KUALA LUMPUR : Sejauhmana slogan retorik Pengerusi BN, Najib Razak, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan jika ahli parti sendiri diusir dari tanah mereka?
Itu persoalan yang ditimbulkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Sentosa, Chong Chieng Jen berhubung aduan yang diterimanya dari oleh ahli SUPP, salah satu sekutu BN di Sarawak berhubung permasalahan tanah yang dihadapi oleh ratusan penduduk dari sebuah perumahan Jalan Peace Selatan, di negeri Sarawak.
Menurutnya, penduduk berkenaan telah menetap di tanah itu antara 30 hingga 40 tahun lalu tetapi ingin diusir oleh kerajaan dengan cara memaksa mereka menandatangi satu surat pengakuan.
“Jika penduduk itu menandatangi surat itu, pihak tertentu yang berkepintangan berhak dan ada kuasa untuk merampas dan mengusir rakyat yang menetap di situ sejak 30 tahun lalu.
Inilah taktik BN yang selama ini terus merampas dan merompak hak rakyat,” katanya ketika dihubungi erapakatan.com.
Sehubungan itu, pihkanya bersama pimpinan Pakatan Rakyat di kawasan itu akan membawa perkara itu kepada pihak atasan termasuklah di Parlimen dan dalam persidangan Dun bagi memastikan kes itu diselesaikan dengan segera.
Beliau turut memberitahu, ratusan penduduk itu telah mengisi borang maklumat yang disediakan oleh pihaknya bagi mengumpul semua maklumat penting dan berjanji memperjuangkan isu itu.
“Inilah stail dan cara BN menguruskan rakyat, tidak memberikan hak kepada yang sewajarnya tetapi lebih kepada mementingkan diri dan kroni mereka sahaja,” katanya yang juga Adun Kota Sentosa.
Terdahulu, ratusan penduduk itu mengadukan masalah berhubung tanah yang mereka duduki sejak puluhan tahun lalu kepada wakil rakyat DAP itu yang diketuai oleh Chang Fook Kui yang juga ahli Barisan Nasional dari SUPP.
Difahamkan, beliau menjadi ahli SUPP sejak puluhan tahun lalu dan cukup tertekan dan terkilan atas tindakan zalim oleh kerajaan BN yang selama ini dipangkahnya.
Kongsi berita ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan