pembentangan pru-12 dan persediaan pilihanraya negeri sarawak termasuk persiapan jentera IT dan Bilik gerakan IT.Penbentangan: Ustaz Aripin Deraman (ajk jp pas pusat)

program konvensyen IT dan Pilihanraya Pas Sarawak 2010

Pengundi Pos mengundi awal?

Oleh Masdar Wahid






KUALA LUMPUR : Istilah Undian Pos yang digunakan ketika ini mungkin akan diubah menjadi ‘undian awal’ sepertimana yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.



Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, istilah 'pengundi awal' sepatutnya menggantikan istilah 'pengundi pos' di mana pengundi akan mengundi dua atau tiga hari lebih awal dengan kerjasama polis dan tentera.



"Walaupun istilah undian pos digunakan, kita tidak menggunakan pejabat pos pun.



"Sebelum itu, kita bercadang mendapatkan persetujuan semua pihak sebelum melaksanakan undian awal. Pengundi awal akan mengundi dua atau tiga hari lebih awal.



"SPR akan bekerjasama rapat dengan polis dan tentera untuk mengadakan undian awal itu di luar kem tentera dan kontinjen polis atas faktor ketelusan," katanya kepada para wartawan pada Majjlis Hi-Tea SPR bersama media di salah sebuah hotel petang tadi.

SAPP ejen BN, pecahkan undi Pakatan Rakyat

Oleh Masdar Wahid






KUALA LUMPUR : SAPP yang juga bekas sekutu BN di Sabah, dituntut agar lebih bertoleransi terhadap Pakatan Rakyat jika parti itu benar-benar serius untuk menumbangkan BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.



Pengerusi DAP Sabah, Dr. Hiew King Chew berkata, jika SAPP mahu meneruskan niatnya untuk bertanding 40 daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di Sabah, itu bermakna SAPP mahu membantu memenangkan Umno dan Barisan Nasional.



“Bagi DAP mudah sahaja, jika kamu tidak bersama kami dalam Pakatan Rakyat, bermakna kamu menentang kami dan membantu kemenangan Umno dan BN,” katanya kepada erapakatan.com ketika di hubungi.



Menurutnya, kalau ikutkan hati, DAP sendiri mahu bertanding banyak kerusi, tetapi atas dasar persepakatan PR diperingkat pusat, pihaknya terpaksa akur bagi memastikan matlamat menumbangkan BN tercapai.



Mengulas isu sama, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Tuan Haji Hamzah Abdullah menjelaskan, dari segi hubungan, PAS tiada masalah dengan SAPP namun, SAPP katanya, haruslah mengutamakan prinsip perbincangan dan bersifat terbuka.



“Saya cukup yakin Presiden SAPP, Yong Teck Lee amat memahami ucapan Ketua Umum PKR sempena sambutan Tahun Baru Cina yang lalu yang menegaskan bekas ‘kawan’ BN itu harus bertolak ansur dengan PR bukan sahaja berhubung agihan kerusi tetapi yang lebih penting ialah menyelamatkan rakyat dari penindasan Barisan Nasional (BN).



Apa yang penting sekarang ialah kesepaduan sesama parti pembangkang di Sabah, jika kita tidak bersatu, kita sebenarnya membiarkan rakyat di Sabah terus dijajah oleh Umno dan BN,” tegasnya yang mengenali Yong Teck Lee ketika menuntut di London yang ketika itu beliau merupakan Presiden Kesatuan Pelajar Sabah di United Kingdom.



Sementara itu, penulis terkenal negeri Sabah, Ismaily Bongsu, berkata, jika SAPP serius untuk menumbangkan BN, parti itu sepatutnya memujuk ahli BN menyertai mereka dan bukannya mencuri ahli PKR seperti mana yang dilakukannya di Tenom dan Sipitang.



“Kalau betul (mahu) menumbangkan BN, SAPP harus mencuri pujuk sebanyak mungkin ahli-ahli BN yang saya kira tidak mustahil (untuk ditarik) kerana mereka (SAPP) juga (berada) di dalam BN sebelumnya.



Kenapa saja SAPP mencuri ahli-ahli PKR seperti di Sipitang, Tenom dan lain-lain? Apa tujuan sebenar SAPP?,” katanya melalui entri terbarunya di laman sosial Facebook.com yang bertajuk ‘Terus Terang yang saya ragu SAPP’.



Beliau turut tidak menolak bahawa SAPP yang majoritinya kaum Cina sedang merujuk semula BN bagi menggantikan sebuah lagi parti berasakan kaum Cina dalam BN yang kini dilanda masalah iaitu LDP.



“Nah, cuba kita amati (perhatikan) betul-betul bahawa LDP sedang bermasalah di BN dan apakah kemungkinan LDP? akan dihalau dari BN dan alternatifnya SAPP rujuk semula ke BN? Tentunya tidak mustahil kerana politik bisa berubah kalau memang sampai waktunya,” jelas tokoh sastera dan budayawan negeri Sabah itu yang akan menyambut hari lahirnya pada 15 Mac ini.



LDP ialah parti tertua dan kedua terkecil dalam BN di Sabah dan sejak puluhan tahun lalu, LDP merupakan musuh tradisi SAPP dan sering berbalah dalam pelbagai isu termasuklah rebutan kerusi yang majoriti Cina.



Malah, semasa Chong Kah Kiat, iaitu mantan Presiden LDP menjadi Ketua Menteri Sabah, SAPP yang ketika itu dalam BN antara paling lantang mengkritik Chong yang dikatakan lambat mengadakan mesyuarat kerajaan negeri.



SAPP meninggalkan BN pada September 2008 apabila pimpinan parti itu terutama Presidennya yang gagal mendapat sebarang kerusi untuk bertanding dalam pilihanraya.



Bagi Timbalan Ketua Cabang PKR Sipitang, Haji Ramli Dua memberitahu, beliau mendapat maklumat berhubung ahli SAPP di kawasan Sipitang memujuk penduduk kampung menyertai SAPP dengan memburuk-burukkan PKR dengan dakwaan jahat kononnya parti PKR bakal musnah.



“Kami di Sipitang menganggap SAPP sebagai ‘talam dua muka‘ dan meragui kejujurannya sebagai parti pembangkang dan tidak lain hanyalah sebagai orang suruhan UMNO.



Saya juga menekankan bahawa misi penerangan SAPP lebih cenderung untuk menghancurkan Pakatan Rakyat dan parti itu seolah-olah ingin membayangkan akan adanya pertandingan tiga penjuru pada pilihanraya akan datang,” katanya yang juga Pengarah Pilihanraya PKR Sabah.



Beliau turut tidak menolak kemungkinan bahawa SAPP ini adalah sebuah parti politik tajaan UMNO/BN.



Menurut teori beliau, SAPP seolah-olah ingin membantu UMNO/BN secara tidak di sedari, kerana apabila berlakunya pertandingan 3 penjuru, undi penyokong pembangkang akan berpecah kepada calon Pakatan Rakyat dan SAPP dan ini merupakan laluan mudah untuk memenangkan calon BN,” tambahnya.



Sejak Sabah dirampas BN pada tahun 1994, BN kerap menaja parti pembangkang pro BN bagi memecahkan undi rakyat terhadap parti pembangkang sebenar di Sabah.



Parti Pembangkang Pro-BN yang hanya muncul setiap kali menjelang pilihanraya itu ialah Parti Demokratik Setiasehati Kuasa Rakyat Bersatu Sabah (Setia), Parti Barisan Rakyat Sabah Bersekutu (Bersekutu), Pertubuhan Kebangsaan Pasok Nunukragang Bersatu (Pasok) dan sejumlah individu yang ditaja sebagai calon bebas.



Malah, parti Bersekutu sendiri memiliki lambang dacing dalam logonya yang disifatkan oleh mantan Pengerusi BN, Mahathir Mohamad semasa berkempen di Sabah, bahawa parti itu adalah‘pengacau’ dalam politik Sabah.



Mantan Pengerusi Bersekutu ialah Datuk Harris Salleh yang juga sahabat baik Mahathir.



Naib Presiden PKR, Azmin Ali semasa berkempen di negeri itu memberitahu bahawa maksud pengacau itu ialah pengacau kepada undi terhadap parti Pembangkang seperti DAP, PKR dan PAS.



PAS misalnya yang hanya bertanding dua kerusi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ditentang sejumlah besar calon bebas dan parti pembangkang Pro-BN.



Dun Merotai menyaksikan Pesuruhjaya PAS, Muhammad Abdullah ditentang lima penjuru manakala Dun Sukau calon parti itu berdepan pertandingan lapan penjuru.

Mantan pemimpin SNAP meninggal dunia

Oleh Masdar Wahid






KUALA LUMPUR: Bekas Pemimpin Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Senator Datuk Seri Joseph Balan Seling, 74, meninggal dunia di Pusat Pakar Perubatan Normah di Kuching, Sarawak pada jam 2.30 pagi semalam.



Mendiang pada awalnya dihantar ke Pusat Pakar Perubatan KPJ setelah mengadu sakit perut pada pagi 12 Mac lalu, sebelum dihantar dan dimasukkan ke Pusat Pakar Perubatan Normah pada malam hari yang sama selepas disahkan menghidap komplikasi usus.



Hasil perkahwinannya dengan Datin Sri Mariam Balan Seling, pasangan itu dikurniakan enam anak iaitu Esther Mujan Balan, Elizabeth Muda Balan, Grace Dayang Balan, Joseph Madang Balan, Sharon Muda Tony Ngimat dan Nicholas Sagau Tony Ngimat dan seorang anak angkat Datuk Lorna Enan Muloon serta tiga orang cucu.



Mendiang yang berasal dari Long Wat, Apoh, Ulu Baram merupakan seorang tokoh yang amat disegani terutamanya dalam kalangan masyarakat Orang Ulu selain pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Pemasaran Lada Malaysia sepanjang hayatnya.



Mayat mendiang akan dibawa dari kediaman di BDC pada jam 10.30 pagi esok untuk ke Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Iris Garden sebelum dikebumikan di Kawasan Perkuburan SIB Siburan di Kilometer 17 Jalan Kuching-Serian pada hari yang sama.

selesai sudah program ijtimak pasti negeri sarawak yang pertama kali dalam sejarah Semoga pasti sarawak terus berkembang di bumi Sarawak.

Penyampaian sijil kepada guru-guru pasti sarawak disempurnakan oleh pengarah pasti negeri Saudara Abg Addy

Penyampaian cenderahati kepada wakil cikgu pusat yang sanggup hadir ke sarawak untuk melaksanakan ijtimak pasti

samb. majlis penutup ijtimak pasti negeri sarawak

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.