ADUN Kerdau meninggal dunia-ingatlah apa yang berlaku kepada mesir dan malaysia pula allah s.w.t merancang semuanya!!!Ubah sekarang ! tukar kerajaan!!!

Kupusan : GengTKO

TEMERLOH 12 Feb. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Pahang, Datuk Zaharuddin Abu Kassim meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh, petang tadi.

Zaharuddin, 63, sebelum itu dilaporkan terjatuh di bilik air rumahnya di Kerdau, dekat sini.

Allahyarham sebelum ini pernah menerima rawatan di Institut Jantung negara (IJN) dan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh akibat komplikasi penyakit.

Maklumat:

Keputusan PRU 12 bagi DUN Kerdau
Jumlah Pengundi: 8,451
Peratusan Kaum: M: 89.04% C:5.62% I: 3.59% L: 1.75 %

1. Zaharuddin Abu Kassim (BN) (4,135)
2. Hassanuddin Salim (Pas) (2,520)

Majoriti: 1,615
Jumlah undi: 6,777
Peratus mengundi: 80.19%
Undi rosak: 122

Penyandang: Redzwan Harun (BN)
(Majoriti: 2,565 undi)
Berita sebelum ini
Adun Kerdau kawin lagi selepas dua bulan kritikal 28/8/2010 - TEMERLOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, yang kritikal dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) Mei lalu sehingga menimbulkan spekulasi pilihan raya kecil (PRK), akan menamatkan zaman dudanya selepas hari raya ini.

Akhbar The Star melaporkan, Zaharuddin akan berkahwin dengan wanita yang berusia 30 tahun lebih muda daripadanya, Rozlifah Ahmad, 33, after Hari Raya.

“Sudah empat tahun saya bersendirian selepas pemergian isteri saya dulu. Sekarang saya jatuh cinta semula, dengan izin tuhan,” katanya ketika menyampaikan bantuan kepada anak-anak yatim dan elaun ketua-ketua kampung dalam Dun Kerdau.

Pada Mei lalu, Zaharuddin dimasukkan ke wad di IJN berikutan kondisi kritikal dan tidak sedarkan diri akibat komplikasi barah usus sehingga menimbulkan spekulasi diadakan PRK bagi Dun berkenaan.

Zaharuddin yang bersyukur kerana ditemukan dengan Rozlifah, dikatakan kini sedang merancang satu tarikh “hari besar” bagi perkawinannya dan menambah lima orang anaknya telah merestui perkawinannya itu.

Zaharuddin yang masih menerima sesi rawatan fisioterapi secara regular mula bertugas semula bulan lalu dan menghadiri sehari sidang dewan undangan negeri baru-baru ini.

Pada pilihan raya lepas, Zaharuddin mengalahkan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.