Lima negeri dapat ketua polis baru


22 Zulkaedah 1431H.

Empat naik pangkat, satu berpindah

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM), semalam mengumumkan penstrukturan semula kepemimpinan pasukan itu yang membabitkan kenaikan pangkat dan pertukaran ketua serta timbalan ketua polis negeri.

Pelantikan berkuat kuasa serta-merta itu membabitkan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah yang menggantikan Datuk Khalid Abu Bakar sebagai Ketua Polis Selangor dan Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abd Ghani menggantikan Datuk Robiah Abdul Ghani sebagai Ketua Polis Pahang. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, ketika mengumumkannya pada persidangan media selepas mesyuarat Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) di Bukit Aman semalam, berkata penstrukturan semula semua jawatan adalah lanjutan daripada pelantikan empat Pengarah Jabatan yang diumumkan pada 13 Oktober lalu.

"Pelantikan dibuat dengan mengambil kira semua aspek termasuk pengalaman, kebolehan, kemampuan dan kredibiliti mereka. Saya yakin mereka mampu mengendalikan dan memastikan kesinambungan era baru ke arah memartabatkan pasukan polis," katanya.

Mesyuarat SPP di Bukit Aman semalam, dipengerusikan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Pada 13 Oktober lalu, Ismail mengumumkan Khalid dilantik Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman; Robiah sebagai Pengarah Pengurusan Bukit Aman; Datuk Noor Rashid Ibrahim sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Narkotik Bukit Aman dan Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan sebagai Pengarah JSJ Komersial.

Ismail turut mengumumkan jawatan Ketua Polis Kedah, Datuk Syed Ismail Syed Azizan diisi oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Perkhidmatan/Jawatan PDRM, Datuk Ahmad Ibraham, manakala Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Hamzah Taib menggantikan Datuk Noor Rashid Ibrahim sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah pula dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur, menggantikan Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman, manakala Komandan Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Datuk Amar Singh Ishar Singh dilantik Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, menggantikan Datuk Abdul Samah Mat.

Beliau berkata, jawatan ketua polis negeri serta jawatan berkaitan yang belum diisi akan dilaksanakan pada pertengahan bulan depan selepas SPP bermesyuarat buat kali ketiga.

Selain itu, beliau mengumumkan tiga Pengarah Jabatan PDRM dinaikkan gred ke Jusa A, iaitu Pengarah Cawangan Khas Datuk Akhil Bulat; Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin; dan Khalid.

“Mesyuarat turut mengesahkan jawatan yang dipangku seramai 53 pegawai kanan polis berpangkat Superintendan sehingga Deputi Komisioner Polis. Nama pegawai lain yang belum disenaraikan bagi tujuan kenaikan dan pertukaran pangkat akan diumumkan pertengahan November apabila SPP dijadualkan bermesyuarat," katanya.

Nama 'Mohammed' paling popular di Britain



LONDON - Nama 'Mohammed' disahkan sebagai nama bayi lelaki paling popular di Britain bagi tahun 2009, menurut satu senarai baru yang dikeluarkan, semalam.

Kedudukan nama yang diambil sempena Nabi Muhammad itu meningkat dari tempat ketiga tahun lalu ke kedudukan tertinggi, mengatasi nama 'Jack' yang sebelum ini menjadi nama paling popular sejak 14 tahun lalu.

Senarai rasmi nama popular itu menunjukkan seramai 7,549 bayi baru lahir diberikan nama Mohammed dengan 12 ejaan berbeza termasuk Muhammad dan Mohammad.

'Olivia' pula dikenal pasti sebagai nama bayi perempuan paling popular, diikuti dengan Ruby dan Chloe.

Sejumlah 706,248 bayi dilahirkan di England dan Wales, tahun lalu.

Jenayah Kedah turun 15% dan 48% kes selesai..


Jenayah Kedah turun, 48 peratus kes selesai

SYED ISMAIL Syed Azizan (kiri) bersalaman dengan sebahagian pegawai polis pada masjlis perjumpaan khas bersama warga PDRM zon Kedah selatan di Sungai Petani, Kedah kelmarin.

SUNGAI PETANI 28 Okt. - Indeks jenayah di negeri ini menurun sebanyak 15.25 peratus berikutan kejayaan polis menyelesaikan 4,635 kes atau 48 peratus jenayah kekerasan dan jalanan sepanjang tempoh sembilan bulan tahun ini.
Ketua Polis negeri, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan berkata, penurunan indeks jenayah itu adalah memberangsangkan berbanding tahun lalu.
"Rekod penurunan dan peningkatan kes yang berjaya diselesaikan itu hasil pendekatan dan peranan polis, operasi secara berkala selain mendapat kerjasama orang ramai," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama warga polis Kontinjen Kedah zon selatan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di sini semalam.
Majlis perjumpaan tersebut diadakan buat kali terakhir beliau selaku Ketua Polis negeri sebelum menjawat jawatan baru sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman pada 2 November ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Asri Yusof; Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali dan ketua-ketua polis daerah zon selatan meliputi IPD Baling, Kulim, Sik, Yan dan Bandar Baharu.
Menurut Syed Ismail, kejayaan polis menurunkan kadar jenayah terbabit juga adalah hasil semangat kerja berpasukan di samping memahami perkembangan modus operandi penjenayah dari semasa ke semasa.
Beliau memberitahu, kerjasama masyarakat setempat yang menjadi mata dan telinga kepada polis dalam menyelesaikan kes jenayah juga menjadi penyumbang utama kepada kejayaan itu.
"Bagaimanapun, ingin ditegaskan bahawa kita tidak seharusnya berpuas hati dengan statistik ini sebaliknya hendaklah mengutamakan kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat," katanya.
Beliau berharap, warga kerja PDRM Kedah dapat meneruskan tugas dengan penuh amanah dan bertanggungjawab selari dengan Program Transformasi Kerajaan dan strategi membawa negara ke tahap lebih maju.
Syed Ismail, sebelum ini berpangkat Deputi Komisioner dilantik sebagai Ketua Polis negeri pada Mac 2007 menggantikan Datuk Zuber Shariff yang bersara wajib.
Pada 13 Oktober lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengumumkan kenaikan pangkat dan pelantikan pegawai-pegawai atasan termasuk Syed Ismail bagi mengisi kekosongan empat jawatan pengarah jabatan dalam PDRM berkuat kuasa serta-merta.
Selain Ketua Polis Kedah itu, mereka yang dinaikkan ialah Ketua-Ketua Polis negeri iaitu Datuk Khalid Abu Bakar (Selangor), Datuk Robiah Abdul Ghani (Pahang) dan Datuk Noor Rashid Ibrahim (Sabah).

Dun Galas : Astro Awani Barua Baru Umno.


http://ruzanah.blogspot.com

Sudah lama saya tidak menonton berita TV3 disebabkan sikap laporan yang langsung tidak boleh dipercayai. Apatah lagi jika laporan tersebut berhubung kait dengan Pakatan Rakyat dan parti PAS amnya. Oleh itu sebab itulah saya lebih suka menonton berita Astro Awani 7.45 malam.

Laporan-laporan oleh Astro Awani lebih terbuka sedikit walau pun masih memihak kepada Umno/Bn. Tetapi sejak kebelakangan ini berita dari Astro Awani amat memualkan apabila berlakunya pilihan raya kecil Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi.

Berkebetulan semalam saya tidak tidur mengadap komputer kerana ada kerja yang perlu disiapkan. Sambil menaip di komputer, saya membuka TV saluran Awani 501. Walau pun saya tidak menonton, saya tetap setia mendengar laporan-laporan dari saluran tersebut.


Selama 24 jam saya mendengar wartawan Astro Awani menemubual beberapa orang asli. Isu yang mereka cungkilkan adalah berkaitan tanah ialah isu 'Ladang Rakyat'. Watak yang dipaparkan ialah Ku Li, Tok Batin dan pengerusi JKKP orang asli.



Mereka menyatakan rasa tidak puas hati dengan projek 'Ladang Rakyat' kelolaan kerajaan negeri Kelantan (benarkah kerajaan negeri terlibat?). Yang jelas menunjukkan kemarahannya ialah pengerusi JKKK yang mahu diangkat sebagai pejuang orang asli.

Dengan penuh semangat pengerusi JKKK tersebut menyalahkan kerajaan negeri diatas isu tanah orang asli. Suka atau tidak, beliau terpaksa menunjukkan peranannya sebagai pengerusi JKKP kerana elaunnya baru sahaja dinaikkan dari RM 450 kepada RM 800 sebulan dalam Bajet BN 2011 yang diumumkan oleh DS Najib.

Itu pun belum dikira dengan elaun kedatangan mesyuarat sebanyak RM 50 seorang dan tidak termasuk dengan kedatangan beberapa guni wang untuk semua peringkat jawatan. Semakin tiinggi pangkatnya, semakin banyaklah habuan yang mereka terima. Itu pun jika diambil contoh bayaran RM 200 bagi setiap pengundi yang mengundi BN seperti yang berlaku di PRK Manek Urai.

Dalam keseronokan kerana muka masuk TV, beliau begitu bersungguh-sungguh melaporkan betapa susahnya kehidupan orang asli kerana kesukaran menjana pendapatan. Beliau berkata semua kerja mereka telah diambil alih oleh pendatang asing dari Indon dan Bangla.

Pengerusi JKKP tersebut menyuruh wartawan melihat bukti apa yang berlaku di Lojing dan Cemeron Highland. Tidak pula wartawan tersebut pergi ke Cemeron Highland untuk membenarkan kata-kata pengerusi JKKP. Mungkin malu kut, kerana Cemeron Highland adalah kepunyaan kerajaan negeri Pahang. Itulah akibatnya jika terlalu terlalu bersemangat sangat menghentam, kesudahannya kena kat dahi sendiri.
rumah12 (Gambar) Rumah Mewah Orang orang Kenamaan (VVIP) di Malaysia
rumah13 (Gambar) Rumah Mewah Orang orang Kenamaan (VVIP) di Malaysia
White House visi Malaysia milik Ku Li
Brown House visi Malaysia, Villa Orang Asli
Ku Li ketika mengadakan pertemuan lebih 100 penduduk Orang Asli di Pos Balar berkata, kehadirannya ke situ adalah untuk meninjau lebih dekat permasalahan Orang Asli bagi memastikan mereka turut mendapat pembelaan sama seperti rakyat lain.

"Kerajaan BN tidak pernah meminggirkan Orang Asli dari arus pembangunan dan ia terbukti apabila kerajaan Pusat menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti klinik kesihatan dan sekolah serta peruntukan RM10.8 juta untuk pembangunan Orang Asli di Gua Musang," katanya.

Beliau berkata, ia berbeza dengan kerajaan PAS Kelantan yang kononnya hendak menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli tetapi dalam masa yang sama sanggup menggadai tanah yang diduduki mereka kepada pihak lain bagi tujuan pembalakan dan Ladang Rakyat.

Apakah selama 30 tahun lebih sebagai ahli parlimen Gua Musang dan memegang jawatan-jawatan penting dalam kerajaan pusat, baru kali ini cuba membantu orang asli. Andainya beliau seorang yang perihati akan untung nasib orang asli, beliau boleh melakukannya semasa memegang jawatan Menteri Kewangan.

Apa pun, pengerusi JKKP itu sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan PAS Kelantan kerana memberi kebenaran untuk mendiami diatas tanah kerajaan negeri walau pun beliau dan beberapa orang lagi adalah barua kerajaan BN. Mungkin inilah segelintar orang asli yang tidak mempunyai apa-apa saham keatas Ladang Rakyat yang diperbesar-besarkan oleh Umno.

Berkaitan pengambilan tanah untuk pembangunan, beliau sepatutnya menyalahkan kerajaan BN semasa era Tun Mahathir menjadi PM. Beliaulah yang telah meminda akta tanah negara dengan memberi kebenaran kepada kerajaan untuk mengambil tanah-tanah orang Melayu dan kaum Peribumi untuk pembangunan.

Kerana itulah orang Melayu dan Peribumi semakin terpinggir ditanah air sendiri diatas kerakusan Umno/Bn merampas tanah-tanah orang Melayu dan Peribumi dengan alasan pembangunan yang menguntungkan sebelah pihak sahaja. Kerana Ku Li tidak berani mengakui apa yang telah Umno/Bn lakukan sebagaimana isu royalty minyak diperairan Kelantan.

Jika orang Melayu, Peribumi dan rakyat Malaysia amnya tidak ingin menjadi pengemis di negara sendiri, tunjukkanlah kuasa undi yang ada sebagai pengajaran buat Umno/Bn. Jangan menyesal dikemudian hari dan undi anda adalah untuk anak cucu anda sendiri.

Buat Astro Awani pula, janganlah sampai anda dicap sebagai media pencacai Umno/Bn yang baru. Buatlah laporan yang adil kerana pengkhidmatan dibayar setiap bulan. Atau anda pun akan diboikot seperti media massa pencacai yang lain.

Apa Itu Hud Hud's Photos-angokk!!!!


..DO HAVE SOME BLASTING WEEKEND AHEAD..AND GOOD LUCK FOR THE GALAS..
..WELL..GOT SUMTHING TO SHARE...LETS HAVE SOME SMILES EYY FRENZZZ..

TRUTH OF POLITICS.....

It was election time and a BN politician decided to go out to the local reservation and try to get the ORANG ASLI vote. They were all assembled in the BALAI RAYA to hear the speech.

The BN politician had worked up to his finale, and the crowd was getting more
and more excited.
"I promise better education opportunities for the ORANG ASLI!"
The crowd went wild, shouting "ANGOK! ANGOK!"

TheBN politician was a bit puzzled by the ORANG ASLI word, but was encouraged by
their enthusiasm.

"I promise gambling reforms to allow a Casino on the
Reservation!"
"ANGOK! ANGOK!!" cried the crowd, stomping their feet.

"I promise more social reforms and job opportunities for ORANG ASLI!"
The crowd reached a frenzied pitch shouting "ANGOK! ANGOK! ANGOK!"

After the speech, the BN Politician was touring the
Reservation, and saw a tremendous herd of cattle. Since he was raised on a ranch,and knew a bit about cattle,
he asked the TOK BATIN if he could get closer to take a look at the cattle.
"Sure," the TOK BATIN said,

"BUT BE CAREFUL NOT TO STEP IN THE ANGOKKK!!!

THE MORAL OF THE STORY..DONT GET IMPRESS, ENUF IS ENUF...
..JGN INGAT KAWAN KITA DI GUA MUSANG TAK TAU KORANG NYER KLENTONGG..
..WALAUPON DIARANG TAK DER 'TENNET' LAGI TP THEY ALL LAGI BIJAK..

AHAKKK!!!!

Pemimpin kito...Tuan Guru Nik Abdul Aziz...


Pemimpin kito...Tuan Guru Nik Abdul Aziz...

Ingatlah rakyat dun galas umno bn hanya menipu rakyat saje!!!Satu bukti yang nyata???


Kelantan ada hak untuk mendapat royalti minyak sebanyak RM2 bilion dan
akan menjadi negeri yang terkaya, kata bekas Pengerusi Petronas, Tengku
Razaleigh Hamzah.

Galas medan terbaru bagi UMNO menyebarkan kebathilan...


Galas medan terbaru bagi UMNO menyebarkan kebathilan...

Assalamualaikum, Selawat dan Salam ke atas Junjungan, Seperti biasa, UMNO tidak pernah serik dalm kerja kerja bathil mereka. Bathil ketika perhimpunan agung sehingga sanggup menunaikan solat jumaat di PWTC dan sehingga sanggup menggunakan nama nama khalifah agung Islam sebagai orang orang yang mereka contohi. Kini di Galas, UMNO meneruskan agenda bathil mereka semata mata untuk mendapatkan undi dan menang di Galas.

PERKASA ADA BERBAGAI RUPA,BERMUKA-MUKA,LIDAH BERCABANG DAN SEWAKTU DENGAN-NYA....


PERKASA ADA BERBAGAI RUPA,BERMUKA-MUKA,LIDAH BERCABANG DAN SEWAKTU DENGAN-NYA....
Jika semalam PERKASA berpendapat cadangan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam bagi memacu industri pelancongan patut dilaksanakan di tempat yang khusus tetapi hari ini NGO itu mengubah pendirian mereka.
“PERKASA berdiri teguh dalam prinsip agenda memartabatkan perjuangan agama, bangsa, tanahair - secara tegas tidak akan kompromi dalam isu-isu yang menjejaskan martabat agama Islam. Saya berdiri teguh bersama-sama NGO lain yang membantah perlaksanaan hab hiburan malam ini,” kata ketua wiranya, Arman Azha Abu Hanifah dalam satu kenyataan.

Di- PRK Galas PERKASA BERMUKA UMNO-BN, (Gambar Tajuk). Dalam pendirian PERKASA pula dilihat amat bermuka-muka atau sekadar memenuhi cerita di mediasosial bagi menutup sesuatu isu....Jika benar PERKASA iklas dalam perjuangkan Bangsa Melayu kenapa masih bersama UMNO yang telah sekian lama menggadai maruah Melayu begitu juga Islam dipersendakan oleh UMNO...

Sumber:http://malaysiakini.com/news/146668

SUMPAH MELAYU PERKASA;
Sekendi Setelaga
Seia Sekata
Sejiwa Seagama
Sebangsa Senegara
Sedarah Sedaging
Sehidup Semati
1 Pribumi 1 Malaysia
(SUMPAH PENIPU PERKASA.....)

Gerombolan buaya-buaya Samseng sedang sibuk berkempen di Batu Sapi.???


Gerombolan buaya-buaya Samseng sedang sibuk berkempen di Batu Sapi.
SANDAKAN 29 Okt - Barisan Nasional membawa budaya politik Malaysia ke zaman batu apabila memasang kain rentang di bilik gerakannya di Kampung Istimewa melarang petugas Pakatan Rakyat memasuki perkampungan tersebut untuk menemui pengundi.
Semalam Suara Keadilan melaporkan kira-kira 20 anggota pasukan petugas perayu undi dan culaan dari Wanita KEADILAN Cabang Permatang Pauh dan Bayan Baru telah dihalang oleh samseng Umno daripada menemuim pengundi Kampung Istimewa di kawasan Dewan Undangan Negeri
Sekong.

Mereka telah diugut dan dilemparkan kata-kayta kesat dan diancam dengan kekerasan serta memaksa penduduk menutup pintu rumah dan tidak memenerima kedatangan petugas KEADILAN...- SuaraKeadilan
Sumber: http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/10/lagi-politik-samseng-bn-pasang-kain.html

Macam Konsert Rock yang pok nik tengok arrr


Fuhhh !!! Macam Konsert Rock yang pok nik tengok arrr
CERAMAH Tok Batin GALAIH-

Kedah La Ni's Photos

BIADAP: Blog Umno 'provoke' Sultan, istana nafi khabar angin blogger Umno!




Oleh: Pria Malaya

Gambar di atas adalah diambil dari salah satu blog pro-Umno, 'cikguleepk.blogspot.com'..tajuk yang agak biadap terhadap Tuanku Sultan Kelantan...

Dan banyak lagi blog2 pro-Umno dilihat sengaja mencetuskan 'provokasi' terhadap diri Tuanku Sultan Kelantan walaupun (kononnnya) dalam nada yang berlapik..

Sentimen negatif ini sengaja diheboh2kan bagi menekan pihak istana, khususnya Sultan Kelantan...buktinya, hari ini pihak istana terpaksa tampil kehadapan bagi menjawab khabar angin yang direka-reka oleh penyokong Umno ini...

Sungguh terdesak dan biadap mereka sehingga cuba mengaitkan istana dalam kempen perang politik mereka...ternyata hubungan erat kerajaan negeri dan pihak istana tidak menyenangkan mereka..

Akhir kalam, cuba korang bayang tajuk yang sama seperti diatas telah dibuat oleh penyokong PR khususnya DAP?..apa reaksi mereka?..fikir2kan..wallahua'lam..


GUA MUSANG, 29 Okt — Kempen pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang masuk hari keempat hari ini, mula “panas” dengan dakwaan bahawa kerajaan negeri pimpinan PAS menggunakan Sultan Kelantan untuk memancing undi.

Khabar angin tersebar luas di Gua Musang sejak pagi tadi bahawa Sultan Muhammad V akan mengunjungi Gua Musang hujung minggu ini untuk mengurniakan geran tanah pada satu majlis kerajaan negeri, yang didakwa akan digunakan untuk menaikkan reputasi PAS menjelang hari pengundian minggu depan.



Bagaimanapun Istana Kelantan menafikan Sultan Muhammad V akan berada di Galas menjelang hari pengundian 4 November ini.

Blog pro-Umno The Unspinners mendakwa kerajaan negeri bercadang untuk memberi 1,200 Orang Asli geran tanah.

Satu lagi blog, Bigdogdotcom pula mendakwa adalah malang jika Sultan Muhammad V dimanipulasikan oleh sebuah parti politik ketika kempen, laporan yang dilihat mendakwa Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggunakan pihak istana.

“Adalah malang jika Duli Yang Maha Mulia Sultan digunakan sebagai alat oleh sesetengah pihak ketika kempen proses demokratik, khususnya dalam pilihan raya.

“Pilihan raya adalah persaingan antara parti politik dan ahli-ahli politik,” kata tulisan blog yang disiarkan semalam.

Bagaimanapun sumber-sumber Istana Kelantan menafikan yang Sultan Muhammad V akan melawat Galas dalam tempoh terdekat.

Sumber itu menambah, baginda juga telah menangguhkan kesemua pertemuan dengan Exco Kerajaan Negeri yang dijadualkan sebelum 4 November.

“Malah, Sultan pun tiada di negeri dan baginda tidak akan mengunjungi Gua Musang sehingga pilihan raya berakhir,” kata satu sumber istana kepada The Malaysian Insider.

Sultan Muhammad V yang dimashyurkan sebagai sultan bulan lalu telah mengunjungi bahagian Gua Musang minggu lalu sebelum bermulanya tempoh berkempen untuk mengurniakan geran tanah kepada lebih 100 penduduk.

Bagaimanapun difahamkan tiada ahli politik dibenarkan menghadiri majlis itu.

“Tidak ada ahli politik dibenarkan menghadiri majlis itu disebabkan sensitiviti, Tuanku hanya diiringi oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Aiseri Alias dan pegawai-pegawainya,” kata sumber.

“Sultan bijak, baginda tahu peranan baginda, baginda faham situasi, jadi baginda tiada rancangan untuk melawat Gua Musang ketika tempoh berkempen,” katanya.

Dalam pada itu, Pengelola Istana Datuk Abdul Halim Hamad yang mengesahkan tiada kunjungan diraja ke bahagian Gua Musang menjelaskan, majlis pengurniaan geran tanah minggu lalu telah dijanjikan oleh Sultan Muhammad V tahun lalu ketika baginda masih pemangku Sultan Kelantan.

“Mereka yang menerima geran tanah merupakan mereka yang memohon terus kepada baginda, ketika baginda masih Tengku Mahkota,” kata Halim.

“Permohonan ini diluluskan baru-baru ini dan Tuanku memutuskan untuk mengurniakan secara peribadi dalam perjalanan ke Kuala Lumpur,” katanya.

Halim menafikan ia keputusan politik.

“Ia adalah rutin baginda. Bukan sahaja di Gua Musang, baginda melawat seluruh negeri untuk menyampaikan sokongan dan bantuan kepada mereka yang memerlukannya,” kata Halim.

“Istana tidak terlibat dalam kempen. Mereka boleh berkata apa yang mereka mahukan, tetapi istana tidak terlibat dalam politik,” kata Halim lagi.

Jentera kempen Barisan Nasional diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah, ketua Umno Gua Musang, yang merupakan anggota kerabat diraja.

Ape kejadahnya PM Malaysia posing macam pondan jalanan ni..?


Betulah kalau cakap "Sopan Santun Amalan Mulia"... Sopan Santun ni termsuk la jugak bila nak bergambar atau berposing depan Camera... kalau jenis ada jawatan memang nak kena sopan santun depan Camera... kalau posting tu macam lahanat, akan menimbulkan imej negative atau dalam bahasa Malaysianya "imej kurang baik'...

Bila sebut bab Imej Kurang baik ni, aku terjumpa poster, bunting BN yang imejnya nampak kurang baik...

Ape kejadahnya PM Malaysia posing macam pondan jalanan ni..?

Wakakakaka...!!! macam PM Paperdoll da..!

Impak Transformasi BERBILIONG BILIONG.?????


Impak Transformasi BERBILIONG BILIONG.
Nak bagi BONUS satu bulan pon BERKIRA

Topeng Perak Unmasked's Photos - N-45 Galas: Dr. Zul


Sambil-sambil aku dok lepak pekena teh dekat Markas Induk PAS, datang calon PAS N-45 - Dr. Zul sapa kami dari belakang... Alhamdulillah...

Sempat gak aku sembang-sembang dengan Dr. Zul apa aktiviti dia hari ni... tak banyak katanya... hari ni cuma layan Program Cakna dekat 4-5 lokasi...

Sambutan rakyat..? menggalakkan... orang ramai tak putus-putus ke program Cakna Rakyat...

Photo diambil sejurus selepas sessi sembang2 selesai... sempoi betol...

Ronnie Charles Klassen's Photos-the Borneo Bloggers and Media Dialogue?


Today
I was invited as a Speaker at the Borneo Bloggers and Media Dialogue at
the Grand Ballroom of 1Borneo in Kota Kinabalu.It was a priviledge and
honour to speak to an audience of bloggers from Malaysia (Kuala
Lumpur,Sabah and Sarawak),Singapore,Indonesia and Phillipines.My speech
was how blogging has change the facade
and landscape of Malaysian Poilitics,and how this new alternative media
has evolve the young generation.The young and new generation must rise
now for your time has come.

Orang Asli makin derita di Johor, kawasan selamat UMNO...


Orang Asli makin derita di Johor, kawasan selamat UMNO...

Masyarakat Orang Asli Kampung Sayong Pinang, dekat sini mendakwa hasil tangkapan semakin berkurangan akibat aktiviti mengorek pasir yang dilakukan di kuala Sungai Linggiu yang menjadi lokasi mereka mencari rezeki selama ini.Datuk Seri Najib Tun Razak mahu UMNO serta semua sayap parti mengadakan lebih banyak program berbentuk mendampingi rakyat di kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang dan bukannya di kawasan selamat.-

Pengelola: Tiada program Sultan K'tan di Galas

Salhan K Ahmad
Okt 29, 10
4:52pm,Pengelola istana Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad hari ini menafikan desas-desus bahawa Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V akan menyertai kempen pilihan raya kecil DUN Galas.

Katanya, Istana setakat ini belum mengatur apa-apa program untuk Tuanku Muhammad Faris Petra, seperti yang dilaporkan dalam satu blog hari ini.

"Kita akan siasat," kata Abdul Halim yang akan mencetak kandungan tulisan di laman berkenaan dan akan merujuk perkara itu kepada Tuanku Muhammad Faris.

"Setakat ini belum atur apa-apa program lagi (di Gua Musang)" katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Sementara itu, ketua jajahan Gua Musang Wan Mustapha Wan Ab Hamid berkata beliau tidak tahu menahu mengenai program pemberian geran tanah kepada Orang Asli, seperti dilaporkan blog berkenaan.

"Itu tidak betul. Tak ada, tak ada. Saya tak ada dengar berita seperti itu," katanya ketika dihubungi.

"Tuanku sentiasa berkecuali, dia tidak boleh terlibat dengan kempen pilihan raya," katanya yang juga pegawai pengurus bagi pilihan raya kecil DUN Galas.

Pilihan Raya Umum ke-13 Semakin Hampir

Oleh IZMAS
KETIKA muka hadapan kebanyakan akhbar arus perdana berbahasa Melayu memuji dan menyanjung berita ucapan penutup presiden Umno dan perhimpunan yang dikatakan sangat berjaya dan meninggalkan kesan mendalam, akhbar bukan Melayu yang dikuasai MCA pula menonjolkan cerita Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang mungkin bakal diadakan tidak berapa lama lagi.

Menurut tanggapan akhbar itu, ramalan itu berdasarkan beberapa isu dan peristiwa yang berlaku sekitar inti ucapan pembukaan dan penutup Najib dalam Perhimpunan Umno ke-61 yang berakhir 23 hb Oktober lalu.

Andaian mereka juga bersandarkan saranan, pesanan dan amaran Najib kepada semua ahli perwakilan Umno supaya bersiap sedia membaharui azam, cara berkerja dan bertindak apabila pulang ke kawasan masing-masing setelah tamat persidangan.

Najib dan timbalannya bakal membuat lawatan ke semua daerah dan negeri awal tahun hadapan untuk bertemu semua pemimpin dan ahli akarumbi Umno bagi mengadakan perbincangan yang disifatkan banyak pihak sebagai persediaan menjelang PRU ke-13. Beliau sudah menegaskan akan mengadakan perubahan dan rombakan besar-besaran pada pucuk pimpinan Umno negeri yang dikatakan tidak perform dan masih menjadi duri dalam daging kepada pentadbiran Umno pusat.

Beliau juga dikatakan akan merombak barisan kabinet yang melibatkan beberapa Menteri Besar dan Ketua Menteri Umno yang dilihat perlu dilakukan demi kebaikan parti dan kejayaan BN dalam menghadapi PRU akan datang. Beliau menggesa ahli bersedia menghadapi perubahan besar dalam pucuk pimpinan negeri yang tidak dapat dielakkan bagi membina barisan kepimpinan baru yang lebih dinamik dan menyakinkan.

Jika semua barisan kepimpinan sudah teratur dan mantap seperti yang diharapkan beliau, PRU boleh dipanggil pada bila-bila masa.

Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula memberi amaran supaya semua ahli merapatkan barisan dan bersiap sedia bila-bila masa sekarang kerana Najib boleh membuat keputusan tidak dijangka dalam waktu terdekat. Dalam ucapan penutupnya, beliau mengakui tidak tahu bila PM akan mengumumkan tarikh pilihan raya tapi mungkin dalam beberapa bulan akan datang. Beliau berpendapat transformasi di kalangan ahli Umno tidak dapat dielakkan dilakukan segera kerana Umno akhirnya akan berhadapan pilihan raya dan terpaksa melayani tuntutan rakyat jika mahu menang.

Menurut ramalan umum, PRU ke-13 boleh diadakan seawal Julai tahun hadapan - sesuai dengan andaian berseloroh Muhyiddin itu - jika Najib dan BN sudah benar-benar bersedia. Namun, pilihan raya boleh juga ditangguhkan sehingga tahun 2012 sekiranya persiapan Umno dan ahli-ahli komponennya dalam MCA, Gerakan dan MIC belum bersedia berubah.
Ini selaras dengan pendapat Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata PRU ke-13 tidak mungkin berlaku dalam waktu terdekat. Ini kerana situasi belum sesuai dan masalah dalam Umno belum benar-benar berubah. Banyak isu belum memihak Umno dan parti-parti utama dalam BN terutama MCA, Gerakan dan MIC yang masih bermasalah serta perlu proses pemulihan.

Perlu diingat, Umno yang sudah berubah dan bersedia tidak mungkin memenangkan BN dalam PRU ke-13 jika pemimpin tertinggi dalam parti komponen utama yang mewakilli kaum bukan Melayu belum menyediakan barsian pemimpin yang boleh diterima rakyat sekaligus boleh memenangi undi kaum mereka. Semangat tsunamai politik dalam PRU ke-12 lalu di kalangan orang Cina khususnya disyakki masih belum berubah sepenuhnya walaupun Najib sudah memperkenal dan mempromosi gagasan 1Malaysianya secara agresif.

Kebanyakan kaum Cina masih yakin Pakatan - melalui DAP dan PKR - boleh menunaikan agenda besar dan tersembunyi mereka yang seringkali masih mengungkit dan menyinggung hak istimewa orang Melayu, kontrak Sosial dan semangat Perlembagaan Persekutuan. Majoriti kaum India yang berfikiran terbuka dan berpendapatn rendah dikatakan lebih realistik dan menerima gagasan Najib setelah mereka menerima banyak bantuan dan peruntukan dari kerajaan.

Semangat untuk berubah ahli dan pemimpin Umno saja sebenarnya tidak mencukupi jika tidak disertai sama perubahan radikal sikap dan semangat ahli dan pemimpin parti utama lain dalam BN.

Soalan juga dibangkitkan; adakah Umno sudah bersedia dalam waktu terdekat untuk memanggil PRU ke-13 sedangkan banyak faktur positif belum memihak Umno dan BN? Apakah ahli-ahli Umno khususnya ahli MCA, Gerakan dan MIC benar-benar sudah berubah dan bersedia untuk menghadapi pilihan raya? Apakah Najib yakin jika PRU dilangsungkan dalam waktu terdekat, BN boleh menang besar sedangkan kekuatan Pakatan Rakyat (PR) belum diketahui walaupun sering digambarkan bermasalah dan tidak bersatu?

Penganalisis politik sependapat, keputusan pilihanraya kecil di Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi awal November nanti boleh menjadi kayu ukur samada PRU ke-13 boleh dilaksankan dalam waktu terdekat atau sebaliknya. Jika BN menang bermakna PRU mungkin boleh diadakan segera atas alasan rakyat sudah menghantar mesej memihak mereka. Namun, jika berlaku sebaliknya, Najib mungkin menangguhkan rancangannya kerana banyak usaha terpaksa dibuat untuk mencari sebab kenapa rakyat masih menolak BN.

Sebelum ini sudah kedengaran cakap-cakap umum bahawa PRU ke-13 boleh diadakan bila bila masa pada tahun hadapan bersandarkan semangat Bajet 2011 yang ketara memihak rakyat kebanyakan berpendatan rendah dan sederhana. Banyak inisiatif dan insentif mesra rakyat yang memberi kelebihan kepada kesejahteraan umum rakyat dari kenaikan mendadak elaun dan gaji imam, guru Kafa, Tok Batin, pengerusi JKKK sehingga kepada cuti bersalin yang dipanjangkan bagi kakitangan kerajaan dari 60 hari kepada 90 hari. Semua bentuk galakan dan ganjaran dalam Bajet 2011 ditafsirkan bertujuan memikat hati rakyat supaya menghargai usaha kerajaan sekaligus mengundi BN.

Bagi majoriti ahli Umno kejayaan perhimpunan ke-61 - dengan ucapan dan bersemangat dan berapi-api - diharapkan dapat menyuntik semangat baru untuk berubah drastik seperti kehendak Najib atau mereka diubah oleh situasi yang mungkin tidak memihak mereka. Jika mereka gagal mentafsir dan melaksanakan azam dan apa yang sudah diputuskan dalam perhimpunan itu kedudukan mereka dan Umno sendiri boleh menjadi sukar kerana rakyat boleh membuat keputusan menolak jika mereka mengambil sikap bercakap tidak serupa bikin dan telalu banyak retorik dan tindakan. Rakyat boleh menghukum BN jika Najib tidak bertindak melaksanakan apa yang dirancang (walk the talk).

Gulungan muda dan berpendidikan ketika ini sudah pandai membuat pilihan berdasarkan pemerhatian dan pernilaian mereka terhadap sikap pemimpin yang benar-benar jujur berkhidmat untuk rakyat atau pemimpin yang hanya pandai berjanji dan berretorik untuk memenangi undi.

Najib mengakui tidak mudah mengubah sikap dan minda ahli Umno dalam sekelip mata kerana banyak unsur-unsur negatif masih diamalkan termasuk mensabotaj sesama sendiri jika tidak terpilih menjadi calon. Ramai ahli yang ‘membentes' kawan dan ‘menjaringkan' gol sendiri kerana kecewa tidak dipilih perwakilan dan pemimpin pusat.

Najib dan Muhyidin boleh berharap ahli-ahli Umno berubah demi kebaikan parti dan meninggalkan sikap mementingkan diri dan kroninya. Banyak pihak berpendapat semangat berokobar-kobar dan berapi ahli untuk berubah hanya berada dalam Dewan PWTC ketika persidangan. Sekembali ke kawasan masing-masing mereka dikatakan sukar dan masih tidak berubah; kembali kepada kebiasaan dan amalan lama jika tidak mendapat apa yang dihajat dan dipantau dengan ingatan berulangkali oleh pemimpin dari pusat.

Melalui tinjauan penulis, ramai di kalangan ahli akar umbi Umno skeptikal terhadap perwakilan Umno yang baru pulang dari perhimpunan Umno ke-61 itu boleh berubah secara drastik kerana banyak amalan dan sikap buruk lama yang sukar dihapuskan sepenuhnya di kalangan pemimpin bahagian dan cawangan terutama melibatkan rasuah politik! IZMAS, 28hb Okt. 2010

3 permintaan nelayan Batu Sapi

Infrastruktur seperti titian dan jalan yang lebih sempurna, penyelesaian isu sampah dan bekalan air bersih adalah antara permintaan penduduk perkampungan air di kawasan Batu Sapi di Sandakan, yang harus dipenuhi oleh calon yang memenangi pilihan raya kecil kerusi Parlimen kawasan itu.


Rata-rata penduduk yang ditemui di beberapa buah perkampungan tersebut mahukan kemudahan asas diperbaiki bagi menambah keselesaan mereka yang terdiri daripada golongan nelayan.

"Ini jambatan (titian papan) jalan sudah banyak yang patah, berlubang. Kalau nak buat sendiri, susah (dari segi kewangan) kerana kami orang nelayan," kata Ng Kong Min, seorang penduduk di Kampung Pukat ketika ditemui Bernama.

Bekas nelayan berusia 68 tahun itu berkata keadaan perkampungan tersebut terutamanya rumah penduduk semakin terbiar kerana kebanyakan golongan muda sudah berhijrah ke bandar besar untuk mencari rezeki.

"Sekalipun ibu bapa masih tinggal di sini, tetapi usia sudah lanjut dan sukar untuk membaiki keadaan rumah dan juga titian papan yang menghubungkan antara rumah kami," kata Ng yang kini menyara hidup dengan menjual ikan masin.

Perkampungan itu yang terletak kira-kira 10 minit dari bandar Sandakan mempunyai sekitar 100 buah rumah didiami penduduk Cina dan bumiputera Islam, juga terkenal dengan makanan laut yang segar dan murah.

Bagaimanapun, seperti kelaziman perkampungan di atas air di sekitar negeri ini, Kampung Pukat juga tidak terkecuali daripada permasalahan sampah hanyut yang berlonggok di bawah rumah.

Isu tersebut juga memerlukan penyelesaian memandangkan kebanyakan sampah terdiri daripada bahan plastik yang tidak boleh reput dan boleh menimbulkan masalah lain termasuk pencemaran alam sekitar.

Kampung Segaliud yang terletak kira-kira 70 km dari sini juga menghadapi masalah titian papan, selain memerlukan jalan raya yang lebih baik bagi mengangkut hasil kelapa sawit.

Salah seorang penduduknya Abani Madullah, 50, berkata dia mahu wakil rakyat yang dipilih kelak sentiasa turun padang bagi melihat sendiri permasalahan penduduk terutamanya berkaitan dua infrastruktur tersebut.

"Tapi saya bersyukur kerana daripada segi bekalan air dan elektrik serta bantuan kepada nelayan, kerajaan amat prihatin," katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Trunglit di Pulau Timbang, Badarun Baharun berkata kampung itu amat memerlukan bekalan air bersih.

"Buat masa sekarang, kira-kira 500 penduduk di sini terpaksa bergantung kepada bekalan air minum dari sebatang anak sungai yang terelatk kira-kira 500 meter dari pinggir kampung.

"Kami berharap kerajaan dapat membantu kami mencari kaedah paling sesuai untuk memudahkan kami mengambil air dari anak sungai ini yang turut dikongsi oleh penduduk kampung lain seperti Terusan Baru," katanya.

Tiga buah kampung ini adalah antara 14 perkampungan di atas air yang berada di bawah kawasan Parlimen Batu Sapi yang kini menghadapi pilihan raya kecil selepas penyandangnya Datuk Edmund Chong Ket Wah dari Barisan Nasional meninggal dunia dalam satu kemalangan di Kota Kinabalu pada 9 Okt lepas.

Ia menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, Parti Maju Sabah dan Parti Keadilan Rakyat. Penduduk akan menentukan siapa wakil mereka pada 4 November ini.

--Bernama

Polis Tayang Video Memali Untuk Takutkan Rakyat Sabah Dengan PAS...


Polis Tayang Video Memali Untuk Takutkan Rakyat Sabah Dengan PAS...

Jefrey Kidung Benang pemimpin masyarakat Merotai Tawau Sabah yang memainkan peranan utama memperjuangkan hak penduduk yang dirampas tanah secara zalim oleh kerajaan Barisan Nasional mendedahkan Umno /BN telah menggunakan polis untuk menakut nakutkan mereka dari bersama dengan PAS memperjuangkan tanah mereka.‌

Jawapan TG Nik Aziz – Fatwa Ikut Suka PAS

Oleh: wanibrah

"Bismillahir-Rahmanir-Rahim: Tergerak hati saya untuk memberikan ulasan berkenaan kenyataan Timbalan Presiden Umno ketika berkempen di Galas, semalam (27 Oktober) yang disiarkan (Utusan Malaysia, 28 Oktober 2010, ms 3) dengan tajuk TPM BIDAS ’FATWA’ IKUT SUKA PAS.”

Tan Sri Muhyiddin Yasin dilaporkan menyebut : ''Perangai mereka macam biasalah, apa yang mereka buat 'halal' yang kita 'haram', yang dia (buat) masuk syurga, yang kita masuk neraka. Dari segi konteks kerjasama dengan masyarakat apa bezanya antara DAP dan MCA."

