Panas: Isu Video Seks, Mufti Perlis Bidas Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia Supaya Tidak Terlalu Mengikut Nafsu Politikkan Hukum Syarak

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya (foto) membidas kenyataan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia Zainol Rijal Abu Bakar bahawa video seks seseorang yang didakwa berzina boleh dijadikan bukti di Mahkamah Syariah. Dr Juanda berpendapat kenyataan Zainol Rijal itu "menyeleweng" daripada prinsip dalam Islam. "Jenayah zina hanya boleh dibuktikan dengan dua perkara sahaja iaitu pengakuan orang yang berzina dan pengakuan empat orang saksi (yang adil) yang melihat perlakuan zina itu. "Bukti video atau gambar atau rakaman tidak diterima bagi jenayah zina. Pandangan (beliau) ini cukup menyeleweng. "Beliau seorang peguam, takkan dia tak tahu mengenai perkara ini," katanya ketika dihubungi semalam. Berikutan itu, Dr Juanda meminta Zainol Rijal agar tidak menimbulkan salah faham kepada rakyat umum. "Hukum syara' jangan dipolitikkan... Hukuman zina amat berat dalam Islam, jadi pembuktian juga perlu maksimum," tegasnya. Dr Juanda mengulas laporan akhbar yang memetik Zainol Rijal berkata rakaman video aksi seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin parti pembangkang boleh digunakan sebagai bahan bukti untuk mendakwa pelaku terbabit di mahkamah syariah. Zainol Rijal berkata ia dikategorikan sebagai "bukti bayyinah" iaitu keterangan yang boleh diperolehi dalam pelbagai bentuk antaranya dokumen, percakapan dan video. Sehubungan itu, kata beliau, klip video boleh dijadikan sebagai bahan bukti untuk mendakwa seseorang melakukan zina sekiranya pihak pendakwa tidak boleh membawa empat orang saksi lelaki. Mengulas lanjut, Dr Juanda berkata beliau juga memuji tindakan Speaker Dewan Rakyat yang tidak membenarkan penayangan video seks di parlimen. "Saya bersetuju (untuk larang tayangan) dengan beliau, nanti ada orang lain mungkin nak tunjuk video (seks) orang lain pula," kataya. Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan supaya menutup isu video seks ini dengan segera demi menuju sebuah negara yang rakyatnya berakhlak.

[Sesuatu yang amat memalukan dan tidak sewajarnya berlaku. Tergamak seorang Presiden Peguam Muslim seperti Zainul Rijal (foto) bercakap mengikut nafsu dan mempermainkan hukum syarak yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Ternyata apa yang diucapkan itu adalah kerana ketaksuban beliau untuk mengampu dan mencari publisiti murahan sebenarnya. Oleh itu, kita ucapkan syabas kepada Mufti Perlis kerana berani memperbetulkan keadaan. Kini, hukum agama diperkotak-katikkan oleh manusia yang sudah tidak mahu mencari kebenaran sebaliknya ingin mengejar keduniaan semata-mata. Inilah akibatnya bila ilmu agama yang ada didada disalah gunakan. Maka akhirnya rakyat terkelitu dengan kenyataan yang jelas terpesong itu. Mujurlah masih ada golongan agama seperti Mufti Perlis ini yang berani untuk mengeluarkan kenyataan. Soalnya sekarang, apakah kenyataan beliau itu dapat diterima oleh pemimpin UMNO BN?. Jika begitu, sudah pastilah jangka hayatnya sebagai "Mufti" bakal menemui jalan berliku. Ini kerana kerajaan UMNO BN hanya mahu mereka yang pandai mengampu menjadi peguasa agama. Namun kebenaran itu perlulah ditegakkan]. mkini

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.