TEMERLOH 12 Feb [9.00 pm] - Satu lagi Pilihan Raya Kecil bakal disaksikan dalam masa terdekat ini apabila
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Pahang,
Datuk Zaharuddin Abu Kassim (foto) meninggal dunia dalam perjalanan ke
Hospital Sultan Haji Ahmad Shah dekat sini
, petang tadi. Zaharuddin, 63, sebelum itu dilaporkan terjatuh di bilik air rumahnya di Kerdau, dekat sini. Allahyarham sebelum ini pernah menerima rawatan di I
nstitut Jantung negara (IJN) dan
Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh akibat komplikasi penyakit. Sejak setahun lalu, allahyarham seringkali keluar masuk hospital kerana pelbagai penyakit.
Kali terakhir adalah pada November tahun lalu di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Hospital di Temerloh kerana tekanan darah yang tidak menentu. Allahyarham juga
sebelum ini pernah dimasukkan ke IJN pada 9 Mei tahun lalu apabila berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya selepas menjalani pembedahan ulser usus.
[Dalam Pilihanraya Umum ke-12 (2008) lalu Zaharuddin yang mewakili BN menang kerusi DUN Kerdau dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim. Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus kaum-kaum lain. Soalnya sekarang, apakah status quo untuk PAS ini akan dipertikaikan oleh semua pihak. Maka, nampaknya satu lagi pilihanraya kecil terpaksa dilalui sebelum pilihanraya umum ke-13 nanti. Kali ini di negeri kelahiran PM Najib Razak selepas negeri TPM Muhyiddin di DUN Tenang dulu. Selamat berjuang buat semua di Kerdau !].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan