PAS Bidas Media Umno-BN Putar Belit Pemilihan Keadilan




SHAH ALAM 13 NOV : Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidas tindakan media Umno-Barisan Nasional yang sengaja memperbesar-besarkan isu berhubung perjalanan Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berlangsung ketika ini.
Beliau berkata media Umno-BN sengaja mengambil kesempatan melaporkan secara tidak benar yang menurutnya menjadi tradisi media di negara ini.
Malah media kongkongan Umno-Bn mengambil kesempatan memburuk-burukkan imej Parti Keadilan Rakyat untuk mewujudkan persepsi negatif terhadap keupayaan PKR selepas membuat kejutan dalam PRU-12 lepas.
"Noktah yang kecil, mereka jadikan bukit yang besar yang menjadi amalan pengamal media dan seperti yang kita diketahui tidak semua yang dilaporkan benar.
Hadi berkata demikian selepas program 'Terus Terang' TV Selangor yang diwawancarakan  Dr Aziz Bari di sini hari ini.
"Oleh kerana kebanyakkan media daripada awal melaporkan sebegitu rupa maka terdapat tanggapan negatif daripada persepi rakyat tetapi tidak semuanya yang disiarkan media Umno-BN diterima oleh rakyat," ujar beliau.  
Abdul Hadi dalam pada itu berkata walaupun terdapat sedikit kelemahan di dalam PKR, ini adalah disebabkan parti itu masih lagi baru dan kebanyakkan anggota parti memerlukan sokongan agar lebih memahami perjuangan membela rakyat yang sebenar.
"Apa yang penting, PKR selepas ini  diharap akan  melakukan reformasi dalaman dan apa yang terjadi dapat memberikan pengalaman berharga bagi PKR membuat pembetulan pada masa yang akan datang," tambahnya.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.