Anwar Ibrahim: Ceramah Perdana, Ampang 29/04/11 (Part 4/4)

Anwar Ibrahim: Ceramah Perdana, Ampang 29/04/11 (Part 3/4)

Anwar Ibrahim: Ceramah Perdana, Ampang 29/04/11 (Part 2/4)

Anwar Ibrahim: Ceramah Perdana, Ampang 29/04/11 (Part 1/4)

Mat Sabu on contest for deputy presidency

Anwar's fate should not affect PAS-PKR ties

Isu Video Seks: Memalukan, Ada Pemimpin Gereja Katholik Membidas Kerajaan Benarkan Pihak TV3 Siarkan Aksi Lucah Untuk Tontonan Orang Awam

PETALING JAYA, 28 April - Seorang pemimpin Gereja Katholik membidas TV3 dengan tindakan mereka menyiar potongan dari video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Biskop Paul Tan (foto), yang juga Presiden Konferens Bikop-biskop Katholik Malaysia, mengecam tindakan itu sebagai sesuatu kebiadaban yang tidak boleh dimaafkan. Semalam, stesyen TV yang ada kaitan dengan kerajaan tersebut telah menyiarkan potongan dari apa yang disifatkan bahagian kedua video yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan wanita dikatakan warga China. “Dari awal lagi, kita melihat satu sikap yang serba membolehkan telah menjadi ciri kepada sikap pihak berkuasa terhadap episod jijik berkenaan,” kata Tan. “Sekarang sikap itu menjadi lebih biadab: pemaparan bahan yang keji dan buruk dilkakukan di TV awam untuk ditontoni oleh seluruh rakyat lelaki dan perempuan termasuk kanak-kanak. “Kebiadaban ini tidak boleh dimaafkan dimana kelemahan pihak berkuasa yang tidak bertindak tegas dari untuk menghapuskan ia dari peringkat awal sebagai satu kesilapan yang amat besar", katanya. Tan menggesa pihak berkuasa untuk bertindak tegas dan mengheret mereka yang memiliki dan menayang video seks sebelum “satu kejahatan melahirkan lebih kejahatan lagi selepasnya.” “Sikap membenarkan tayangan berkenaan, adalah relatifnya merupakan wajah kepada tindakan syaitaniah yang merupakan penyumbang jelas terhadap kerosakan moral yang kita temui di dalam kehidupan. “Para penjaga undang-undang dan moral (pihak polis) tidak boleh membiarkan penayangan kejahatan yang kurang ajar ini. Mereka perlu bertindak, jika tidak rakyat akan tanggung risikonya,” tegasnya.

[Ramai pihak sebenarnya yang terkejut dengan penayangan aksi video lucah yang dipaparkan oleh TV3 itu. Kini mereka sudah keterlaluan dan TV3 dijadikan alat untuk meneruskan agenda peribadi pemimpin tertentu. Sebab itu kita tidak hairan orang kuat TV3, si Farid Ridzuan dan beberapa orang kanannya dipanggil bekerja di Jabatan Perdana Menteri. Rupa-rupanya itulah agenda mereka ia itu menggunakan sepenuhnya peranan saluran terbabit untuk memesongkan minda rakyat selepas mereka tahun RTM tidak diterima oleh sebahagian besar rakyat Malaysia. Akhirnya adengan menjijikkan ini boleh disiarkan tanpa perasaan malu dan segan silu. Bukan sahaja TV3 malahan akhbar-akhbar arus perdana juga terlibat. Mereka tidak sedar bahawa media itu ditonton dan dibaca juga oleh golongan kanak-kanak, remaja dan generasi muda. Apakah politik sebegini mahu dihalalkan demi mencapai agenda pihak terbabit. Bukankah ia sesuatu yang tidak wajar sebenarnya. Maka itu tindakan pemimpin Gereja Khatolik ini jelas membuktikan semua agama tidak menerima unsur seks keterlaluan seperti ini].

Anwar Ibrahim Gives His Statement On The Sex Video Issue At IPD Dang Wan...(media umno bn semakin terdesak!!!,cuba tanya pasal najib isu antantuya!!!

Video seks II: Polis, Datuk T bersekongkol, kata Saifuddin

SHAH ALAM 27 APRIL : Satu lagi klip video lucah Datuk T disebarkan di Internet menerusi Youtube,  menguatkan hujah bahawa kempen  untuk menfitnahkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diperhebatkan.
Video 1 minit 46 saat itu yang berjudul 'Papa Nurul Izzah Part II'  dimuat naik di Youtube sejak jam 1.30 tengahari tadi dan telah pun dimuatkan di pelbagai blog pro-Umno dengan komen-komen menjijikan blogger berkenaan.
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution percaya polis dan gandingan Datuk T bersekonggol memuatkan video itu di Internet.

" Penyebaran bahagian kedua atau ketiga sekali pun bukan merupakan satu perkara baru dan tidak memeranjatkan kerana perkara tersebut dilakukan oleh pihak polis sekali dengan bantuan Datuk T,” kata Saifuddin kepada TVSelangor.

" Datuk T sendiri mengakui video asal ada pada tangan mereka dan telah diserahkan kepada polis.Apabila video itu tersebar kepada awam, jelas sekali ia adalah perbuatan pihak polis sendiri dengan kerjasama Datuk T," tambah beliau.      

Saifuddin kesal  diatas cubaan bertalu-talu untuk mengaibkan Anwar menerusi fitnah.

" Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana pihak polis masih belum lagi menyelesaikan siasatan mereka,” kata beliau.

Klip bahagian dua didedahkan pada hari sama ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay menyerahkan DNAnya  untuk “memperketatkan” fakta kes.

Bahagian pertama video lucah itu  dimuat-naik pada 4 April  lalu menunjukkan babak awal sebelum perlakuan seks dimulakan.

Bahagian kedua video ini pula menunjukkan  bahagian akhir.

Gandingan 'Datuk T” iaitu Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim mendakwa mereka mendedahkan pelaku dalam video itu sebagai  Anwar kononnya kerana “mahu menyelamatkan negara” .

Seorang bekas pengawal Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob mendedahkan Eskay mengugut untuk “membinasakan”  Anwar kerana enggan membantunya berhubung sebuah kes saman.

Rahim pula didedahkan sebagai menyimpan dendam terhadap Anwar kerana terpaksa meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994 bersabit dakwaan merogol seorang pelajar berusia 15 tahun.

Saifuddin berkata persepsi umum bahawa video itu adalah fitnah Umno semata-mata diperkuatkan dengan tiadanya tindakan ke atas gandingan Datuk T sungguhpun terbukti mereka melakukan jenayah mengedar bahan lucah dan mengugut Ketua Pembangkang.

" Akibat dari pihak polis tidak mengambil tindakan ke atas Datuk T, maka ini mengukuhkan lagi tanggapan awam bahawa video itu bermotif politik yang  membabitkan pemimpin Barisan Nasional dengan kerjasama pihak polis sendiri,” kata Saifuddin. 

Ditanya mengenai tindakan polis mengambil DNA Eskay, Saifuddin memnyifatkannya sebagai helah semata-mata untuk mengaburi agenda sebenar Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

" Siasatan itu kononnya DNA diambil dan sebagainya hanyalah satu lakonan semata-mata… seolah-olah pihak polis sedang bertindak ke atas salah seorang Datuk T iaitu Datuk Eskay. Walaupun kesalahan mereka (Datuk T) sangat jelas di bawah Seksyen 292 tetapi siasatan polis kelihatannya tidak menjurus ke arah itu, “ kata Saifuddin.  

Walaupun polis selesai menjalankan siasatan, Pejabat Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tidak berpuas hati dan dua kali mengarahkan siasatan lanjut dijalankan, sekali gus menimbulkan spekulasi mengenai  motif Gani.

Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul dan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia Badrul Hisham Shaharin yang menyaksikan video penuh  21 minit itu menolak bahawa pelaku itu Anwar berasaskan susuk tubuh dan bahasa tubuh pelaku.
- TVSelangor News
Berkaitan:
Bandingkan kedua-dua gambar:


http://twitter.com/#bloggerpakatan
Intisari TVSelangor

PENARIK KERETA SAMSENG DAKWA PENGADU???


PENARIK KERETA SAMSENG DAKWA PENGADU Seorang peniaga jualan langsung melahirkan rasa tidak puas hati terhadap penarik kereta kerana cuba berlagak samseng dengan mengejar dan melanggar kereta yang dinaikinya di Taman Saujana, Kota Tinggi, di sini, baru-baru ini.

Surihana Prayitno Thum, 31, mendakwa, akibat terlalu ingin mendapatkan kereta Perodua Kancil milik abangnya itu, penarik kereta terbabit menghalang kereta yang dinaiki bersama adiknya di Jalan Niaga 3, Kota Tinggi.

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang hari berkenaan ketika dia ke Kota Tinggi bagi menjalankan perniagaannya sebelum cuba dihalang sebuah kenderaan.

“Namun, saya tidak menghiraukan kereta yang menghalang dan berlalu pergi menghala ke Ulu Tiram. Secara tiba-tiba kereta saya dikejar tiga kenderaan termasuk kenderaan yang menghalang saya tadi.

“Ketika kami tiba di lampu isyarat Taman Saujana, tiba-tiba cermin saya diketuk dari arah kiri dan kanan oleh penarik kereta berkenaan,” katanya ketika ditemui di Pusat Aduan Rakyat di sini, semalam.

Menurutnya, dia dan adiknya dipaksa keluar kerana penarik kereta itu berkeras ingin mengambil kereta berkenaan.

“Ketika diarah untuk menunjukkan dokumen yang sah dan lesen yang dibenarkan, penarik kereta itu gagal membuktikan. Jadi, saya terus memecut kereta saya kerana bimbang kejadian yang lebih buruk berlaku.

“Malangnya kereta saya masih lagi diekori tiga kenderaan terbabit dan melanggar kereta yang dinaiki,” katanya

Sehubungan itu, Surihana membuat laporan polis berkenaan kejadian berkenaan.

“Saya mengakui kesalahan tidak melunaskan pembayaran tunggakan bulanan tersebut tetapi penarik kereta itu tidak perlu bertindak demikian dan perlu menunjukkan dokumen yang sah," katanya.

Mengapa kejam sangat media arus perdana umno bn nie!!!masih nak buat fitnah lagi!!!

AWAS Wanita!!!. GAMBAR anda di Fb dalam Bahaya!!!. Pleasee baca... Sebarkan..

by Abu Muawiyah Dua on Thursday, June 17, 2010 at 6:04pm
Ya Akhawat Fil Islaam, Wahai Muslimah2@Facebook, Walau Di Mana Jua Antunna Berada..

Atas Dasar Ukhuwwah & Kasih yang Tidak Terhingga terhadap Antunna, PS Amat-amat Memohon drp Lubuk Hati yang Paling Mendalam....

'SILA DELETE KESELURUH GAMBAR2 ANTUNNA YANG MASIH TERSISA DI FACEBOOK DENGAN KADAR SEBERAPA SEGERA!'.

Terutamanya kepada Mereka yang Belum Berpurdah, Gambar-gambar Antunna di Ambang Bahaya dan boleh menjadi Asbab Fitnah yang Maha Dahsyat kepada Diri, Keluarga dan kepada Addenul Islam itu Sendiri.

Bagi Memastikan Antunna Melakukannya pada SAAT DAN KETIKA INI juga, di bawah ini PS sertakan Beberapa Artikel Beserta Bukti Kukuh bagi Meyakinkan Antunna untuk men'DELETE' Gambar-Gambar tersebut Tanpa Ragu2.


[ ARTIKEL 1 ] ~ TANGAN KOTOR : MEMBOGELKAN GAMBAR MUSLIMAH DENGAN SUPER IMPOSE

Super Impose yang semakin menjadi kegilaan dunia hari ini, telah menyebabkan berlakunya beberapa kezaliman terhadap wajah wanita yang bertudung. Kesal juga, sejak kebelakangan ini, ternampak beberapa bentuk serangan media dengan menggunakan istilah-istilah lucah yang agak meluat untuk menyebutkannya di sini.

Post kali ini, saya cuba menarik para pembaca untuk memahami situasi yang terjadi. Istilah-istilah kotor yang saya maksudkan di atas, cuba dikembangkan. Antara cara-cara mengembangkan otak kotor terhadap wanita muslimah, ialah dengan menggunakan SUPER IMPOSE.

Iaitu, mengambil beberapa keping gambar perempuan bertudung yang dirasakan secocok dengan gambar bogel, kemudian gambar perempuan tersebut dipotong dibahagian yang sesuai. Biasanya garisan tudung tersebut. Kemudian, di”tampal” pada tubuh mana-mana yang tidak berpakaian.

Maka, akan terhasil seorang wanita yang bertudung, tetapi tidak berpakaian. Kerja-kerja ini tidak lain adalah untuk menghina Islam, bahkan menghina wanita muslimah yang sentiasa menjaga aurat mereka. Persoalan di sini, dimanakah saluran mudah untuk mendapatkan gambar-gambar muslimah kita?

Oh ya, FACEBOOK adalah jalan paling mudah dan berkesan. Sejak kebelakangan ini, nampak seperti wanita muslimah Indonesia dan Malaysia yang menjadi mangsa! Hah.. Adakah anda sedar, entah-entah gambar saudara mara kita pula yang kena.

Lebih teruk apabila gambar tersebut dibuat animasi dengan format GIF. Animasi yang boleh ditampal dengan mudah di web-web lucah. Asalnya ia merupakan gambar kaku, tetapi apabila diubahsuai dan diset dalam format GIF, akan terhasil animasi bergerak. Antaranya AKSI-AKSI RANJANG yang agak mengaibkan untuk disebut di sini.

Baca Selanjutnya --> http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/06/tangan-kotor-membogelkan-gambar.html


[ ARTIKEL 2 ] ~ AWAS MUSLIMAHKU !!


ASAL FOTO INI ADALAH BERTUDUNG SEMPURNA, NAMUN TELAH DIEKSPLOITASI MELALUI TEKNIK SUPER IMPOSE DAN SINAR X-RAY UNTUK MENAMPAKKAN BAHAGIAN DALAMAN. MAKA KEPADA PARA MUSLIMAH DIKASIHI ALLAH SEKALIAN ,TOLONG DELETE FOTO-FOTO ANDA DALAM MANA-MANA LAMAN PERIBADI ANDA SEPERTI fACEBOOK ,BLOG @ fRIENDSTER SEBELUM MENJADI MANGSA DAN FOTO-FOTO ANDA TERSEBAR DI INTERNET OLEH MUSUH2 ISLAM DAN KAKI PORNOGRAFI

Mungkin proses eksploitasi ini tidak dapat dilakukan jika mana gambar ini sudah tetap..namun sebagai langkah berjaga-jaga, seelok-eloknya tidak wajarlah bagi seorang muslimah mempamerkan gambarnya kepada bukan mahramnya. Jika difikir-fikirkan, kenapa sibuk mempamerkan wajah pada orang tatapan ramai ?..NAK TUNJUK CANTIK??? {PS : NAK KEPUJIAN LELAKI????} Hmmm..cukuplah pamerkan pada suami kalian nanti..renung-renungkanlah.

Baca Selanjutnya --> http://serikandiumar93.blogspot.com/2010/06/awas-muslimahku.html


[ARTIKEL 3] HATI-HATI : FACEBOOK MEMUDAHKAN SI BERTUDUNG DITELANJANGKAN

Susulan daripada artikel saya sebelum ini, yang berkaitan dengan gambar perempuan bertudung yang dieksploitasikan, saya rasa perlu untuk mengulas lebih lanjut tentang istilah “body scanning”. Mungkin ia kelihatan agak tak masuk akal untuk dihasilkan. Tapi, sila baca beberapa kaedah di bawah, yang MEMUNGKINKAN proses ini akan berhasil.

1. Semua orang sudah tahu, bahawa pakaian tidak boleh ditembusi. Tetapi di Airport telah meletakkan sistem “mengkantoikan” anggota badan secara penuh. Dahulu, kita tidak pernah terfikir ia akan berlaku. Tetapi sekarang, ia sudah berlaku.

Ok, ada yang mengatakan bahawa, itu adalah anggota badan secara langsung, bukan melalui gambar. Penjelasannya pada nombor 2.

2. Cuba kita lihat di dalam ruangan Facebook. Kebanyakan pelayar Facebook yang memakai pakaian menutup aurat, tetapi adakah tidak boleh diimaginasikan bentuk tubuh mereka?

Contoh, di dalam gambar 1, si A melakukan aksi 1, gambar kedua pula melakukan aksi 2, sehinggalah 5 keping gambar, dan kesemuanya aksi yang berbeza (walaupun aksi bersahaja dan memakai niqab).


Maka, berdasarkan ukuran baju, lipatan kain, dan sebagainya, memungkinkan tubuh badannya diolah dalam bentuk 3D. Ia adalah hasil imaginasi yang dapat diterjemahkan daripada 5 gambar tersebut. Bukan sahaja 5, 1 pun sudah cukup.


Semua orang tahu, tubuh badan wanita semuanya sama, gemuk bentuknya begini, kurus bentuknya begini, pinggang lebar bentuknya begini, dan sebagainya. Maka, daripada gambar yang tertera, mereka mengolah kepada bentuk 3D, kerana manusia punyai imaginasi.

Senang cerita, kalau anda tengok perempuan bertudung, anda akan dapat mengimaginasi sehingga “menelanjangkan” tubuhnya, walaupun aurat semuanya ditutup. Maka, Islam mengajar kita untuk “menjaga pandangan”, walaupun kepada mereka yang menutup aurat.

Baca Selanjutnya--> http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/06/hati-hati-facebook-memudahkan-si.html

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Demi Kasih dan Cinta PS kepada Antunna, Sekali Lagi PS pohon....

' TOLONG DELETE DENGAN SEGERA, KESEMUA GAMBAR ANTUNNA @ FACEBOOK, SEKALIPUN IANYA TELAH DI'LOCK'.

SEBELUM IANYA DIEKSPLOITASI OLEH MUSUH-MUSUH ISLAM, SAMADA MENGGUNAKAN TEKNIK 'SUPER IMPOSE', 'SINAR X-RAY' ATAU '3D BODY SCANNING' UNTUK MENGAIBKAN MARUAH KAUM MUSLIMAH YANG MEMELIHARA AURATNYA, SETERUSNYA MENCEMARKAN KESUCIAN ADDENUL ISLAM"

Waakhiran Laisa Biakhirin,

Demi Ukhuwwah dan Kasihku Kepada Kalian, PS Amat-amat Memohon Agar Disebarluaskan Info ini kpd Seramai Mungkin Sahabiah2 Antunna di Luar Sana...

& Seterusnya, buat Ikhwahku yang KuKasihi, Sebarluaskan juga Info ini kpd seluruh Mahrammu, Kaum Kerabatmu, mahupun Teman2 Muslimahmu di FB....Demi Memelihara Kesucian Maruah Akhawat Kita dan Menjaga Kemurnian Addeenul Islam yang Sama-sama Kita Cintai...

Solat Diterima Allah

alt
Empat perkara yang harus difikirkan sebelum bersolat supaya solat diterima oleh Allah.
Perkara-perkara disebutkan di bawah ini adalah petikan dari kitab Kuliah Subuh karangan al-Marhum Syed Ahmad Semait. Beliau berkata, Imam al-Murzabani Rahimahullah alaihi membincangkan tentang syarat-syarat solat yang sempurna, perkara tersebut adalah:
01.Hadir hatinya
Sesiapa yang solat dengan masih mempunyai fikiran yang tidak fokus maka mereka adalah penyembah yang lalai.
02.Bersaksi akalnya
Sesiapa yang solat dengan akalnya tidak memerhatikan setiap gerak-geri dalam solat tersebut maka mereka adalah penyembah yang pelupa.
03.Khudu' خضوع (menerima) kepada rukun-rukunnya
Sesiapa yang solat tanpa khudu', atau mengamati dan fokus pada setiap rukun-rukun dan bacaan dalam solatnya, maka orang itu adalah penyembah yang kering.
04. Kusyu' خشوع (menghormati) segala anggotanya
Sesiapa yang solat tanpa khusyu' anggotanya; iaitu setiap dari anggotanya bersolat seiring dengan hati dan fikiran yang redha kepada Allah, maka orang itu adalah penyembah yang salah.
Semoga bersama kita mendapat ganjaran solat-solat yang diterima Allah. Amin.
Wallahu a'lam.
Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka diletakkan semua dosa-dosanya di atas kepala dan kedua-dua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud, maka akan berjatuhanlah dosa-dosanya itu" [H.R.Attabrani]
-Artikel Iluvislam.com

Berbohong dan Menghampiri Zina


Rasulullah S.A.W telah melarang lelaki dan wanita yang bukan mahram (dihalalkan nikah antara keduanya) daripada berkhalwat (berdua-duaan di tempat yang boleh dikategorikan sebagai terhindar daripada halangan untuk melakukan maksiat yang berlaku antara lelaki dan wanita). Larangan yang dikemukakan oleh Rasulullah S.A.W  dalam hadithnya ini yang menggunakan lafaz nahi (tegahan) membawa maksud pengharaman perbuatan berdua-duaan yang dimaksudkan tersebut. Berikut merupakan hadith-hadith yang menggambarkan pengharaman tersebut:
1.Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bermaksud: Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat makan janganlah berkhalwat dengan wanita yang tidak ditemani oleh muhramnya (lelaki yang haram dinikahinya).
2.Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Bukhari: Janganlah sesiapa dikalangan kamu (lelaki) berkhalwat dengan wanita yang bukan muhram antara keduanya melainkan sekiranya wanita tersebut ditemani oleh mahramnya.
 
 
وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zinaitu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
(Surah Al-Isra' 17: Ayat Ke 32)
 
Arahan untuk tidak membenarkan lelaki dan wanita daripada berdua-duaan dalam erti kata khalwat di atas bukanlah kerana buruk sangka terhadap kedua-dua mereka tetapi ia bertujuan untuk memelihara mereka daripada terjebak kepada perkara-perkara yang termasuk dalam larangan-larangan Allah yang lebih berat seperti bercumbu-cumbuan, berpeluk-pelukan malahan sehingga ke peringkat zina.
Ini adalah disebabkan ketika mereka berdua-duaan, syaitan akan menjadi orang tengah yang bertanggungjawab untuk membisikkan tindakan-tindakan maksiat seterusnya yang perlu dilakukan oleh mereka berdua sepertimana yang dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadithnya yang bermaksud: Jauhilah kamu daripada berkhalwat dengan wanita (yang bukan muhram kamu). Demi Allah yang jiwaku berada dalam genggamanNya, tidaklah seseorang lelaki berkhalwat dengan seorang wanita melainkan syaitan akan mendatangi mereka berdua. Rasulullah saw telah bersabda yang maksudnya: “Mana-mana lelaki tidak akan berdua-duaan (berkhalwat) dengan perempuan, melainkan pasti syaitan akan menjadi yang ketiga”. (Riwayat At-Tirmidzi)
Wanita adalah dilarang berkhalwat dengan lelaki yang bukan muhrimnya di mana berkhalwat tidak semestinya berlaku di dalam rumah sahaja tetapi ia juga boleh berlaku di tempat-tempat yang sunyi tanpa dihadiri atau dilihat oleh orang ramai seperti di taman, tasik, pejabat dan sebagainya. Perlu diingat syaitan merupakan makhluk yang bijak (menghasut). Selagi ada kesempatan yang terluang, ia akan menggoda manusia untuk melakukan perbuatan yang terkutuk.
Oleh itu kita hendaklah sentiasa berwaspada. Jangan sekali-kali menghampiri pintu yang menghumban ke neraka seperti melakukan khalwat yang akhirnya menjebakkan diri kepada zina dan sebagainya.
Apabila kamu berdua-duaan, kamu telah melanggari Perjanjian dengan Allah Swt. Apabila ditanya oleh ibubapamu, kamu berpotensi untuk berbohong.

What did Mustafa say that so irked Azmin?

Perodua Bezza Part 2-kereta buatan anak tempatan!!!syabas!!

Cakap cakap….Chandra Muzzafar

From Steadyku47 blog
Former PKR deputy president Dr Chandra Muzaffar lashed out against critics who targeted the men behind a sex video allegedly featuring opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim with a prostitute.
Joining the fray on the sex video scandal, Chandra said it was the wrongdoer and not those who exposed the wrongdoing that should be targeted.??The former PKR deputy president said he was disappointed with some quarters whose focus had gone astray.

“It is not the individuals who expose the wrongdoing who should be our target, but the wrongdoer himself and his wrongdoing,” said Chandra, who was once a staunch Anwar ally, told the New Sunday Times yesterday.
Using an analogy of corruption as an example, Chandra said people should condemn the person who committed the act rather than those who exposed the act.??”Why should we be so obsessed with those who wash dirty linen in public when actually we should be chastising those who dirty the linen in the first instance?” ??Chandra, who is now a social activist and an academician, also gave his support for the establishment of a royal commission of inquiry (RCI) to determine the identity of the man in the video despite objections from Anwar’s family and supporters.

Steadyaku47 comment:
There is nothing like a women scorned but even a women scorned is no match for a Chandra Muzaffar scorned ………Chandra says ?”It is not the individuals who expose the wrongdoing who should be our target, but the wrongdoer himself and his wrongdoing,” May I remind Chandra of the following:
We all know what happened to Lim Guan Eng when he courageously sent the message to Rahim Thambi Chik, Mahathir, UMNO and the Barisan Government that the then Chief Minister’s of Melaka did not do the right thing when he raped an underage Malay Schoolgirl by going to her defense! Instead of punishing the wrongdoer did not Guan Eng then became the target?
When Tun Salleh Abbas defended the autonomy of the judiciary did not the Mahathir government dismissed him? Was not Tun Salleh Abbas exposing the wrongdoing of a Barisan government gone mad? Was it not the individual who exposed the wrong doing who then became the target? Or does Chandra think Tun Salleh’s message of Judiciary independence is of no consequence to the future of our country?
Between Lim Guan Eng, Tun Salleh Abbas and the Malaysia that we now live in, our streets are littered with the corpses and wasted bodies of so many messengers who have tried to tell UMNO and the Barisan Government what wrong doing they have done! These individuals trying to expose wrong doings were humiliated, drag in and out of courts, consigned to a life of physical and mental sufferings and some even put to death.
Why do you not defend these individuals that tried to expose these wrong doings Chandra? Instead why do you choose to defend these three stooges ? Surely you have not sunk so low in your pursuit of trying to be relevant to UMNO’s and your own agenda? What is your motive in coming to the defense of these three stooges. Pray tell me.

IAR's Photos - Wall Photos-hangat ketua menteri sarawak!!!panas!!!!


AWEK LUBNAN dan adik lelakinya lolz!~.

AJK UMNO Dicekup Dengan Gadis Bawah Umur

 

Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 54 tahun yang merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian UMNO Tanah Merah ditangkap khalwat bersama seorang gadis bawah umur berusia 16 tahun di sebuah hotel di jajahan ini, malam kelmarin.

Lelaki berkenaan ditahan bersama pasangannya pada kira-kira jam 1.30 pagi dalam operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) Tanah Merah diketuai Imam Masjid Bandar, Roslee Ismail dan ahli Rukun Tetangga (RT).

Difahamkan semasa kejadian, penguatkuasa sedang mengetuk bilik hotel berhampiran bilik yang didiami lelaki terbabit dan pasangannya itu, namun tanpa disangka lelaki terbabit keluar dari bilik dan pihak penguatkuasa mengesyaki lelaki terbabit dalam keadaan mencurigakan.

Menurut sumber JHEAIK Tanah Merah, setelah diperiksa lelaki terbabit, yang berpakaian lengkap berada dalam bilik berkenaan bersama seorang gadis belasan tahun yang sedang berkemban.

“Dia bersama pasangannya itu kemudian dibawa ke pejabat JHEAIK untuk tindakan lanjut kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen sah mengenai status mereka yang berdua-duaan dalam bilik hotel berkenaan.

“Selepas keterangan diambil kedua-duanya dijamin oleh seorang penjamin sementara menunggu tarikh perbicaraan kes tersebut pada 18 Mei ini,” katanya.

Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah, Nik Zuhdi Nik Yaacob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes itu disiasat di bawah Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan untuk tindakan susulan.-perakite/karatejau

Sarawak Election 2011: Harrison Ngau Laing , Candidate For N67 Dun Telan...

Sarawak Election 2011: The Iban Speak Out (In Iban)

Postal votes of Sarawak poll

Najib: Two third is a bonus

Nik Aziz yakin pengundi pilih Pakatan bina Sarawak baru

April 13, 2011
KUALA LUMPUR, 13 April – Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap lebih 900,000 akan melakukan perubahan ke arah membina Sarawak baru – dengan mengundi calon Pakatan Rakyat – yang menjanjikan “keadilan dan kesejahteraan” untuk semua rakyat, Sabtu ini.
Sehubungan itu kata Mursyidul Am PAS ini, mematuhi ingatan Allah ini, “kita hendaklah melakukan sesuatu itu dengan niat beribadat kerana ibadat itu akan mendapat pahala.”
“Pahala pula adalah bekalan untuk kita hidup aman-sejahtera selepas kita mati (berada di akhirat) nanti,” kata beliau dalam perutusan kepada pengundi bumi Kenyalang menjelang hari penentuan pilihan raya negeri Sarawak ke-10, Sabtu ini.
Menteri Besar Kelantan ini (gambar) berkata, apabila mengundi itu diniatkan sebagai ibadat, maka ia sama juga dengan sembahyang.
“Apa yang kita dapat dari sembahyang adalah pahala. Maka mengundi itu juga kita akan dapat pahala. Pahala adalah umpama duit yang yang boleh berjual-beli ketika di alam akhirat (hidup selepas mati),” katanya lagi.
Kata beliau, apa yang penting pengundi hendaklah mengundi calon dan parti yang membawa kebaikan dan membela nasib kita untuk hidup aman sejahtera.
“Sesungguhnya calon Pakatan Rakyat, sama ada dari PAS, DAP dan PKR adalah terdiri daripada mereka yang layak untuk dipilih.
“Ini kerana semua mereka memiliki kesungguhan dan sedia membela nasib dan hak kita semua,” katanya.
Kata Nik Aziz, yakinlah mengundi seorang calon yang layak, pastinya akan dapat berkhidmat dengan baik kepada kita semua.
“Ia adalah satu amal ibadat yang mulia, dan pasti mendapat restu Tuhan ke arah mencapai hidup yang aman sejahtera,” katanya lagi.
Pilihan raya negeri ke-10 menyaksikan kesemua 71 kerusi Dewan Undangan Negeri ditandingi – kali pertama sejak 1987.
Barisan Nasional (BN) yang memerintah negeri itu sejak Sarawak menyertai Malaysia hampir lima dekad lalu berhadapan dengan saingan paling sengit.
Awal hari ini Datuk Seri Najib Razak, perdana menteri dan pengerusi BN berkata, pihaknya hanya menyasarkan untuk mengekalkan kerajaan negeri, tidak kisah jika tidak memperoleh majoriti dua pertiga.

2011 04 13 SrawakConv

Taib pernah janji mahu letak jawatan pada tahun 1995

Oleh Milo Suam

Laporan akhbar Straits Times pada tahun 1995, pernah menyiarkan kenyataan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Pehin Taib Mahmud yang pada masa itu berjanji untuk meletakkan jawatan dalam masa lima tahun. Kalau Taib Mahmud tidak memungkiri janji ini dahulu, hari ini tiada rakyat Sarawak yang menolak Barisan Nasional kerana berang dengan perompak besar ini.

Sepatutnya sejak tahun 2000 (11 tahun dulu) lagi Taib Mahmud sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak jika dia memenuhi janjinya.

Di sini bukti jelas menunjukkan bahawa pemimpin kebanggaan gerombolan songkok tinggi ini adalah penipu besar.



Walau bagaimanapun, pihak Pakatan Rakyat seharusnya berterima kasih dengan penipuan Taib Mahmud ini. Dengan adanya pemimpin Barisan Nasional yang merompak harta rakyat, gila kuasa, kronisme dan nepotisme seperti ini, maka tugas Pakatan Rakyat untuk menumbangkan Barisan nasional di Sarawak menjadi semakin mudah. Terima kasih kepada Taib Mahmud kerana telah gagal mentadbir Sarawak dengan baik dan jujur.-/ Milo Suam

Seruan untuk Pengundi Sarawak - Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abd Aziz

Oleh: wanibrah

"Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz, Al-Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan turut berkesempatan mengutuskan Seruan kepada semua Pengundi Sarawak yang bakal mengundi pada 16 April nanti.

Seruan itu adalah satu pengharapan atas sentimen berubah ke arah Sarawak Baru, undilah calon Pakatan Rakyat yang merupakan menifestasi daripada lawatan mesra Tuan Guru ketika menyertai kempen Pakatan Rakyat di Sarawak pada 10-12 April lepas.

Berikut merupakan Seruan yang dimaksudkan.
Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.

Menemui sekalian pengundi Sarawak budiman. Semoga kita semua berada dalam rahmat Tuhan dan bersedia menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi bagi pilihan raya ke-10 Negeri Sarawak. Sesungguhnya Tuhan telah memberi ingatan kepada kita semua:
 Maksudnya:  “Pada hari manusia akan keluar berselerak untuk diperlihatkan kepada mereka setiap amalan mereka.  Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!  Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!” (surah Al-Zalzalah, ayat 6-8)
  Maksudnya: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku.” (surah Az-Zariyat ayat 56)
)Justeru mematuhi ingatan Allah ini, kita hendaklah melakukan sesuatu itu dengan niat beribadat, kerana ibadat itu akan mendapat pahala. Pahala pula adalah bekalan untuk kita hidup aman-sejahtera selepas kita mati (berada di akhirat) nanti. 
Begitu pula kita kena hendaklah percaya, apabila mengundi itu diniatkan sebagai ibadat, maka ia sama juga dengan sembahyang.  Apa yang kita dapat dari sembahyang adalah pahala. Maka mengundi itu juga kita akan dapat pahala. Pahala adalah umpama duit yang yang boleh berjual-beli ketika di alam akhirat (hidup selepas mati).
Apa yang penting, kita hendaklah mengundi calon dan parti yang membawa kebaikan dan membela nasib kita untuk hidup aman-sejahtera. Sesungguhnya calon Pakatan Rakyat, sama ada dari PAS, DAP dan KeADILan adalah terdiri daripada mereka yang layak untuk dipilih. Ini kerana semua mereka memiliki kesungguhan dan sedia membela nasib dan hak kita semua.
Yakinlah, mengundi seorang calon yang layak, pastinya akan dapat berkhidmat dengan baik kepada kita semua. Ia adalah satu amal ibadat yang mulia, dan pasti mendapat restu Tuhan ke arah mencapai hidup yang aman-sejahtera.
Oleh itu, saya berharap agar kita semua dapat melakukan perubahan ke arah membina Sarawak Baru yang menjanjikan keadilan dan kesejahteraan untuk semua rakyat.Terima kasih dan tahniah kerana mengundi calon Pakatan Rakyat––PAS, DAP dan KeADILan. Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan
Al-Mursyidul Am PAS
 
9 Jamadil Awal 1432H/12 April 2011M.
Semoga pengundi Sarawak dapat mengambil sikap politik serupa pengundi Kelantan yang sudah melakukan perubahan––menolak BN/Umno sejak 21 tahun lalu. Justeru Kelantan terus Membangun Bersama Islam tanpa khilaf lagi.

"

Pilihan Raya Sarawak - 13 Dun panas, sengit

Oleh: wanibrah

" Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011 kali ini sedang menyaksikan 13 Dun panas yang boleh disifatkan panas, persaingan sengit dan sedang merimaskan calon-calon bertanding. Ia diikuti pula dengan enam Dun kelabu bagi Barisan Nasional Sarawak pimpinan Abdul Taib Mahmud. Berikut adalah jadual yang menerangkan secara ringkas fakta tersebut.

  Berpandukan jadual di atas (klikkan untuk saiz besar), 10 Dun adalah dimenangi BN pada pilihan raya 2006, hanya tiga Dun (N.09 Padungan, N.28 Engkilili dan N.43 Ngemah) pihak BN kalah.
Apa pun berdasarkan perkembangan semasa dan mood kebersamaan pengundi (khususnya kalangan Dayak dan Cina) menyahut kempen "Jom Ubah" pihak Pakatan Rakyat, maka dijangkakan 13 Dun panas tersebut bakal dimenangi Pakatan Rakyat atau parti oposisi BN.
Di antara parti-parti Pakatan Rakyat tersebut, KeADILan dijangka memperolehi lima Dun, DAP bakal memenangi empat Dun dan PAS pula dua Dun.
Sementara parti-parti oposisi lain adalah dijangka SNAP mengekalkan kemenangan di Engkilili dan PCM pula akan menawan Dun Ngemah yang dulunya dimenangi calon PCM atas tiket Bebas.
Sekiranya benar, jangkaan 13 Dun ini jatuh kepada Pakatan Rakyat dan parti oposisi. Kemudian, kemungkinan besar DAP dapat mengekalkan dominasi di enam Dun (N.10 Pending, N.11 Batu Lintang, N.12 Kota Sentosa, N.40 Meradong, N.45 Bukit Assek dan N.59 Kidurong) yang dimenangi 2006, maka Pakatan Rakyat bersama SNAP dan PCM akan memenangi sekurang-kurangnya 19 daripada 71 Dun. Ia belum cukup untuk meranapkan keegoan parti BN yang ditunjangi PBB dan SUPP.
Justeru, bagi meranapkan dominasi dua pertiga BN, Pakatan Rakyat perlu memenangi 25 Dun. Ia memerlukan enam Dun lagi. Antara Dun yang dilihat berpotensi ialah mana-mana Dun kelabu bagi parti SUPP, SPDP dan PRS. Dun tersebut ialah N.25 Balairingin (PRS), N.39 Repok (SUPP), N.41 Pakan (SPDP), N.47 Bawang Assan (SUPP), N.64 Pujut (SUPP) dan N.65 Senadin (SUPP).
Apakah matlamat meranap dominasi dua pertiga Barisan Nasional akan berjaya?
Berdasarkan mood dan kesedaran politik semasa (sentimen pengundi Cina menolak BN bermula di Sibu dan kebangkitan Orang Ulu, Iban dan Bidayuh), maka bukan setakat meranap dominasi dua pertiga, lebih dari itu ialah berkemungkinan BN akan terpenggal tampuk kuasa Kerajaan Negeri!
Oleh: Wan Nik Wan Yussof, Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.

"

Marah diarah bertugas semula


BILIK kawalan kapal selam nuklear HMS Astute.


SOUTHAMPTON - Diarah bertugas semula merupakan punca seorang kelasi, Ryan Donovan, 22, mengamuk dalam kapal selam nuklear Britain, HMS Astute bernilai £1.2 bilion (RM5.93 bilion) dengan menembak mati seorang pegawai tentera, Leftenan Komander Ian Molyneux, lapor akhbar The Sun semalam.
Dalam kejadian yang berlaku di pelabuhan Southampton kelmarin, Donovan menembak mati Molyneux yang merupakan jurutera senjata dalam kapal selam tersebut dengan menggunakan senjata tentera laut, raifal SA80.
Dia melepaskan enam das tembakan dan mengenai seorang lagi pegawai tentera laut, Leftenan Komander Chris Hodge di bahagian dada yang kini dirawat di sebuah hospital semasa para tetamu kehormat yang melawat kapal selam berkenaan menyaksikan insiden tersebut.
Semasa kejadian, kelasi tersebut yang kini telah ditahan pihak berkuasa memakai pakaian pelindung badan yang berperisai semasa dia melepaskan tembakan itu.
Insiden itu berlaku semasa Datuk Bandar Southampton, Carol Cunio melawat kapal selam tersebut untuk makan tengah hari bersama Ketua Majlis Bandar Raya Southampton, Alistair Neill dan seorang anggota majlis itu, Royston Smith.
Menurut Smith, 46, yang merupakan bekas jurutera Tentera Udara Diraja Britain memberi gambaran dengan jelas mengenai kejadian tersebut kerana dia menjadi wira dengan menangkap kelasi yang mengamuk itu.
Smith berkata, kelasi kapal itu yang merupakan peminat lagu rap melepaskan beberapa das tembakan yang pertama di dalam kapal selam tersebut.
Dia yang berada tidak jauh dari bilik kawalan kapal selam itu bertindak menolak Donovan ke arah dinding.
Menurut Smith, semasa pergelutan itu, kelasi itu mungkin melepaskan tembakan yang kelima namun dia kemudian memusingkan badan Donovan sehingga 180 darjah dan menolaknya ke arah satu lagi dinding.
Dia berkata, semasa pergelutan itu, Donovan melepaskan tembakan yang keenam.
Namun, Smith berjaya menjatuhkan kelasi itu dan merampas senjata apinya dan melemparkan ia di bawah sebuah meja yang jauh daripada jangkauannya.
Dalam kejadian itu, beberapa orang yang menyaksikan insiden berkenaan berada dalam keadaan terkejut.
Kejadian itu berlaku dua hari selepas HMS Astute berlabuh di pelabuhan Southampton setelah 46 hari ia menyertai ujian di Laut Ireland.
Menurut beberapa kelasi, Donovan berasa tertekan kerana dia diarah berada di dalam kapal selama sebulan lagi kerana beberapa ujian tentera laut akan bermula esok. Kapal selam itu tiba di pelabuhan Southampton pada Rabu lalu. Namun terdapat laporan di akhbar The Times of London yang menyatakan dia mengamuk kerana tidak dibenarkan menggunakan tandas yang dikhaskan terlebih dahulu untuk para tetamu kenamaan. - Agensi

Batu nisan 20 kubur lama 'hidup'


Mohd. Zin menunjukkan antara batu nisan yang 'hidup' di Kampung Batu Melintang, Gua Musang, Kelantan semalam.


GUA MUSANG – Penduduk Kampung Batu Melintang dekat sini terkejut kerana batu-batu nisan di sebuah kubur lama di kampung itu didakwa hidup apabila saiznya semakin membesar dan meninggi.
Kubur tersebut yang dikatakan wujud sejak 200 tahun lalu, menyemadikan penduduk tempatan pada zaman dahulu.
Kini ia sudah tidak digunakan lagi setelah perkuburan baharu disediakan di Kampung Kuala Sungai tiga tahun lalu.
Sejak penggunaan tanah perkuburan beralih ke kubur baharu, kubur lama yang menempatkan hampir 150 jenazah penduduk beragama Islam itu kini terbiar dan dipenuhi pokok-pokok hutan.
Sebelum ini, menurut penduduk, batu- batu nisan itu memang telah dilihat membesar, namun tidak pernah dilapor- kan media.
Tinjauan Kosmo! Ahad ke lokasi tersebut mendapati, sebanyak 20 buah kubur lama yang batu nisannya menjadi tinggi, manakala kawasannya dipenuhi dengan semak-samun.
Batu-batu nisan di kawasan perkuburan itu memang besar dan tinggi sehingga ada yang hampir menyamai tinggi orang dewasa.

Rakyat Sarawak Bersedia Menuntut Perubahan, Lebih 5,000 Orang Telah Hadir Ke Ceramah Lim Kit Siang Dekat "Kota Sentosa" Malam Semalam !

KUCHING, 10 April - Tempoh kempen Pilihanraya Negeri Sarawak kini masuk hari yang keempat. Bahang kian terasa dan gelombang kebangkitan rakyat ke arah perubahan kini semakin tiba. Ternyata rakyat Sarawak sudah tidak mahu lagi dijadikan "talian hayat BN" buat selama-lamanya. Mereka sudah mencongak harapan baru untuk kehidupan yang lebih aman, selesa, adil dan berkebajikan. Semua itu mungkin tidak akan diperolehi selagi Sarawak diperintah oleh Barisan Nasional. Tambah parah lagi, bila Ketua Menteri "Taib Mahmud" yang susah sewajarnya mengundur diri itu tiba-tiba masih lagi mahu meneruskan cengkaman kuasanya. Senario ini amat dibenci oleh rakyat sekarang, ditambah pula dengan tempoh pemerintahan Taib Mahmud yang sudah melebihi 30 tahun itu. Satu tempoh yang tidak sewajarnya dipertahankan lagi oleh rakyat marhaen. Apa yang berlaku di Mesir, Yaman, Libya dan yang lainnya haruslah dijadikan tauladan. Soalnya, kenapa Taib Mahmud masih berselera untuk berkuasa, sedangkan sudah ratusann juta hasil mahsul rakyat dimonopoli oleh beliau dan anggota keluarganya. Dalam masa yang sama rakyat terus dibelenggu dengan masalah kehidupan yang semakin menghimpit dikala Taib sibuk mengumpul harta. Inilah yang dibenci oleh rakyat sebenarnya. Maka itulah, mereka akan melakukan perubahan besar dalam pilihanraya negeri kali ini. Inilah juga yang menakutkan pemimpin UMNO BN. Sokongan rakyat rerhadap ceramah-ceramah pembangkang terus mendapat sambutan. Terbaru ceramah Pemimpin DAP, Lim Kit Siang di Kota Sentosa dekat sini semalam telah dihadiri oleh lebih 5,000 rakyat.

[Dalam ceramahnya Lim mencabar Ketua Menteri Taib Mahmud didakwa telah menelan tanah yang luasnya bersamaan 20 kali ganda keluasan Singapura, dan beliau dicabar agar memuntahkan separuhnya untuk menunjukkan keikhlasannya kepada rakyat! Lim Kit Siang (foto) sebelum itu disambut dengan tepukan gemuruh setibanya di Kota Sentosa, dan beliau memulakan ceramahnya dengan melontarkan soalan, "Sudahkah rakyat bersedia untuk perubahan?", disambut dengan teriakan, "Ya!" Taib Mahmud, atau lebih dikenali sebagai "Pak Uban" dijadikan sasaran sepanjang kempen PRN Sarawak, dan isu ini mendapat sambutan yang hangat terutamanya di kalangan komuniti Cina. Rakyat Sarawak seharusnya tidak perlu menoleh ke belakang lagi dalam hal ini. Kerajaan UMNO BN perlu ditumbangkan segera jika mereka mahu melihat nasib anak cucu dan generasi akan datang lebih terbela. Sikap pemimpin BN yang mula membawa projek "mee segera" ke Sarawak sekarang ini jelas membuktikan mereka telah dinafikan hak pembangunan sejak sekian lama. Maka itu rakyat perlu faham dan bijak menilai. Semakin banyak kemewahan yang dilambakkan jelas sebagai bukti bahawa selama ini mereka memang tidak pedulikan nasib rakyat itu sendiri. Oleh itu, langkah terbaik ialah membuat perubahan segera untuk masa depan].

Isu Pahang: "Taklimat Lynas", Fuziah Perjelaskan Projek Tersebut Bagi Untung RM8 Bilion Setahun Kepada Australia Tetapi Rakyat Hanya Dapat Bala

KUANTAN, 10 April - Taklimat penerangan tentang bahaya sisa radioaktif "rare earth" kilang Lynas di Gebeng telah berjaya diadakan di Perkarangan KAFA, Al-Makmur, Masjid Balok Makmur dekat sini malam tadi. Program anjuran Jawatankuasa Bertindak Bantah Radioaktif itu telah menampilkan penceramah yang terdiri daripada YB Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan), YB Syed Mohamad Syed Lonik (ADUN Beserah) dan Ustaz Suhaimi Md Saad (Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang). Majlis dipengerusikan oleh Saudara Andansura Rabu (Ketua Penerangan PAS Indera Mahkota). Turut hadir dalam program malam tadi ialah Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Pahang) dan beberapa pemimpin lain dari Pakatan Rakyat. Disamping taklimat penerangan menggunakan "slide projector" itu, borang memorandum bantahan Lynas juga turut diedarkan kepada orang ramai. Difahamkan setakat ini sudah lebih dari 21 ribu rakyat Kuantan telah menandatangani memorandum tersebut. Dalam ucapannya, Fuziah Salleh (foto) menyatakan kepada hadirin kenapa beliau telah membantah projek ini sejak tahun 2008 lagi, iaitu ketika Kilang Lynas belum pun di bina. "Kenapa saya gelisah sangat projek ini daripada awal, pertamanya kerana Lynas Corporation ini adalah milik syarikat Australia sepenuhnya (100%), maksudnya RM8 bilion setahun yang bakal diperolehi hasil keuntungan projek ini adalah milik rakyat Australia", katanya.


Dato' Fauzi juga turut hadir, hadirin tandatangan memorandum (kanan)

Orang ramai terpaku mendengar penjelasan daripada para penceramah

Rakyat secara majoritinya semakin faham tentang bahayanya radioaktif
Fuziah juga menegaskan yang beliau hairan kenapa Lynas dikecualikan daripada membayar cukai selama 12 tahun oleh Kerajaan Malaysia. "Lynas mendapat status "Strategic Pioner Status" oleh MITI, Saya tanya menteri kenapa beri, kenapa beri ni tak payah bayar cukai? Dia kata faedah insentif kerana kita nak menarik pelabur asing, maka diberi imbuhan 12 tahun tak payah bayar cukai... RM8 bilion tu untung kat dia jer lah; kemudian, dia kata akan beri kita peluang pekerjaan. Maklumat terkini, Lynas loji ni akan mengambil 450 pekerja maksudnya mana peluang pekerjaan? Tak ada, apa yang kita dapat?, kita dapat bala .. kita dapat bala .. Australia dapat untung RM8 bilion setahun dan dikecualikan bayar cukai, 100% milik Australia. Kita mendapat penghormatan untuk menjadi tapak sisa buangan radioaktif seluruh dunia", katanya.

[Nampaknya gelombang kebangkitan rakyat untuk menolak projek pembinaan kilang memproses "Rare Earth" Lynas Corporation Ltd semakin memuncak sekarang ini. Susulan daripada itu, difahamkan pihak Kerajaan Negeri Pahang mula membuat kawalan ketat kepada orang ramai yang mahu hadir ke sesi taklimat awam di Komplek Dagangan Indera Mahkota pada 12 April ini. Soalnya, kenapa mereka takut berhadapan dengan kenyataan. Mereka mahu rakyat menerima takdir bahawa projek itu wajib dilaksanakan demi kepentingan rakyat. Soalnya sekarang "rakyat mana yang penting?" sedangkan terbukti Lynas dikecualikan daripada membayar cukai selama 12 tahun. Maknanya Kerajaan Negeri Pahang tidak mendapat apa-apa hasil selama tempoh tersebut. Jika 11 tahun yang lalu Bajet Defisit sering dibentangkan oleh Kerajaan Negeri, maka apakah 12 tahun akan datang benda yang sama akan berlaku. Apa hasil yang akan diperolehi daripada Lynas melainkan "bala"].

Panas: Isu Video Seks, Mufti Perlis Bidas Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia Supaya Tidak Terlalu Mengikut Nafsu Politikkan Hukum Syarak

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya (foto) membidas kenyataan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia Zainol Rijal Abu Bakar bahawa video seks seseorang yang didakwa berzina boleh dijadikan bukti di Mahkamah Syariah. Dr Juanda berpendapat kenyataan Zainol Rijal itu "menyeleweng" daripada prinsip dalam Islam. "Jenayah zina hanya boleh dibuktikan dengan dua perkara sahaja iaitu pengakuan orang yang berzina dan pengakuan empat orang saksi (yang adil) yang melihat perlakuan zina itu. "Bukti video atau gambar atau rakaman tidak diterima bagi jenayah zina. Pandangan (beliau) ini cukup menyeleweng. "Beliau seorang peguam, takkan dia tak tahu mengenai perkara ini," katanya ketika dihubungi semalam. Berikutan itu, Dr Juanda meminta Zainol Rijal agar tidak menimbulkan salah faham kepada rakyat umum. "Hukum syara' jangan dipolitikkan... Hukuman zina amat berat dalam Islam, jadi pembuktian juga perlu maksimum," tegasnya. Dr Juanda mengulas laporan akhbar yang memetik Zainol Rijal berkata rakaman video aksi seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin parti pembangkang boleh digunakan sebagai bahan bukti untuk mendakwa pelaku terbabit di mahkamah syariah. Zainol Rijal berkata ia dikategorikan sebagai "bukti bayyinah" iaitu keterangan yang boleh diperolehi dalam pelbagai bentuk antaranya dokumen, percakapan dan video. Sehubungan itu, kata beliau, klip video boleh dijadikan sebagai bahan bukti untuk mendakwa seseorang melakukan zina sekiranya pihak pendakwa tidak boleh membawa empat orang saksi lelaki. Mengulas lanjut, Dr Juanda berkata beliau juga memuji tindakan Speaker Dewan Rakyat yang tidak membenarkan penayangan video seks di parlimen. "Saya bersetuju (untuk larang tayangan) dengan beliau, nanti ada orang lain mungkin nak tunjuk video (seks) orang lain pula," kataya. Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan supaya menutup isu video seks ini dengan segera demi menuju sebuah negara yang rakyatnya berakhlak.

[Sesuatu yang amat memalukan dan tidak sewajarnya berlaku. Tergamak seorang Presiden Peguam Muslim seperti Zainul Rijal (foto) bercakap mengikut nafsu dan mempermainkan hukum syarak yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Ternyata apa yang diucapkan itu adalah kerana ketaksuban beliau untuk mengampu dan mencari publisiti murahan sebenarnya. Oleh itu, kita ucapkan syabas kepada Mufti Perlis kerana berani memperbetulkan keadaan. Kini, hukum agama diperkotak-katikkan oleh manusia yang sudah tidak mahu mencari kebenaran sebaliknya ingin mengejar keduniaan semata-mata. Inilah akibatnya bila ilmu agama yang ada didada disalah gunakan. Maka akhirnya rakyat terkelitu dengan kenyataan yang jelas terpesong itu. Mujurlah masih ada golongan agama seperti Mufti Perlis ini yang berani untuk mengeluarkan kenyataan. Soalnya sekarang, apakah kenyataan beliau itu dapat diterima oleh pemimpin UMNO BN?. Jika begitu, sudah pastilah jangka hayatnya sebagai "Mufti" bakal menemui jalan berliku. Ini kerana kerajaan UMNO BN hanya mahu mereka yang pandai mengampu menjadi peguasa agama. Namun kebenaran itu perlulah ditegakkan]. mkini

su Pahang: Bantahan "Projek Lynas" Memuncak, Himpunan Rakyat Di Masjid Balok Makmur Lepas Solat Jumaat Petang Tadi Terus Dapat Sambutan !

IKUANTAN, 8 April - Bantahan rakyat terhadap pembinaan kilang memproses "rare earth" Lynas Corporation Ltd kini semakin meningkat selepas Kerajaan Negeri Pahang mengadakan taklimat awam berkenaan projek itu di Komplek Dagangan Indera Mahkota dan Duta Village dekat Beserah baru-baru ini. Petang tadi, rakyat terus bangkit menyatakan bantahan dan tidak mahu kewujudan kilang tersebut di negeri. Himpunan Membantah Lynas dan Selamatkan Malaysia siri kedua telah diadakan di perkarangan Masjid Balok Makmur selepas solat Jumaat hari ini. Himpunan yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang yang diketuai oleh Ustaz Suhaimi Md Saad (foto) itu telah menarik perhatian para jemaah masjid berkenaan. Ini kerana, kawasan berkenaan adalah antara lokasi yang paling hampir dengan projek berbahaya itu nanti. Malah, turut kelihatan ialah beberapa pekerja Lynas Malaysia Sdn Bhd yang bersolat Jumaat di situ. Seperti biasa ucapan panas telah dibuat oleh Ustaz Suhaimi, YB Syed Mohammad Syed Lonik (ADUN Beserah), Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Pahang) dan Saudara Andansura Rabu (Ketua Penerangan PAS Indera Mahkota) turut menyampaikan ucapan agar rakyat bantah projek tersebut daripada diteruskan pembinaannya.



ADUN Beserah, YB Syed Mohammad Syed Lonik turut membuat ucapan

Ustaz Suhaimi Md Saad dengan lantang mahukan projek Lynas dihentikan

Saudara Andansura (Ketua Penerangan PAS Indera Mahkota) berucap

Sebahagian penduduk yang turut menyatakan bantahan isu projek Lynas

Pengerusi PKR Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman juga sempat berucap

Rakyat bersatu mahu projek radioaktif Lynas dibatalkan pembinaannya
[Turut kelihatan ialah beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat yang lain. Pihak polis seperti biasa hadir untuk memantau acara itu tadi. Namun, segalanya berakhir dengan suasana yang tenang dan tidak ada provokasi berlaku. Disamping berucap, risalah berkaitan bahaya Lynas juga turut diedarkan kepada orang ramai. Himpunan ini jelas sekali membuktikan betapa rakyat yang tidak berdosa tidak mahu hidup mereka dihantui dengan risiko bahaya radioaktif "rare earth" yang boleh terkena kepada mereka atau anak cucu pada masa akan datang. Justeru itu, mereka bangkit menentang dan mahu Kerajaan Negeri Pahang membatalkan terus projek ini tanpa sebarang kompromi. Bantahan seterusnya akan diadakan dalam jumlah yang lebih besar ketika Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang bermula tidak lama lagi. Difahamkan, himpunan petang tadi turut dihadiri oleh wartawan media antarabangsa Al-Jazeera. Semua rakyat diseru datang beramai-ramai untuk menyatakan sokongan terhadap bantahan ini. Nampaknya kempen Selamatkan Rakyat, Bantah Lynas masih dipandang sepi mereka!]

Undi Kristian, Cina penentu nasib Taib Mahmud?

Undi masyarakat Kristian dan Cina bakal menjadi faktor penting kejayaan Barisan Nasional pimpinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10.

Walaupun kelihatan yakin dengan sokongan yang bakal diperolehi daripada pengundi Kristian dan Cina, kempen pembangkang yang semakin agresif mampu mengubah kecenderungan kumpulan pengundi terbabit.

BN melakukan tindakan memujuk melalui pelepasan Injil dalam bahasa Melayu yang ditahan dan pengumuman bantuan dan sokongan untuk sekolah mubaligh Kristian.

Kempen pilihan raya BN kali ini yang bertema kestabilan dan masa hadapan yang terjamin dilihat sebagai ditujukan paling utama kepada masyarakat Cina yang paling banyak terlibat dalam perniagaan.

Pelancaran kempen yang diadakan di Sibu, sebuah bandar utama kaum Cina juga boleh dilihat sebagai usaha kempen pertama memujuk pengundi Cina.

Kempen menentang Taib mendapat perhatian masyarakat Kristian dan Cina yang melihat pemerintahan berdekad ketua menteri itu sebagai dominasi Melayu yang tidak adil kepada etnik dan agama lain.

Kempen itu, yang turut mendapat bantuan pihak dari luar negara, bergantung sebahagian besarnya pada pengundi Kristian dan Cina untuk berjaya.

BN mula meningkatkan kempen memenangi sokongan kelompok pengundi terbabit dengan pelbagai tindakan termasuk janji pengunduran Taib selepas pilihan raya, yang masih dipandang dengan skeptikal oleh pembangkang.

Pada masa sama, BN terus menabur janji pembangunan di Sarawak, termasuk berbilion peruntukan pembangunan dan janji menjadikan Sarawak negeri kaya.


Bongkar!! Ejen UMNO Dalam TVSelangor?

Oleh: addin_77

"Ekoran pendedahan oleh PASPB blog di sini semalam amat memeranjatkan ramai pihak. Bagaimana laman web kepunyaan PKR boleh mengeluarkan artikel yang mengutuk perjuangan sendiri dan rakan-rakannya PAS dan DAP, perkara ini amat-amat mengejutkan.

Sebenarnya sahabat Addin pernah memberitahu yang beliau mengenali seorang individu yang bernama Dzulkarnain Taib yang bertugas di TVSelangor. Beliau mengenali individu ini semasa beliau belajar di UKM, Dzulkarnain Taib pernah datang bersama-sama dengan mantan YB Tanjung Dawai, Rosnah Majid untuk bertemu pimpinan siswa UKM pada era reformasi 1998.

Menurut maklumat sahabat Addin, Dzulkarnain Taib ini pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia dan RTM. Selepas mengetahui Dzulkarnain Taib ini bertugas di TVSelangor, sahabat Addin pernah memberitahu Ketua AMK iaitu Shamsul Iskandar supaya menyiasat individu ini. 

Adakah Dzulkarnain Taib ini yang membuat onar dan menjadi ejen UMNO di TVSelangor selama ini? Addin meminta mana-mana pimpinan atau ahli-ahli  PKR yang membaca ,posting' ini agar menyiasat perkara ini.  Sehingga ke saat ini laman web TVSelangor masih tidak boleh di 'access'..
 
"

Telur Tiruan China

Oleh: waksab

"Baru-baru ini, produk-produk tiruan China telah menjadi sorotan di Korea. Beberapa media arus utama Korea telah memberitakan proses pembuatan telur-telur tiruan di China yang telah menggemparkan dan menyebabkan kekhuwatiran besar di antara penduduk Korea.

Seorang pekerja tidur di atas petak-petak telur di sebuah pasar runcit di Beijing, China. Beberapa media utama di Korea telah memberitakan proses pembuatan telur-telur tiruan di China, yang mana telah menggemparkan dan menyebabkan kekhuwatiran besar di antara penduduk Korea.

Pada 1-2 September lalu, Munhwa Broadcasting Corporation (MBC) menayangkan sebuah dokumenter berjudul, “Hidup tanpa produk-produk buatan China. “Acara tersebut menelusuri kehidupan keluarga di Korea Selatan, AS, dan Jepun yang menolak menggunakan produk-produk buatan China. Tayangan ini juga berbicara mengenai telur-telur buatan yang merajalela di China, acara ini telah menarik perhatian publik Korea.

Bentuk Telur Tiruan

Menyusul acara tersebut, akhbar nombor satu Korea, Chosun Ilbo, telah menerbitkan sebuah artikel berjudul “MBC Special mendedahkan telur-telur tiruan buatan China,” melaporkan secara terperinci bagaimana telur-telur tiruan itu dibuat. Dong-A Ilbo, koran Korea lainnya, pada 14 Ogos 2007 juga telah menerbitkan sebuah laporan berjudul “Telur-telur buatan dari China dibuat dari bahan-bahan kimia telah muncul di pasaran”.

Menurut laporan dari Chosun Ilbo, kerana harga-harga makanan yang melambung tinggi di China, telur-telur buatan, yang dibuat hanya dari bahan kimia tanpa bahan alami, telah muncul di Kota Zhengzhou, Provinsi Henan.

Mr. Wang, yang menjalankan sebuah perusahaan yang membuat bahan tambahan makanan, menjelaskan bagaimana telur-telur tiruan itu dibuat.

“Putih telur’ dibuat dengan melarutkan sodium alginate dalam air. Larutan tersebut akan terlihat seperti cairan bening yang kental dan sulit membedakannya dengan putih telur yang sebenarnya.

“Kuning telur’ dibuat dengan menyekop suatu carian dengan pigmen kuning dan memadatkan serokan cairan tersebut ke dalam larutan kalsium klorida.

Akhirnya, ‘putih telur’ dan ‘kuning telur’ dibungkus ke dalam ‘kulit telur’ yang dibuat dari kalsium karbonat.

“Jika ditambahkan tepung kanji atau bubuk kuning telur pada ‘kuning telur’ tersebut, tekstur dari sebuah telur buatan setelah dimasak hampir identik (sama) dengan telur yang sebenarnya.

Wang mengatakan hanya menghabiskan 0.55 yuan (0.07 dolar AS) untuk membuat lebih dari 2 butir telur, kurang dari sepersepuluh harga telur yang sebenarnya di pasaran (0.8 dolar AS.)

http://waksab.blogspot.com
"

Orang yang lari dari medan peperangan 2008 sekarang bercita-cita nak jadi YDP

Oleh: tombey

"Apakah ada nilai seseorang yang sebelumnya menjawat jawatan kedua tertinggi dalam hiraki parti di peringkat kawasan keluar meninggalkan parti dan jemaah disaat-saat menjelangnya pilihanraya umum 2008 yang lalu dengan seribu satu alasan tiba-tiba menjelang pemilihan parti 2011 lalu dan kini tiba-tiba muncul dengan tekad untuk merebut jawatan YDP PAS Kawasan Puchong....


Apakah individu ini ada maruah dan harga diri?...apakah individu ini layak memimpin parti dan jemaah?.... dalam sejarah perjuangan PAS sebelum ini banyak yang berkelakuan seperti orang Puchong ni...antaranya ada yang lari meninggalkan parti dan jemaah di saat pilihanraya seperti di Parlimen Titiwangsa sebelum ini dan akhirnya orang itu pun keluar meninggalkan parti dan khabarnya sekarang jadi orang kuat PKR kemudianya keluar.... yang sorang lagi kini tak tau jadi apa....

Berlainan kes di Puchong ni...keluar di saat pilihanraya 2008 dan bila PR memenangi dan memerintah Selangor...kembali terhegeh-hegeh dengan pelbagai gerakan sulit untuk merampas kuasa di Puchong...barangkali habuan dunia sudah nampak di mata mereka sekarang...hibah harta dan jawatan menjadi igauan sepanjang masa....

Tidakah orang yang lari dari medan peperangan menjadi satu kesalahan yang besar dalam islam dan tidakah wajar orang yang lari dari medan perjuangan ini layak digelar MUNAFIK HARAKI dan wajib dihukum?... kenapa orang seperti ini hendak dicalonkan sebagai YDP dalam mesyuarat Agung PAS Puchong akan datang?... Kalau pun YDP sekarang tidak berhasrat untuk mempertahankan jawatannya, tidakah ada calon yang lebih berwibawa untuk diketengahkan selain dari orang ini???.....sesungguhnya orang ini sememangnya tidak layak untuk mengisi sebarang jawatan dalam hiraki parti kerana kesalahan lari meninggalkan parti sejurus berlangsungnya pilihanraya umum 2008 lalu.Selanjutnya http://depakataakukata.blogspot.com/2011/04/berita-panas-dari-puchong-orang-yang.html
"

Najib kembali semula ke Sarawak: Petanda BN dalam keadaan genting?

Oleh Chen Shaua Fui

Pengerusi Barisan Nasional Najib Razak yang baru melawat Kuching kelmarin, akan kembali semula ke bumi kenyalang pada hari esok, malah akan berulang-alik antara Semenanjung dengan Sarawak, sehinggalah Jumaat minggu depan.  Jadual perjalanan Najib mencungkil pertanyaan, sama ada keadaan di Sarawak telah menjadi genting buat BN?

Sejak hari penamaan calon pada 6 April, ceramah anjuran DAP di kawasan bandar seperti Kuching, Sibu dan Miri mendapat sambutan yang hangat, malah "angin perubahan" juga kencang di sesetengah kawasan bumiputera.  Najib yang baru sahaja menjelajah hampir semua pelusuk di kawasan Kuching kelmarin, akan kembali semula ke sini pada hari esok untuk program mesra rakyat.

Menurut notis media yang diedarkan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Najib akan tiba di Lapangan Terbang Kuching pada jam 7.40 petang esok, dan akan menghadiri program mesra rakyat di stadium tertutup MBKS di Bintawa Kuching pada jam 8.30 malam.
Kemudian, Najib akan melawat Kuching, Betong, Lubok Antu pada keesokannya, dan bertolak balik ke Kuala Lumpur.  Pada 12 April, Najib akan kembali ke Kuching pada waktu malam, melawat Engkilili, Sebuyau dan Kuching pada 13 April.  Pada malam 13 April, Najib akan meneruskan perjalanan ke Miri, dan melawat Marudi, Ba'kelalan, Limbang dan lain-lain lagi pada 14 April.
Pada 15 April, Najib akan menjelajah kawasan Miri, termasuk Kapit, Song dan sebagainya, sebelum kembali ke Kuala Lumpur pada jam 1.45 petang.
Apa yang menarik, kawasan di mana Najib turun untuk lawatan adalah kawasan "panas" yang disenaraikan ahli akademik.  Pensyarah Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak, Faisal Syam Hazis (gambar kiri) sebelum ini menyenaraikan 29 kawasan hangat, antaranya 15 kawasan majoriti pengundi Cina, 7 kawasan Iban, 3 kawasan Melayu/Melanau, 2 kawasan Bidayuh dan 2 kawasan orang Ulu.  Menurut beliau, 29 kawasan tersebut bakal menyaksikan pertarungan sengit antara BN dengan Pakatan Rakyat.
Tujuh kawasan Iban adalah Bukit Begunan, Engkilili, Batang Ai, Ngemah, Pelagus, Kemena, dan Batu Danau.
Tiga kawasan Melayu/Melanau adalah Sadong Jaya, Beting Maro dan Saribas.
Dua kawasan Bidayuh adalah Kedup dan Bengoh.
Dua kawasan orang Ulu adalah Belaga dan Ba'Kelalan.
SUPP memisahkan diri dari Taib Mahmud
Sentimen "Undur Taib" semakin menyemarak sejak pilihan raya negeri berlangsung, terutamanya di beberapa kawasan bandar yang majoritinya pengundi Cina.  Kawasan bandar ini kebanyakannya dipertandingkan calon SUPP, yang kelihatan semakin sukar untuk menangkis tuduhan rasuah, penyalahgunaan kuasa terhadap kerajaan Taib Mahmud.  Malah, teori "wakil dalam kerajaan" oleh SUPP turut disanggah oleh pembangkang.
Calon SUPP Pending Sim Kui Hian misalnya, cuba mengaitkan program Taman Kenyalang Rivival dan "Bintang Walk" di Jalan Padungan dengan kerajaan persekutusan dan PM Najib, mungkin sebagai petanda untuk mengasingkan diri daripada Taib Mahmud.  Malah, slogan "transformasi" SUPP juga adalah tiruan daripada slogan Najib.
*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut, disunting dan diterjemah dari teks asal.
Najib kembali semula ke Sarawak: Petanda BN dalam keadaan genting?

Fitnah, Video Kontroversi, Kematian Misteri, Jenayah Dan Makanan.

Oleh: mmas_forever

"Daripada Anas bin Malik r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Mendekati hari kiamat akan terdapat berbagai macam fitnah laksana bahagian malam yang gelap-gelita. Kala itu seseorang menjadi Mukmin di pagi hari, berbalik menjadi kafir memasuki petang hari. Dan menjadi Mukmin di petang hari, berbalik menjadi kafir memasuki pagi hari. Orang-orang pun akan menjual agamanya dengan harta benda duniawi;- (Riwayat Tirmidzi).

Eden bukan nak tafsir hadis ni, sje nak kongsi2kan je, wat renungan masing-masing,

eden dah la serabut ngan ulangkaji yang tak pernah habis,
bila eden cuba ambil tahu tentang isu-isu semasa di Malaysia dan di dunia ini,
otak eden makin serabut, otak eden dah mula senak, usus kecil eden makin berselirat.

Kesimpulan yang eden boleh dapat dari segala isu yang timbul di seluruh dunia ni,
eden rasa kita semua sekarang sedang diselubungi fitnah,
fitnah sekarang ini bukan saja melibatkan memfitnah seseorang tanpa bukti,
fitnah akhir zaman kali ini lebih dahsyat dan melibatkan semua orang di muka bumi ini.

eden dah mula pening ni,
kalau eden ni kanak-kanak comel macam si Nina ni...
eden pun dah kelu nak cakap pe dah pasal fitnah yang melanda Malaysia sekarang,

Akhir zaman ni cukup dahsyat,
Kita seolah-olah gagal mengenali apakah dan siapakah di hadapan kita,
Insan yang ikhlas di perlekeh, insan yang khianat di beri kemuliaan,
Insan yang alim di permain oleh insan yang jahil,
Insan yang miskin di hina kerana kemiskinannya,
Insan yang jahat dan zalim di angkat menjadi pemimpin,
Insan yang memperjuangkan hak di tangkap, dipukul, didera, dan diperlakukan bagai haiwan,
Betapa gelapnya zaman,
kerana fitnah yang menyelubungi, membungkus, menutup mata-mata manusia,
kecuali orang-orang yang diberi perlindungan oleh Allah.

bayangkan muka pelaku video seks kontroversi bole mirip ngn Anwar Ibrahim,
kerajaan pulak bertindak seolah2 Si Anwar ini sudah disabitkan kesalahan,
media massa pulak seolah2 membenarkan apa sahaja kata kerajaan,
rakyat Malaysia sudah hilang pedoman,
lihat bagaimana, video-video lucah ini bole disebarkan secara besar-besaran, tanpa sekatan,
lucu dan aneh, dwi undang-undang yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia,
satu undang-undang untuk pihak menyokong kerajaan, satu lagi undang-undang untuk yang membangkang kerajaan,
satu demi satu isu-isu sulit seperti ini timbul, kelihatan seperti drama bersiri Indonesia yang tak pernah habis,
buntu dengan isu liwat, isu video porno pulak timbul,
pelik tapi benarnya, isu-isu ini timbul apabila pilihan raya mahu diadakan,
busuk betol politik yang dipamerkan di Malaysia,

bukan isu sulit sja yang panas di Malaysia,
isu kematian misteri pun hangat beritanya,
pisang berbuah dua kali di bangunan SPRM,
bagaimana kematian jatuh dari bangunan bole berlaku dua kali di tempat yang sama,
sejak bila bangunan ini mula jadi tumpuan untuk membunuh diri,

kalau nak baca pasal kes jenayah dan salah laku moral plak,
memang konfem ada tiap-tiap hari dalam surat khabar,
tak putus-putus,
masalah kesempitan hidup dijadikan alasan untuk melakukan jenayah,
hidup dalam tekanan sehinggakan terpengaruh untuk melakukan apa sahaja untuk memenuhi keperluan diri,
harga barang yang makin memuncak, sikap cekik darah peniaga2,
yang berharta mungkin tak merasa masalah seumpama ini,
yang kurang bernasib baik, bermasalah, menganggur, tanggungan yang ramai, ditimpa musibah,
sangat2 menggangu hidup dan memberi tekanan untuk menanggung keperluan harian.
saat-saat kritikal macam inilah memerlukan iman dan pertimbangan akal yang kukuh,
kalau tidak pasti terjerumus ke arah kejahatan,
saat beginila fatwa-fatwa mengarut akan timbul untuk menghalalkan perkara yang haram.

hah, makin bertambah serabut eden,
bagaimana pulak nasib umat Islam di Malaysia,
nak makan pun macam2 masalah,
nak kena ada cop halal dari Jakim la,
dah ada cop halal pun, tanda halal tu ditarik balik,
hah, tak ke haru jadinya, makan ni perkara yang ada kait ngan darah daging kita,
tak kan nak makan makanan yang haram kot,
nak salahkan Jakim pun tak kena,
nak salahkan kilang buat makanan pun tak kena, rata-rata diorang ni bukan Islam,
nak salahkan pengguna pun diorang ni tahu nak cari yang murah je,
nak makan pun jadi isu.
telur pun ada telur tiruan,

bagi eden, masalah-masalah ini timbul kerana sistem dalam negara kita rosak,
sistem itu tak dilaksanakan sepenuhnya, bahkan telah dijangkiti virus2 yang makin membarah,
sistem harus diubah,
Malaysia perlu diselamatkan...
Al-Quran dan As-Sunnah perlu kembali ke tempatnya yang paling tinggi,
itu sahaja penyelesaian terhadap keserabutan ini,
orang2 yang tahu agama perlu bersuara,
hak perlu diperjuangkan.
 

Imam Ahmad pernah berkata,

Sekiranya orang alim mendiamkan diri kerana menyelamatkan diri, orang jahil terus dalam kejahilannya maka sampai bilakah akan ternyata kebenaran.

Fikirkanlah...mengapakah terlalu sukar untuk kelihatan kebenaran yang tersembunyi...mungkinkerana kita di dalam malam yang gelap gelita...

eden nak sambung wat sate~
bila tertekan kena makan!
fitnah.video kontroversi.kematian misteri.jenayah.makanan.
"

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.