"

Di sebalik kemewahan pemimpin di Sarawak, masih banyak kawasan di pedalaman Sarawak yang amat dhaif dari segi pembangunan dan infrastruktornya. Kemudahan paling asas seperti jalanraya, api dan air masih gagal ditangani oleh kerajaan negeri di bawah Taib Mahmud di beberapa kawasan. Sebaliknya Taib Mahmud berkahwin wanita muda.
Saya percaya PR telah pun bersedia untuk membentuk kerajaan baru di Sarawak selepas pilihanraya negeri ini nanti. Saya menyokong penuh hasrat PAS untuk menambah kerusi mereka di dalam pilihanraya negeri tersebut tidak berapa lama lagi. Hasrat PAS itu telah disuarakan oleh Naib Presidennya Datuk Mahfuz Omar. Sebelum ini PAS hanya diberi peluang bertanding satu kerusi di Dun Beting Maro pada pilihanraya negeri Tahun 2006.

Kerusi Pembangkang pula dimenangi oleh DAP (6), manakala PKR (1) dan Parti Cinta Malaysia (1).
Pada pilihanraya kali ini, amat wajar PAS diberi peluang untuk mencuba nasib kerana PAS tidak lagi asing di bumi kenyalang itu. Pengundi-pengundi Non Muslim juga sudah tidak bimbang lagi untuk mengundi PAS. Tiada alasan yang munasabah untuk tidak memberi peluang kepada PAS bertapak dengan lebih kuat di Sarawak.
Memang benar, Umno/Bn masih mengharapkan Sarawak dan Sabah sebagai `talian hayat' mereka. Ini terbukti di dalam PRU Ke 12 yang lalu, dua buah negeri di Malaysia Timur ini telah berjasa besar kepada Umno/Bn untuk terus bertakhta di Putrajaya.
Adalah diharapkan pimpinan PR lebih bijak dan rasional di dalam menentukan kerusi yang akan ditandingi. Selain dari kerusi yang menjadi kekuatan kepada DAP, PKR dan PAS harus berbincang untuk pembahagian kerusi yang sama banyak. Kita tidak akan tahu kekuatan PAS di Sarawak jika kita tidak mahu mencubanya dari sekarang./
wfauzdin.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan