Kereta dalam gaung timbulkan tanda tanya


PASUKAN penyelamat memeriksa kereta Kia Optima yang terjatuh ke dalam selut.


KARAK - Penemuan sebuah kereta Kia Optima yang terbenam ke dalam selut dari ketinggian 100 meter di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak di sini berhampiran terowong Genting Sempah menghala ke ibu negara kelmarin menimbulkan pelbagai misteri.
Kereta berwarna perak itu dipercayai terjatuh dari Jalan Bentong Lama, Batu 18 di sini sebelum ia ditemui oleh penunda kereta, Wong Kam Wai, 31, pada pukul 3 petang.
Namun Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, sehingga semalam polis menolak wujudnya unsur jenayah atau kemalangan yang boleh dikaitkan dengan penemuan kereta itu.
"Kalau berlaku kemalangan, mesti pembahagi jalan sudah remuk seperti dilanggar. Jika ada jenayah mesti ada mangsa di sekitarnya," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.
Kereta Kia Optima yang berharga lebih RM100,000 itu ditemui ketika Kam Wai sedang menaikkan sebuah kereta Satria Neo yang terbabas di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak.
Dalam pada itu, satu sumber berkata, ketika ditemui kunci kenderaan ada pada kereta itu namun enjin tidak dihidupkan.

Mekah dilanda banjir



BEBERAPA jemaah meredah banjir manakala sebahagian lagi menolak kenderaan di sebatang jalan raya di Mekah kelmarin.


MEKAH - Beberapa kawasan di Mekah kelmarin dilanda banjir ekoran hujan lebat menyebabkan sebahagian jemaah meredah air banjir namun ia tidak melibatkan kawasan yang menempatkan Kaabah.
Sebelum ini, hujan turun dengan lebat di Mina pada Rabu lalu semasa para jemaah melontar jamrah sebagai tanda merejam syaitan.
Hujan dan angin itu menyebabkan beberapa buah pokok tumbang di tepi sebatang jalan raya di Mekah.
Lebih 2.8 juta jemaah haji berhimpun di Mekah untuk mengerjakan rukun Islam yang wajib dilakukan oleh umat Islam yamg mampu.
Bagaimanapun, cuaca di Mekah semalam yang merupakan hari terakhir jemaah mengerjakan haji berada dalam keadaan baik selepas hujan turun.
Sementara itu, pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah menjalani lebih banyak ujian perubatan selepas baginda mengadu sakit belakang.
Menurut agensi berita SPA, baginda diminta supaya berehat oleh doktor-doktornya.
Pada Selasa lalu, kerajaan Arab Saudi mengeluarkan kenyataan dengan menyatakan tahap kesihatan Raja Abdullah berada dalam keadaan baik.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas baginda mengadu sakit kaki.
Umur Raja Abdullah adalah di antara 86 dan 87 tahun.

BEBERAPA batang pokok tumbang menghempap beberapa buah kereta akibat hujan dan tiupan angin di Mekah kelmarin.


Kestabilan politik di negara beraja itu amat penting kerana Arab Saudi mempunyai lebih satu perlima simpanan minyak dunia.
Kerajaan Arab Saudi merupakan sekutu rapat AS dan merupakan pemegang aset terbesar dolar AS.
Pada 13 November lalu, ekoran keadaan kesihatan Raja Abdullah itu, Menteri Dalam Negeri, Putera Nayaf diberikan tugas memantau urusan perjalanan haji pada tahun ini. - Agensi

Ketua Polis: Jadi pencuri untuk tangkap pencuri

Oleh: bumiperak

"INI BETUL-BETUL CELARU. Tentunya anggota pasukan Polis terjelir lidah kerana yang dilarang terhidang apabila kalangan mereka dibenarkan untuk latihan sama juga bermain judi. Tak manasabah.. Apa perlunya dibenarkan berjudi meskipun latihan. Apa yang diperlukan bertindak dan tutupkan tempat judi terutamanya di Ciber

Café yang menyediakan mesin judi di banyak kawasan perumahan. Apa yang susahnya untuk mencegahan kegiatan judi ini. Kata-kata Ketua Polis dengan gembira membenarkankan bukannya tegah perbuatan curi ini tetapi suruh pula jadi pencuri untuk menangkap pencuri. Dengan adanya Makmal Latihan Pencegahan Judi akan berleluasakan amalan judi kerana mereka tentu akan dapat keseronokannya nanti.

MALAY MAIL- K.Lumpur 19 Nov 2010 Kaki-kaki judi perlu awasi dengan ‘Pakar Judi’ yang turut memerhati anda. Bagaimanapun ‘Pakar Judi’ ini sebenarnya adalah dari kalangan anggota polis terlatih dibawah cawangan baru iaitu Makmal Latihan Pencegahan Judi. Tujuan Unit ini dibentuk adalah untuk mengempur aktiviti perjudian.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, Makmal Latihan Pencegahan Judi ini sebagai kelengkapan pasukan polis, terutamanya dari unit Anti maksiat, Perjudian dan pertubuhan haram dari Bahagian (D7) dengan orang dalam yang berpengelaman, untuk diketahui bagaimana kegiatan judi haram dilakukan, teknik dan juga helah digunakan.
Mengambil kata pepatah, “untuk menangkap pencuri, anda perlu jadi pencuri” maka konsep ini diterima pakai. Setiap tahun, Polis Diraja Malaysia akan menganjurkan kursus ‘Pakar judi’ dari kalangan anggota polis yang terpilih”, kata Tan Sri Ismail ketika siding media selepas melancarkan tatacara Prosedur Operasi Piawai , portal terbaru Jabatan Penyiasatan Jenayah dan pembukaan Makmal Latihan Pencegahan Judi di kolej PDRM di Cheras hari ini. Makmal ini bernama ‘Mock Casino PDRM’ berada di Kolej ini.
Makmal ini, keseluruhan bernilai RM198,000.00 dilengkapi dengan satu putaran dadu, tiga meja judi dan empat mesin slot. Ada juga perbagai peralatan perjudian dan lain-lain mesin perjudian disediakan.
"

Pendidikan Seks Di Sekolah. Gila Apa BN ini?

Oleh: mazwandi

"Statistik menunjukkan bahawa anak luar nikah dari keturunan Melayu sekarang ini sudah meningkat dengan mendadak. Mengapa ini berlaku? Sudah semestinya kerana mat melayu dan minah melayu melakukan zina.

Kenapa pula ini berlaku? Sudah semestinyalah kerana suasana kehidupan masyarakat dan pentadbiran negara Malaysia sekarang ini tidak mengikut acuan Islam. Segala genap kehidupan di bumi melayu ini sudah lari jauh dengan acuan Al-Quran dan Sunnah.

Cuba bayangkan, kita yang sentiasa ke masjid melakukan ibadah solat 5 waktu, adakah akan menjamin anak kita yang berada dirumah sebenar-benarnya berada dirumah? Adakah kita yang sedang bekerja siang malam membanting tulang untuk mendapat rezeki bagi anak-anak agar hidup senang akan menjuruskan anak kita itu menggunakan rezeki yang diperolehi untuk membuat kerja radha Allah?

Kita mengajar anak kita dirumah tentang Islam. Menutup aurat, menjaga tingkah laku, terapkan sifat-sifat malu, tetapi, apabila keluar dari rumah, adakah suasana masyarakat akan menjamin anak-anak kita hidup dalam keadaan iman yang sempurna?

Anda sekelian faham apa yang hamba maksudkan.

Kita sebagai ibubapa bertungkus lumus cuba menghidupkan kehidupan Islami didalam keluarga kita. Kita bertungkus lumus menjadikan rumah kita itu sebagai sebuah 'negara Islam' yang kecil. Rumah yang mengikut undang-undang Allah, mengikut acuan hidup Rasulullah. Tetapi apabila keluar sahaja dari pintu rumah, maka negara Islam itu akan hilang.

Perkara yang paling menggusarkan adalah budaya hedodisme. Budaya suka ria, riang gembira, hu ha hu ha, seronok sana, seronok sini, tanpa ada batasan agama. Lelaki perempuan bercampur baur. Gelak-gelak, cuit-cuit, cerita kelakar sikit sini, cerita kelakar sikit sana antara lelaki dan perempuan bukan mahram sudah menjadi kebiasaan dan rutin kehidupan manusia remaja dan manusia matang seperti kita.

Perempuan Melayu sekarang kebanyakannya sudah bertudung. Tetapi masalahnya tidak menutup aurat. Dikepala ditutup dengan tudung, tetapi dibadannya memakai baju kecil menampak susuk tubuh ramping membujur payu dara. Kadang-kadang bajunya takat paras lengan atas. Seluruh tangan kecil putih gebu dibiar dinampakkan kepada orang ramai.

Silelaki pula, sudah nampak 'rakan perempuannya' berpakaian begitu, apalagi, godaan nafsu diusik syaitan akan menjadi-jadi. Di SMS ajak keluar, ajak pergi makan, ajak ke pantai naik motor sama-sama. Ajak ke perpustakaan belajar bersama-sama, tetapi ada tujuan yang lain sebenarnya. Untuk menjamu mata atau dapat yang ringan-ringan. Kan ke syaitan namanya.

Apa ayah mereka buat? Apa mak mereka buat? Biarkan sahaja? Kerana apa? Kerana maknya pun berpakaian begitu. Ayahnya pun mata begitu. Nafsu nafsinya pun begitu. Kerana apa? Kerana ditempat kerja ayahnya, suasana dipejabat lelaki perempuan bebas bergaul sesama mereka. Si emaknya pula, terpaksa mengikut trend terkini pakaian tudung cap ayam seperti rahib kristian. Bajunya pula tidak boleh labuh, mesti menampakkan body.

Jadi, ketika manakah agaknya kehidupan anak kita boleh dikawal seketika? Ketika bila? Mungkin jawapan yang 'agak' betul ialah sekolah. Sekolah rendah dan menengah masih lagi dikuatkuasakan lelaki dan perempuan duduk asing-asing. Diwajib bertudung dan berseluar panjang bagi lelaki. Ada ustaz-ustaz yang boleh mengawal tingkah laku pelajar dan juga ada guru-guru yang boleh mendidik anak-anak muridnya dengan tingkah laku Islami.

Tetapi, kemungkinan besar, sekolah sudah tidak boleh lagi menjadi satu tempat selamat anak-anak kita dari perkara-perkara mungkar. Kerana apa? Kerana tidak lama lagi pendidikan seks akan diajar pula kepada pelajar. Pelajar-pelajar akan diajar apa itu seks dan mungkin akan diajar bagaimana caranya seks 'selamat'. Adakah nanti ada tugasan praktikal? Adakah nanti anak-anak kita akan cuba menghayati pelajaran itu dengan rakan-rakan sekelasnya. Cuba kita sebagai ibubapa bayangkan, apa yang akan berlaku kepada anak kita.

Sekarang inipun anak-anak remaja sudah naik isim tentang seks luar nikah, apa akan berlaku kepada anak-anak kita apabila pelajaran seks ini dipaksa ajar kepada setiap individu remaja yang bersekolah milik kerajaan. Satu Malaysia! Hancur!

Apa punya gila Malaysia sekarang ini? Apa punya gila kerajaan BN hendak menghala tuju anak-anak kita sekarang ini?

Apa punya gila kerajaan BN ini?

Adakah kita hendak membiarkan perkara ini berlaku? Adakah kita sebagai ibubapa yang bertungkus lumus mewujudkan negara Islam didalam rumah kita, tetapi apabila anak kita ke sekolah, akan menghancur leburkan iman dan taqwa anak kita.

Hamba cukup yakin, mereka inilah golongan syaitan berupa manusia.
Layarilah blog hamba;
http://ibnmustaffa.blogspot.com/
"

Ketua Polis Negara berjudi? PDRM bina makmal judi pula

Oleh: amkns

"Ini adalah sebahagian daripada tugas rasmi polis. PDRM telah menubuhkan Makmal Judi untuk membanteras perjudian tanpa lesen, penipuan perjudian, perjudian internet dan sebagainya. Itu tugas polis. Bagaimana pula tugas penguatkuasa jabatan agama? Masih ditakuk lama lagi kah?

Tidak mahukan menubuhkan pasukan penguatkuasa jabatan agama yang lebih mesra dalam mendidik masyarakat? Menangkap pelaku maksiat adalah langkah kedua selepas amar maaruf. Gejala buang bayi bertambah, kes zina bertambah, khalwat bertambah, judi bertambah, minum arak bertambah, perceraian dan penderaan bertambah di kalangan umat Islam, namun tiada usaha bersepadu untuk menggerakkan Amar Maaruf, Nahi Munkar. Nak harapkan PEKIDA, sekadar slogan sahaja. 

Gambar Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar sedang ‘berjudi olok-olok’ di http://amkns.blogspot.com/2010/11/ketua-polis-negara-berjudi-pdrm-bina.html
 
*******************
Beware of the 'gambling' cops
Gambling Prevention Training Laboratory Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar  
MALAY MAIL - Friday, November 19th, 2010 13:47:00  
FULL HOUSE: (Sitting third from right) Ismail and Deputy IGP Datuk Hussin Ismail at the mock casino — Pic: Salhani Ibrahim 
KUALA LUMPUR: Illegal gamblers beware as "gambling experts" will be watching you. However, these "experts" actually comprise several trained police officers under the newly formed Gambling Prevention Training Laboratory. 
The formation of the was set up to combat illegal gambling activities. Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar, said the Gambling Prevention Training Laboratory will equip the police force, especially from Anti-Vice, Gambling and Secret Societies Division (D7), with the insider know-how, such as how illegal gambling operations work and the techniques and tricks used. 
"There is a proverb: 'To catch a thief, you need to be a thief'. This concept also applies here. Every year, the Royal Malaysian Police organises courses to train 'gambling experts' among selected police officers," Ismail said during a Press conference after the launch of the Standard Operating Procedure manual, Crime Investigation Department Portal update and Gambling Prevention Training Laboratory at the RMP College in Cheras today. The laboratory, a "mock casino", is located within the college. 
"The laboratory, which cost RM198,000, will consist of a roulette device, three gambling tables and four slot machines. It will also be equipped with several training gambling 'chips' and gambling machines." 
Ismail also gave his assurance that the "gambling experts" would not abuse their skills to gain profit and the laboratory was expected to be established in other State police contingents.
  "

PRU13 DIAMBANG PINTU....


oleh Halik Zaman

KUALA LUMPUR - UMNO/BN hari ini mengumumkan akan mengadakan satu mesyuarat untuk memperbincangkan persiapan untuk mengadakan pilihanraya yang bakal diadakan pada tahun hadapan. Menurut Setiausaha Agung UMNO, pilhanraya boleh berlaku pada bila-bila masa terdekat sama ada bulan hadapan, dua bulan atau 30 bulan. Kata Halik Zaman Ketua Cabang PKR Tenom.

Kata Halik "Melihatkan fenomena ini kita dapat merasakan bahang pilihanraya semakin dekat menemui kita. Melihatkan juga kesungguhan UMNO/BN merangka persiapan yang begitu rapi di samping cerita-cerita pojok memburukkan kepimpinan Pakatan Rakyat juga meyakinkan kita bahawa sesungguhnya UMNO/BN gentar untuk menghadapi tentangan Pakatan Rakyat."

"Shahrizat Jalil dengan angkuhnya menyatakan Pakatan Rakyat akan berkecai. Apakah beliau lupa bahawa beliau kalah dengan ditangan seorang srikandi PKR ? Apakah beliau tidak sedar rakyat Lembah Pantai telah menolak beliau ? Atau mungkinkah beliau tidak sedar beliau sebenarnya telah gagal dalam memimpin rakyat maka kerana itulah beliau ditolak dalam PRU 12.". Jelas Halik Zaman.

Kepada kepimpinan UMNO/BN, jangan bongkak. Kami dalam Pakatan Rakyat juga sedar berlaku juga 'pergeseran', 'peretakan', 'kemelut' dalam UMNO/BN. Cumanya media pandai "simpan rahsia", maka segala kepincanggan dalam UMNO/BN tidak dapat di kesan dan di hidu. Hanya orang-orang dalaman sahaja yang tahu. Walau bagaimanapun kami di luar UMNO pun ada terhidu, cuma biarlah masa yang menentukannya.

Katalah apa sahaja keburukan Pakatan Rakyat dan PKR, tapi rakyat lebih ariff menilai. Fikirlah sendiri, 15 PRK berlangsung selepas PRU12, dari 15 kerusi berapa sahaja yang UMNO/BN dapat ? Hanya 5 kerusi ! Lebih menyedihkan, 2 buah kerusi kuat UMNO/BN jatuh ketangan Pakatan Rakyat.

Kerusi Ijok dulu pun BN menang, tapi bila tiba PRU sebenarnya, siapa dapat ? Bukankah PAKATAN RAKYAT ? Cakap banyak pun tak guna, kita sendiri lihatlah nanti di PRU13. Biarlah rakyat Malaysia menentukan secara demokrasi. Jangan pula nanti dek kerana takut kekalahan, bertan-tan zink dan papan "dihadiahkan" kepada rakyat kampung demi untuk "beli jiwa" rakyat kampung.

Jangan pula nanti kerana taksub nak beli undi rakyat Malaysia, kerajaan Malaysia terpaksa mengeluarkan berbillion-billion ringgit untuk peruntukan "hadiah" kepada rakyat Malaysia, last-last nanti Malaysia bisa bangkrap ! Maka beringatlah..

Dua beradik yatim dipelihara datuk


SHAHAR (kanan) menemani cucunya, Firdaus yang cedera di Kampung Guar Badak, Lenggong semalam. Gambar kecil, Fatihah masih dirawat di HRPB, Ipoh.


IPOH – “Selagi hidup, saya akan jaga cucu-cucu saya.” Itu kata Shahar Mohd. Ariffin, 61, datuk kepada dua adik-beradik, Firdaus Shaiful Fadzilah, 8, dan Fatiha, 4, yang menjadi yatim piatu setelah kedua-dua ibu bapa mereka terbunuh selepas sebuah kereta dirempuh treler di Slim River kelmarin.
Kedua-dua kanak-kanak itu akan tinggal bersama Shahar dan isterinya di Kampung Guar Badak, Lenggong.
“Saya dan ahli keluarga tidak sesekali akan membenarkan dua cucu saya itu dipelihara oleh orang lain selepas ibu bapa mereka meninggal dunia,” ujarnya ketika dihubungi semalam.
Shahar berkata, dia akan menguruskan pertukaran sekolah Firdaus yang sebelum ini bersekolah di Sekolah Integrasi di Salak Tinggi, Nilai, Negeri Sembilan dalam masa terdekat.
“Saya mahu dia meneruskan tahun tiga persekolahan di Sekolah Kebangsaan Lenggong. Selagi hayat dikandung badan, saya akan memastikan dia dan adiknya mendapat pendidikan sewajarnya sehinggalah ke menara gading,” ujarnya.
Shahar berkata, Fatiha yang masih menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini akan didaftarkan di Taman Bimbingan Kanak-Kanak berdekatan kediamannya.

Had peranan ‘kawan-kawan BN’ masih dihalusi, kata Soi Lek

November 19, 2010
KUALA LUMPUR, 19 Nov — Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Barisan Nasional (BN) hari ini membincangkan mengenai pindaan perlembagaan perikatan itu dan perkara berkaitan ahli bersekutu atau ahli bergabung.
Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat lebih sejam itu, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata anggota-anggota parti komponen mempunyai pandangan berbeza mengenai perkara-perkara itu.
Namun, katanya, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN di sini esok.
“Rata-rata semua setuju kita boleh menerima kawan-kawan BN. Tetapi soal peranan yang harus diberikan kepada mereka (perlu dibincangkan lagi),” kata Chua.
Mesyuarat yang berlangsung di Menara Datuk Onn Pusat Dagangan Dunia Putra itu dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Pengerusi BN.
Sementara itu, Naib Presiden Umno Datuk Hishammuddin  Hussein berkata perkara yang dibincangkan hari ini adalah perkara yang akan dibentangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi BN esok.
“Seperti biasa kerangka kerja perlu dibuat lebih awal dan jawatankuasa kepada pindaan hari ini, sedikit sebanyak telah mendapat konsensus dan pandangan yang cukup untuk dibentangkan esok,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan BN.
Beliau berkata yang penting adalah untuk menunjukkan BN bukan sahaja terbuka kepada pandangan-pandangan serta adalah lebih inklusif tetapi juga realistik dalam pindaan yang akan dibawa.
“Sebab itu kita perlu kebijaksanaan dalam melaksanakan perubahan ini... kita dalam BN seperti mana dalam Umno dulu mengambil kira keadaan di bawah dan tidak berkisar kepada retorik semata-mata,” katanya.
Hishammuddin juga berkata BN perlu mengambil kira suasana politik yang berubah mengikut musim.
“Jadi apa juga keputusan yang kita buat jangan sampai mengikat kita dan menjejaskan BN. Kita perlu lihat ke hadapan, sebab itu semua pandangan, teguran, cadangan dari setiap parti komponen perlu diambil kira.
“Saya agak puas hati, agak lebih mudahlah daripada apa yang terpaksa kita lalui dalam Umno dulu (pindaan perlembagaan),” katanya sambil menambah kata bahawa ini kali keempat beliau membentangkan draf pindaan perlembagaan dalam mesyuarat pengurusan BN.
“Semua ini baru draf, belum ada satupun yang dipersetujui,” katanya.
Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon ketika ditemui berkata turut dibincangkan dalam mesyuarat itu ialah analisis pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, Sabah dan Dewan Undangan Negeri Galas, Kelantan awal bulan ini yang dimenangi BN. — Bernama

Mana helikopter Nuri semasa banjir Kedah, betul ke bersedia?

Oleh: amkns

"

Betul ke Malaysia sudah bersedia untuk menghadapi banjir besar, bencana alam dan sebagainya? Betul-betul bersedia? Kalau betul, nak guna helikopter apa untuh misi mencari dan menyelamat, menghantar bantuan, memindahkan orang ramai?


Perasan atau tidak, semasa banjir besar di Kedah dan Perlis baru-baru ini , tiada laporan helikopter Nuri digunakan dalam misi membantu mangsa banjir.
Yang ada ialah helikopter MI-17 milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Rasanya helikopter MI-17 ni ada beberapa buah sahaja.
Mungkin benarlah apa yang dilaporkan sebelum ini helikopter Nuri hanya ada 5 buah yang selamat untuk digunakan. 
Nak beli Eurocopter entah bila, lepas tu mahal sangat, dapat beli 12 buah saja. Sedangkan kalau beli MI-17 boleh beli 60 buah. 
Helikopter polis, helikopter APMM, helikopter VIP warna putih tu bukannya sesuai untuk misi menghantar bantuan dan pengangkutan sekiranya Malaysia dilanda bencana besar. 
Entahlah, betul ke Malaysia dah bersedia hadapi banjir ? 
Macamana media, TV3, Utusan, Harakah, Suara Keadilan, Roket, TV1 terlepas pandang isu helikopter ini ? 
Hanya 5 helikopter Nuri selamat untuk terbang lapor akhbar Malay Mail pada 15 Jan 2010, kisahnya di http://pasns.blogspot.com/2010/01/parah-hanya-5-helikopter-nuri-boleh.html  
RM 1.6 Billion boleh beli 60 buah helikopter MI-17 berbanding dengan hanya 12 buah helikopter Eurocopter EC725, kisahnya di http://amkns.blogspot.com/2010/07/rm-16-billion-boleh-beli-60-helikopter.html  
Tun Dr Mahathir tidak berapa setuju dengan pembelian Eurocopter untuk menggantikan Nuri , MI-17 lebih banyak kelebihan, kisahnya di http://amkns.blogspot.com/2010/07/dr-mahathir-perli-pembelian-helikopter.html  
Detik News pada 26 Jan 2010 melaporkan Malaysia sedang memesan 30 helikopter dari Indonesia , kisahnya di http://amkns.blogspot.com/2010/01/malaysia-beli-30-helikopter-dari.html  
"

Zaid akan ambil alih sebuah parti?

Oleh Wira Arjuna
ZAIDCuma tinggal satu persoalan pokok sekarang - mana satu parti yang akan bakal diambil alih dan diterajui oleh Datuk Zaid Ibrahim. Sumber mengatakan usaha sudah mula digerakkan untuk membolehkan Zaid dan beberapa konconya mengambil alih sebuah parti untuk melancarkan kempen politik beliau seterusnya.

Adalah difahamkan dua daripada tiga parti yang mungkin diambil alih adalah daripada Sabah dan Sarawak.

Tidak ada sesiapa yang terkejut dengan laporan akhbar The Star yang memetik Zaid sebagai berkata bahawa beliau akan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat.
Tidak ramai juga akan gusar dengan tindakan itu, baik di dalam parti mahupun di dalam Pakatan Rakyat. Malah, mungkin ramai akan berasa lega.
Pagi tadi, seorang sumber yang rapat dengan kem Zaid berkata bekas ketua bahagian umno itu belum membuat keputusan muktamad dan akan memperjelaskan kedudukannya menerusi blog beliau.
Ramalan bahawa Zaid akan menubuhkan parti mengikut acuan politiknya sendiri semakin nyata apabila beliau enggan meneruskan saingan untuk menjadi timbalan presiden Keadilan.
Beliau mendakwa pemilihan parti tidak dijalankan secara telus malah berlaku penyelewengan.
Dari saat itu, Zaid memperhebatkan serangan terhadap Anwar – “Anwar adalah punca kepada segala masalah, Anwar memihak kepada Azmin, Anwar dan Azmin harus berundur” adalah intipati serangan yang dilontarkan oleh Zaid.
Zaid mahu menyakinkan semua orang bahawa beliau diserang oleh pimpinan parti hanya kerana menegur proses pemilihan Keadilan yang pertama kali menggunakan sistem satu ahli satu undi.
“Saya dah muak terhadap serangan-serangan peribadi ini,” kata beliau kepada akhbar The Star.
Hakikat ialah Zaid cuba menenggelamkan bahawa beliau dan penasihat-penasihat kanannya telah mula menghentam Anwar secara peribadi dan secara terbuka jauh sebelum proses pemilihan bermula.
Di cabang-cabang tertentu, khususnya di Sabah dan Sarawak, Anwar menjadi mangsa penyebaran pelbagai fitnah, jauh sebelum pemilihan Keadilan bermula. Umum tahu siapa membiayai Portal Free Malaysia Today dan hubung kaitnya dengan Zaid.
Serangan-serangan oleh Zaid dan konco-konconya terhadap Anwar, dengan menggunakan Azmin sebagai alasan, diperhebatkan dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
Malah, Zaid turut cuba untuk mengheret PAS dalam agendanya, dengan mencadangkan beberapa pemimpin parti Islam itu berpotensi untuk mengambil alih teraju pakatan daripada Anwar. Cubaan itu gagal kerana pemimpin PAS dapat menghidu agenda politik yang dibawa oleh Zaid.
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Zaid tidak seharusnya mengaitkan parti lain dalam soal pemilihan Keadilan
"Tidak perlu sabitkan PAS, sabitkan DAP dan tidak perlu juga menjadikan suasana lebih keruh. Tidak perlu nak heretkan dan babitkan yang lain," tegas beliau.
Dalam tempoh singkat kurang dua tahun dalam Keadilan, Zaid dilantik sebagai ahli Biro Politik parti, calon pilihanraya kecil Hulu Selangor dan juga Pengerusi Keadilan Wilayah Persekutuan selain menjadi penyelaras untuk Pakatan Rakyat.
Zaid akan mendakwa beliau tidak melobi untuk dipilih sebagai calon bagi PRK Hulu Selangor, namun kebenaran adalah sebaliknya.
Kepercayaan yang diberikan oleh parti kepada Zaid cukup tinggi, malah ramai pemimpin Keadilan lain yang jauh lebih lama dalam parti tidak diberikan amanah serupa itu.
Adakah semua amanah itu diberikan oleh pucuk pimpinan semata-mata untuk mencantas Zaid kemudian hari?. Tidak masuk akal.
Masalah “duri dalam daging” berlaku kerana Zaid di lihat enggan berpegang kepada keperluan untuk menjadi “team player.” atau bertindak secara berpasukan, berlainan dengan tokoh-tokoh lain seperti bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng.
Pilihanraya kecil Hulu Selangor adalah bukti nyata bagaimana Zaid mencuba untuk mengendalikan kempennya sendiri dan secara berasingan daripada apa yang dirancang oleh kerajaan negeri dan ibu pejabat parti. Beliau tewas.
Zaid tidak memperlihatkan kesediaan untuk menerima kritikan tetapi sendiri lantang mengkritik. Beliau tidak senang menerima idea dan teguran orang lain tetapi mahu pendirian beliau didokong secara bulat.
Justeru Zaid memulau mesyuarat-mesyuarat Biro Politik parti – “Membazirkan masa sahaja” Zaid memberitahu pemberita. Beliau merasakan lebih berbaloi untuk menetapkan agendanya sendiri dalam parti.
Sikap sedemikian lambat laun tentunya akan membawa padah dan pengumuman Zaid untuk keluar parti hanyalah natijah peri lakunya sendiri.
Sayugia diingatkan, Zaid bukan seorang sahaja yang mengkritik pemilhan parti, calon dan pemimpin kanan lain turut berbuat demikian namun mereka tidak pula menyerang Anwar dan bertindak keluar parti.
Mustaffa Kamil Ayub, Badrul Hisham Shahrin, N Gobalakrishnan dan lain-lain hanya menuntut supaya pimpinan parti menangani aduan-aduan mengenai pemilihan secara lebih tegas demi kekuatan parti.
Mereka terus mendokong perjuangan Keadilan. Mereka tidak menyimpan cita-cita menjadi untuk nakhoda dalam sebuah kapal yang sudah pun mempunyai nakoda teruji.
Mereka lebih rela berusaha untuk membaiki proses pemilihan demi menyuburkan lagi demokrasi dalam Keadilan supaya parti it uterus bergerak atas landasan yng dituntut oleh rakyat.
Dengan meninggalkan Keadilan, Zaid kini mempunyai ruang luas untuk membina kapalnya sendiri dan sekali gus menjadi juragannya.

Pendidikan Seks Untuk Kenyang Kroni

Oleh Ustaz Idris Ahmad
Parti Islam Se-Malaysia PAS  menganggap  rancangan kerajaan yang hendak melaksanakan pendidikan seks bermula sekolah rendah pada tahun hadapan, lebih kepada untuk membela kroni Umno BN sahaja melalui projek cetak buku dan alat bantu mengajar. Walaupun yang diuarkan-uarkan untuk mengatasi masalah buang bayi.


PAS merasa pelik tindakan kerajaan yang memperkenalkan pendidikan seks  dalam usia yang begitu muda iaitu sejak sekolah rendah. Seks adalah naluri yang Allah anugerahkan kepada semua manusia yang hidup di atas muka bumi ini. Apa yang perlu diterapkan ialah bagaimana cara mengawal diri, adab pergaulan lelaki dan perempuan, akhlak dan cara berpakaian.  

Sepatutnya kerajaan perlu bertindak bagi mengawal gejala pembuangan bayi dengan menyekat  punca berlaku perzinaan seperti mengawal penyiaran televisyen, iklan, filem, majalah lucah yang menjadi penyumbang kepada gejala perzinaan.
PAS berpandangan ia lebih kepada orientasi  perniagaan. Bukankah pemimpin Umno BN adalah orang yang pakar  menyamun harta rakyat dengan cara terhormat dan terlepas daripada undang-undang. Seketika dulu mereka heboh mengenai remaja lepak, rempit, maka di kemukakan Program Rakan Muda dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang memberi projek  segera kepada kroni. Kemudian mereka buat-buat bising mengenai pencapain pelajar dalam Bahsa Inggeris maka di kemukakan  supaya pelajaran Metematik dan Sains diajar dalam Bahasa Inggeris. Lesap wang rakyat kepada kroni untuk  LCD   dan note book hampir RM6 bilion. Sekarang heboh pula buang bayi maka dikemukakan mata pelajaran seks. Sudah pastilah syarikat kroni sedang menunggu mangsa untuk membaham pula.

Persoalannya bila pemimpin Umno BN ini prihatin kepada akhlak, bukankah mereka yang menjadi penaja besar kepada penyumbang  keruntuhan akhlak. Apabila rakyat rosak akhlak mereka tidak peduli kepada permasalahan negara dan penyelewengan dalam pentadbiran, maka  senanglah mereka terus memerintah. Ketika Kementerian Pelajaran hendak mencadangkan pendidikan seks di sekolah rendah, seiring dengan cadangan untuk mengadakan hub hiburan malam. Bukankah ini idea Pak Pandir namanya. Ibarat tangan kanan meletak baja manakala tangan kiri meletak racun. 

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Kerajaan BN belum bayar elaun Pembanci? Benci BN aku

Oleh: amkns

"Oleh SINGALAUT, METRO

ORANG DIBANCI ADA YANG TELAH MENINGGAL, TAPI PEMBANCI BELUM DAPAT JUGA BAYARAN ELAUN!
TELAH dua kali perayaan berlalu, iaitu Aidilfitri dan Aidiladha, namun penantian bagi segelintir pembanci yang melakukan tugas bancian di seluruh negara baru-baru ini bagai menunggu buah yang entah bila akan gugurnya. Keringat mereka telah lama kering, namun bayaran yang mereka nantikan masih belum juga menjelma.

Walaupun berkotak-kotak dan berpikul-pikul janji ditaburkan oleh Jabatan Perangkaan bahawa bayaran akan dijelaskan sebelum Aidilfitri, namun janji itu semuanya busuk macam air longkang yang mengalir lesu ke Sungai Klang! 
Seorang 'mangsa' janji bayaran itu, yang mahu dikenali sebagai Rahman, mendakwa beberapa kali beliau berurusan untuk mendapatkan bayaran yang tidak seberapa itu, namun setiap kali berurusan, setiap kali itulah dia disuapkan dengan pelbagai janji manis dan muluk-muluk belaka. 
Kini selepas Aidiladha bayaran elaun itu masih tidak terdengar beritanya. Menurut Rahman, dianggarkan ratusan pembanci yang masih belum menerima bayaran di seluruh negara tanpa diketahui punca dan sebabnya. 
"Bukan semua di antara kami mempunyai pendapatan mencukupi. Kadang-kadang terasa juga mahu menikmati manisnya duit yang dijanjikan itu, terutama menjelang hari raya, tetapi kami hampa," katanya. Sebahagian daripada pembanci yang menjadi mangsa, dikatakan tidak mempunyai pekerjaan tetap dan berharap sangat bayaran itu dilunaskan bagi memudahkan mereka menjalani kehidupan seharian, termasuk dalam urusan mencari pekerjaan. 
Sebelum ini, pengurusan tertinggi Jabatan Statistik dilaporkan memaklumkan menerusi media bahawa bayaran kepada pembanci akan dibayar dalam tempoh tiga minggu. Malah pembanci yang masih belum menerima bayaran diminta menghubungi pejabat pengurusan terdekat. 
Namun seperti kata mangsa, mereka telah berkali-kali menaiki tangga pejabat dan berpuluh kali menghubungi menerusi telefon, namunn bayaran banci tetap bagaikan menagih hutang yang tidak mungkin berbayar! 
Kepada kerajaan yang sibuk merancang pendapatan rakyat ke tahap yang lebih tinggi, tolonglah lihat rayuan mereka ini. Kalau urusan membayar elaun sejemput ini pun bermasalah, usalah bermimpi mahu memastikan rakyat boleh berpendapatan tinggi seperti negara maju lain.  
"

Pemandu dipenjara, kontraktor ke tali gantung


FAUZI (kiri) dan Hamizu menunjukkan reaksi berbeza selepas didapati bersalah mengedar dadah di Mahkamah Tinggi Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Dua lelaki yang didapati bersalah mengedar dadah dalam dua kes berasingan mengalami nasib berbeza di Mahkamah Tinggi di sini semalam.
Salah seorang daripada mereka dikenakan hukuman mati manakala seorang lagi dibebaskan selepas saksi utama kesnya meninggal dunia.
Dalam kes pertama, seorang kontraktor, Fauzi Shafie dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana kesalahan mengedar heroin seberat 124.08 gram tahun lalu mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Hakim Azman Abdullah menjatuhkan hukuman tersebut selepas dia didapati melakukan kesalahan itu di Jalan Kampung Pangkal Pisang, Peringat di sini kira-kira pukul 7.10 pagi pada 8 September tahun lalu.

Filem 2 Alam mula ditayangkan esok


SALAH satu adegan yang terdapat dalam filem 2 Alam keluaran syarikat dR Movie Production.


KUALA LUMPUR – Setelah tertangguh beberapa kali, filem 2 Alam terbitan dR Movie Production akan ditayangkan esok secara serentak di 85 pawagam di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.
Penerbitnya, Datuk Dr. Che Rozmey Che Din berkata, melalui filem itu, beliau yakin penonton yang datang menyaksikannya akan mendapat hiburan terbaik.
“Selain menekankan aspek hiburan, filem ini juga memaparkan babak-babak keinsafan bagi mendidik penonton supaya tidak melakukan tujuh dosa besar.

Pasangan nikah palsu didenda RM800


Nurdin (kiri) dan Uswatun yang didenda RM800 kerana menggunakan jurunikah
sindiket di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Sepasang 'suami-isteri' warga Indonesia yang berkahwin menggunakan khidmat jurunikah sindiket didenda RM800 setiap seorang oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkahwin tanpa kebenaran.
Menurut kertas pertuduhan, mereka melakukan kesalahan itu di No. 51, Lot 2242, Kampung Pantai Dalam di sini Sabtu lalu.
Hakim Syarie Khairul Azwadi Mohamed Noor memutuskan demikian setelah mengambil kira pengakuan bersalah yang dibuat oleh tertuduh pertama, Uswatun dan tertuduh kedua, Nurdin (masing-masing berumur lingkungan 30-an) terhadap pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka.

Dewan Ulama PAS minta umat Islam boikot majalah Al-Islam

KUALA LUMPUR, 15 Ogos 2006 (Hrkh) - Dewan Ulama PAS Pusat menyeru umat Islam bangkit dan menentang kenyataan yang dikeluarkan majalah Al-Islam dalam tajuk 'Ulama jangan merapu' dalam sesi keluaran bulan Ogos.
Setiausahanya, Dr Badaruzaman Md Yusuf berharap majalah itu diboikot kerana isi kandungannya kali ini mengandungi unsur yang boleh merosakkan akidah umat Islam.
"Kita berharap pihak berwajib termasuk Perdana Menteri merangkap Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil perhatian terhadap perkara tersebut bagi mengelakkan perpecahan di kalangan umat Islam berhubung krisis kepimpinan ulama.
Menurut beliau, tajuk tersebut amat menghina institusi ulama terutamanya para mufti kerana isi kandungan itu berhubung dengan keputusan muzakarah ulama mengenai kongsi raya.
"Kita menentang dakwaan yang disiarkan dalam tajuk `Ulama jangan merapu' kerana alasan penulis terlibat amat rendah nilainya dan ia hanya bergantung kepada pandangan orang tertentu sahaja," katanya.
Beliau berkata, istilah merapu itu membawa makna yang sangat negatif dan mereka meletakkan status ulama itu seolah-olah sama dengan orang yang duduk di Hospital Tampoi atau Tanjung Rambutan (institusi menempatkan pesakit jiwa).
Menurut beliau, orang Islam sekarang jahil dan tidak lagi memberi kepercayaan kepada ulama khususnya dalam hal yang berkaitan dengan agama.
Katanya, ulama orang yang paling layak menyelesaikan apa sahaja masalah berkaitan agama tetapi senario hari ini mereka hanya diletakkan dalam sudut tertentu dalam suatu majlis kebesaran negara.
Beliau berkata umat Islam hari ini bukan sahaja menolak ulama tetapi lebih berani menghina mereka dan itu merupakan salah satu tanda akan berlakunya kiamat. - lanh

S'jaya Hong Kong tolak kuasa pendakwaan SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta agar tidak memandang ringan aduan yang dianggap kecil kerana ia akan memberi kesan kepada keyakinan masyarakat.

Saranan itu dibuat oleh bekas ketua Suruhanjaya Bebas Membanteras Rasuah Hong Kong (ICAC), Bertrand Edouard Doger de Speville, yang melawat SPRM di Putrajaya hari ini.


Sempena kunjungan itu, beliau turut memberi taklimat kepada semua ahli lembaga, jawatankuasa dan panel SPRM.

"Kita berkongsi pengalaman beliau ketika bersama ICAC Hong Kong. Kita juga ingin tahu apakah elemen-elemen penting yang turut beliau bukukan bagi meningkatkan keberkesanan SPRM dalam mencegah rasuah," kata Ketua Pengarah SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed kepada pemberita selepas kunjungan itu.

Abu Kassim berkata pengalaman ICAC Hong Kong boleh dicontohi oleh SPRM kerana struktur model yang digunakan kedua-dua badan itu adalah sama.

"Beliau mengatakan SPRM harus memberi penekanan bagi menjalankan siasatankepada semua aduan yang dibuat termasuk yang kecil. Kecil atau besar adalah sama besar," kata Abu Kassim.

Katanya SPRM sendiri mempunyai satu jawatankuasa khas yang bermesyuarat setiap pagi untuk membincangkan semua kes rasuah.

"Kes-kes yang dikira tidak berbentuk rasuah akan akan dibentangkan pula kepada Panel Penilaian Operasi. Kita perlu perjelaskan kepada Panel Penilaian Operasi mengapa kes-kes itu tidak dituduh.

"Ini penting untuk tingkatkan keyakinan masyarakat bahawa kita tidak menutup mana-mana kes atas sebab-sebab yang tidak telus," kata Abu Kassim.

Katanya ini akan menjadi kekuatan pada masa hadapan bahawa tindakan SPRM dipantau oleh jawatankuasa yang diwakili oleh rakyat ini.

De Speville pula, ketika ditanya sama ada SPRM perlu mempunyai kuasa pendakwaan, berkata sebuah badan anti rasuah tidak seharusnya mempunyai kuasa seperti itu.

"Saya berpendapat prinsip asas penghakiman jenayah perlu dikekalkan termasuk bagi mengasingkan fungsi siasatan, pendakwaan dan hukuman," katanya.

--Bernama

MB: Larangan liputan DUN Kedah boleh ditarik balik

Larangan terhadap kebanyakan media arus perdana untuk membuat liputan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dan perbahasan bajet 2011 Kedah adalah tidak mutlak dan ia boleh ditarik balik pada bila-bila masa, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Beliau berkata, tujuan utama larangan itu kerana ada berita yang dilaporkan beberapa organisasi media tidak benar dan mengelirukan rakyat.

"Tapi buat masa sekarang ni, jangan mai dekat lagi la sebab masih panas lagi," katanya semasa sesi penggulungan sidang dewan dan perbahasan bajet 2011 hari ini.

Beliau berkata, sehingga hari ini pun organisasi media berkenaan masih menimbulkan berita yang tidak benar mengenai situasi sebenar sepanjang tempoh bencana banjir yang lalu.

Pada persidangan DUN kali ini, kerajaan negeri hanya membenarkan wartawan dari Bernama serta akhbar The Star, Sinar Harian, Harakah, Sin Chew Daily, China Press, Kwong Hwa Jit Poh, Guan Ming Daily, Oriental Daily, Nan Yang Siang Pau, Makkal Osai dan Malaysian Nanban membuat liputan.

Surat memaklumkan senarai media yang dibenarkan itu, yang ditandatangani oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar Muhamad Helmi Mohamed Khalid, dihantar kepada semua organisasi media di negara ini Khamis lepas berikutan apa yang didakwa sebagai "ekoran dari putar belit dan berita biadap pihak media tertentu terhadap kerajaan negeri Kedah mutakhir ini".

- Bernama

Karim: Sabah miskin sebab pemimpinnya kaya

Bekas pengasas Umno Sabah, Datuk Karim Ghani mengakui kesahihan laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia (MEM) oleh Bank Dunia, bahawa Sabah dikategori sebagai negeri paling miskin di Malaysia, lapor TV Selangor.

Laporan berkenaan menyebut Sabah yang mewakili 10 peratus penduduk Malaysia mempunyai 40 peratus daripada rakyatnya dikategorikan sebagai miskin.

Sehubungan itu, Karim juga yang menyanggah kenyataan Unit Perancang Ekonomi (EPU) Negeri Sabah yang menafikan laporan MEM berkenaan.

Pemimpin yang pernah sama-sama berjuang bersama tokoh kemerdekaan Sabah, Tun Datu Mustapha Datu Harun itu berkata masalah wujud disebabkan perjanjian ketika pembentukkan Malaysia tidak ditunaikan.

"Sabah negeri kaya, yang miskin rakyatnya dan yang kaya juga pemimpinnya. Laporan Bank Dunia itu yang betul," katannya yang berhasrat menghidupkan semula Usno.

Berhubung tindakan EPU menyanggah laporan tersebut, Karim berkata ini kerana kerajaan BN sengaja tidak mahu mengakui rakyat Sabah miskin.

"Kenyataan yang asyik diulang-ulang oleh pemimpin Sabah, hujung tahun ini semua rakyat sudah keluar daripada kemiskinan.

"Sabah kaya...kita ada minyak, ada kayu balak, ada kelapa sawit tapi rakyatnya miskin disebabkan pentadbiran yang tidak betul.

"Yang dimajukan cuma bandar dengan bangunan yang mencakar langit tetapi di luar bandar, orang masih lagi merempat.

"Seperti di Batu Sapi, kalau kita tengok tempat orang Islam di sana, air mata saya pun menitis kerana merempat sedangkan Batu Sapi itu tempat Ketua Menteri, banyak dengan kayu balak dan kelapa sawit," katanya.

Dakwa Karim lagi, Umno-BN sengaja membiarkan rakyat Sabah di dalam keadaan daif supaya undi mereka senang dibeli setiap kali pilihan raya diadakan.

"Ini adalah soal kepimpinan, kalau pemimpin mentadbir dengan baik, apa parti pun baik tetapi sejak tahun 1985 keadaan rakyat Sabah bertambah buruk. Rata-rata pekerja di Sabah, berpendapatan kurang daripada RM 500 kecuali pegawai kerajaan dan para pimpinan atasan," katanya.

Beliau juga membidas projek mega seperti membina terminal lapangan terbang yang berharga RM 1.2 bilion yang dakwanya tidak memberikan manfaat kepada rakyat Sabah terutamanya yang tinggal di kampung-kampung yang langsung tidak pernah menjejak kaki ke terminal tersebut.

"Projek mega memang nampak indah tapi projek di kampung, apa yang ada.

"Buat jalan raya tapi tidak mendatangkan hasil kepada rakyat jadi macam mana hendak menambah pendapatan rakyat supaya dapat keluar daripada kemiskinan," katanya lagi.

Pak Lah: Tindakan "Datuk Zaid Ibrahim" Keluar Parti Keadilan Rakyat Memang Sudah Di Jangka !


KEPALA BATAS 16 Nov [4.07 pm] - Tindakan bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim untuk keluar dari parti itu memang telah dijangka, kata bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi (foto). "Saya tidak terkejut, dulupun masa dalam UMNO dan diberi peluang menjadi menteri tetapi tiba-tiba dia (Zaid) mengambil keputusan untuk meletak jawatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Aprisiasi Sekolah Menengah Sains Kepala Batas (SMSKB) di sini hari ini. Beliau berkata, penyertaan Zaid dalam PKR semata-mata untuk mengejar jawatan tinggi dan bukan bertujuan memimpin parti itu menjadi sebuah parti politik yang baik dan disegani. "Dia cuba hendak mencapai jawatan yang lebih tinggi, tetapi tidak dapat, kemudian melepaskan semua jawatan dan tinggal PKR, kalau dia suka PKR patutnya dia pimpin PKR tetapi nyata sekali dia tidak suka PKR,” katanya. Ketika ditanya mengtenai pandangannya sama ada UMNO akan membuka pintu semula kepada Zaid, Abdullah berkata, “Itu terpulang kepada UMNO”.
[Apa yang berlaku kepada Zaid Ibrahim ini memang sungguh mengejutkan sebenarnya. Malah, beliau mungkin dilihat lebih hebat daripada "Katak Lompat" Ibrahim Ali Perkasa itu sebenarnya. Soalnya, apakah perjuangan dan keluarnya Zaid ini akan dituruti oleh pemimpin lain termasuk penyokongnya?. Inilah yang menjadi perbualan hangat dikalangan rakyat sekarang ini. Jika ini berlaku, maka sudah pasti Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan hancur akhirnya. Masalahnya, adakah penyokong Zaid tergamak mengikut jejak langkah pemimpin itu terutamanya bagi mereka yang sudah berjuang dalam PKR sejak zaman reformasi 98 lagi?. Apapun, sama-sama kita tunggu dan lihat apa akan terjadi dalam masa terdekat ini. Siapakah pemimpin PKR yang berani dan akan mengikuti jejak langkah Datuk Zaid itu agaknya].

Laporan 'Ketua Audit Negara 2009', Kepincangan Ekonomi Di Pahang?

Laporan 'Ketua Audit Negara 2009', Kepincangan Ekonomi Di Pahang Melibatkan Kerugian Jutaan Ringgit, Wajarkah Hanya MB Patut Dipersalahkan

Sungguh memalukan tatkala membaca buku Laporan Ketua Audit Negara 2009 (foto) untuk negeri Pahang. Apa sudah jadi dengan pentadbiran kerajaan negeri UMNO BN dibawah pimpinan Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob itu gamaknya. Bayangkan Projek Perumahan Rakyat Dimiliki (PPRM) di Pahang banyak masalah seperti projek sakit, projek lewat disiapkan dan kelewatan mendapatkan kelulusan CFO. Kerajaan terpaksa menanggung kos tambahan berjumlah RM6.20 juta dan menanggung kos membaik pulih dan penyelenggaraan berjumlah RM5.97 juta. Pengurusan Air Tidak Berhasil NRW kurang memuaskan kerana anggaran kehilangan hasil yang tinggi iaitu sejumlah RM65.50 juta pada tahun 2008. Hilang hasil daripada royalti pasir berjumlah RM3.23 juta. Aktiviti perlombongan pasir telah memberi kesan negatif terhadap alam sekitar seperti berlakunya hakisan tebing sungai, pencemaran kawasan operasi, sehingga menjejaskan kehidupan penduduk setempat. Pengurusan pengendalian kes di Mahkamah Rendah Syariah Negeri Pahang adalah tidak memuaskan kerana kaedah dalam enakmen belum diwartakan dan sistem pautan e-Syariah tidak dilaksanakan sepenuhnya. Pelaksanaan Projek Pembinaan Akademi Usahawan Tani Fasa 1 adalah tidak memuaskan kerana berlaku kesilapan reka bentuk, kualiti kerja pembinaan yang rendah dan kerja pembinaan tidak mengikut spesifikasi. Tahap pengurusan program pemberimilikan tanah di Pejabat Daerah Dan Tanah Bentong adalah tidak memuaskan kerana Pejabat lambat menyelesaikan fail-fail permohonan dan telah menyebabkan hasil tanah lewat dipungut. Pengurusan premis perniagaan Majlis adalah tidak memuaskan kerana terdapat beberapa kelemahan. Antaranya ialah ketidakpatuhan dalam kerja ubahsuai Rumah Rehat Bentong, harga bekalan yang tidak munasabah, pemborosan dalam perbelanjaan, kajian kemungkinan tidak dijalankan, penyenggaraan premis perniagaan tidak dijalankan secara berkala dan semakan semula kadar sewa premis tidak dibuat. Semua ini menunjukkan bukti bahawa sememangnya kerajaan UMNO BN ternyata gagal untuk memainkan peranan penting bagi memastikan ekonomi negeri ini terus stabil dari masa ke semasa. Itu yang didedahkan, sebenarnya banyak lagi kerugian yang dialami sebenarnya termasuk isu royalti penjualan kawasan pembalakan, tanah dan sebagainya. Semua ini jelas membuktikan agar rakyat berhak membuat perubahan dalam pilihanraya umum akan datang sebenarnya. Jika tidak, sudah pasti negeri Pahang akan terus dirundung malang akibat kegagalan kerajaan bertindak terhadap semua penyelewengan tersebut.

[Soalnya sekarang apakah kesalahan itu wajar diletakkan pada bahu Menteri Besar Adnan Yaakob itu semata-mata?. Bukankah ramai kakitangan kerajaan yang sepatutnya menjadi mata dan telinga itu juga banyak yang terlibat dengan penyelewengan yang berlaku itu sebenarnya. Namun, akhirnya kesalahan pasti akan diletakkan ke atas bahu Menteri Besar itu sendiri. Wajarlah MB Pahang memainkan peranan yang lebih serius untuk memantau perkara ini jika tidak mahu parti pembangkang mengambil kesempatan terhadap masalah yang berlaku. Sesuatu perlu dilakukan segera untuk menaikkan kembali imej Kerajaan Negeri Pahang agar ia tidak terus dilanda "Bajet Defisit" sekiranya terus memerintah negeri ini. Rakyat sebenarnya sudah muak dan jelek dengan apa yang berlaku. Malah mereka juga banyak mendapat maklumat tentang penyelewengan dan ketirisan yang berlaku kepada lain-lain agensi kerajaan di negeri Pahang ini sebenarnya. Justeru itu, pemimpin UMNO BN harus berhati-hati dalam setiap tindakan mereka selepas ini. Jika tidak sudah pasti banyak laporan polis dan SPRM yang akan dibuat oleh rakyat Pahang ke atas segala apa yang berlaku. Bukti Laporan Audit Negara 2009].

Bekas anggota tentera, isteri dicari


AZLI


KUANTAN – Polis semalam mengedarkan gambar seorang bekas anggota tentera dan isterinya, seorang remaja berusia 17 tahun, bagi membantu siasatan kes serangan ke atas sebuah keluarga di Flat Alor Akar, Lorong Alor Akar di sini Jumaat lalu.
Polis memohon bantuan orang ramai yang mengenali atau mengetahui di mana pasangan itu berada supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di talian 09-5132222 atau mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
Lelaki yang dicari itu merupakan seorang bekas anggota tentera, Prebet Azli Che Mat, 30, memegang nombor kad pengenalan 801017-11-5163 atau kad pengenalan tenteranya, T/1128793.
Alamat terakhir bekas anggota tentera itu ialah di No. 143-B, Belukar Sukai, Kuala Terengganu, Terengganu.
Azli dikatakan melarikan diri daripada tugas sebagai anggota tentera pada 14 Januari 2003 ketika bertugas di Kem Sungai Udang, Terendak, Melaka.
Polis bagaimanapun belum dapat mengenal pasti dua lagi rakan kepada bekas anggota tentera itu yang didakwa turut bersama lelaki terbabit ketika serangan di rumah flat itu berlaku.

Kritik Anwar: Usaha Raja Petra pindah kem


Raja Petra Kamaruddin semakin kelihatan berubah pendirian daripada menyokong kuat segala agenda Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat kepada pengkritik kuat Anwar dan PR.

Raja Petra didakwa sedang mengubah kem daripada pembangkang kepada pemerintah ekoran masalah yang dihadapi ketika ini.

Kritikan Raja Petra ini bukan yang pertama diutarakan secara terbuka. Sebelum ini, beliau menyarankan kuasa ketiga yang tidak duduk di bawah BN atau PR.

Secara konsisten, Raja Petra mengkritik PR di pelbagai peringkat, daripada pihak berkuasa tempatan hingga kepada Anwar.

Walau bagaimanapun, ramai ahli dan penyokong Umno mengkritik usaha tersebut. Raja Petra dikatakan sedang "mencari tokey baharu" dan tidak mahu mengikut Anwar lagi.

Spin doctor terkenal ini juga digesa meminta maaf dengan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak oleh seorang penulis di laman pro-Najib, Malaysia Instinct.

Usaha mencari tokey baharu ini sedang mencetuskan polemik dalam Umno. Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, perkembangan ini menjadi semakin menarik.

DAP perlu jadi pembangkang dihormati


Oleh Izmas

Kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengecam parti Umno sebagai buta sejarah dan buta perlembagaan dan tidak memperjuangkan kepentingan kaum-kaum lain di negara ini secara adil adalah keterlaluan dan tidak boleh diterima.

Menurut Lim, Umno lebih mengutamakan konsep "Melayu pertama, rakyat Malaysia kedua," sebagai melanggar Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Katanya, Umno hanya mempertahan kedudukan istimewa orang Melayu apabila bercakap soal Perlembagaan Persekutuan dan tidak bercakap tentang kepentingan dan masalah kaum lain yang didakwa kononnya tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Sebagai orang Melayu, penulis berpendapat kenyataan ketua menteri Pulau Pinang itu patut disebut dan diluahkan di Singapura di hadapan Menteri Mentor Lee Kuan Yew, anaknya Perdana Menteri Lee Hsein Loong, Menteri Kanan, Goh Chok Tong dan barisan pemimpin PAP lainnya.

Beliau patut sedar kaum minoriti utama Melayu yang menjadi rakyat peribumi dan penduduk asal negara itu tidak boleh bersuara seperti yang dilakukan beliau di sini. Orang Melayu di sana dinafikan semua hak istimewanya; hak mengundi yang adil, hak mutlak sebagai presiden, pembahagian jawatan dalam kabinet, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan penghapusan sekolah aliran Melayu dan berbagai lagi yang sudah dinafikan oleh parti PAP dan Lee.

Beberapa pemimpin Melayu cuba mempersoal kepentingan mereka tapi tidak pernah berjaya dan gagal di tengah jalan kerana gaya pemerintahan Lee dan amalan sistem demokrasi ala Singapura yang mengekang parti pembangkang dalam pemerintahannya. Jika Lim berani mempersoal sensitif atau mempertikai isu perlembagaan, seperti yang diucapkan di sini, beliau mungkin sedar nasib beliau dan tahap demokrasi di negara ini yang jauh berbeza dengan apa yang diamalkan di sana.

Penulis pernah menyaksikan dalam kempen pilihan raya umum Singapura awal tahun 80-an, seorang pemimpin muda Melayu dari parti pembamgkang cuba mempertikai soal istimewa orang Melayu dan partisipasi kaum itu dalam kemasukan perkhidmatan negara yang dikatakan tidak adil, pemimpin muda itu diberi amaran keras oleh Lee. Beberapa hari kemudian, tidak kelihatan wajah dan batang tubuh pemimpin muda itu lagi dalam kempen pilihan raya itu dan sudah menjadi perbualan umum dalam kalangan masyarakat Melayu Singapura.

Lim Guan Eng seharusnya banyak bersyukur dan sepatutnya belajar menjadi pembangkang yang baik dan berkesan – dengan membela nasib rakyat dan menunaikan segala janji yang ditabur dalam Pilihan Raya Umum ke-12 lalu - setelah diberi peluang memerintah tanpa cuba mempersoal perkara-perkara yang boleh merosakkan kestabilan dan kemakmuran negara yang sudah dinikmati selama ini.

Marilah kita sama-sama membangun negara ini tidak kira apa kaum dan fahaman politik demi kelangusungan keamanan dan pembangunan negara.

Korban Gunung Merapi meningkat




YOGYAKARTA - Angka kematian akibat letusan terbaru Gunung Merapi meningkat kepada sekurang-kurangnya 259 orang seperti yang dinyatakan oleh pegawai kerajaan Indonesia, semalam.

Badan Pengurusan Bencana Nasional menyatakan, jumlah kematian itu dijangka terus meningkat berikutan operasi mencari dan menyelamat yang dilakukan oleh pasukan tentera berjaya menemui lebih ramai mangsa yang tertimbus semasa letusan Gunung Merapi tersebut.

Seramai 511 orang turut mengalami kesan melecur akibat kejadian itu dan kini sedang dirawat di hospital di sekitar Yogyakarta.

Ketua Badan Pengurangan Bencana Nasional (BPNB), Sukhyar menyatakan aktiviti Gunung Merapi itu menunjukkan penurunan dan tenaga yang dikeluarkan juga semakin berkurangan berbanding letusan terakhir dan paling besar yang direkodkan pada 3 November lalu.

Kerajaan Indonesia turut mengurangkan jarak zon bahaya kepada 10 hingga 15 kilometer pada masa ini berbanding 20 kilometer iaitu semasa letusan pertama berlaku pada 26 Oktober lalu.

Gambar bekas Permaisuri Agong tersebar di blog




SHAH ALAM –: Kecoh apabila tersebar gambar kontroversi membabitkan bekas Permaisuri Agong, Cik Puan Besar Selangor Siti Aishah Datuk Seri Abdul Rahman dengan bekas penerbit rancangan Seekers, Syed Abdullah Syed Hussein Al Attas di sebuah laman blog.

Blog milik Syed Abdullah atau lebih dikenali Uncle Seekers memaparkan gambar-gambar yang didakwa mesra dan rentetan peristiwa ‘percintaan’ di antara mereka.

Uncle ketika dihubungi berkata, awal perkenalannya bermula sejak Januari lalu apabila Aishah dan keluarga mengunjungi rumah keluarganya di Janda Baik, Pahang.

“Ya, saya akui memang pernah bercinta dengan dia (Aishah) selama dua bulan iaitu pada bulan Mei dan Jun lalu.

“Namun, ia bukanlah cinta sebenar dan kerana itu dipanggil ‘cinta syyhh’ yang mempunyai maksud tersendiri,” katanya.

Menurutnya, hubungan berkenaan hanya diketahui ibu Aishah, Datin Seri Shamshina A Rahman, ahli kumpulan Seekers dan dirinya sahaja.

“Blog itu adalah milik saya yang dianggap seperti rumah untuk berbuat apa sahaja tanpa disekat oleh mana-mana pihak.

“Semua gambar itu adalah daripada kamera Aishah sendiri yang sering dibawa ke mana sahaja sebagai peneman kerana dirinya akan dikurung oleh bapanya apabila pulang ke rumah.

Beliau berharap dengan tersebarnya gambar berkenaan Aishah dapat berkahwin dengan lelaki yang disukai tanpa disekat pihak tertentu.

“Pada bulan Jun lalu, saya menerima kiriman pesanan ringkas dan panggilan berbaur ugutan daripada bapanya supaya tidak mengganggu anaknya lagi.

“Kemudian saya memberitahunya supaya tidak lagi berhubung dan sejak daripada itu kami tidak lagi menghubungi antara satu sama lain,” katanya.

Ibu tiri kejam, sepak budak 4 tahun hingga patah tangan kanan




LANGKAP –"Ibu jahat, selalu pukul adik, kalau ibu baik kenapa ibu sanggup sepak tangan adik sampai patah tapi adik sayang ayah sebab ayah tak pernah pukul adik,” kata kanak-kanak dipercayai mangsa penderaan ibu tiri, Nik Khalisa Mohd Zaid, 4.

Nik Khalisa yang ditemani bapanya, Mohd Zaid Mat Hussin, 31, berkata demikian sewaktu ditemui Sinar Harian di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, semalam.

Sebelum itu, Mohd Zaid yang bekerja sebagai penjaga kebun getah di Lubuk Bakong, Chalok dan menetap di Bukit Kecil, di sini, mendakwa menemui anak perempuannya dalam keadaan lesu sebaik dia pulang dari kerja kira-kira jam 1 tengah hari, kelmarin.

Menurutnya, selepas membuat pemeriksaan, dia mendapati anaknya cedera di muka dan lebam di badan lalu membawanya berjumpa seorang bomoh di kampung itu bagi memastikan kecederaan dialami tidak serius.

Bomoh terbabit mengesahkan anaknya patah tangan kanan dan Mohd Zaid mengambil keputusan membawa anaknya ke Hospital Setiu sebelum dipindahkan ke wad kanak-kanak di HSNZ.

“Saya percaya dia (Nik Khalisa) disepak ibu tirinya dan perkara ini bukan baru kerana anak saya sering mengadu diperlakukan sedemikian rupa ketika saya tiada di rumah sejak setahun lalu.

“Sebelum ini, saya tidak memandang serong tindakan isteri sebab kanak-kanak di peringkat umur itu biasanya sukar dikawal tetapi perbuatan isteri saya kali ini sudah melampau,” katanya.

Nik Khalisa merupakan anak ketiga hasil perkahwinan Mohd Zaid dengan Tuan Kamsah Ismail, 48, sebelum pasangan ini bercerai tiga tahun lalu.

Mohd Zaid berkata, tiga anak iaitu hasil perkahwinan terdahulu di bawah jagaannya sebelum dia berkahwin semula pada Julai 2008 dengan Noridah Udin, 29, dan dikurniakan seorang cahaya mata, Mohd Zaidan, 1, dan menetap di Bukit Kecil, di sini.

Menurutnya, dia amat kesal dengan kejadian itu kerana layanannya terhadap isteri dan anak-anak selama ini sama sahaja, malah sentiasa mengutamakan keperluan keluarga selain tidak pernah bersikap kasar dengan anak-anak.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Shaik Othman Abdul Hamid ketika dihubungi :Sinar Harian: mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

Jika Berlaku Pilihanraya Tergempar Sekarang, PR Kalah Teruk


PRU tergempar tidak memihak kami tapi tiada pilihan, akui Pakatan

KUALA LUMPUR, 15 Nov — Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengakui perikatan itu berhadapan dengan situasi rugi jika pilihan raya umum ke-13 dipanggil lebih awal, di sebalik kebangkitan semula Barisan Nasional (BN) yang memenangi dua pilihan raya kecil serentak baru-baru ini.

Malah, perikatan itu melihat pilihan raya umum tergempar juga tidak memihak kepada mereka dan merupakan satu kekurangan jika mengambil kira beberapa perkembangan membabitkan komponennya.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat juga merasakan kesan negatif ekoran pemilihan langsung PKR julung kali diadakan, yang tercalar dengan dakwaan manipulasi dan pelbagai kecacatan. Malah pemilihan DAP Perak semalam, yang menyaksikan wujudnya perpecahan kepimpinan komponen PR di negeri itu juga menimbulkan tanda tanya sama ada boleh menghadapi pilihan raya umum dengan penuh yakin.

Keadaan itu diburukkan dengan tindakan Datuk Zaid Ibrahim — pengumuman terbaru menunjukkan beliau keluar PKR hari ini.

Justeru, beberapa wakil rakyat PR yang dihubungi berkata, waktu pilihan raya umum ke-13 diadakan kemungkinan tidak memihak mereka jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memutuskan untuk membubarkan Parlimen dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Pun begitu, mereka mengakui bahawa mereka perlu bersedia untuk menghadapi persaingan memandangkan mereka tidak boleh mempengaruhi proses pemilihan waktu untuk diadakan pilihan raya.

Malah mereka juga mengakui bahawa sudah ada peralihan sokongan bukan Melayu ke arah BN dengan prestasi pilihan raya kecil kerusi DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi walaupun mereka menekankan bahawa trend itu tidak mewakili sokongan sebenar di peringkat nasional.

“Nampaknya, pilihan raya umum akan diadakan dalam waktu terdekat, dalam tempoh beberapa bulan ini.

“Waktu ia akan diadakan bukan sesuatu yang memihak kami,” kata Ahli Parlimen Rasah Anthony Loke kepada The Malaysian Insider apabila ditanya pandangannya mengenai cakap-cakap mengenai pilihan raya umum tergempar.

BN mempunyai mandat sehingga Mei 2013 untuk mengadakan pilihan raya umum iaitu lima tahun selepas pilihan raya umum 2008.

“Pentadbiran Barisan Nasional akan mengambil peluang ekoran kemenangan di Galas dan Batu Sapi, dan juga perkembangan dalam Pakatan sekarang. Mereka akan mengambil kesempatan daripada kedudukan kami yang lemah,” katanya.

Sehubungan itu, kata Ketua Pemuda DAP ini, Pakatan Rakyat perlu bertindak secara bersama dengan mengetepikan salah faham dan pergeseran sesama sendiri.

“Dalam konvensyen Pakatan Rakyat akan datang, kami perlu datang dengan garis panduan yang lebih jelas, bertindak ke atas cadangan-cadangan bagi menyelesaikan isu semasa seperti isu air, kenaikan tol... kami perlu mengurangkan politiking, sebaliknya perlu menyelesaikan masalah yang wujud.

“Saya merasakan rakyat sudah penat dengan persekitaran politiking (sejak sekian lama),” kata beliau.

PR akan mengadakan konvensyen keduanya di Pulau Pinang bulan depan.

Sambil menekankan bahawa Pakatan Rakyat tiada pilihan apabila berhadapan dengan pilihan raya, Pengarah Strategi PKR Chua Tian Chang berkata, “kami perlu menghadapinya sama ada kami sebenarnya sudah bersedia ataupun sebaliknya.”

“Menjadi kerajaan yang memerintah adalah satu kelebihan, BN boleh menentukan tarikh (pilihan raya),” kata beliau ketika dihubungi.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Batu itu mengakui bahawa jika pilihan raya umum diadakan dalam waktu terdekat, ia tidak akan menjadi sesuatu yang memihak kepada Pakatan Rakyat.

“Tetapi kami kena iktitaf bahawa pilihan raya tergempar, jika diadakan pada bila-bila masa, ia akan menjadi satu kekurangan kepada kami,” kata beliau lagi.

Beliau bagaimanapun mendakwa sokongn bukan Melayu masih kekal kuat di sebelah Pakatan Rakyat meskipun BN menang di Galas dan Batu Sapi.

“Dari segi sokongan bukan Melayu, meskipun ada peralihan di Galas, tetapi tidak ada peralihan di Batu Sapi.

“Sebenarnya di Batu Sapi, ada peningkatan sokongan bukan Melayu ke arah Pakatan.

“Sebagai seorang ahli politik, sudah tentu saya akan mengatakan bahawa trend pengundian di Galas dan Batu Sapi tidak mewakili trend kebangsaan,” kata beliau lagi.

Bendahari PAS Dr Hatta Ramli memberitahu, peralihan sokongan bukan Melayu ke arah BN di Galas dan Batu Sapi merupakan kes terpencil dna bukan sesuatu yang signifikan.

Kata beliau, peralihan seumpama itu bukan sesuatu yang biasa dalam pilihan raya kecil ekoran skala kempen dan sumbangan yang diberikan untuk mendapatkan sokongan mereka.

“Saya tidak melihat ia mewakili sentimen keseluruhan negara,” katanya.

“Pun begitu, ia masih merupakan panggilan amaran bagi setiap orang dalam Pakatan untuk memobilisasikan jentera kami untuk bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum,” kata Ahli Parlimen Kuala Krai ini.

Pemerhati dan penganalisis politik melihat kejayaan BN di dua pilihan raya kecil serentak termasuk merampas balik kerusi Galas sebagai petanda Pakatan Rakyat sudah hilang momentum 2008 manakala Umno dan BN memperbaiki kedudukan menjelang pilihan raya umum ke-13.

Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin akan turun padang menemui ahli dan penyokongnya mulai awal tahun depan, yang dilihat sebagai petanda pilihan raya umum semakin dekat.

Beliau dijangka mengumumkan perubahan kepimpinan Umno peringkat negeri akhir bulan ini. -TMI

Ulasan GB

Setelah tewas berturut-turut di Bagan Pinang, Hulu Selangor, Galas dan Batu Sapi, pun masih ramai pemimpin-pemimpin PR yang masih diuleti mimpi dan terjebak dengan sindrom penafian. Masih cuba bermain kata untuk menyedapkan rasa.

Galas dan Batu Sapi - "worst case scenarios" atau "best case scenarios" atau akan menjadi "typical scenarios" untuk PRU13? Hanya si lembu akan berkata itu kes terpencil.

‘Hide Park’ ! – The Taibs’ London Bolthole


Hampshire House, 12 Hyde Park Place - The Taibs occupy the spacious ground floor flat
It is undoubtedly one of the smartest addresses in London.  Hampshire House is an enormous and gracious period building overlooking the world-famous Hyde Park, just a stone’s throw from Marble Arch and Oxford Street.  It contains some of the largest apartments in the capital, including the regular ‘pied a terre’ of Chief Minister Abdul Taib Mahmud.
The ground floor apartment used by the Taibs is worth around £8.5 million (RM 43 million) and measures over 4,000 square feet.  A sense of its grandeur can be gained by looking at the pictures of a neighbouring flat that was recently put on the market at this price.  All the Taib family are known to regularly use the building and it is likely that they own or have access to more than just one of the flats, since so many are able to reside there at one time.
Detour on the way to Haj!
Gracious interiors - worth RM45 million (£8.5 million)
Indeed we can report something that was not mentioned by Sarawak’s tame media on Tuesday, when Taib’s departure from Kuching to perform Haj was extensively covered.  Instead of going straight to Mecca, the Chief Minister in fact came directly to his luxurious Hampshire House in London, which is an over-shoot of his nominal target by several thousands of miles.  The decision to go to the UK first will have shortened his advertised pilgrimage by a number of days.
Sarawak Report has learnt that one reason for the detour was that the Taibs had planned a major family reunion before going on to do their pilgrimage.  The day before the Chief Minister himself arrived staff at Hampshire House were in full preparations and our information suggests that the family have decided to stage a’ coming together’ to try and repair some of their public feuds and rivalries.  It is believed that this is an attempt by the Chief Minister to present a united family front as he gets ready to appeal to increasingly fed-up voters in the coming election.
Spacious interiors
Even Onn Mahmud, the brother who had once acted as Taib’s closest business fixer, but then fell out with him, has been included in the gathering.  Onn, who was directly implicated in taking millions of dollars in timber kickbacks by the Japanese authorities, has barely spoken to many members of the family for years and has been excluded from Taib’s inner circle.  The plan for this event was that family members should ask for each other’s forgiveness and make amends with each other, before travelling to Mecca to ask forgiveness of Allah.  They are clearly hoping that this idea of forgiveness will also catch on with the voters of Sarawak.
Sulaiman Rahman Taib, photographed arriving at the gated entrance of Hampshire House on Tuesday 9th November the day before his father's arrival.
Spotted at ‘Hide’ ParkTaib Sulaiman
However, there is likely to have been another compelling reason behind the Chief Minister’s decision to visit his Hyde Park mansion on the way to Mecca, as he may have been meeting his son.  The day before his arrival a Sarawak Report photographer spotted the Chief Minister’s absent son, Sulaiman Rahman Taib, arriving in a black chauffeur-driven Mercedes and slipping into Hampshire House, where he is apparently staying.
Sulaiman Taib has failed to appear in public in Malaysia for the entire past year, despite his role as a member of the Federal Parliament, which has been the subject of considerable speculation and concern.  However, the Taib family has refused to make any statement as to his whereabouts. He has not appeared in his constituency or set foot in Parliament, which is a blatant neglect of the public duties for which he is handsomely paid.  Indeed his extraordinary disappearance has sparked several rumours that he might be dead or under-going treatment for a disease which the family is unwilling to discuss.
So Sarawak Report is pleased to be able to perform a public service in confirming that the Chief Minister’s son is alive, appears well and presumably drawing his salary in London.  In fact ‘Rahman’ has been spotted a number of times in and around London over past months and it is certainly open to speculation that he is indeed benefiting from Britain’s advanced medical skills in the treatment of a number of diseases that might not receive the necessary expertise in Sarawak or Malaysia.
Taib employee assaulted our photographer
Rahman's driver left opens the door for more passengers after assaulting our photographer. Pictures of the assault have been made available to the police.
However, it is clear that despite their public position, the Taibs do not appreciate our publicising of their whereabouts or possessions.  Rahman Taib spotted the young female photographer and clearly pointed her out to employees who came out of the building to identify her.

A short while later the driver of his car assaulted her in the open street as she attempted to take more photographs of female passengers leaving the building and entering his car.  The Taib driver grabbed the young woman by the neck and forced her to erase her photographs until she was rescued by an onlooker.  The matter is now being investigated as an assault by the police.  This kind of brutality, though regularly meted out to members of the public under Taib in Sarawak, is strictly prohibited in the UK.
Late on Tuesday the photographer believes she also spotted the Chief
Taib slipping in at dusk?
Minister entering the building himself  not long after his Singapore Airlines flight touched down in Heathrow.  Sarawak Report would like to invite any readers who might have better photos of the Chief Minister going in or emerging from Hampshire House, 12 Hyde Park Place, London W2 to send them to us and we will be pleased to publish them.
Who owns the multi-million pound flat?
Sarawak Report would also be interested to know exactly who owns the ground floor flat which is so frequently used by the Taibs and which appears to be the current home of Sulaiman.  According to the official Land Registry the public owner of the property is Sultan Abdul Halim Mu-Adzam, the Malaysian contact of the Taibs who invested Onn with his title of Datuk.
The relationship between the two families and who really holds the possession of one of London’s smartest properties is clearly a matter of public interest.  The Chief Minister, given his official salary over the past 30 years should never be able to afford such a residence, yet in fact this is just one of a string of such properties that the Taibs do own.  Taib himself has been recorded saying “I have more money than I can ever spend”.
Cleansing - a bathroom at Hampshire House
The Chief Minister is also known for attempting to hide his real ownership of companies and properties behind the names of others who have privately agreed to hand over their control of the assets via covert deals that give Taib ultimate control over the wealth of his family and friends.  Sarawak Report has proven a number of cases where the Taibs use such nominees to hold their shares secretly in trust and this includes Abdul Taib Mahmud.  The confused ownership of mansions handed to the Taibs by Samling in the United States is another example of tactic, which was previously exposed by Sarawak Report.
So, does the Hampshire House residence in fact belong to the Taibs, while being registered under the name of a friendly sultan?  If not and the property is indeed that of the Sultan, why does he allow the Taibs to treat it as their own?   A statement from the Chief Minister on this and all the other matters we have raised with regard to his staggering but inexplicable wealth would, as ever, be truly appreciated.

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.