KUCHING, 10 April - Tempoh kempen Pilihanraya Negeri Sarawak kini masuk hari yang keempat. Bahang kian terasa dan gelombang kebangkitan rakyat ke arah perubahan kini semakin tiba. Ternyata rakyat Sarawak sudah tidak mahu lagi dijadikan "talian hayat BN" buat selama-lamanya. Mereka sudah mencongak harapan baru untuk kehidupan yang lebih aman, selesa, adil dan berkebajikan. Semua itu mungkin tidak akan diperolehi selagi Sarawak diperintah oleh Barisan Nasional. Tambah parah lagi, bila Ketua Menteri "Taib Mahmud" yang susah sewajarnya mengundur diri itu tiba-tiba masih lagi mahu meneruskan cengkaman kuasanya. Senario ini amat dibenci oleh rakyat sekarang, ditambah pula dengan tempoh pemerintahan Taib Mahmud yang sudah melebihi 30 tahun itu. Satu tempoh yang tidak sewajarnya dipertahankan lagi oleh rakyat marhaen. Apa yang berlaku di Mesir, Yaman, Libya dan yang lainnya haruslah dijadikan tauladan. Soalnya, kenapa Taib Mahmud masih berselera untuk berkuasa, sedangkan sudah ratusann juta hasil mahsul rakyat dimonopoli oleh beliau dan anggota keluarganya. Dalam masa yang sama rakyat terus dibelenggu dengan masalah kehidupan yang semakin menghimpit dikala Taib sibuk mengumpul harta. Inilah yang dibenci oleh rakyat sebenarnya. Maka itulah, mereka akan melakukan perubahan besar dalam pilihanraya negeri kali ini. Inilah juga yang menakutkan pemimpin UMNO BN. Sokongan rakyat rerhadap ceramah-ceramah pembangkang terus mendapat sambutan. Terbaru ceramah Pemimpin DAP, Lim Kit Siang di Kota Sentosa dekat sini semalam telah dihadiri oleh lebih 5,000 rakyat.
[Dalam ceramahnya Lim mencabar Ketua Menteri Taib Mahmud didakwa telah menelan tanah yang luasnya bersamaan 20 kali ganda keluasan Singapura, dan beliau dicabar agar memuntahkan separuhnya untuk menunjukkan keikhlasannya kepada rakyat! Lim Kit Siang (foto) sebelum itu disambut dengan tepukan gemuruh setibanya di Kota Sentosa, dan beliau memulakan ceramahnya dengan melontarkan soalan, "Sudahkah rakyat bersedia untuk perubahan?", disambut dengan teriakan, "Ya!" Taib Mahmud, atau lebih dikenali sebagai "Pak Uban" dijadikan sasaran sepanjang kempen PRN Sarawak, dan isu ini mendapat sambutan yang hangat terutamanya di kalangan komuniti Cina. Rakyat Sarawak seharusnya tidak perlu menoleh ke belakang lagi dalam hal ini. Kerajaan UMNO BN perlu ditumbangkan segera jika mereka mahu melihat nasib anak cucu dan generasi akan datang lebih terbela. Sikap pemimpin BN yang mula membawa projek "mee segera" ke Sarawak sekarang ini jelas membuktikan mereka telah dinafikan hak pembangunan sejak sekian lama. Maka itu rakyat perlu faham dan bijak menilai. Semakin banyak kemewahan yang dilambakkan jelas sebagai bukti bahawa selama ini mereka memang tidak pedulikan nasib rakyat itu sendiri. Oleh itu, langkah terbaik ialah membuat perubahan segera untuk masa depan].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan