Subsidi rakyat ditarik kerana mengundi Pakatan Rakyat – Adun


Friday, 12 March 2010 12:48 PM Oleh Masdar Wahid
KUALA LUMPUR : Kira-kira 300 penduduk dalam Daerah Serian, di Sarawak dinafikan hak mereka untuk mendapatkan subsidi baja hanya kerana menyokong dan mengundi calon Pakatan Rakyat pada pilihanraya lalu di negeri itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Lintang, Voon Lee Shan berkata, kawasan itu merupakan kubu kuat Barisan Nasional dan penafian subsidi baja itu sesuatu yang amat mendukacitakan kerana sesiapa pun calon yang diundi oleh rakyat merupakan hak mereka dalam konteks negara demokrasi.
“Saya mendapat laporan penafian subsidi baja itu melalui pembantu saya, Tay Wee Wee sebelum Krismas sebelum saya sendiri turun padang melihat dan mendengar sendiri hal tersebut.
Sebaik tiba, penduduk di kawasan terbabit memaklumkan pengagihan subsidi ditentukan oleh Ketua Kampung yang juga penyokong BN dan hak mereka dinafikan hanya kerana mengundi Pembangkang sebelum ini,” katanya ketika dihubungi erapakatan.com.
Sebaik mendengar keluhan rakyat itu, beliau bersama penyokongnya dan beberapa wakil penduduk menemui pegawai daerah tersebut yang akhirnya berjanji menyelesaikan masalah itu dengan segera.
Lee Shan yang juga bekas Ketua Polis Daerah menyatakan kekesalannya berhubung kejadian itu yang disifatkannya sebagai satu lagi siri kezaliman kerajaan BN yang kian takut dengan sokongan rakyat terhadap gagasan Pakatan Rakyat.
Pada pilihanraya negeri tahun 2006, beliau menumbangkan calon SUPP dari BN yang juga  bekas Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Chan Seng Khai dengan majoriti 3,407 undi.
Sementara itu, semasa melawat kawasan itu, beliau turut berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada seorang warga emas (gambar) yang hidup susah di kawasan tersebut.
Kongsi berita ini

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.