Hakisan: Penduduk Kampung Santubong perlu bantuan segera




KUCHING: Penduduk Kampung Santubong dekat sini amat memerlukan benteng penghadang ombak dan tembok batu tambahan dengan segera untuk mengelakkan masalah hakisan berlaku lebih buruk.
KESAN HAKISAN: Suhaili menunjukkan kesan hakisan di sekitar kawasan yang berisiko tinggi berhampiran sekolah.
KESAN HAKISAN: Suhaili menunjukkan kesan hakisan di sekitar kawasan yang berisiko tinggi berhampiran sekolah.
Ketua masyarakat Kampung Santubong, Penghulu Suhaili Kipli, berkata mereka memerlukan benteng dan tembok batu itu dengan segera bagi mengelak masalah hakisan berlaku dengan cepat.
“Walaupun kampung kami membangun dengan cepat tetapi masalah hakisan di kawasan tertentu masih membimbangkan,” katanya di temui oleh Utusan Borneo, di sini, semalam.
Suhaili memberitahu antara kawasan yang terkena hakisan pantai iaitu di Batu Buaya yang terletak berhampiran sekolah rendah di kampung itu.
“Semakin hari, hakisan pantai yang berhampiran dengan sekolah boleh menjejaskan pembangunan sekolah rendah yang baru dibina di sini dan ini amat membimbangkan bukan sahaja pihak sekolah malah kami, ibu bapa,” kata Suhaili.
Seorang penduduk kampung, Lemain Ramli, 58, memberitahu hampir setiap kali menjelang musim landas terutama pada penghujung tahun, sering terdapat tembok yang rosak dan terpaksa dibaiki dan memakan kos hampir ratusan ribu ringgit.
“Tembok yang rosak terutamanya berlaku pada musim landas akan dibaiki segera dengan menambah batu-batu besar yang baru setelah batu-batu besar yang tenggelam setiap tahun,” katanya.
Ramli berkata mereka berharap masalah ini diberi perhatian dengan secepat yang boleh terutama di kawasan yang berhampiran dengan sekolah rendah.
Seorang lagi penduduk kampung, Bujang Abdullah ,58, berkata dalam pada masalah yang menimpa mereka, namun penduduk kampung amat berterima kasih kepada pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) yang sentiasa memberi perhatian terhadap kampung mereka.
“Pembangunan-pembangunan seperti sekolah rendah diperbesarkan, ada klinik, balai polis dan yang terbaru ialah peti surat masyarakat yang disediakan oleh kerajaan,” kata Bujang.
Bujang merupakan pesara pekerja kerajaan memberitahu dia serta penduduk kampung yang lain sentiasa berharap pembangunan di kampung mereka akan diteruskan.
“Segala pertolongan dan prihatin dari kerajaan kepada kami selama ini adalah sangat-sangat dihargai,” katanya sambil berharap masalah terkini iaitu hakisan turut diberi perhatian.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.