Pendidikan Seks Di Sekolah. Gila Apa BN ini?

Oleh: mazwandi

"Statistik menunjukkan bahawa anak luar nikah dari keturunan Melayu sekarang ini sudah meningkat dengan mendadak. Mengapa ini berlaku? Sudah semestinya kerana mat melayu dan minah melayu melakukan zina.

Kenapa pula ini berlaku? Sudah semestinyalah kerana suasana kehidupan masyarakat dan pentadbiran negara Malaysia sekarang ini tidak mengikut acuan Islam. Segala genap kehidupan di bumi melayu ini sudah lari jauh dengan acuan Al-Quran dan Sunnah.

Cuba bayangkan, kita yang sentiasa ke masjid melakukan ibadah solat 5 waktu, adakah akan menjamin anak kita yang berada dirumah sebenar-benarnya berada dirumah? Adakah kita yang sedang bekerja siang malam membanting tulang untuk mendapat rezeki bagi anak-anak agar hidup senang akan menjuruskan anak kita itu menggunakan rezeki yang diperolehi untuk membuat kerja radha Allah?

Kita mengajar anak kita dirumah tentang Islam. Menutup aurat, menjaga tingkah laku, terapkan sifat-sifat malu, tetapi, apabila keluar dari rumah, adakah suasana masyarakat akan menjamin anak-anak kita hidup dalam keadaan iman yang sempurna?

Anda sekelian faham apa yang hamba maksudkan.

Kita sebagai ibubapa bertungkus lumus cuba menghidupkan kehidupan Islami didalam keluarga kita. Kita bertungkus lumus menjadikan rumah kita itu sebagai sebuah 'negara Islam' yang kecil. Rumah yang mengikut undang-undang Allah, mengikut acuan hidup Rasulullah. Tetapi apabila keluar sahaja dari pintu rumah, maka negara Islam itu akan hilang.

Perkara yang paling menggusarkan adalah budaya hedodisme. Budaya suka ria, riang gembira, hu ha hu ha, seronok sana, seronok sini, tanpa ada batasan agama. Lelaki perempuan bercampur baur. Gelak-gelak, cuit-cuit, cerita kelakar sikit sini, cerita kelakar sikit sana antara lelaki dan perempuan bukan mahram sudah menjadi kebiasaan dan rutin kehidupan manusia remaja dan manusia matang seperti kita.

Perempuan Melayu sekarang kebanyakannya sudah bertudung. Tetapi masalahnya tidak menutup aurat. Dikepala ditutup dengan tudung, tetapi dibadannya memakai baju kecil menampak susuk tubuh ramping membujur payu dara. Kadang-kadang bajunya takat paras lengan atas. Seluruh tangan kecil putih gebu dibiar dinampakkan kepada orang ramai.

Silelaki pula, sudah nampak 'rakan perempuannya' berpakaian begitu, apalagi, godaan nafsu diusik syaitan akan menjadi-jadi. Di SMS ajak keluar, ajak pergi makan, ajak ke pantai naik motor sama-sama. Ajak ke perpustakaan belajar bersama-sama, tetapi ada tujuan yang lain sebenarnya. Untuk menjamu mata atau dapat yang ringan-ringan. Kan ke syaitan namanya.

Apa ayah mereka buat? Apa mak mereka buat? Biarkan sahaja? Kerana apa? Kerana maknya pun berpakaian begitu. Ayahnya pun mata begitu. Nafsu nafsinya pun begitu. Kerana apa? Kerana ditempat kerja ayahnya, suasana dipejabat lelaki perempuan bebas bergaul sesama mereka. Si emaknya pula, terpaksa mengikut trend terkini pakaian tudung cap ayam seperti rahib kristian. Bajunya pula tidak boleh labuh, mesti menampakkan body.

Jadi, ketika manakah agaknya kehidupan anak kita boleh dikawal seketika? Ketika bila? Mungkin jawapan yang 'agak' betul ialah sekolah. Sekolah rendah dan menengah masih lagi dikuatkuasakan lelaki dan perempuan duduk asing-asing. Diwajib bertudung dan berseluar panjang bagi lelaki. Ada ustaz-ustaz yang boleh mengawal tingkah laku pelajar dan juga ada guru-guru yang boleh mendidik anak-anak muridnya dengan tingkah laku Islami.

Tetapi, kemungkinan besar, sekolah sudah tidak boleh lagi menjadi satu tempat selamat anak-anak kita dari perkara-perkara mungkar. Kerana apa? Kerana tidak lama lagi pendidikan seks akan diajar pula kepada pelajar. Pelajar-pelajar akan diajar apa itu seks dan mungkin akan diajar bagaimana caranya seks 'selamat'. Adakah nanti ada tugasan praktikal? Adakah nanti anak-anak kita akan cuba menghayati pelajaran itu dengan rakan-rakan sekelasnya. Cuba kita sebagai ibubapa bayangkan, apa yang akan berlaku kepada anak kita.

Sekarang inipun anak-anak remaja sudah naik isim tentang seks luar nikah, apa akan berlaku kepada anak-anak kita apabila pelajaran seks ini dipaksa ajar kepada setiap individu remaja yang bersekolah milik kerajaan. Satu Malaysia! Hancur!

Apa punya gila Malaysia sekarang ini? Apa punya gila kerajaan BN hendak menghala tuju anak-anak kita sekarang ini?

Apa punya gila kerajaan BN ini?

Adakah kita hendak membiarkan perkara ini berlaku? Adakah kita sebagai ibubapa yang bertungkus lumus mewujudkan negara Islam didalam rumah kita, tetapi apabila anak kita ke sekolah, akan menghancur leburkan iman dan taqwa anak kita.

Hamba cukup yakin, mereka inilah golongan syaitan berupa manusia.
Layarilah blog hamba;
http://ibnmustaffa.blogspot.com/
"

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.