Manoharan Di Bebas

Ternyata 'ugutan' untuk letak jawatan oleh Manoharan berkesan apabila Menteri Dalam Negeri yang baru, Hishamuddin Tun Hussin mengumumkan ADUN Kota Alam Shah itu akan dibebaskan segera bersama 12 tahanan ISA yang lain. Beliau akan dibebaskan serentak dengan 2 lagi pimpinan Hindraf iaitu P. Uthayakumar dan K. Vasantha Kumar


Hishamuddin Tun Hussin membuat kenyataan media selepas mempegerusikan mesyuarat pasca Kabinet di kementeriannya. Manoharan dan rakan-rakannya akan dibebaskan 2 atau 3 hari lagi bersama-sama 10 orang lagi terdiri, 3 warga Malaysia, 2 warga Indonesia dan 5 warga Filipina. Beliau juga memberitahu, pembebasan tahanan tersebut bukan bermotifkan politik.

Namun pada bulan lalu, sejurus Najib Razak dilantik sebagai Perdana Menteri, beliau terus mengumumkan pembebasan 13 tahanan ISA termasuk 2 pimpinan Hindraf. Pembebasan tersebut ekoran pilihanraya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

Signifikannya pembebasan tersebut adalah UMNO BN tidak mahu lagi bertanding lagi di pilihanraya. Mereka sudah serik untuk menerima kekalahan demi kekalahan di tangan Pakatan Rakyat. UMNO BN tidak mahu meneruskan momentum kemenangan Pakatan Rakyat tetapi sampai bilakah UMNO BN dapat bertahan ? Sedangkan rakyat sekarang dahagakan angin perubahan..

http://addin77.blogspot.com

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.