Kerajaan BN belum bayar elaun Pembanci? Benci BN aku

Oleh: amkns

"Oleh SINGALAUT, METRO

ORANG DIBANCI ADA YANG TELAH MENINGGAL, TAPI PEMBANCI BELUM DAPAT JUGA BAYARAN ELAUN!
TELAH dua kali perayaan berlalu, iaitu Aidilfitri dan Aidiladha, namun penantian bagi segelintir pembanci yang melakukan tugas bancian di seluruh negara baru-baru ini bagai menunggu buah yang entah bila akan gugurnya. Keringat mereka telah lama kering, namun bayaran yang mereka nantikan masih belum juga menjelma.

Walaupun berkotak-kotak dan berpikul-pikul janji ditaburkan oleh Jabatan Perangkaan bahawa bayaran akan dijelaskan sebelum Aidilfitri, namun janji itu semuanya busuk macam air longkang yang mengalir lesu ke Sungai Klang! 
Seorang 'mangsa' janji bayaran itu, yang mahu dikenali sebagai Rahman, mendakwa beberapa kali beliau berurusan untuk mendapatkan bayaran yang tidak seberapa itu, namun setiap kali berurusan, setiap kali itulah dia disuapkan dengan pelbagai janji manis dan muluk-muluk belaka. 
Kini selepas Aidiladha bayaran elaun itu masih tidak terdengar beritanya. Menurut Rahman, dianggarkan ratusan pembanci yang masih belum menerima bayaran di seluruh negara tanpa diketahui punca dan sebabnya. 
"Bukan semua di antara kami mempunyai pendapatan mencukupi. Kadang-kadang terasa juga mahu menikmati manisnya duit yang dijanjikan itu, terutama menjelang hari raya, tetapi kami hampa," katanya. Sebahagian daripada pembanci yang menjadi mangsa, dikatakan tidak mempunyai pekerjaan tetap dan berharap sangat bayaran itu dilunaskan bagi memudahkan mereka menjalani kehidupan seharian, termasuk dalam urusan mencari pekerjaan. 
Sebelum ini, pengurusan tertinggi Jabatan Statistik dilaporkan memaklumkan menerusi media bahawa bayaran kepada pembanci akan dibayar dalam tempoh tiga minggu. Malah pembanci yang masih belum menerima bayaran diminta menghubungi pejabat pengurusan terdekat. 
Namun seperti kata mangsa, mereka telah berkali-kali menaiki tangga pejabat dan berpuluh kali menghubungi menerusi telefon, namunn bayaran banci tetap bagaikan menagih hutang yang tidak mungkin berbayar! 
Kepada kerajaan yang sibuk merancang pendapatan rakyat ke tahap yang lebih tinggi, tolonglah lihat rayuan mereka ini. Kalau urusan membayar elaun sejemput ini pun bermasalah, usalah bermimpi mahu memastikan rakyat boleh berpendapatan tinggi seperti negara maju lain.  
"

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.