Oleh Ismail Hashim Yahaya
Ketika rencana ini ditulis, dunia sudah mengetahui bahawa firauan Mesir sudah meletakkan jawatan sebagai Presiden dan menjadi sejarah. Perkembangan
nya sekarang ialah apa selepas ini? Tentera mengendalikan kerajaan transisi berjanji akan mengadakan pilihan raya. Sejauh manakah pihak tentera akan mengotakan janjinya akan dilihat nanti.
Tuntutan wajar rakyat selepas perletakan jawatan Mubarak supaya darurat dihapuskan bagi membuka jalan kepada pilihan raya dan memberikan kebebasan bagi pembentukan parti politik tanpa gangguan kerajaan.
Ini meliputi perubahan dalam perlembagaan dan statutori seperti memberikan kuasa kerajaan kepada parlimen dari berada di tangan presiden. Ini membolehkan kuasa majoriti menentukan perlantikan seseorang pemimpin negara.
Jika ini berlaku ia akan melemahkan stuktur kuasa tentera yang telah diwujudkan pada 1952 kerana kuasa tentera berada di bawah presiden.
Seperti revolusi-revolusi yang lain, revolusi di Mesir bermula dari bawah dari rakyat yang mengadakan protes dan bantahan terhadap sebuah kerajaan diktator.
Pengangguran dan kenaikan harga bahan makanan merupakan faktor mencetuskan warga Mesir untuk mengadakan bantahan dan demontrasi di Mesir.
Namun laporan Media mengatakan “pembangkang” anti-kerajaan di Mesir datang dari kumpulan kelas menengah yang sedikit sekali terjejas dengan pengangguran dan kenaikan harga makanan dan tiada kaitan dengan golongan miskin.
Penggerak Revolusi dan mereka yang terlibat di dalamnya dirancang dan dibantu oleh negara AS dan Eropah.
Jika inilah hakikatnya maka sekiranya kumpulan elit ini berkuasa mereka tentu akan berhadapan dengan pembangkang sebenar Mesir, majoriti rakyat miskin dan pekerjanya.
Siapakah kumpulan pembangkang elit ini? Wartawan kanan Timur Tengah, Robert Fisk menerangkan: “pembangkang itu termasuklah Amr Moussa, Setiausaha Agung Liga Arab. Amir Zuwail, Pemenang hadiah Nobel Ahmed Zuwail, rakyat darah campuran Mesir-Amerika yang menjadi penasihat Obama; Mohamad Selim Al-Awa, profesor dan penulis kajian Islam,…dan Said al-badawi, presiden parti Wafd (sebuah pati politik kecil),...Calon-calon lain dalam jawatankuasa adalah adalah… Nagib Suez, ahli perniagaan kaya terkenal di Kaherah dan Nabil al-Arabi dan Magdi Yacoub, para bedah dan wakil PBB Mesir yang sekarang tinggal di Keherah." (4 Februari, 2011).
http://www.independent.co.uk/opinion/commentators/fisk/robert-fisk-exhausted-scared-and-trapped-protesters-put-forward-plan-for-future-2205079.html
Apakah tanggungjawab jatawankuasa ini? Al-Jazeera melaporkaan:
“Jawantakuasa yang dibentuk pada Ahad lepas mencadangkan bahawa timbalan presiden Omar Suleiman [ketua polis rahsia Mesir yang kejam] akan mempengerusikan kerajaan transisional/sementara dan beliau berjanji akan membubarkan parlimen”. (4 Februari, 2011).
http://english.aljazeera.net/news/middleeast/2011/02/20112420435766522.html
Adakah para pembangkang ini begitu naïf atau lurus bendul untuk mempercayai bahawa “ikrar” dari seekor ular seperti Suleiman ini mempunyai sebarang nilai? Adakah ini beliau akan menuruti segala permintaan jawatankuasa dan berpegang teguh kepada janji? Jika beliau menuruti pun ia tentunya mempunyai agenda belakang tabir yang mengelabungi mata rakyat.
Adakah ini bermakna proses transisi yang aman tidak akan berlaku. Ini kerana kuasa politik elit di Mesir, Parti Demokratik Nasional (NDP) mempunyai hubungan akrab dengan elit kaya dan berkuasa di Mesir yang dibantu dan didukungi oleh para pegawai kanan tentera dan anggota program bantuan asing AS yang mengayakan kumpulan-kumpulan oligraki dalam NDP.
Akhbar The New York Times menerangkan “sejak berlakunya protes, pihak tentera telah berada di barisan hadapan, muncul sebagai aktor tonggak dalam politik yang ia sedang gerakkan di belakang tabir. Instituisi ini adalah penerima hampir AS$40 bilion dalam bantuan Amerika semasa pemerintahan Mubarak, kepentingannya yang meliputi segenap kehidupan ekonomi masyarakat - daripada industri ketenteraan kepada perniagaan melibatkan pembinaan jalan raya dan rumah, barangan pengguna dan pengurusan kawasan peranginan. Bahkan pemimpin pembangkang seperti Mohamed ElBaradei, memperakui kepentingan tentera dalam proses transisi ini."
http://www.nytimes.com/2011/02/05/world/middleeast/05cairo.html?hp
Bantuan AS ke Mesir merupakan sumber kekayaan dan keuntungan kepada pemerintahan diktator dan parti pemerintah. Jika tidak bagaimana Mubarak menjadi antara orang terkaya di dunia dengan nilai kekayaan berjumlah lebih AS$70 bilion dalam 30 tahun pemerintahannya.
Jika diteliti penentangan pembangkang tidak cukup sekadar mendesak supaya Mubarak meletakkan jawatan tanpa berhadapan dengan elit berkuasa yang di belakang Firauan tersebut.
Sebarang rundingan yang dibuat kepimpinan pembangkang dengan NDP harus menjaga kepentingan rakyat dan jangan menggadaikannya demi kepentingan peribadi mereka. Jangan berkrompomi dengan AS dan Kesatuan Eropah (EU) membiarkan mereka campur tangan dalam urusan negeri Mesir yang berdaulat itu.
Jika hanya Mubarak sahaja yang disingkirkan dan seluruh struktur pemerintahan masih berkuasa maka Mesir akan kembali ke zaman rasuah dan kepincangannya.
Kelihatannya pada waktu ini pembangkang tidak berminat untuk melakukan perubahan sebenar. Mereka hanya mahukan tukar pemimpin sahaja. Apakah yang dimaksudkan dengan perubahan sebenar?
Ia memerlukan penyimpangan dari dasar pasaran bebas yang dilaksanakan selama bertahun-tahun di bawah seliaan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) termasuk rancangan pengswastaan industri milik kerajaan, pengurangan cukai kepada orang kaya dan syarikat besar, menghapuskan peraturan, subsidi dan tariff dan seumpamanya.
Dasar-dasar yang dikehendaki oleh IMF dan Bank Dunia, instituisi AS yang menggerakakan rancangan ini di Mesir mencetuskan jurang kaya dan miskin yang abukan kepalang.
Jika diperhatikan kesemua nama pembangkang yang disenarai dan dicadang dan dicanangkan (terkini Amer Moussa) tidak menyentuh mengenai dasar IMF yang membawa kemiskinan kepada rakyat kerana mereka juga mendapat manfaat darinya.
Sejauh manakah Ikhwan Muslimin dapat memainkan peranan mereka menjadi pertubuhan utama dalam membentuk kerajaan baru nanti. Ikhwan yang pada mulanya tidak mahu menyertai rundingan kumpulan pembangkang dengan timbalan Presiden Mesir kini menyertainya.
Ikhwanul Muslimin dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada media menegaskan bahawa, apa yang berlaku kini adalah merupakan sebuah revolusi (arus perubahan) yang tercetus secara automatik (tanpa dirancang) dan aman, hasil dorongan semangat kebangsaan yang menentang kezaliman, menuntut kebebasan serta reformasi yang menyeluruh.
Sementara mereka yang bertindak merosakkan kedai-kedai, menceroboh harta benda awam dan swasta, mereka sebenarnya adalah rakan persekongkolan pihak keamanan yang terdiri daripada kumpulan samseng yang sebelum ini pernah digunakan oleh pihak keamanan untuk menindas dan memalsukan kemahuan rakyat semasa pilihanraya.
Seterusnya, Ikhwanul Muslimin menegaskan bahawa, para pemuda yang cintakan negara lagi merdeka, mereka inilah yang telah berjuang dengan tubuh jasad mereka bagi melindungi institusi dan harta benda ini daripada pencerobohan tak bertamaddun yang berlaku dalam suasana ketiadaan langsung pihak keselamatan. Bahkan sebaliknya pihak keselamatan pula yang menghabiskan seluruh masa dan usaha mereka untuk membantai bahkan membunuh para pemuda ini dengan melupakan tugas asasi mereka yang sebenar.
Masa depan Mesir bergantung kepada rakyat yang perlu menentukan manakah pemimpin yang benar-benar menjaga kepentingan rakyat.