Laporan 'Ketua Audit Negara 2009', Kepincangan Ekonomi Di Pahang?

Laporan 'Ketua Audit Negara 2009', Kepincangan Ekonomi Di Pahang Melibatkan Kerugian Jutaan Ringgit, Wajarkah Hanya MB Patut Dipersalahkan

Sungguh memalukan tatkala membaca buku Laporan Ketua Audit Negara 2009 (foto) untuk negeri Pahang. Apa sudah jadi dengan pentadbiran kerajaan negeri UMNO BN dibawah pimpinan Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob itu gamaknya. Bayangkan Projek Perumahan Rakyat Dimiliki (PPRM) di Pahang banyak masalah seperti projek sakit, projek lewat disiapkan dan kelewatan mendapatkan kelulusan CFO. Kerajaan terpaksa menanggung kos tambahan berjumlah RM6.20 juta dan menanggung kos membaik pulih dan penyelenggaraan berjumlah RM5.97 juta. Pengurusan Air Tidak Berhasil NRW kurang memuaskan kerana anggaran kehilangan hasil yang tinggi iaitu sejumlah RM65.50 juta pada tahun 2008. Hilang hasil daripada royalti pasir berjumlah RM3.23 juta. Aktiviti perlombongan pasir telah memberi kesan negatif terhadap alam sekitar seperti berlakunya hakisan tebing sungai, pencemaran kawasan operasi, sehingga menjejaskan kehidupan penduduk setempat. Pengurusan pengendalian kes di Mahkamah Rendah Syariah Negeri Pahang adalah tidak memuaskan kerana kaedah dalam enakmen belum diwartakan dan sistem pautan e-Syariah tidak dilaksanakan sepenuhnya. Pelaksanaan Projek Pembinaan Akademi Usahawan Tani Fasa 1 adalah tidak memuaskan kerana berlaku kesilapan reka bentuk, kualiti kerja pembinaan yang rendah dan kerja pembinaan tidak mengikut spesifikasi. Tahap pengurusan program pemberimilikan tanah di Pejabat Daerah Dan Tanah Bentong adalah tidak memuaskan kerana Pejabat lambat menyelesaikan fail-fail permohonan dan telah menyebabkan hasil tanah lewat dipungut. Pengurusan premis perniagaan Majlis adalah tidak memuaskan kerana terdapat beberapa kelemahan. Antaranya ialah ketidakpatuhan dalam kerja ubahsuai Rumah Rehat Bentong, harga bekalan yang tidak munasabah, pemborosan dalam perbelanjaan, kajian kemungkinan tidak dijalankan, penyenggaraan premis perniagaan tidak dijalankan secara berkala dan semakan semula kadar sewa premis tidak dibuat. Semua ini menunjukkan bukti bahawa sememangnya kerajaan UMNO BN ternyata gagal untuk memainkan peranan penting bagi memastikan ekonomi negeri ini terus stabil dari masa ke semasa. Itu yang didedahkan, sebenarnya banyak lagi kerugian yang dialami sebenarnya termasuk isu royalti penjualan kawasan pembalakan, tanah dan sebagainya. Semua ini jelas membuktikan agar rakyat berhak membuat perubahan dalam pilihanraya umum akan datang sebenarnya. Jika tidak, sudah pasti negeri Pahang akan terus dirundung malang akibat kegagalan kerajaan bertindak terhadap semua penyelewengan tersebut.

[Soalnya sekarang apakah kesalahan itu wajar diletakkan pada bahu Menteri Besar Adnan Yaakob itu semata-mata?. Bukankah ramai kakitangan kerajaan yang sepatutnya menjadi mata dan telinga itu juga banyak yang terlibat dengan penyelewengan yang berlaku itu sebenarnya. Namun, akhirnya kesalahan pasti akan diletakkan ke atas bahu Menteri Besar itu sendiri. Wajarlah MB Pahang memainkan peranan yang lebih serius untuk memantau perkara ini jika tidak mahu parti pembangkang mengambil kesempatan terhadap masalah yang berlaku. Sesuatu perlu dilakukan segera untuk menaikkan kembali imej Kerajaan Negeri Pahang agar ia tidak terus dilanda "Bajet Defisit" sekiranya terus memerintah negeri ini. Rakyat sebenarnya sudah muak dan jelek dengan apa yang berlaku. Malah mereka juga banyak mendapat maklumat tentang penyelewengan dan ketirisan yang berlaku kepada lain-lain agensi kerajaan di negeri Pahang ini sebenarnya. Justeru itu, pemimpin UMNO BN harus berhati-hati dalam setiap tindakan mereka selepas ini. Jika tidak sudah pasti banyak laporan polis dan SPRM yang akan dibuat oleh rakyat Pahang ke atas segala apa yang berlaku. Bukti Laporan Audit Negara 2009].

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.