Itulah nasihat YB Hadi dan YB Kit Siang kepada saya – Chong

Oleh Masdar Wahid






KUALA LUMPUR : Kukuhkan demokrasi dan mantapkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat demi memperjuangkan hak rakyat Sarawak ke arah yang lebih baik.



Itu nasihat yang disampaikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang kepada Setiausaha Agong DAP, Chong Chieng Jen dan pimpinan Pakatan Rakyat di Sarawak menjelang pilihan raya negeri akan datang.



Chong berkata, tanpa kerjasama padu setiap komponen PR di Sarawak, BN akan terus memerintah dan mendiskriminasi rakyat di negeri itu yang selama ini terus miskin berbanding negeri-negeri lain.



PR Sarawak terdiri daripada PKR, PAS, DAP dan SNAP.



Menurutnya, situasi itu boleh dilihat apabila program yang dianjurkan PR bukan sahaja diganggu malah ‘atas nama PR’ pun program itu pasti berdepan masalah mendapatkan permit.



"Alasan mereka ialah PR tidak boleh diberikan permit. Negara demokrasi apa ini? Kami juga pembayar cukai. Mana boleh diskriminasi kepada pembayar cukai dan rakyat sendiri," katanya kepada erapakatan.com ketika dihubungi.



Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Sentosa, itu menjelaskan, beberapa minggu lalu, pihaknya bercadang mengadakan majlis makan malam dan turut mencadangkan enam tarikh.



"Sebelum ini, kami mencadangkan enam tarikh dan mana yang kosong, kami bersedia akur selepas kami mendapati ke semua tarikh itu tiada sebarang majlis berlangsung.



"Malangnya, pihak Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menolak permohonan kami untuk menggunakan Dewan Masyarakat itu atas alasan, 'PR tidak boleh diberikan permit.



"Bila saya tanya, siapa punya arahan, pegawai itu memberitahu, 'pihak atasan',” katanya.



Menyifatkan kejadian itu sebagai membunuh sistem dan suasana demokrasi, beliau nekad membuat laporan polis berhubung salah guna kuasa itu.



Beliau turut memberitahu, ini bukan kejadian pertama menimpa parti pembangkang di Sarawak apabila pada tahun 2008, permohonan mereka untuk menggunakan dewan itu turut ditolak atas alasan 'ada pihak lain yang mahu menggunakannya'.



Dalam pilihan raya negeri 2006, BN kehilangan Sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri yang menyaksikan majoriti rakyat khususnya kaum Cina mengundi pembangkang walaupun ketika itu tsunami politik belum melanda seluruh negara.



Turut tumbang ketika itu ialah beberapa pemimpin kanan BN serta menteri-menteri kabinet negeri di Sarawak.



Malah, buat pertama kalinya calon PKR, berjaya memenangi kerusi Dun sekali gus mengejutkan ramai pihak terutamanya penganalisis politik yang sebelum itu sering meramalkan bahawa PKR akan ditolak kerana berasal dari semenanjung.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.