DUN dibubarkan. MB nizar mahu konflik dan kemelut politik segera berakhir.

Berbeza dengan Zambry, beliau memohon Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi bagi membolehkan beliau berkuasa semula sebagai MB yang haram. Sepatutnya, kalaupun Mahkamah Rayuan mahu menerima rayuannya, Zambry hanya boleh masuk pejabat tapi tidak boleh menjalankan tugas untuk membuat keputusan-keputusan kerajaan, tidak boleh memberi arahan, tidak boleh meluluskan , tidak boleh menjalankan mesyuarat EXCO dan tidak boleh mewakili kerajaan dalam program-program rasmi kerajaan. Itu baru adil namanya. Duduk je la dalam bilik untuk terima elaun haram.

Jadi yang gila kuasa dan kemaruk kuasa sebenarnya adalah Zambry dan seluruh EXCO dan ADUN-ADUN BN.

Hj Nizar dalam tuntutannya asalnya juga memohon perintah gantirugi . Namun di atas kesedaran bahawa wang bukanlah matlamat tindakan Mahkamah ini, maka Hj Nizar telah menarik balik tuntutan gantirugi . Jika tidak ditarik terdapat kemungkinan besar Mahkamah Tinggi juga akan menganugerahkan gantirugi kepada Hj Nizar yang mungkin jika ditaksirkan akan mencecah jumlah yang agak tinggi.

Hj Nizar juga tidak memohon agar Zambry perlu membayar kos kepada beliau meskipun menjadi satu prinsip undang-undang pihak yang kalah seperti Zambry perlu membayar kos kepada pihak yang menang ( iaitu Hj Nizar ). Jika Hj Nizar tidak menarik balik perintah kos tersebut saya boleh bayangkan ratusan ribu ringgit yang mungkin Zambry perlu membayar kepada Hj Nizar. Sekali lagi matlamat kewangan bukan faktor yang mendorong Hj Nizar mencabar Zambry di Mahkamah.

Sekali lagi menunjukkan Hj Nizar menuntut haknya bukan kerana gila kuasa dan bukan juga kepentingan diri sendiri, tetapi kepentingan rakyat.

Bila DUN bubar, pilihanraya akan berlaku. Keputusan pilihanraya tiada siapa yang jangka, semua kemungkinan boleh berlaku. PR boleh jadi menang, boleh jadi juga tidak kalah. BN begitu juga, boleh jadi kalah, boleh jadi juga tidak menang.

Melalui pilihanraya, rakyat dan semua parti politik akan puas hati. Biasanya kempen-kempen pilihanraya, media arus perdana akan berkempen habis-habisan. UMNO BN akan dibantu oleh semua agensi kerajaan, UMNO BN tidak ada masalah dari sudut material. PR hanya menggunakan kudrat parti dan kekuatan ahli semata-mata. Jadi apa UMNO BN bimbang sangat dengan bubar DUN. Kita lawan la. Menang kalah rakyat penentu dan hakim yang paling adil.

http://misabah.blogspot.com/

7 May 2009 -Malaysian Police Drag Speaker Out of Perak Legislative Assembly

Assemblyman splashed with pepper spray by Hee Yit Foong

Menteri Besar Haram DiBenarkan Jalankan Tugas Menteri Besar Halal

Saya percaya ramai ingin mengetahui sama ada keputusan Hakim Mahkamah Rayuan , Dato Ramly Ali menggantung pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi bermakna Zambry adalah Menteri Besar Perak yang sah ?

Sebelum saya menjawab soalan tersebut, elok rasanya saya berkongsi dengan pembaca tentang perintah-perintah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi pada 11 hb Mei yang lalu. Mahkamah Tinggi ketika mana membenarkan permohonan Dato Seri Nizar Jamaluddin memerintahkan seperti berikut :-


a. Berkenaan tafsiran Fasal 16 ( 6 ) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak bahawa dalam keadaan di mana :

(i) Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan ingin, dan telah member nasihat, untuk pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;

(ii) tidak terdapat pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;

(iii) tidak terdapat usul tidak percaya yang diambil dan diterimapakai dalam dan oleh Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak terhadap Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan; dan

(iv) tidak terdapat perletakan jawatan mentri besar Negeri Perak Darul Ridzuan;
Mahkamah mengisytiharkan jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan ( yang dipegang secara sah oleh Nizar ) tidak boleh dan/atau tidak dikosongkan.

b. Perintah “quo warranto” dikeluarkan kepada Zambry ( Responden ) memerintahkan beliau untuk tunjuk sebab dan memberi maklumat bagaimana dan di bawah dasar atau kuasa atau authoriti mana beliau berhak kononnya memegang jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan dan kononnya bertindak dan/atau menjalankan dan/atau melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab, fungsi-fungsi dan tugas-tugas Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan.

c. Perintah deklarasi bahawa Zambry TIDAK BERHAK untuk dan/atau TIDAK MENJAWAT jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan dan BUKANNYA Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan pada bila-bila masa yang material.

d. Perintah injunksi untuk menghalang Zambry dan/atau agen-agen beliau dan/atau pengkhidmat-pengkhidmat beliau ( seperti Setiausaha Kerajaan Negeri ( SUK ) dari bertindak dan/atau menjalankan dan/atau melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab, fungsi-fungsi dan tugas-tugas Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan.
Itulah perintah-perintah yang Mahkamah Tinggi keluarkan pada 11 hb Mei yang lalu yang sekaligus menunjukkan secara jelas dan terang bahawa Dato Nizar ( bukannya Zambry ) adalah Menteri Besar Negeri Perak yang sah.

Pada asalnya selain daripada perintah-perintah tersebut , Nizar juga memohon perintah gantirugi . Namun di atas kesedaran bahawa wang bukanlah matlamat tindakan Mahkamah ini, maka Nizar telah menarik balik tuntutan gantirugi . Jika tidak ditarik terdapat kemungkinan besar Mahkamah Tinggi juga akan menganugerahkan gantirugi kepada Nizar yang mungkin jika ditaksirkan akan mencecah jumlah yang agak tinggi.

Nizar juga tidak memohon agar Zambry perlu membayar kos kepada beliau meskipun menjadi satu prinsip undang-undang pihak yang kalah seperti Zambry perlu membayar kos kepada pihak yang menang ( iaitu Nizar ). Jika Nizar tidak menarik balik perintah kos tersebut saya boleh bayangkan ratusan ribu ringgit yang mungkin Zambry perlu membayar kepada Nizar. Sekali lagi matlamat kewangan bukan faktor yang mendorong Nizar mencabar Zambry di Mahkamah.

Sekarang saya akan menjawab persoalan yang timbul di awal artikel ini. Permohonan untuk penggantungan pelaksanaan penghakiman ( stay of execution of judgment ) selalunya dipohon oleh pihak yang kalah dalam mana-mana prosiding Mahkamah. Permohonan tersebut selalunya dibuat bagi mengekalkan status quo iaitu supaya pihak yang menang tidak boleh menikmati perintah yang diberikan oleh Mahkamah.

Dalam kes ini sebenarnya peguam Zambry telah pada 11 hb Mei memohon secara lisan perintah penggantungan pelaksaanaan tersebut di Mahkamah Tinggi tetapi Mahkamah telah menolak permohonan Zambry tersebut.

Maka Zambry telah pada hari ini ( 12 Mei ) memohon perintah tersebut di Mahkamah Rayuan dan peguam Nizar telah membantah permohonan tersebut. Dari segi undang-undang prinsip yang terpakai bagi permohonan penggantungan pelaksanaan adalah pihak yang memohon tersebut perlu menunjukkan dan meyakinkan Mahkamah bahawa terdapat keadaan yang istimewa atau unik ( special circumstances ) yang menwajarkan perintah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi tidak boleh dinikmati oleh Nizar.

Dalam kes ini nampaknya Mahkamah Rayuan berpendapat wujudnya keadaan istimewa tersebut tetapi kita masih kabur apakah yang keadaan istimewa tersebut kerana saya difahamkan Mahkamah masih belum mengeluarkan alasan penghakiman ( dan mungkin tidak akan mengeluarkan alasan ).

Selalunya jika pun Mahkamah membenarkan perintah penggantungan pelaksanaan Mahkamah akan juga dalam masa yang sama mengenakan syarat-syarat tertentu. Peguam Nizar meminta Mahkamah mengenakan beberapa syarat kepada Zambry namun meskipun peguam Zambry iaitu Dato’ Cecil Abraham pada dasarnya bersetuju syarat dikenakan ke atas Zambry, Peguam Negara pula menentang syarat dikenakan ke atas Zambry.

Adalah jelas dan nyata sejak dari awal Peguam Negara iaitu Ghani Patail tidak pernah menunjukkan sikap neutral di dalam kes ini. Beliau sejak awal menunjukan sikap memihak kepada Zambry meskipun berselindung di sebalik topeng penjaga kepentingan awam. Sikap beliau dari awal menunjukkan beliau adalah penjaga kepentingan Umno.

Peguam Negara sejak awal bersungguh ingin mematikan kes Nizar. Beliaulah yang memohon merujuk kes ini ke Mahkamah Persekutuan di bawah seksyen 84 Akta Mahkamah Keadilan. Di Mahkamah Persekutuan beliau kalah dan kes Nizar masih hidup. Selepas itu beliau sekali lagi menentang bermati-matian agar Mahkamah tidak membenarkan Nizar meneruskan permohonan semakan kehakiman dengan alasan kononnya Nizar mencabar kuasa Sultan Perak. Sekali lagi , Mahkamah tolak hujah beliau dan kes Nizar diteruskan.

Semasa kes Nizar berjalan, beliau sekali lagi berhujah dan memohon Mahkamah menolak permohonan semakan kehakiman ( judicial review ) Nizar. Sekali lagi Mahkamah Tinggi menolak bulat-bulat keseluruhan hujah beliau. Tiada satu pun hujah Peguam Negara yang diterima oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi.

Akhirnya saya ingin jelaskan di sini perintah penggantungan pelaksanaan BUKAN perintah membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi . Keputusan Mahkamah Tinggi masih sah dan mengesahkan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah dan Nazri adalah Menteri besar yang haram.

Oleh kerana menteri besar haram merayu mungkin Mahkamah rayuan berpendapat bagilah peluang menteri besar haram tersebut pegang jawatan tersebut sehingga rayuan beliau diputuskan sebab bukankah sejak dari awal beliau telah ketagih dan mabuk dengan kuasa sehingga sanggup membenarkan partinya merompak Kerajaan sah yang diterajui oleh Menteri Besar yang sah dan dipilih secara sah oleh rakyat Perak

sumber: detikdaily.net

Krisis Perak: Perintah digantung

Saya merasa dengan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali yang membenarkan permohonan Datuk Zambry Kadir untuk menggantung perlaksanaan penghakiman YA Hakim Datuk Abdul Aziz semalam yang mengisytiharan Dato Seri Mohamad Nizar sebagai MB negeri Perak yang sah.

Saya tidak nafikan mana-mana pihak yang terkilan dengan mana-mana keputusan seseorang Hakim berhak untuk membuat rayuan.


Namun undang-undang memperuntukkan dibawah
Aturan 13 Kaedah Mahkamah Rayuan bahawa "sesuatu rayuan tidak boleh menggantung penguatkuasaan sesuatu penghakiman".

Ini bermakna dari segi prinsip perundangan, sesuatu penghakiman itu tidak boleh digantung atau ditahan penguatkuasaannya kecuali pihak yang merayu tersebut boleh membuktikan ujud satu keadaan istimewa dimana jika penghakiman itu dilaksanakan akan menyebabkan rayuan mana-mana pihak akan menjadi hampa (jika rayuannya dibenarkan).

Didalam kes ini, keputusan Mahkamah Tinggi sekadar mengesahkan kedudukan YAB Dato Seri Nizar sebagai Menteri Besar, dan itulah kedudukan beliau sebelum daripada ini.

Jadi tidak timbul keadaan istimewa. Ianya akan jadi keadaan istimewa sekiranya keputusan itu menyebabkan negeri Perak tidak ada MB sehingga rayuan itu didengar dan diputuskan.

Keputusan itu sekadar menyatakan Zambry Kadir bukan Menteri Besar. Menguatkuasakan penghakiman tersebut bermakna beliau perlu mengosongkan pejabat dan rumah Menteri Besar.

Sekiranya rayuan beliau dibenarkan pun ianya tidak membawa apa-apa kerugian kepada beliau. Pejabat dan rumah Menteri Besar tetap ada disitu. Jawatan Menteri Besar tetap ujud dalam negeri Pera. Gajinya pun boleh dibayar semula menggantikan bulan-bulan yang beliau tidak mendapat gaji beliau sebagai MB.

Apa yang saya nampak keadaan istimewa itu hanyalah bagi BN kerana mereka kehilangan kerusi MB. Dan kehilangan kerusi MB bagi BN bukanlah keadaan istimewa saperti yang disyaratkan oleh undang-undang untuk memberikan perintah penggantungan perintah Mahkamah Tinggi tersebut.

Apatah lagi Hakim Datuk Ramly dalam perintahnya menyatakan bahawa Zambry Kadir masih lagi MB. Ini adalah merit kes itu sendiri yang mana telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi sebagai sebaliknya.

Bagaimana mungkin Hakim Datuk Ramly yang tidak membicarakan kes tersebut dan tidak mendengar saksi dan keterangan boleh menyatakan Zambry Kadir sebagai MB sedangkan Hakim yang membicarakan kes itu iaitu YA Dato Aziz telah memutuskan sebaliknya.

Selanjutnya saya hairan bagaimana Hakim Datuk Ramly boleh membicarakan permohonan Zambry tersebut dengan bersidang seorang diri sebagai Hakim Mahkamah Rayuan sedangkan undang-undang menyatakan dibawah Aturan 14 Kaedah Mahkamah Rayuan bahawa "melainkan dinyatakan sebaliknya, apabila sesuatu permohonan itu boleh dibuat di Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Rayuan, ianya HENDAKLAH dibuat di Mahkamah Tinggi dahulu" (sila rujuk juga buku Civil Procedure tulisan Jefrey Pinsler m/s 860).

Bermakna permohonan Zambry sepatutnya difail dan didengar oleh Hakim yang membuat keputusan itu dahulu iaitu YA Dato Aziz. Malahan YA Dato Aziz telah pun mengarahkan peguam Zambry supaya memfailkan permohonan secara bertulis.

Dan inilah keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes PP v. Dato Seri Anwar Ibrahim apabila membincangkan isu permohonan penggantungan hukuman penjara terhadap DSAI dahulu sementara menanti rayuan.

Jadi bagaimana mungkin Hakim Datuk Ramly sebagai Hakim Mahkamah Rayuan boleh mendengar dan membicarakan permohonan penggantungan penghakiman oleh Zambry sebelum YA Dato Aziz mendengar dan membicarakannya!

Saya khuatir keputusan Haim Datuk Ramly akan mengujudkan satu "precedent" baru yang bercanggah dengan semua prinsip dan keputusan Mahkamah-mahkamah sebelum daripada ini.

http://zul4kulim.blogspot.com/

Lawan Umno Cara Jantan!! Rakyat akan Sahut Amaran Tok Guru Hj Hadi!!

Sudah lama saya tak menulis, dan kali ini perasaan saya sudah tidak tertahan lagi melihatkkan aksi Polis samaada Didalam sidang Dun mahupun luar Sidang Dun, kinilah baru kita boleh Panggil Polis Barua UMNO, yang dijaga bukan ketenteraman awam tetapi Polis mempertahankan jenayah rampasan kuasa dan salahguna kuasa Pemimpin Umno, dimana lagi rakyat Perak akan bergantung harap, andai Polis mahu terus menerus mempertahankan rampasan kuasa UMno sudah tiba masanya Rakyat Bangkit melawan Kezaliman, ini bukan lagi dogengan, kata kata yang pernah diucapkan setiausaha Pas Dato' Kamaruddin Jaffar kini hampir menjadi kenyataan, Rakyat akan pada bila bila masa bersedia turun ke Jalanraya andai Dun tidak dibubar.


Saya menyanjung Tinggi keberanian Tok Guru Haji Hadi berbanding pemimpin PR yang terlihat sifat(eksklusifnya) seperti Anwar Ibrahim, Amaran terbaru Tok Guru Haji Hadi kepada Umno dan Kerajaannya akan sedia Rakyat sambut pada bila bila masa!! Kami akan sedia pada mana ketika menerima arahan dari Tok Guru andai Jalanraya adalah jalan terakhir untuk kita menentang Rampasan kuasa. Tok guru bukan sekali mengeluarkan amaran tetapi sudah 2kali sejak peristiwa 7Mei mengulangi aMaran kepada Umno. bagi saya kata kata Tok Guru kali ini bukan lagi main main,pelbagai cara sudah kita usahakan, dan AMaran dari Tok guru adalah signal terakhir sebelum Umno akan melihat sejarah Thailand berlaku di Malaysia.

Taat kami ada ketikanya bukan lagi kepada Raja tetapi kepada arahan Ulama' tertinggi kami. Raja harus dilihat menyebelahi Rakyat bukannya kelompok perompak Negeri. Kami bukan mahu menentang Sultan tetapi menentang perompak hak Rakyat. Rakyat diberikan Hak untuk memilih Kerajaan dan jangan sesekali Hak Rakyat dirompak sewenang wenangnya . dan Polis jangan sampai menjadi Samseng kepada Umno. andai Pekida yang mahu mempertahankan Umno, biar mereka yang turun ke jalanraya dan bertempur dengan Rakyat, tetapi Bukan Polis yang sepatutnya menjadi pelindung kepada semua hak Rakyat yang termaktub dalam perlembagaan.

Aksi Polis menyerbu masuk ke dalam dewan yang mulia,sepertilah Polis menceroboh Istana dan Mahkamah. Aksi Polis Mengheret Speaker yang menjadi ketua legislatif sepertilah Polis mengheret Hakim keluar dari Mahkamah dan menghereta Raja Keluar dari singgah sana. secara tidak langsung pada tarikh 7 Mei 2009 Polis sebenarnya memijak mijak perlembagaan dihadapan Rakyat, dan jangan hairan Rakyat juga akan bertindak cara yang sama sebagai jalan terkahir menghapus Kezaliman.

Sejarah tidak pernah menipu kita!! sejak zaman Firaun, Dinasti China hinggalah kepada cengkaman Suharto, tidak ada Kuasa Zalim akan menang menentang kuasa Rakyat. mereka akan menjadi sejarah walaupun berdindingkan bala tentera dan Polis.akhirnya saya bersetuju dengan Luahan Bloger MSK sudah tiba masanya Pempimpin benar benar menjadi pemimpijn Rakyat. samaada sedar tidak sedar seruan MSK itu telah disambut oleh Amaran Tok Guru Haji Hadi dalam ucapannya semalam!! saksikan ucapan ini.
http://www.youtube.com/watch?v=EXzAjElwDCg

Tidak lama lagi kita mungkin akan berhadapan dengan satu gelombang revolusi, dari kata kata Tok Guru ini bukan lagi satu bentuk reformasi!! Bak kata Tok Guru " Membujur lalu.. Melintang Patah" !! Ayuhh bangkitlah Rakyat Perak!!

Lawan Tetap Lawan.

Reformis Muda

sumber: detikdaily.net

Mahkamah dengar rayuan Nizar 18 Mei

KUALA LUMPUR,13 Mei (Hrkh) - Mahkamah Rayuan hari ini menetapkan 18 Mei ini untuk mendengar rayuan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi.

Tarikh itu ditetapkan selepas Nizar memfailkan notis usul itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan hari ini melalui firma guaman Tetuan Leong & Tan.

Kelmarin Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Nizar ialah Menteri Besar Perak yang sah.

Turut disertakan bersama notis usul itu ialah sijil supaya kes itu disegerakan.

Bagaimanapun Hakim Mahkamah Rayuan, Dato' Ramly Ali membenarkan Dato' Seri Dr. Zamry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Dalam afidavit sokongannya, Nizar berkata keputusan Mahkamah Rayuan semalam untuk memberikan perintah penggantungan itu kepada Zambry adalah salah dan beliau (Nizar) mengemukakan permohonan untuk membetulkan perkara itu.

Nizar berkata Mahkamah Tinggi telah membuat takrif yang betul terhadap Perkara 16 (6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Beliau berkata sekiranya perintah pelaksanaan itu diberikan ia akan merampas haknya serta membuat keputusan Mahkamah Tinggi mengisytiharkannya menteri besar Perak sebagai sia-sia.

Menurutnya perintah yang diperoleh Zambry itu akan mengganggu pelaksanaan secara lancar dan baik pentadbiran kerajaan negeri Perak selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Nizar juga berkata perintah berkenaan akan mengelirukan rakyat negeri itu mengenai siapakah menteri besar yang sah serta menjadikan keadaan politik lebih tegang dan krisis perlembagaan lebih mendalam. - mks. _

sumber: harakahdaily.net

Anak KP Harakah kritikal

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Hrkh) - Anak Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman kini berada dalam keadaan kritikal setelah dimasukkan ke hospital dua hari lalu.

Ahmad Shafiq, 13 telah dimasukkan ke Hospital Ampang pada malam 11 Mei akibat demam denggi yang berlarutan selama lebih lima hari.

Melalui sistem pesanan ringkas Lutfi kepada Harakahdaily jam 2.00 petang tadi memaklumkan keadaan kesihatan anaknya itu.

"Anak saya kritikal. Mohon doakan kesejahteraan anak saya semoga dia sembuh," katanya melalui sms.

Syafiq, anak ketiga daripada lima adik beradik ini kini ditempatkan di Wad 6B, bilik dan nombor katil 24 di hospital tersebut.

Harakahdaily meminta jasa baik orang ramai dan sesiapa yang turut bersimpati untuk sama-sama mendoakan kesejahteraan anak Lutfi agar pulih sedia kala. - azm_

sumber: harakahdaily.net

Mahkamah umpama 'gelanggang sarkas', diperguna BN sesuka hati

IPOH, 13 Mei (Hrkh) - Keputusan yang berubah hanya dalam jangkamasa sehari menunjukkan mahkamah kini umpama gelanggang 'sarkas' yang menjadi pentas untuk Umno/BN terus menyalahgunakan kuasa mereka.

Demikian telahan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang dan Adun Titi Serong, Dr Khalil Idham Lim Abdullah ketika ditemui selepas mesyuarat Pakatan Rakyat Perak di Pejabat Badan Perhubungan PAS Perak.

"Taklimat tadi kita bincangkan tentang keputusan terkini yang memeranjatkan dan marah kerana dalam masa sekejap sahaja mahkamah boleh terima rayuan Zambry, sedangkan di pihak kita tidak diberitahu,"kata Ahmad Awang yang ditemui selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di sini.

Antara yang hadir dalam mesyuarat di Badan Perhubungan PAS Perak petang ini ialah Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang; Menteri Besar, Dato'Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin; Pengerusi KeADILan Perak, Usaili Alias; Ahli Parlimen Bagan Serai, Mokhsin Fadzil; peguam Asmuni Awi, adun-adun Pakatan Rakyat dan saf kepimpinan pakatan yang lain.

Beliau memaklumkan bahawa Nizar melahirkan rasa terkejut dengan permainan BN ini yang mana kini MahkamahRayuan menggantung keputusan Mahkamah Tinggi berhubung pemngesahan MB dipihak Nizar hanya dalam masa singkat.

Ujar Ahmad Awang, adalam proses rayuan afidavit sepatutnya dalam masa 40 hari namun mereka luluskan cepat hingga peguam Pakatan Rakyat tidak tahu dan terkejut dengan keadaan ini.

Keputusan ini tak kalau sebegini menjadikan rakyat marah dan mempunyai persepsi bahawa mahkamah suka-suka boleh buat keputusan,katanya.

"Benda ini tak pernah berlaku, gantung dengan cepat.Saya tidak nafikan bahawa rayuan boleh dibuat tetapi bukan kepoutusan dalam masa yangamat singkat ini mengejutkan,"katanya.

Sementara Khalil pula yang berang dengan permainan BN ini menyatakan bahawa kini rakyat mula sangsi dan bingung akan mudahnya mahkamah diperguna BN sewenangnya.

Malah keputusan mahkamah pada 11 Mei hanya diskripkan untuk sengaja memperlihatkan Nizar dan Adun-adun Pakatan Rakyat ini 'gila kuasa' mahu masuk sesegera mungkin ke pejabat MB, katanya.

Walhal,Nizar sudahj tahu akan perkembangan ini kerana BN pastinya melakukan tindakan yang akan hanya menguntungkan politik mereka walau melanggar batas undang-undang.

Khalil juga menyatakan, rakyat hari ini sudah mula berang dengan tindakan BN yang sekali lagi memperolok hak rakyat dalam memilih kerajaan yang sah.

Sifirnya mudah kata Khalil, ia terletak di tangan Sultan Perak yang seharusnya mendengar denyut nadi suara rakyat yang mahukan pembubaran Dun untuk membolehkan pilihan raya kecil diadakan secepat mungkin.

Mengulas isu yang sama, Adun Teja, Chang Lih Kang pula menyatakan keputusan Mahkamah Rayuan membenar dan meluluskan permohonan rayuan adalah 'tidak masuk akal'.

Bagi Adun Teja, beliau memaksudkan 'tidak masul akal' keputusan itu dibuat dalam masa yang amat singkat dan hanya merumitkan keadaan dimana Nizar tidak boleh bertugas kerana halangan 'stay order'.

Sementara Zambry pula sebenarnya terikat juga dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang tidak mengesahkan Zambry selaku MB yang sah,katanya.

Secara keseluruhannya, usaha melalui Mahkamah Rayuan ini hanyalah tindakan Umno/BN dalam menghalang Nizar bertemu Sultan Perak bagi membuka jalan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, katanya.

Sambil menyifatkan keputusan ini dipengaruhi dalang yang juga memprojekkan rampasan kuasa di Perak Februari lalu, Lih Kang menambah tindakan tidak demokratik ini akan hanya menambah benci rakyat kepada BN./wann_

sumber: harakahdaily.net

Nizar dijadual ke KL, DAP akan buat laporan polis berhubung insiden Dun Perak

IPOH, 13 Mei (Hrkh) - Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin dijadualkan ke Kuala Lumpur petang ini bagi menghadiri forum di Petaling Jaya malam ini.

Menurut Setiausaha Politiknya, Ustaz Misbahul Munir Masduki, Nizar akan menyertai forum itu bersama beberapa panelis lain bagi membincangkan pergolakan politik di Perak.

Sementara esok, Nizar juga akan menghadiri mesyuarat di Pejabat Agung PAS Pusat di Jalan Raja Laut difahamkan berhubung strategi terkini selepas isu Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Dato' Dr Zambry Abdul Kadir menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Dalam mesyuarat Pakatan Rakyat Perak semalam, langkah seterusnya masih belum diputuskan memandangkan peguam Nizar masih memperhalusi tindakan seterusnya.

Setakat ini kata Pesuruhjaya PAS Perak,Ustaz Ahmad Awang Pakatan Rakyat masih menunggu 'signal' dari peguam dan perkembangan seterusnya.

Sementara di pihak DAP pula, dikhabarkan akan membuat laporan polis terhadap insiden di Dewan Undangan Negeri baru-baru ini.

Namun, isu spesifik yang dilaporkan masih belum diketahui.

Sementara di Perak, situasi seperti biasa rakyat mula bekerja dan Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan pejabat Menteri Besar terus dikawal rapi oleh pasukan simpanan persekutuan (FRU).

Semalam, Mahkamah Rayuan pada 12 Mei membenarkan permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan yang dikemukakan oleh Zambry berhubung perkara tersebut.

Selepas keputusan dibuat pada kira-kira jam 1 tengahari, peguam Umno, Hafarizam Harun menggesa Nizar supaya mengosongkan pejabat menteri besar untuk memboleh Zambry kembali bertugas.

Manakala peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Nizar berkata menunggu arahan daripada anak guamnya mengenai langkah seterusnya.

Sementara sehari sebelumnya, ( 11 Mei), Hakim Mahkamah Tinggi Abdul Aziz Abdul Rahim mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah selepas memutuskan Nizar tidak mengosongkan jawatan sebagai menteri besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.

Pada 13 Februari, Nizar, 52, memfailkan permohonan kepada mahkamah bagi diisytiharkan yang beliau pada sepanjang masa adalah menteri besar Perak yang sah dan injunksi untuk menghalang Zambry daripada menjalankan tugasnya sebagai menteri besar.

Nizar, yang dilantik sebagai menteri besar pada 17 Mac tahun lepas selepas pakatan DAP-PKR-PAS memenangi 31 kerusi dalam pilihanraya umum ke-12, juga memohon diisytiharkan bahawa Zambry tidak berhak memegang jawatan menteri besar.

Pembangkang dan BN masing-masing mempunyai 28 kerusi dalam Dewan 59 kerusi itu selepas tiga ADUN pembangkang keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas dan yang keempat keluar dari PKR dan menyertai semula Umno.

Sultan Azlan Shah kemudian meminta Mohammad Nizar meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar dan melantik Dr Zambry selepas mengisytiharkan BN mempunyai majoriti dalam Dewan.

Zambry memfailkan permohonan penangguhan pelaksanaan keputusan dan notis rayuan, 16 jam selepas Mohammad Nizar kembali menjadi Menteri Besar.

Berikutan keputusan itu, tokoh DAP Lim Kit Siang berkata Pakatan Rakyat akan memfailkan segera rayuan ke Mahkamah Rayuan bagi mengetepikan perintah penangguhan.- wann/mks. _

sumber: harakahdaily.net

Kerajaan Najib mahu naikkan harga minyak

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Hrkh) Satu Malaysia akan menanggung beban apabila alasan tidak munasabah didahulukan dan kenaikan harga minyak diutamakan.

Apa yang menghairankan, kenaikan hara minyak itu disebabkan minyak petrol RON97 yang digunakan oleh sebahagian besar pemilik kenderaan di negara ini akan dijadikan produk premium dengan harganya dinaikkan kepada RM2 seliter berbanding RM1.80 seliter sekarang.

Atas alasan apa minyak kegunaan majoriti rakyat itu dijadikan produk premium tidak pula dinyatakan dengan munasabah dan meyakinkan.

Sebuah akhbar tempatan melaporkan, langkah itu berkuat kuasa 1 September ini serentak dengan pelancaran minyak baru RON95 berharga RM1.75 seliter di seluruh negara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemilik kenderaan termasuk yang berkuasa tinggi tidak perlu risau dengan kenaikan RON97 kerana mereka mempunyai pilihan untuk menggunakan minyak RON95.

''Kelebihannya RON95 adalah lebih baik daripada RON92 dengan harganya tidak jauh berbeza.

''Tujuannya ialah untuk menyediakan rakyat dengan minyak yang dari segi prestasi serta kualitinya lebih tinggi dan semua kenderaan termasuk yang selama ini menggunakan RON97 boleh mendapatkan minyak dengan harga lebih rendah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan minyak petrol RON95 di stesen minyak Petronas di Presint 9D di Putrajaya semalam.

Petronas Dagangan Berhad berjaya merealisasikan pengeluaran RON95 apabila mulai hari ini dan esok, dua stesen minyak Petronas di Presint 9 di sini mula menjual minyak jenis itu atau dikenali Primax95.

Berkuat kuasa 1 September ini, semua stesen minyak di seluruh negara akan menjual minyak RON95 termasuk pelaksanaan spesifikasi EURO2M bagi petrol dan diesel dalam pasaran.

Sebelum ini, penjualan RON92 adalah lebih rendah iaitu lima hingga 10 peratus daripada keseluruhan penggunaan petrol di negara ini sejak tahun 2000.

Spesifikasi minimum bagi kebanyakan enjin kenderaan yang digunakan di negara ini adalah RON91.

Menurut Ismail Sabri, penggunaan petrol RON97 yang besar selama ini adalah satu bentuk pembaziran kerana kebanyakan negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Eropah menggunakan RON yang lebih rendah.

''Keadaan ini menggambarkan bahawa pengguna di negara ini tidak mendapat maklumat yang lebih tepat mengenai produk petrol yang sesuai untuk enjin kenderaan mereka," katanya.

Dalam pada itu beliau menjelaskan, kerajaan sebenarnya tetap memberikan subsidi bagi minyak RON95 iaitu tiga sen seliter sebagaimana sekarang RON97 yang diberikan subsidi sebanyak enam sen seliter.

''Kita tidak boleh kata apabila RON97 dijual dengan harga RM2, kerajaan akan membuat keuntungan kerana trend harga minyak dunia sekarang sedang naik.

''Apa yang penting, harga minyak yang kita tentukan itu tetap akan kekal meskipun harga minyak dunia mungkin mengalami peningkatan," katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri enggan mengulas ketika ditanya adakah kerajaan mengalami tekanan daripada Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) bagi menaikkan harga petrol RON97 sebanyak 20 sen.

Sebaliknya, beliau mahu orang ramai memberikan tumpuan kepada pengenalan RON95 yang lebih murah berbanding RON97 atau produk petrol premium yang lain.

''Sebenarnya sebelum ini sudah ada produk premium seperti V-Power yang dijual oleh Shell dengan harganya lebih tinggi dan ia tidak dikawal oleh kerajaan.

''Biarpun tidak dikawal tetapi setiap kali ada cadangan untuk menaikkan harga, syarikat minyak perlu membincangkannya dengan kerajaan," katanya. - mks._

sumber: harakahdaily.net

Beri hak rakyat pilih kerajaan Perak - Suhakam

KUALA LUMPUR 13 Mei (Hrkh) - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berpendapat bahawa krisis politik di Perak mungkin tidak dapat diselesaikan melainkan kuasa itu diberikan semula kepada rakyat.

"Mungkin sudah tiba masanya untuk rakyat di Perak diberikan peluang untuk menggunakan hak mereka sekali lagi untuk memilih kerajaan pilihannya, iaitu hak asasi manusia," kata Pengerusi Suhakam Tan Sri Abu Talib Osman yang dipetik daripada agensi berita.

Hanya sebuah kerajaan yang stabil akan mampu memastikan hak untuk keamanan dan pembangunan, kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata Artikel 21 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia 1948 memperuntukkan bahawa kesungguhan seseorang hendaklah menjadi asas kuasa kerajaan.

"Berdasarkan perkembangan yang berlaku berikutan pelantikan Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar, insiden pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 7 Mei dan keputusan Mahkamah yang mengisytiharkan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah, adalah sangat sukar isu Perak akan ditangani melainkan kuasa itu diberikan semula kepada rakyat,"kata beliau.

"Tindakan Mahkamah tidak semestinya menyelesaikan keadaan politik di Perak,"kata Abu Talib.- azm _

sumber: harakahdaily.net

Memperingati 13 Mei, Nik Aziz sampaikan amanat pagi ini

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat akan menyampaikan amanatnya kepada seluruh rakyat Malaysia, jam 11.30 pagi ini.

Menurut laman web Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa dan beberapa blog yang lain, intipati amanat Menteri Besar Kelantan itu ialah mengenai peristiwa 13 Mei dari perspektif baru termasuk kegagalan Umno yang menerajui negara sehingga tercetusnya peristiwa hitam itu.

Difahamkan Pejabat Menteri Besar Kelantan turut menjemput semua wakil media dan media online termasuk bloggers untuk mendengar amanat penting itu di Dewan Teratai, Kompleks SUK Kota Darul Naim pagi ini.

Di dalam sidang media penting ini, Tuan Guru Nik Aziz, yang sudah menjadi Menteri Besar Kelantan selama hampir 19 tahun dijangka akan mengumumkan suatu penawarannya kepada rakyat Malaysia untuk memperkukuhkan perpaduan nasional.

Sidang media tersebut juga akan disiarkan secara live menerusi www.kelantan.tv

Sementara itu menurut laporan agensi berita Nik Aziz mahu kerajaan menjadikan peristiwa 13 Mei 1969 sebagai satu hari bersejarah yang diingati setiap tahun supaya tragedi hitam berhubung isu perkauman itu tidak berulang.

Katanya, peristiwa yang berlaku 39 tahun lalu itu perlu dijadikan iktibar oleh generasi akan datang untuk mengelakkan peristiwa yang boleh menimbulkan kegelisahan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

"Sambutan bagi mengingati Peristiwa 13 Mei bukannya berasaskan agenda tertentu sebaliknya sebagai peringatan atau pedoman kepada masyarakat untuk memastikan kejadian yang sama tidak berulang," katanya kepada pemberita semalam.

Nik Aziz berkata, rakyat sepatutnya mengambil iktibar daripada sejarah hitam itu dengan meninggalkan perkara-perkara yang boleh mengulangi peristiwa sedemikian.

"Jangan sesekali bangkitkan masalah bangsa kerana keadaan ini akan menyebabkan timbul perasaan cemburu kaum lain sehingga menyebabkan orang Melayu dihina," katanya.

Sehubungan itu, Nik Aziz mengajak masyarakat negara memilih sistem Islam sebagai cara hidup iaitu titik perpaduan yang dianjurkan Nabi Muhammad s.a.w. yang bukan sahaja boleh diamalkan orang Melayu tetapi juga kaum lain. - azm/mks. _

sumber: harakahdaily.net

UMNO Gali Kubur Sendiri di DUN Perak

"Seluruh rakyat Malaysia telah melihat semua yang terjadi dalam DUN Perak pada 7 Mei 2009. Sesiapa juga yang menyaksikannya tidak akan mengatakan ADUN Pakatan yang mula buat kacau. Kekacauan berlaku sebaik sahaja Zambry dan semua EXCOnya serta tiga ADUN Bebas tidak mengikut perintah Speaker DUN.

Keengganan itu disebabkan oleh keputusan yang dibuat oleh mahkamah bahawa Speaker tidak berhak menggantung Zambry dan barisan EXCOnya. Hal ini memang diakui oleh Sivakumar. Walau bagaimanapun, yang menggantung Zambry dan barisan EXCOnya bukan Sivakumar, tetapi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN yang dipengerusikannya. Mahkamah tidak pernah membuat keputusan tentang ketidaksahihan hukuman yang dijatuhkan oleh jawatankuasa termaklum. Pada masa yang sama, kes tiga ADUN Bebas masih belum diputuskan oleh mahkamah. Atas dasar itulah Speaker mengarahkan kesemua mereka meninggalkan DUN.

Pada saat itu baharulah Zambry dan gangnya sedar dari lamunan. Dah terantuk baru tengadah. Kesilapan yang dilakukan semasa membuat tuntutan di mahkamah tidak mungkin lagi dibetulkan. Benarlah kegopohan mengundang bencana.

Oleh sebab tiada jalan lain lagi untuk menyelamatkan diri, mereka pun berbuatlah segala yang disaksikan oleh seluruh rakyat Malaysia dan dunia itu.

Sememangnya tiada jalan lain untuk menyelesaikan hal ini, kecuali DUN dibubarkan dan diadakan PRU Negeri. Sekiranya mahkamah mengisytiharkan Zambry sebagai MB yang sah pun, krisis ini tidak akan selesai.

sumber: detikdaily.net

Hee Yit Fong Mencemari Dewan

Tindakan Hee Yit Fong telah mencemari kemuliaan Dewan Negeri Perak. Beliau telah bGo to fullsize imageertindak di luar bidang kuasa. Selagi Tuan Speaker berada dalam dewan, dialah berkuasa. Setiap orang yang berada dalam dewan mesti mengikut perintah atau arahannya. Orang lain, termasuk menteri besar tidak mempunyai kuasa memberi arahan dalam dewan itu. Inilah merupakan satu amalan pengasingan kuasa yang sangat penting dan perlu terjamin supaya demokrasi tidak dicacatkan oleh mana-mana pihak.


Hee Yit Fong (yang sudah letak jawatan dan kes itu belum diselesaikan lagi di mahkamah) telah menganggap dirinya sebagai Timbalan Speaker dan terus membuat kerja-kerja Speaker di tempat duduknya.


Timbalan Speaker yang sah pun tidak ada kuasa untuk mengambil alih tugas Speaker selagi Tuan Speaker masih duduk di tempatnya. Apatah lagi Hee Yit Fong yang penuh dengan kontroversi. Beliau terus mengisytiharkan dirinya sebagai Timbalan Speaker dan mengumumkan bahawa dia akan menggantikan Speaker bagi urusan-urusan seterusnya pada hari tersebut. Ini adalah tidak rasional. Dia tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian. Ini merupakan satu helah dalam usaha merampas kuasa speaker. Dimanakah dalam undang-undang atau Perintah-perintah Tetap yang memberi kuasa kepada beliau untuk bertindak sedemikian.

Ini merupakan tindakan salah laku beliau dalam konspirasi menjatuhkan Speaker Dewan. Beliau telah mencerobohi bidang kuasa Speaker. Ini merupakan satu lagi penghinaan terhadap Speaker dan Dewan Negeri Perak.

Hee Yit Fong telah melakukan kesalahan dalam usahanya mempengerusi dewan sewaktu Tuan Speaker masih menduduki kerusinya. Bukankah ini merupakan satu tindakan yang tidak senonoh dan keji?

Beliau cuba mewujudkan sub-dewan dalam dewan negeri yang mulia ini. Dia dan kuncu-kuncunya berkerumun di satu tempat dalam dewan dan terus cuba membuat usul untuk lucutkan Speaker dan perlantikan Speaker baru. Bagaimanakah kita boleh menganggap tindakan beliau itu adalah sah? Ia adalah menyalahi prinsip-prinsip demokrasi dan amalan-amalan konvensyen parlimen yang diterima pakai oleh semua negara-negara komenwel. Kalau ini dibenarkan, maka konsep sub-dewan ini akan wujud dalam Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri yang lain. Bolehkah kita mengawalnya jika kita membenarkan ' duluan' seperti yang berlaku di Dewan negeri Perak? Dalam kata lain, jika di Perak boleh, maka ia boleh juga dibuat dalam dewan-dewan mulia yang lain.

Tambahan pula, mengikut Perintah-perintah Tetap 6(1), Tuan Speaker hendaklah mempengerusikan persidangan-persidangan Dewan dan dalam ketiadaannya, apabila diberitahu oleh Setiausaha Dewan, Dewan boleh memanggil mana-mana ahli mempengerusikan persidangan tersebut .........

Perintah-perintah Tetap jelas mengariskan bahawa selagi Tuan Speaker masih duduk ditempatnya dialah mejadi pengerusi. Hanya dalam ketiadaanya pihak lain boleh ditugaskan untuk membuat kerja-kerja Speaker.

Dalam kes ini, Speaker masih berada di tempat duduknya dari 9.45 pagi sehingga berlakunya insiden yang paling memalukan iaitu beliau diheret keluar dari tempat duduknya oleh pihak polis. Oleh yang demikian, tidak ada ruang untuk Hee Yit Foong untuk mengambilalih tugas Speaker walaupun untuk sedetik.

Sebagai kesimpulan, oleh kerana persidangan tidak dimulakan oleh Tuan Speaker dan Hee Yit Fong telah bertindak di luar bidang kuasanya maka usul perlucutan speaker dewan dan perlantikan speaker baru adalah tidak sah. Tambahan pula, kesemua usul-usul itu telah pun ditolak oleh Speaker dalam kamarnya sehari sebelum tarikh persidangan iaitu 6 Mei 2009.

Petikan dari http://speakforperak.blogspot.com

Ulama Atau Professional Jadi Pemimpin?

PAS panas memperdebatkan isu kepimpinan parti itu sama ada patut dipegang olehGo to fullsize image golongan ‘ulama’ atau professional? Saya tidak berhasrat untuk memberikan pandangan kerana itu urusan ‘rumahtangga jiran’ yang tiada keperluan untuk campur tangan. Namun apabila ramai orang bertanya saya dalam bentuk soalan yang lebih luas; apakah menurut Islam hanya ulama sahaja yang boleh menjadi ketua negara? Jika itulah soalannya, saya rasa terpanggil untuk turut memberikan pandangan.


Saya masih ingat dalam satu temubual Akhbar Harakah dengan saya beberapa bulan lepas, saya telah menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan. Hampir semua yang saya jawab disiarkan, cuma beberapa jawaban saya tidak dikeluarkan. Antara jawapan saya yang tidak diterbitkan itu, saya menyebut: “Pemikiran politik Islam yang difahami oleh sesetengah para pejuang negara Islam itu sendiri perlukan perubahan atau tajdid. Kita tidak boleh terikat dengan konsep Darul Islam yang tulis oleh al-Imam al-Mawardi r.h dalam al-Ahkam al-Sultaniyyah lagi.

Barangkali banyak isi kandungan buku tersebut sesuai untuk zaman Kerajaan Abbasiyyah yang ketika itu. Dengan menghormati kesarjanaan dan ketokohan al-Imam Al-Mawardi r.h, namun beliau dalam banyak hal menggambarkan sistem kerajaan pada zamannya, sedangkan konsep pentadbiran dan politik dalam Islam jauh lebih fleksibel dan luas dari apa yang digambarkan oleh al-Mawardi ketika itu…

Politik Islami tidak boleh lagi sekadar mengulangi apa yang disebut oleh al-Imam al-Mawardi r.h, nanti kita akan tersepit. Jika sesetengah tokoh agamawan yang memperjuangkan negara Islam tidak lebih terbuka, mereka akan menghadapi masalah, atau bercakaran sesama sendiri apabila tiba ke peringkat perlaksanaan Islam itu dalam alam realiti. Akhirnya, kelompok pembaharuan akan muncul di tengah-tengah mereka dan pergeseran akan berlaku. Maka tafsiran politik Islami itu sendiri perlu diluaskan”.

Ya, al-Imam al-Mawardi r.h dalam tulisannya menyebut syarat seorang khalifah mestilah memiliki ilmu yang memampukannya berijtihad dalam menyelesaikan keadaan dan hukum. Al-Mawardi juga menyebut bahawa khalifah mestilah berketurunan Quraish. Jika dilihat dari segi dalil, walaupun lojiknya ada, tetapi tiada nas yang mensyaratkan seseorang khalifah mesti mencapai ilmu ke peringkat ijtihad hukum.

Tetapi, ada hadis sahih yang menyebut: “Para imam itu daripada Quraish” (Riwayat Ahmad). Sehingga kata al-Mawardi: “Hendaklah imam (khalifah) itu berketurunan Quraish disebabkan ada nas yang menyebutnya dan telah berlaku ijmak (consensus)”. Ertinya, jika syarat-syarat al-Mawardi itu hendak dipegang, maka syarat Quraishlah yang mempunyai dalil hadis. Syarat-syarat lain hanyalah atas lojik yang kuat dalam urusan politik seperti sempurna pancaindera, kesihatan, pemikiran dan seumpamanya.

Menariknya, di Malaysia belum ada yang bertanya: apakah Perdana Menteri disyaratkan seorang yang berketurunan Quraish? Untuk pengetahuan, Ibn Khaldun dan beberapa sarjana lain mempunyai tafsiran yang berbeza dalam isu pensyaratan Quraish sebagai khalifah. Bukan di sini untuk saya bincangkan. Apa yang hendak saya sentuh, perlu keluasan pemikiran dalam menganalisa atau berpegang dengan teks-teks klasik yang sebahagiannya mempunyai keadaan yang berbeza.

Isu pemimpin negara mestilah ulama menjadi lebih rancak dibincang dalam dunia pemikiran apabila tercetusnya Revolusi Iran dan Khomeini memperkatakan tentang konsep Wilayah al-Faqih yang meletakkan faqih atau ulama sebagai pemimpin. Konsep itu mempunyai akar umbi kefahaman Syiah yang tersendiri, walaupun ia juga didebatkan di kalangan mereka. Gerakan-gerakan Islam yang wujud, sebahagiannya terpengaruh dengan perkembangan-perkembangan ini.

Di samping, pengalaman menunjukkan ramai pemerintah negara yang ‘bukan ulama’ dalam kalangan umat Islam telah gagal untuk berpegang dengan Islam, hingga ramai yang menyangka hendaklah ulama yang menjadi pemerintah. Padahal, penyelewengan yang berlaku dalam banyak keadaan bukan disebabkan latar pendidikan, tapi disebabkan oleh prinsip kehidupan yang dihayati oleh seseorang individu pemerintah itu sendiri. Dalam ertikata lain, jika pemerintah itu bukan ulama sekalipun, tetapi jika dia ingin menjadikan negara berpegang dengan prinsip-prinsip Islam, nescaya dia mampu melakukannya.

Ini kerana, dia boleh mendapatkan khidmat ulama dan nasihat mereka. Betapa ramai pemerintah yang bukan saintis tetapi berjaya menyuburkan perkembangan sains dan teknologi dalam negaranya. Sebaliknya, jika pemerintah itu lulusan pengajian Islam sekalipun, tetapi tiada hasrat meletakkan keadilan seperti yang dituntut oleh Islam, maka maksud siasah islamiyyah tetap tidak akan tercapai.

Kemudian, apa yang menjadi masalah kepada masyarakat kita siapakah ulama menurut kefahaman orangramai?. Apakah seseorang itu dianggap ulama hanya kerana dia berkelulusan pengajian Islam? Atau kerana dia memakai jubah dan serban? Atau kerana dia dipanggil ‘ustaz’?. Perkataan ulama berasal dari ‘ilmu’. Bermaksud seseorang yang menguasai ilmu. Jika ia dikaitkan dengan pengajian Islam membawa maksud seseorang yang menguasai ilmu dalam bidang pengajian Islam.

Bidang pengajian Islam itu pula luas; ada bab ibadah, muamalah, siasah, tazkiyah al-nafs dan lain-lain. Apakah jika seseorang yang hanya menguasai satu bidang sahaja sedangkan tidak kemahiran dalam siyasah atau politik, layak digelar ulama yang boleh memerintah? Al-Imam al-Mawardi sendiri meletakkan salah satu dari tujuh syarat khalifah mempunyai pemikiran yang memampukannya menguruskan politik dan kemaslahatan rakyat jelata. Jika dia bergelar ulama, tetapi ‘kontang’ dalam soal ini, dia tidak layak.

Saya berpendapat perbahasan; samada ulama atau professional yang layak menjadi ketua negara hanya membazirkan waktu. Apa yang penting kita hendaklah jelas; apakah yang kita kehendaki daripada pemerintahan dan politik? Yang menjadi tanggungjawab politik islami adalah keadilan dan kesejahteraan yang berdasarkan petunjuk wahyu.

Dalam melaksanakan maksud ini, hasrat seseorang pemerintah yang dibantu oleh ilmu pengetahuan adalah penting. Jika dia ulama yang mahir dalam politik serta mempunyai ketangkasan siasah, tentulah itu yang terbaik. Jika dia seorang ahli politik yang mahir sekalipun tidak ulama, dia boleh dibantu oleh para ulama yang mendokong hasratnya. Apatah lagi kita kini dalam kerangka negara moden yang lebih teratur dan tersusun dibanding negara pada zaman buku-buku klasik politik Islami itu ditulis.

Apa yang menjadi masalah adalah jika seseorang jahil atau tidak mahir pentadbiran dan siyasah tetapi ingin memerintah. Sekalipun dia memakai gelaran ‘ulama’ ataupun professional. Justeru itu, Nabi s.a.w bersabda kepada sahabah baginda yang soleh dan warak Abu Zar al-Ghifari :

“Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya.” (Riwayat Muslim).

Namun Khalid bin al-Walid r.a. sekalipun Nabi s.a.w. pernah menegur dan membantah beberapa tindakannya yang melanggar disiplin peperangan yang digariskan oleh baginda, tetap baginda pilih mengepalai tentera Islam dan menggelarnya sebagai pedang Allah. Ini kerana kemampuan yang dimiliki Khalid tidak dimiliki oleh sahabat-sahabat lain, sekalipun mereka lebih berilmu dan dekat dengan Nabi s.a.w dibandingkan Khalid.

Al-Imam Ibn Taimiyyah dalam Al-Siyasah al-Syar`iyyah fi Islah al-Ra`iy wa al-Ra`iyyah menyebut: “Apabila dua orang, salah seorangnya lebih amanah dan seorang lagi lebih kuat (mampu) maka hendaklah didahulukan yang lebih bermanfaat untuk jawatan berkenaaan dan paling kurang mudharatnya bagi jawatan tersebut. Maka dalam mengepalai peperangan, yang kuat dan berani -walaupun padanya ada kejahatan- diutamakan dari lelaki yang lemah dan tidak berkemampuan walaupun dia seorang yang amanah.

Maka tanggungjawab umat Islam sekarang bukan membincangkan ‘ulama’ atau ‘professional’ yang layak memerintah, tetapi melihat tanggungjawab jawatan tersebut dalam kerangka politik hari ini dan siapakah yang paling sesuai atau paling berkesan dalam mencapai matlamat sebuah negara yang adil dan dirahmati Allah. Isunya bukan isu gelaran, atau jenis pakaian, tetapi isu amanah dan kemampuan dalam mentadbir dan menguruskan kehidupan rakyat.

Melayu

Melangkaui maGo to fullsize imagesa, sabtu terpaksa datang pejabat nak siapkan sedikit tugasan yang perlu diselesaikan tika dan saat kebanyakan bercuti sempena hari wesak.

Alhamdulillah tepat jam 2 petang segalanya telah selesai dan terus email laporan kepada boss berkenaan.


Masih terlalu awal untuk pulang ke rumah , berjalan kesorangan di KLCC sambil mata memerhati tingkah laku manusia sekeliling.

Tu dia, beberapa kumpulan bangsa asing dari negara Nepal,Indonesia,Myanmar,Bangladesh memenuhi setiap sudut di KLCC.

Mereka datang begitu jauh entah secara halal atau haram untuk mencari rezeki di bumi bertuah Malaysia ini. Sejuta tahniah kepada mereka sanggup berkorban segalanya untuk mencari rezeki.

Aku memerhati gerak geri pemuda melayu, woww remaja melayu dengan fesyen terkini berjalan berkumpulan tanpa arah tuju. Terlalu bangga dengan pakaian yang memaparkan artis tempatan dan antarabangsa.


Kenapa bangsa asing sanggup mencari rezeki di Malaysia walhal mereka tahu upahnya terlalu kecil dan mereka boleh survive.

Mengapa melayu tidak sanggup melakukan kerja yang sama dengan upah yang sama diterima oleh bangsa asing? Alasannya "gaji kecik mana boleh hidup"

Apa beza kedua-dua soalan ini?. Sikap berlagak melayu yang memandang rendah kerja-kerja buruh, "low class" menjadi permainan di bibir. remaja melayu mahukan kerja didalam pejabat yang berhawa dingin dengan gaji yang besar mencecah 4 angka tapi mereka lupa bukan mudah untuk memenuhi segala impian.

Pengorbanan harus dilakukan untuk mencapai segala apa yang dihajatkan. tanpa pengorbanan masa dan tenaga,segala impian tidak akan tercapai.


Melayu atasan yang berpolitik pula sibuk dengan agenda mereka. melaungkan slogan "Membela Nasib Melayu" tapi dalam masa yang sama memalukan melayu seantara dunia. Demi mengejar cita-cita dan kekayaan mereka lupa batu asas perjuangan.

Sanggup menghina sesama melayu untuk mendapatkan kuasa pemerintahan. Rakyat memerhati sikap buruk mereka. inikah contoh orang yang mahu memimpin sedangkan mereka tidak menggunakan akal yang waras dalam sesuatu perkara. Bengong!!.

Perak dan Terengganu menjadi bukti kini. Cakap tak serupa bikin!.

Bila pihak atasan lupa pada permasalahan melayu dibawah, maka melayu yang dibawah pasti lupa pada jasa pemimpin dan tidak tahu bagaimana untuk berbakti pada negara.

Betapa ruginya sebuah negara bernama Malaysia apabila mempunyai rakyat dan pemimpin berfikiran bengong.

sumber: detikdaily.net

PEMBEBASAN TAHANAN ISA - PERLUKAH BERTERIMA KASIH?

Benarkah janji kerajaan untuk membebaskan 13 orang lagi tahanan Akta ISA membuktikan kerajaan kini telah berlaku adil? Sebagai manusia yang mementingkan budi bahasa,seharusnya kita mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang telah membuat janji tersebut. Lebih-lebih lagi berbanyak terima kasih kepada Adun Kota Alam Shah YB Manoharan yang telah `batuk' sedikit sahaja, maka besar kesannya dan teman-teman beliau seramai 12 orang pun bakal bebas tidak lama lagi.

PM berkata tiada kena mengena pembebasan tahanan Akta ISA itu dengan `gertakan' YB Manoharan untuk meletakkan jawatan sebagai Adun Kota Alam Shah. Kita hormatilah pandangan PM baru kita itu dan kita juga mungkin mempunyai pandangan yang lain bahawa YB Manoharan telah pun melakukan sesuatu yang bijak. Sebelum ini Menteri Dalam Negeri Dato' Hishamudin dengan egonya berkata beliau bukan orangnya yang akan menurut atau takut kepada ugutan YB Manoharan untuk meletakkan jawatan selaku Adun bagi membolehkan Pilihanraya Kecil di Dun Kota Alam Shah. Kita juga kena hormati kata-kata beliau, tetapi bukan semua rakyat dungu belaka. Jika kita berada di tempat PM atau Menteri Dalam Negeri, mungkin kita akan buat begitu juga kerana tiada pilihan lain. Atas apa jua alasan pembebasan terhadap 13 orang tahanan Akta ISA ini, hakikatnya adalah ini adalah kesan daripada tekanan yang diberikan oleh PR terhadap kerajaan Bn sekarang. Termasuk juga kempen yang berterusan oleh GMI dan beberapa NGO's yang lain. Ini merupakan satu hadiah istimewa PR buat rakyat keseluruhannya. Usaha ini tidak terhenti setakat ini, PR harus lebih berusaha agar tiada lagi makhluk yang bernama manusia di`pelihara' dalam penjara tanpa dapat membela diri.

Perlukah berterima kasih kepada kerajaan? Jawapannya perlu kerana kita ada budi bahasa. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu telah mencuri motosikal kita kemudiannya dia memulangkan kembali tetapi hanya tayar sahaja, kita wajar berterima kasih kerana berbudi bahasa tetapi kita tuntut agar motosikal kita dikembalikan bukan tayar semata-mata. Meskipun motosikal kita masih di dalam miliknya, kita berterima kasih kerana memulangkan sebahagian daripada milik kita. Namun, Jika kita tidak berterima kasih pun tidak menjadi salah kerana sememangnya itu motosikal kita yang dicurinya. Dia hanya memulangkan barang yang dicuri bukannya meminjam. Dia yang sepatutnya berterima kasih kepada kita kerana kita tidak membuat laporan atau mendakwanya atas kesalahan yang dia lakukan.

Akta ISA sememangnya satu akta yang kita anggap salah dalam aspek hak asasi manusia, lebih-lebih lagi dalam perundangan Islam. Sehubungan itu, kerja yang dilakukan terhadap benda yang salah selagi tidak dihapuskan kesemuanya, perlukah kita berterima kasih lebih-lebih lagi menyanjung tinggi melangit? Usaha GMI untuk berdebat dengan PEWARIS memang wajar kerana GMI merasakan perjuangannya selama ini betul. PEWARIS pula seperti `malu-malu kucing' untuk menyahut cabaran GMI. Mengapa perlu demikian jika PEWARIS merasakan Akta ISA itu bertepatan dengan Islam atau pun berjuang mempertahankannya adalah `Jihad' dalam Islam ?

Sekali lagi terima kasih buat PM yang `memulangkan' sedikit tahanan yang `diambil'nya dan kita menyeru agar pulangkan semuanya ke pangkuan rakyat dan keluarga mereka. Terima kasih juga buat menteri-menteri yang kuat `anggukan' kepalanya bila PM buat keputusan bebaskan tahanan tersebut meskipun sebelum ini bertegang urat mempertahankannya. Alasannya, sudah sampai masanya mereka dibebaskan dan menteri-menteri ini pun angguk ligat tanpa sepatah bantahan seperti sebelum ini. Kita tidak tahu bila pula sampai masa tahanan-tahanan yang lain untuk dibebaskan. Saya percaya suatu hari nanti, bila kerajaan buat keputusan untuk menghapuskan mata pelajaran sains dan metamatik dalam bahasa Inggeris, maka menteri-menteri ini akan angguk lagi dan akan berkata memang sudah sampai masanya.

WFAUZDIN NS
wfauzdin.blogspot.com

sumber: detikdaily.net

Sepanjang Jalan Kenangan

APA-APA pun yang berlaku ada hikmah dan pengajarannya. Sehari suntuk di Ipoh, ibu negeri Perak Darul Ridzuan melihat kelakuan pembesar politik, saya mendapat banyak pengajaran.

Bukan daripada para pembesar politik, tetapi daripada apa yang saya lihat, dengar dan ingat. Orang Pakatan Rakyat marah. Noktah. Orang Umno pun marah, tetapi mereka juga berasa malu.


Mungkin Bandaraya Ipoh, seperti pokok beracun yang memberi nama kepadanya, telah kembali menjadi tempat toksik. Getah pokok ini digunakan oleh Orang Asli sebagai racun untuk menyumpit binatang.

Saya kembali teringat cerita Allahyarham datuk saya, Haji Hassan Md Isa mengenai kehebatan Ipoh pada tahun 1930 dan 40-an.

Pada zaman datuk saya, Ipoh dipenuhi orang putih pengurus estet dan lombong, tauke-tauke balak Cina, pekerja ladang dari India, perempuan kabaret, sarang candu, kedai todi dan kongsi gelap.

Pada waktu itu, candu halal dan pengedarannya dilesenkan oleh penjajah Inggeris. Sarang candu atau opium den dan kedai todi adalah institusi yang sebati dengan buruh ikatan dari China dan India.

Apabila orang Inggeris membenarkan dan membawa masuk buruh dari negeri China dan India, mereka mengizinkan pendatang itu membawa bersama tabiat mereka – buruh Cina dengan penagihan candu dan pekerja India dengan minuman todi.

Sesiapa yang membaca sejarah tentu terbaca cerita mengenai monopoli Inggeris ke atas perniagaan candu setelah mengalahkan Negeri China dalam dua Peperangan Candu (Opium War) daripada 1839 hingga 1860.

Siri peperangan ini berlaku apabila Inggeris melanggar undang-undang Negeri China dengan menyeludup candu dari India untuk kegunaan rakyat China.

Pada hari Khamis, 7 Mei walaupun tidak ada lagi manager orang putih, perempuan kabaret, kedai todi dan sarang candu di bandar raya itu, namun perangai segelintir penduduk dan pelawatnya tidak tumpah orang khayal candu dan mabuk todi.

Sangat mengaibkan. Kredibiliti dan kesahihan politik Perak terus menjadi bahan pertikaian. Mungkin sudah sampai masanya difikirkan kearifan mengembalikan mandat kepada pengundi.

Tetapi bukan semua yang berlaku dan dialami sehari di Ipoh itu buruk. Saya berkesempatan bertegur sapa dengan beberapa orang pembaca blog ini daripada kedua-dua belah pihak.

Bakar Penarik Beca ada di sana. Dia pakai baju hitam tsunami. Tetapi kali ini dia tidak ditangkap. Mungkin kerana dia di luar kawasan larangan macam saya. Bakar adalah veteran tunjuk perasaan dan kena tangkap sudah jadi alah bisa tegal biasa baginya.

Makanan di Ipoh boleh tahan. Jelingan seorang wanita bertudung di kedai makan Yong Suan aka "wangge" mencetuskan ilham untuk berpuisi. Siapa gerangan dia?

Pemandangan di luar daripada kawasan kepungan polis melegakan. Bangunan-bangunan lama mengingatkan kembali tahun 1950 dan 60-an. Moga-moga Majlis Bandaraya Ipoh mengekalkan bangunan-bangunan lama ini.

Perjalanan pulang melalui Jalan Persekutuan 1, iaitu jalan lama membawa saya menyusuri pekan Kampung Kepayang yang sudah ditinggalkan, Gopeng, Kampar, Temoh dan Tapah.

Sejak adanya Lebuhraya Utara-Selatan, pekan-pekan di sepanjang Jalan Persekutuan di Perak semakin usang dan ditinggalkan.

Rumah-rumah kampung yang tidak dihuni telah ditelan belukar dan semak-samun. Kita terpaksa mengintai baru nampak rumah-rumah kayu yang berseni ini dicelah-celah pokok durian, manggis, langsat dan rambutan.

Tapi teh dan kopi di kedai kopi usang yang diusahakan oleh sepasang suami isteri tua Cina di Tapah, berhampiran stesen bas masih melegakan.

Jadi, sekali-sekala elok kita tinggalkan keselesaan lebuh raya dan meninjau semula pekan-pekan kecil dan kampung-kampung yang pastinya mengembalikan nostalgia.

Pendek kata, kalau kita kenal sejarah dan kita dekati Perak di luar lingkaran sempit politik hodoh Bandaraya Ipoh, insya-Allah kita tidak akan berasa terlalu gundah-gulana, amarah dan kecewa.

sumber: detikdaily.net

Polis cabul sidang Dun Perak , Sivakumar masih Speaker


SEMAKIN banyak pihak menimbangkan kesahihan perlucutanGo to fullsize image V Sivakumar daripada jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak dan pengundian pengganti beliau, R Ganesan, bekas Adun Sungkai, dan juga dua lagi usul.

Peguam dan juga Presiden Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Hakam) Malik Imtaz Sarwar tidak bersetuju dengan pandangan Dato' Hafarizam Harun dan Dato' Muhammad Shafee Abdullah, yang dilaporkan berkata bahawa usul yang diluluskan 7 Mei adalah sah.


"Saya tidak bersetuju dengan pandangan Hafarizam dan Shafee. Saya tak nampai bagaimana it boleh menjadi sah," jelas Malik Imtaz kepada Malaysian Insider.

Prosidur diragui

Dia mendapati terlalu banyak persoalan berhubung prosidur di dalam ruang dewan, mengakibatkan kesahihannya diragui.

"Pertama, bagaimanakah persidangan itu boleh sampai ke peringkat di mana Hee mengambil alih persidangan?" beliau mempersoalkan, merujuk kepada Hee Yit Foong, Adun Jelapang merangkap Timbalan Speaker.

"Sekiranya Sivakumar berada di situ secara sah, bagaimana dia (Hee) boleh mengambil alih (tugas Speaker)?" tambah beliau, merujuk kepada penjelasan Hafarizam yang membuat rujukan kepada Perkara 36A(1)(b) Peraturan Persidangan yang membenarkan Timbalan Speaker mengambil tempat menggantikan Speaker.

Versi bercanggah

Kata Imtaz, dia mendengar versi yang bercanggah-canggah mengenai peristiwa 7 Mei, termasuk dakwaan kononnya pada satu ketika Sivakumar tidak berada di dalam kamar dewan sewaktu persidangan berlangsung.

Beliau juga mempersoalkan kehadiran pegawai polis berpakaian biasa di dalam kamar dewan.

"Polis tidak sama sekali mempunyai kuasa dalam kamar dewan," kata Imtaz, dan merujuk kepada kenyataan terdahulu oleh Menteri Dalam Negeri ketika itu Syed Hamid Albar dan Ketua Polis Negara pada Mac lalu selepas Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Karpal Singh dikasari di Parlimen.

Syed Hamid dan Musa Hassan menegaskan bahawa pihak polis tidak boleh campur tangan dalam kamar dewan walaupun sekiranya terdapat pergaduhan dan hanya petugas dewan (sergeant-at-arms) mempunyai kuasa menangkap.

Polis bukan agen parti politik

"Polis telah bertindak tanpa kuasa. Mereka sebenarnya menjadikan diri mereka sebagai agen kepada sebuah parti politik dan bukan sebagai pelaksana bebas undang-undang," kata Imtaz, sambil menekankan bahawa Sivakumar adalah masih Speaker yang sah ketika itu.

Sementara menekankan pandangannya bahawa tidak bermakna Adun Pakatan Rakyat bebas daripada apa-apa perlakuan salah, Imtaz menolak penjelasan Dr Zambry Abdul Kadir yang mengatakan BN tidak mempunyai pilihan kecuali memanggil polis apabila keadaan menjadi semakin tegang.

"Mereka mengatakan mereka tidak ada pilihan tapi itu tidak benar. Mereka boleh sahaja memfail untuk mendapatkan perintah mahkamah dan menyebut Sivakumar sebagai menghina mahkamah. Mereka tidak melakukan demikian tetapi memilih untuk membantu diri-sendiri tetapi membantu diri-sendiri tidak dibenarkan di bawah sistem perundangan kita," jelas Imtaz lagi dengan nada marah.

"Bahkan, cara paksaan terpaksa digunakan - dengan menggunakan polis untuk memaksa Sivakumar keluar dari kamar dewan tanpa sebarang alasan-� ini adalah merupakan penunjuk yang mencukupi bahawa BN tidak mempunyai penyelesaian politik mahupun perundangan terhadap kesulitan yang mereka sendiri mulakan."

Beliau juga mempersoalkan: "Pada saat manakan persidangan sebenarnya bermula?"

Bila sidang bermula?

"Sekiranya perasmian persidangan bermula selepas titah Raja Nazrin, bagaimanapula mereka menjalankan sebarang urusan sebelum itu?" tanya Imtaz.

Beliau menekankan, Raja Muda Perak yang sepatutnya membuka persidangan, memasuki kamar dewan hanya pada kira-kira jam 3.00 petang, setelah berlaku perebutan kerusi Speaker dan setelah tiga lagi usul - pemilihan Ganesan sebagai Speaker, anggota baru untuk jawatankuasa sampingan dan kelulusan pengisytiharan pembatalan sidang Pakatan Rakyat terdahulu yang diadakan di bawah sebatang pohon.

Imtaz juga menegaskan persidangan tersebut juga melanggar beberapa lagi konvensyen, termasuk tidak mengadakan upacara mengangkat sumpah untuk Ganesan selaku Speaker. Ini, tegasnya, biasanya diadakan dalam satu upacara di masa lain di hadapan raja.

Terus buntu

"Inilah antara perkara yang menyebabkan saya merasa ragu tentang kesahan usul yang diluluskan," kata peguam yang baru-baru ini menjadi penerima anugerah hak asasi manusia antarabangsa.

"Akhirnya, terdapat kebuntuan di sini," katanya, dan menambah sekiranya Perdana Menteri Najib Razak "ikhlas tentang Satu Malaysia, dia tidak boleh membenarkan BN melakukan tindakan tersebut."

Bagi pensyarah undang-undang Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Abdul Aziz Bari, "semuanya begitu jelas dan terpampang."

Katanya, dia bersetuju dengan Ir Mohammad Nizar Jamaluddin bahawa persidangan 7 Mei adalah "haram dan tidak berperlembagaan".

Cara salah pilih Speaker

"Bagi saya, cara mereka memilih Speaker adalah salah. Speaker masih Sivakumar," jelas ahli akademik itu.

Beliau memerhatikan bahawa urutan peristiwa dari 5 Februari sehingga semalam - dari perbuatan melompat parti yang dilakukan wakil rakyat yang dipilih sehinggalah kepada keputusan mahkamah membatalkan keputusan Sivakumar untuk menggantung kehadiran Adun BN - membuatkan kesahihan usul cukup meragukan menurut pandangannya.

Seperti juga Malik Imtiaz, Presiden Majlis Peguam Malaysia Ragunath Kesavan bersetuju situasi di Perak sudah tiba pada titik di mana tidak ada jalan lain kecuali Sultan Perakmembubarkan dewan undangan dan membuka jalan untuk pilihan raya umum baru bagi membersihkan kemelut yang berlaku.

Undang-undang tak boleh selesai masalah

"Bagi kita, cara perundangan tidak akan dapat menyelesaikannya kerana setiap peguam mempunyai pendapat berbeza," katanya.

"Secara peribadi, saya rasa terdapat hujah yang memihak kepada kedua-dua pihak. Satu daripadanya bilakah persidangan itu sebenarnya bermula? Satu lagi apakah Speaker mempunyai kuasa untuk menolak usul yang hendak dibentangkan?"

"Tapi kini Pakatan Rakyat adalah pihak minoriti dan BN mempunyai majoriti stabil dengan 28 campur tiga bebas," jelasnya.

Ragunath menekankan cara terbaik untuk keluar dari permasalahan tersebut ialah membenarkan pengundi membuat keputusan.

"Saya tak fakir dalam demokrasi, untuk kembali semula kepada rakyat setelah baru sahaja mengadakan pilihan raya umum merupakan satu masalah," katanya.

----

Tulisan dari The Malaysian Insider ini diterjemah oleh Shirzad Lifeboat _

sumber: detikdaily.net

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.