Nampaknya pilihan raya kecil N.45 Dun Galas sekali lagi menjadi medan pemimpin Umno menghentam PAS khususnya berkenaan kerjasama PAS dengan Pakatan Rakyat melibatkan DAP. Nampak sangat kemarahan Umno apabila PAS menjalinkan hubungan kerjasama dengan DAP. Gerun benar Umno apabila PAS yang dijadikan hantu untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina berikut orang Cina sudah boleh didekati dan tidak lagi digeruni.
Sukacita saya jelaskan, ada bezanya kerjasama antara Umno dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional dengan kerjasama antara PAS dan DAP mahu pun KeAdilan di dalam Pakatan Rakyat. Ia bagaikan langit dengan bumi. Hairannya, penjelasan demi penjelasan telah diberikan. Namun, apabila telinga disumbat dan mata ditutup, tidak ada gunanya segala penjelasan yang diberikan. Pada hemat saya, pemimpin Umno sudah tenggelam dalam keghairahan untuk memburu kemenangan di Galas, hingga lupa tinggi rendahnya lantai tempat berpijak.
Beberapa hari lepas, pemimpin yang sama telah mencadangkan supaya mata pelajaran Sejarah menjadi mata pelajaran yang wajib untuk peperiksaan SPM bermula tahun 2013. Menunjukkan di sini Sejarah amat penting. Cuma saya ingin mengingatkan bahawa al-Quran sendiri tidak pernah meninggalkan aspek sejarah dalam penceritaannya. Bermula dengan sejarah penciptaan manusia seterusnya sejarah dakwah para nabi dan juga sejarah kehancuran umat-umat terdahulu. Makaa,  al-Quran mahukan kita belajar dari sejarah. Justeru, PAS sendiri tidak pernah lupa untuk berguru dengan sejarah.
Bukankah sejarah mencatit bagaimana PAS telah diajak masuk bergabung ke dalam Barisan Nasional oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1973? Dengan hati yang ikhlas, PAS pada masa itu menyambut huluran tangan perpaduan tanpa menyedari musibah yang akan dihadapi. Rupanya Barisan Nasional tidak lebih sebagai perangkap bagi PAS. PAS bersama Umno membentuk Barisan Nasional demi perpaduan. Namun hasilnya PAS di Kelantan telah berpecah kepada empat, iaitu PAS, Bebas Bersatu, Hamim dan Berjasa. PAS hampir-hampir ranap akibat perpecahan tersebut. Malangnya selepas Umno kembali kuat, PAS ditendang daripada Barisan Nasional dan akhirnya kehilangan kerajaan di Kelantan pada tahun 1978. Apa hasilnya kerjasama PAS dengan Umno? Tangan Umno yang terkapai-kapai kelemasan dipegang erat dan diselamatkan oleh PAS. Apabila,  terselamat lalu PAS ketika sarat dengan masalah terus ditendang ke laut, lemas keseorangan.
Di sini sukacita dinyatakan, hubungan PAS dengan DAP yang dikatakan chauvinis Cina, ia tiada unsur khianat dan PAS tidak dikhianati. Jika pemimpin Umno bertanya, apa bezanya kerjasama dalam Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat? Jawapannya, kerjasama PAS dengan DAP dalam Pakatan Rakyat tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam. Awal-awal PAS sudah nyatakan, jika mahu teruskan kerjasama dengan PAS, kita tak akan buang dasar Islam, jika dibuang maka tiadalah PAS, kerana adanya PAS adalah untuk berjuang Islam. Dan PAS masih tetap dengan agenda Islam. Kerana kita yakin, perjuangan Islam sedia memberi keadilan untuk semua.
Seketika dulu, DAP sendiri pernah keluar daripada Barisan Alternatif apabila tidak dapat menerima agenda Islam yang dibawa oleh PAS. Tetapi mereka mula faham dengan keadilan prinsip Islam yang berjaya ditunjukkan setelah 20 tahun PAS mentadbir Kelantan. Di sini kita lihat, pemimpin DAP tidak anti Islam kerana mereka secara beransur-ansur kini mula mengenali Islam. Malah di Pulau Pinang kini yang diperintah DAP, kita dapati ketua menterinya banyak menerima pakai prinsip pentadbiran Islam. Malah ada pemimpin DAP yang sudah boleh memetik ayat-ayat al-Quran untuk rujukan, pemimpin Umno pula semakin menjauhi al-Quran. Justeru kita lihat, pengalaman PAS bersama DAP itu, hasilnya menunjukkan sekurang-kurangnya Islam sudah tidak digeruni oleh non muslim. Inilah beza besar kerjasama PAS dengan DAP dibandingkan kerjasama Umno dengan MCA. Ingin saya bertanya, apa ruginya orang Islam apabila DAP mula berjinak-jinak dengan Islam?
Sayang sekali, Umno masih berfikir dengan kerangka perjuangan Melayu yang sempit. Melayu pun tidak terbela, Islam pun tidak terjaga. Umpama lebai malang, ke hilir pun berlapar, ke hulu pun tidak kenyang. Kononnya, Melayu dan Islam ialah perkara yang sama.  Umno sudah buat silap sekian lama dalam mentafsirkan Islam. Lihat sahaja, cara pentadbiran kerajaan Umno yang bercadang menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam kononnya bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP). Apakah cara itu cara yang Islamik dan adakah ia serasi dengan budaya Melayu?  Di manakah pula disangkut agenda Melayu yang kononya berteraskan Islam yang diperjuangkan Umno? Ini pendekatan silap Umno sekian lama sehingga menyebabkan pemimpoin MCA terus takut dengan Islam. Akhirnya non muslim terus dirundung Islamofobia.
Hakikatnya, Umno yang memperalatkan Islam. Bila tersepit, Islam juga yang dicari. Bukankah salah seorang Naib Presiden Umno sendiri sewaktu Perhimpunan Agung Umno yang lepas mencadangkan supaya Umno menjadikan masjid sebagai tempat untuk mendaftar pengundi baru? Hairan saya, tidakkah prinsip Umno selama ini, politik tidak boleh dibawa ke masjid? Hari ini, bila tersepit Umno sendiri mula menggadaikan prinsip? Bukankah saya sendiri dihentam begitu teruk oleh pemimpin Umno dan media suara Umno dengan menuduh saya berpolitik atas masjid? Nampaknya, selepas bangunan Umno di Kota Bharu sudah terjual, Umno sendiri sudah ingin menjual prinsipnya pula..
Nasihat saya, kembalilah kepada Islam. Tinggalkanlah pemikiran sekular yang tidak akan sampai ke akhirat. Sangatlah jauh berbeza pemikiran seorang mukmin dan seorang pendukung sekular. Orang-orang mukmin melihat jauh ke akhirat, sedangkan orang-orang sekular melihat hanya setakat dunia sahaja. Umpama seorang anak yang berumur dua tiga tahun bila bersama ibunya ke pasar. Anak kecil itu hanya berfikir untuk membeli belon dan alat-alat permainan yang boleh menyeronokkan. Berbeza dengan pemikiran si ibu, pemikirannya  berkisar kepentingan sekeluarga. Maka si ibu berfikir, apakah lauk pauk atau makanan yang perlu dibawa pulang untuk kesiapan sewsi rumah nanti. Itulah perumpamaan pemikiran sekular yang hanya terhenti setakat di dunia, seumpama seorang anak kecil yang berfikir setakat alatan permainannya semata-mata.
Justeru peringatan untuk semua pencinta perjuangan sekular. Dunia belum kiamat, dan ada masa untuk kembali ke pangkal jalan. Firman Allah SWT (Surah Yunus 10:84):
“Dan Nabi Musa pula berkata (kepada kaumnya): Wahai kaumku! Kalau sungguh kamu beriman kepada Allah, maka hendaklah kamu berserah diri kepadaNya, jika betul kamu orang-orang Islam (yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah).”
Maka seruan  saya, kembalilah kepada perjuangan Islam, kerana Islam itu ajaran yang menyelamat dan mensejahterakan seluruh umat di dunia ini.
Sekian.

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Al-Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan.
Kota Bharu: 20 Zulkaedah 1431/28 Oktober 2010.

Sarawak dilanda Malapetaka di Sungai Rajang

Oleh: amkns

"Oleh Dr Jeniri Amir
- Berita Harian 29 Okt 2010 -

Malapetaka Sungai Rajang mula dirasai. TIGA kejadian membabitkan sungai di Sarawak menjadi tajuk berita sejak kebelakangan ini. Pertama, kemalangan membabitkan bot ekspres yang mengorbankan nyawa di Sungai Anap, Tatau. Kedua, air di Sungai Rajang yang semakin surut.


Ketiga, usaha kerajaan negeri di bawah pelan induk untuk membersihkan semua sungai dan cabangnya bermula dengan Sungai Sarawak.  
Sungai menjadi nadi kegiatan ekonomi, sistem pengangkutan dan kehidupan sebahagian besar daripada 2.5 juta penduduk Sarawak, terutama mereka di sepanjang Sungai Rajang, Sungai Baram, Batang Sadong, Batang Tatau, Batang Lupar dan Sungai Limbang.  Sarawak mempunyai 55 batang sungai. Jika sungai mati, maka segala kehidupan dan kegiatan mereka akan turut mati.
Sungai mempunyai peranan signifikan dan kesan besar dalam kehidupan seharian mereka. Sungai bukan saja perlu dipelihara tetapi dilindungi daripada segala kegiatan yang mengancam hayatnya.  Jika sungai sudah tercemar dan mati, ia tentu merugikan manusia dan mendatangkan malapetaka yang tidak sukar dibayangkan. Tidak ada gunanya menyesal apabila nasi sudah menjadi bubur.  
Jadi, sebelum sesuatu yang tidak diingini terjadi, pelbagai langkah perlu diambil untuk mengelakkan kejadian buruk menimpa kita. Usaha menyelamatkan sungai daripada pencemaran bukan saja memakan masa dan tenaga, tetapi memerlukan peruntukan besar.  Sebenarnya, semua itu tidak perlu jika kita sensitif dan prihatin terhadap sungai dan tidak mengambil ringan dengan membuang segala sampah ke dalamnya sehingga mencekik dan mematikan sungai.  
Tidakkah kita berasa berdosa dan kesal melihat sungai yang mengalir lancar dan begitu bersih suatu ketika dulu, kini tidak lagi bergerak, berbau busuk dan dipenuhi sampah dan keladak?  
Jadi, apabila Sungai Rajang dicemar oleh sampah sarap dan balak dua minggu lalu, tidak hairan ramai yang memperlihatkan keprihatinan mereka. Sungai Rajang perlu segera diselamatkan dan dibersihkan daripada sebarang ancaman angkara perbuatan manusia yang rakus dan tidak mempedulikan alam sekitar.
Kini, kita wajar berasa risau dengan kejadian yang menimpa Sungai Rajang. Sungai Rajang yang menarik perhatian ramai baru-baru ini kerana fenomena balak dan sampah sepanjang 50 kilometer sehingga menggemparkan penduduk di sepanjang sungai terbabit, kini berdepan dengan ancaman lain yang tidak kurang risikonya.  
Kerajaan memang sedar peranan sungai berkenaan sebagai laluan kapal dan bot. Pada 2002 misalnya, kerajaan Pusat menyumbang peruntukan RM4 juta bagi tujuan khas untuk melaksanakan Program Pencegahan Pencemaran dan Peningkatan Kualiti Air Batang Rajang.
Program itu bertujuan untuk membantu memastikan setiap aktiviti pembangunan dilaksanakan di kawasan Lembangan Batang Rajang, termasuk Projek Bakun, tidak menjejaskan kualiti air, serta kegunaan berfaedah Batang Rajang.  
Sungai Rajang semakin kering. Air semakin susut dan akibatnya, penduduk di Sibu, Kanowit, Song, Kapit dan Belaga dicengkam kebimbangan yang bukan kepalang. Ini berita buruk kepada mereka yang sekian lama bergantung kepada sungai sebagai nadi kehidupan dan pengangkutan.  
Malah, sungai berkenaan menjadi mangkin kehidupan sejak zaman-berzaman lagi. Bayangkan tanpa jalan raya, bagaimanakah penduduk dari kawasan terbabit dapat bergerak dari satu tempat ke tempat lain dan juga pergi ke Sibu?
 
Apakah yang menjadi sebab air semakin kering? Adakah kerana langkah menakung air di Empangan Bakun setinggi 205 meter? Hakikatnya, satu pertiga daripada sumber air yang mengalir ke dalam Sungai Rajang dinafikan dengan langkah penakungan air berkenaan.
Puncanya bukan kerana ketiadaan hujan kerana sebelum itu pun hujan tidak pernah turun untuk beberapa hari tetapi tidaklah seperti sekarang.
Kali ini air cepat susut di dalam sungai sehingga mendedahkan tebing dan segala kemudahan prasarana berkaitan dengan sistem pengangkutan.  
Kerisauan penduduk di sepanjang sungai berkenaan memang beralasan kukuh. Penduduk dari Kanowit mungkin tidak begitu risau kerana mereka dihubungkan dengan jalan raya ke Sibu, tetapi bagaimana dengan mereka di Song, Kapit, Belaga dan kawasan sekitarnya?  
Sungai Rajang satu-satunya sistem pengangkutan yang memungkinkan mereka bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Jika sungai itu sudah kering kontang, ini satu malapetaka yang pasti mendatangkan kesulitan yang luar biasa kepada petani, penangkap ikan, pembalak, pengendali bot dan sebagainya.  

Lawatan Hillary Clinton Pada Isnin Membincangkan Isu Kes Liwat Anwar Dan PRU 13

Sumber MalaysiaChronicle

Image Hosted by ImageShack.usU.S. Secretary of State Hillary Clinton will arrive in Kuala Lumpur on Monday as part of a two-week Asian tour and the buzz in the diplomatic circles is that she will not only be meeting Prime Minister Najib Razak, but also Opposition Leader Anwar Ibrahim who is poised to be jailed on flimsy sodomy charges ahead of snap general elections next year.

Indeed, speculation is growing that something might be afoot as the Obama administration has so far been seen as indifferent, even reluctant to take up the democracy cudgels in Southeast Asia, a region marked by many recalcitrant governments including Burma and Cambodia.

“We are not in a position to confirm Mrs Clinton’s schedule but we certainly hope that she will speak up for Anwar,” a top PKR official told Malaysia Chronicle.

Malaysian SOS

Like Thailand, Malaysia has been displaying severe signs of stress as it tries to adjust to unprecedented political competition at home.

Mahathir, Najib
Unable to beat off the advances made by Anwar's Pakatan Rakyat coalition, Najib has begun shifting back to the hard line policies promulgated by former Malaysian dictator Mahathir Mohamad.

While the British-educated Najib has taken pains to portray himself as a 'moderate' during his overseas trips, he is actually the complete opposite once he is back. And nowhere did he exhibit this Jekyll-and-Hyde tendency more than at his Umno party’s annual assembly held recently.

At that meeting, Najib sounded alarm bells far and wide when he declared “This country does not have equal citizenship”, clamped down discussion of racial rights, and also vowed to defend his hold on power at all costs.

"Even if our bodies are crushed and our lives lost, brothers and sisters, whatever happens, we must defend Putrajaya," Najib had said.

Trial has gone out of control

At 57, Najib is some 6 years younger than Anwar - his arch rival from their Umno days in the 80s. Both had been shortlisted to be Mahathir’s deputy, but in the end, the more politically-savvy Anwar was chosen.

Although, they closed ranks and Najib later became part of Anwar’s clique, he was quick to abandon Anwar in 1998, when Mahathir sensing his grip on power was fading, decided to sack and jail his deputy on graft and sodomy charges.

Anwar - his Pakatan brought hope for reform
Even then, there was worldwide condemnation for Malaysia and former U.S. vice president Al Gore, during a dinner function in Kuala Lumpur, even staged a protest walk-out. But it was only after spending 6 years in jail that Anwar was freed. Months after Mahathir’s retirement, the courts finally found the courage to acquit him in 2004.

The international rebuke for the latest sodomy trial are even harsher. Anwar has denied the charges and accused Najib and his wife Rosmah Mansor of having plotted the conspiracy against him.

World figures from former Canadian premier Paul Martin to Recep Edrogan, Paul Wolfowitz to Richard Branson, have spoken up for Anwar. Lawmakers from Australian, Canada, U.K., U.S. and most recently the Inter-Parliamentary IPU have expressed support for Anwar and pointed out the weaknesses inherent in the ongoing trial.

“It has probably reached a stage where Najib is no longer thinking logically about the trial. He seems to be thinking, if the Burmese junta can do it to Aung San Suu Kyi, why can’t I get away with Anwar here? Hopefully, someone can talk some sense to him,” said the PKR offic
Clinton visits on Monday, may discuss Anwar's sodomy case<

Panjangkanlah doa..kesembuhan dan kesabaran ke atas Ayahanda Tuan Haji Sakib (Mantan YDP Kawasan Sri Gading)


Panjangkanlah doa..kesembuhan dan kesabaran ke atas Ayahanda Tuan Haji Sakib (Mantan YDP Kawasan Sri Gading) dan seluruh ahli keluarganya.. Musibah ini menghibakan hati dan jiwa semua pendokong perjuangan ini..khususnya mereka yang mengenali beliau.

Kepada semua...doakanlah kesejahteraan dan keselamatan beliau. KepadaNyalah tempat kita berserah, kepadaNya juga tempat kita memohon pertolongan.

PANAS BERAPI: Blogger Umno kutuk Puteri Umno! - GEMUK, GEMPAL & GEBU


Oleh: Pria Malaya

"Badan bersaiz badak sumbu"...begitulah antara bunyi kutukan seorang blogger otai Umno terhadap Ketua Puterinya...penyokong taksub Umno ini sanggup menghina dan menjatuhkan air muka pemimpinya sendiri gara-gara tidak menepati 'selera' mereka...sungguh memalukan..

Penulis tidak mahu mengulas panjang..korang baca sendiri artikel menghina peribadi Ketua Puteri Umno oleh blogger otai Umno (medan-info-kita.blogspot.com) seperti di bawah...wallahua'lam..


Mari Tonton Gambar Berahi..! Mashitah & Shahrizat Lebih UMMPPHH… Dari Ketua Puteri UMNO Malaysia..!

Yb Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin Perlu Segera Jauhi 3G Yang Dibahaskan Dalam Persidangan Puteri….



Pandanglaaaaah…. Lihatlaaaaaah…. !!

Beginilah rupa saiz badan dan potongan bentuk badan seorang Ketua Puteri UMNO Malaysia…. Ketua yang seharusnya menjadi contoh tauladan kepada semua..!

Apabila sebut sahaja perkataan Puteri, sudah pasti gambarannya ialah seorang wanita yang ayu, pinggangnya ramping, pasti ada potongan yang menarik. Ikut bahasa yang tidak formal, kita sebut MENGANCAM!!

Tetapi apa sudah jadi dengan Ketua Puteri UMNO Malaysia..? Yb Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin mempamerkan keterampilan persis seorang wanita obesiti…, inikah ciri ciri seorang Puteri..?

Mungkin inilah juga antara faktor utama yang menjadikan ramai anak anak muda wanita “kureng” tertarik mahu sertai Pergerakan Puteri UMNO..? Tak ada daya tarikan langsung..!

Malah dalam Persidangan Puteri UMNO tahun ini, para perwakilan seolah-olah mahu “menyindir” Boss mereka secara sinis… Antara isu isu perbahasan Puteri ada yang mengesyorkan agar Pergerakan Puteri itu menjauhi “permasalahan 3G” dikalangan mereka iaitu GEMUK, GEMPAL, dan GEBU….!

Wah waaahh waaahhhhh…! Dah kena tepat kepada batang hidung Rosnah.. Sudah pasti ketiga tiga G yang dimaksudkan itu memang ada pada tubuh badan Ketua Puteri itu!

Tetapi, malang sekali apabila tuan punya diri pula masih enggan “memperbaiki kelemahan” diri sendiri dan mengakui kelemahannya. Dalam ucapan penggulungan Rosnah pula, beliau sebaliknya mengajak Pergerakan Puteri menukar maksud 3G kepada GEMPUR, GENGGAM, dan GEGAR…!

Kalau badan bersaiz badak sumbu sudah pastilah tidak timbul sebarang keraguan untuk melaksanakan ketiga tiga G yang disebutkan itu…

Secara jujur memanglah tidak salah untuk Rosnah mengajak keseluruhan Puteri agar membawa kemenangan UMNO-BN dengan bertunjangkan kepada Gempur, Genggam dan Gegar terutamanya apabila dalam keadaan mahu berperang dan bertarung.

Namun begitu, teguran perwakilan Puteri juga seharusnya dijawab dan diakui oleh Rosnah sebagai Ketua Puteri yang gagal membawa perwatakan dan keterampilan menepati cita rasa sebenar sayap yang mewakili parti UMNO.



Ada yang mengatakan bahawa keterampilan Ketua Wanita UMNO, Yb Senator Datuk Shahrizat Abdul Jalil jauh lebih kemas daripada Rosnah… Lihatlah sendiri, masih ada bentuk badan dan pinggang dimililki oleh Ketua Wanita walaupun sudah berusia 57 tahun, masih bergetah!

Beza umur antara Sharizat dengan Rosnah ialah 19 tahun…



Satu lagi contoh keterampilan menarik! Yb Senator Dato Dr Mashitah Ibrahim, beliau juga jauh lebih berusia berbanding Rosnah. Mashitah 46 tahun, masih mengancam berbanding Rosnah yang baru berusia 38 tahun…. Pinggang Mashitah ibarat bentuk gitar..., macam kerengga!

Semoga Rosnah segera memperhalusi usul yang telah dibahaskan oleh perwakilan Pergerakan Puteri UMNO mahukan mereka menjauhi 3G – GEMUK, GEMPAL & GEBU..! Luangkanlah masa untuk hadiri slimming programme….

Manalah kita tahu pada Persidangan Agung Puteri UMNO Malaysia tahun depan 2011 nanti, Rosnah lebih slim dari Shahanim Yusoff..? - medan-info-kita.blogspot.com
p/s: Macam mana la kalau artikel ni dikarang oleh penyokong PAS/PR..pasti kena kutuk/'tazkirah' oleh penyokong Umno..harap ada rakan-rakannya boleh menegur cara kritikan peribadi blogger ini...

Tinta Hijau's Photos-bukti umno kempen isu perkauman...

Photo 18 of 19

Kelab Peminat Buku's Photos - Buku-Buku Ustaz Riduan Mohd Nor


----------------------------------------------------------------
Tajuk Buku: Memoir Tragedi MEMALI
ISBN:
Bilangan Muka Surat:
-----------------------------------------------------------------
Harga Buku Termasuk POS
Harga: RM 20.00
Sabah dan Sarawak: RM 20.00 + RM 2
Luar Negara: RM 20.00 + RM 12.00
-----------------------------------------------------------------
Pertanyaan dan Pembelian, sila mesej ke: http://www.facebook.com/peminatbuku

Sinopsis:
“ Yang wajib kita perjuangkan ialah Islam, bukan bangsa. Perjuangan bangsa ialah perjuangan taghut yang Nabi tidak mengaku ummat. Apalagi kerajaan.

Pertanyaan dan Pembelian, sila mesej ke: http://www.facebook.com/peminatbuku

Cutting from The Star - Singapore buat dulu berbanding negara yg ishtihar Islam.. howww??


Cutting from The Star - Singapore buat dulu berbanding negara yg ishtihar Islam.. howww??

Kerjasama Dengan Bukan Islam, Pas Tidak Tiru Umno. Tapi Tiru Piagam Madinah ...... masya Allah


Kerjasama Dengan Bukan Islam, Pas Tidak Tiru Umno. Tapi Tiru Piagam Madinah ...... masya Allah

Generasi Asing's Photos-Pemimpin UMNO Titiwangsa: Kita Tak Perlu Undi Cina Dan Undi India????


Pemimpin UMNO Titiwangsa: Kita Tak Perlu Undi Cina Dan Undi India

Photos of Zulhisham Tokasid-Untuk isteri ku rosmah...????

Salam Ukhuwah......Salam PRK DUN N45 Galas.........Benarkah berita ini?.....Seorang Tokoh Umno Kelantan Siap Untuk Meninggalkan Parti.


Salam Ukhuwah......Salam PRK DUN N45 Galas.........Benarkah berita ini?.....Seorang Tokoh Umno Kelantan Siap Untuk Meninggalkan Parti..... NASIB Umno Kelantan, selepas dikejutkan dengan penjualan alis pelolongan bangunan Umno Kota Bharu dan dibeli oleh Pemuda Pas Kelantan, Umno Kelantan berdepan dengan satu lagi berita menyayukan parti berkenaan. Seorang tokoh parti itu dikatakan akan bertindak keluar dari Umno dalam tempoh terdekat.
Surat keluar dari Umno katanya sudah pun dibuat. Surat itu akan diserahkan pada hujung bulan ini, 30 Oktober. Selepas penyerahan surat itu satu sidang akhbar akan diadakan di Kuala Lumpur. Perhimpunan agung yang baru lalu adalah perhimpunan perpisahan tokoh berkenaan dengan parti yang disertai sejak zaman remaja.
Ternyata ucapan dan rangsangan Najib Razak untuk membawa perubahan dan tranformasi kepada Umno tidak menyentuh hati tokoh berkenaan untuk terus berada dalam Umno. Gilang gemilang wajah puteri mungkin sudah tidak mampu mengikat langkahnya dari keluar dari rumah Umno. Mungkin keadaa Umno sudah teruk berbau sehinggakan beliau mengambil keputusan itu.
Tidak dapat dipastikan apakah tindakan tokoh berkenaan akan disertai dengan segerombolan para pengikut dan penyokongnya? Tidak juga dipastikan apakah tindakan itu satu persaraan beliau dalam politik ataupun akan menyertai parti Pakatan Rakyat? Tetapi dari cakap-cakap orang sekelilingnya tindakan itu bakal memberi tsunami politik kepada Umno Kelantan terutamanya dibahagiannya.
Apa sudah jadi dengan Umno Kelantan? Apakah ini menunjukkan kelemahan Mustapa Mohamed sebagai pengerusi perhubungan ataupun salah siapa? Tentu ada sebab musabab kenapa tokoh berkenaan akhirnya mengambil keputusan untuk mengucapkan sayonara kepada Umno? Elok juga kalau Umno Kelantan membuat kajian menyeluruh kenapa tokoh berkenaan sanggup meninggalkan parti yang dikatakan keramat itu.
Mungkin Umno sudah kehilangan keramat atau dianggap berkarat oleh tokoh berkenaan. Kerana kalau Umno masih membawa berkat dan rahmat mana mungkin tokoh yang dikatakan pernah berpeluh pelai untuk membela dan menjaga hayat Umno sanggup berbuat demikian. Apa-apa pun kita tunggu apakah alasan dan sebab musabab yang akan dinyatakan oleh tokoh berkenaan dalam sidang akhbar yang dijangka pada 1 November nanti.
http://msomelayu.blogspot.com/

Zulhisham Tokasid's Photos-Takziah buat Indonesia: Merapi dan Mentawai merintih


Takziah buat Indonesia: Merapi dan Mentawai merintih

Aduka Taruna's Photos - Khidmat Hebahan Rakyat


Gua minta tolong pada lu orang semua.

Oleh : C++ http://cipantapirtenuk.blogspot.com/

Anak Gua Di ICU Hospital Kuala Terengganu

Bhai... gua nak mintak jasa baik semua kengkawan... lawan.. musuh... dan sebagainya untuk mendoakan kesihatan anak lelaki gua yang bongsu "Amin 'ul Haqeem" yang kini sedang dirawat di ICU Hospital Kuala Terengganu atas sakit "Jangkitan Paru-Paru"...

Tolong doakan ya...

Ya Allah... Tuhan Sekalian Alam... Tuhan yang Menghidupkan dan yang Mematikan... Tuhan yang memiliki segala Keegoan.... tiada daya tiada upayaku Ya Allah... melainkan Rahmat dan Ehsan dari Mu.....Engkau Sembuhkan Ya Allah penyakit anakku... Amin Ya Rabbal Alamin...

Gambar2 penamaan calon di Batu Sapi













* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.