Ngauman ‘Harimau’ di Bumi Kenyalang

Oleh Masdar Wahid






KUALA LUMPUR : Tahun Harimau di Sarawak seolah-olah menjadi isyarat jelas berhubung ketakutan BN terhadap kebangkitan Pakatan Rakyat di negeri itu.



Walaupun gagasan itu sekadar mengadakan majlis jamuan sahaja, namun ia sudah cukup menakutkan BN jika maklumat sebenar berhubung isu-isu semasa negara sampai ke pengetahun rakyat bawahan.



Terbaru, majlis makan malam sempena Tahun Baru Cina anjuran Pakatan Rakyat di Miri, Sarawak enggan diluluskan oleh Majlis Perbandaran.



Ketua Angkatan Muda PKR negeri, Ahmad Nazib Johari berkata, pihaknya telah memohon kepada Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Majlis Bandaraya Kuching Utara (MBKU) berhubung permit untuk mengadakan majlis itu, tetapi permohonan itu ditolak.



Menurutnya, alasan yang diberi cukup menyedihkan dan bertentangan dengan semangat demokrasi yang dilaungkan oleh pemerintah BN selama ini.



“Kami telah mengikut semua prosedur yang ditetapkan termasuklah menulis surat untuk mengadakan majlis itu, tetapi semuanya ditolak.



Malah, kami turut memohon kepada dua majlis perbandaran iaitu MBKS dan MBKU dan kedua-duanya turut ditolak.



Alasan mereka amat melucukan, iaitu 'Pakatan Rakyat tidak boleh diberikan permit'," katanya kepada erapakatan.com ketika dihubungi.



Sehubungan itu, beliau yang juga seorang peguam bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Padungan, Ng Kim Ho membuat laporan polis berhubung salah guna kuasa itu.



Beliau turut menjelaskan bahawa, pihaknya tetap meneruskan program itu kerana kawasan yang dipohon adalah kawasan persendirian yang turut dihadiri ribuan rakyat pelbagai kaum pada malam itu.



“Ini bezanya program PR kerana yang hadir adalah atas inisiatif dan kehendak sendiri yang jelas menunjukkan rakyat di Sarawak mahu mengetahui sendiri penerangan dari pimpinan PR yang sudah pastinya digelapkan oleh media arus perdana yang dimiliki BN,” tegas anak muda lulusan undang-undang itu.



Turut serta dalam majlis itu ialah Adun PAS dari Perak, Idham Lim yang juga Ketua Penerangan PAS Perak, Adun DAP kawasan Batu Lintang, Voon Lee Shan dan Presiden SNAP, Edwin Dundang.



Hadir sama, Pimpinan PR dari bahagian Miri termasuklah Ketua Cabang PKR Miri, Dr. Michael Teo, Ketua Bahagian DAP Miri, Fong Pau Teck, , Setiausaha AMK Sarawak, Zulhaidah Suboh, Yang Di Pertua (YDP) PAS Kawasan Miri, Haji Jofri dan ratusan ahli PR dari seluruh negeri Sarawak.



Ini merupakan Majlis kedua anjuran PR di Bahagian Miri setelah Majlis Makan Malam pada Sembilan Januari lalu.



Pada majlis itu, Pakatan Rakyat mengambil peluang menyampaikan sumbangan kepada Warga emas, Ibu tunggal dan kanak-kanak yang hadir.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.