"Pagi tadi semua ADUN dan EXCO dari Kerajaan Pakatan Rakyat Perak dan KERAjaan Haram Barisan Nasional Perak telah dipanggil untuk menghadiri satu mesyuarat oleh PPAC (Perak Public Accounts Committee).

Semua ADUN dan EXCO Kerajaan Pakatan Rakyat Perak hadir ke Bangunan SUK dan mengadap para pegawai PPAC manakala dipihak KERAjaan Haram Barisan Nasional Perak tidak kelihatan walau seorang pun wakil mereka (mungkin Zambry hadir tetapi GAGAL di"LIHAT").

Kalau ikut kenyataan pegawai PPAC minggu lepas, mana-mana ADUN dan EXCO yang gagal menghadirkan diri, boleh dikeluarkan waran tangkap keatas mereka. tak gitu?

Mampuih... KERAjaan Haram, MB Haram, EXCO Haram, Penghakiman Haram kena pulak waran tangkap...


http://perisik-rakyat.com/
http://www1.malaysiakini.com/news/99644

Aktivis gereja lancar kempen tandatangan isu 'Allah'


Para aktivis gereka Sabah yang diketuai Dr Jeffrey Kitingan akan melancarkan kempen mengutip tandatangan supaya kerajaan pusat menarik larangan terhadap penggunaan perkataan Allah oleh penganut Kristian dalam sembahyang, doa, nyanyian dan dalam bahan cetak.

Para aktivis gereka Sabah yang diketuai Dr Jeffrey Kitingan akan melancarkan kempen mengutip tandatangan supaya kerajaan pusat menarik larangan terhadap penggunaan perkataan Allah oleh penganut Kristian dalam sembahyang, nyanyian dan dalam bahan cetak.


Jeffrey Kitingan and Ronnie Klassen"Kempen ini akan diadakan selama sehingga 29 Mac dan semua orang, tidak kira agama mereka, boleh menurunkan tandatangan bagi menyokong kempen tersebut," kata Jeffrey dalam sidang akhbar di kediamannya di Kota Kinabalu.

Kempen tandatangan tersebut juga, katanya, boleh diakses secara online melalui www.PetitionOnline.com/sabahan/petition.html.

"Kita akan menyerahkan satu memorandum bersama dengan tandatangan tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya," katanya.

Beliau juga mahu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar menjelaskan amarannya baru-baru ini bahawa mereka (penganut Kristian) yang menggunakan perkataan Allah dalam bahan cetak boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan bukannya di bawah Akta Penerbitan dan Mesin Cetak.

Jeffrey - adik kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Joseph Pairin Kitingan - juga merupakan naib presiden PKR dan pengerusi Borneo Heritage Foundation.

Penganjur bersama Ronnie Klassen, seorang ahli perniagaan, menyuarakan keyakinannya bahawa versi online kempen tandatangan itu akan menarik sokongan dari Vatican dan masyarakat antarabangsa.
"

09/03/2009 - Ceramah Isu Sidang Dun Bawah Pokok...

"Ceramah Bersama

YB Tuan Haji Saari Sungip
(Adun Hulu Klang,Selangor)

9 Mac 2009 Isnin

9 Malam

Markaz Pas Kg Ladang,Gelang Patah
Johor

Sebarkan Dan Semua Dijemput Hadir.

Lawatilah
http://lutfimj2006.blogspot.com/"

AMK Keadilan Kepala Batas keluar TV

"Alamak, siap ada bukti salinan slip bank lagi. Dia ni boleh buktikan ada transisi terus ke akaun peribadi.

AMK Keadilan Kepala Batas memang berbisa, hebat.

Prinsip perjuangan, dedahkan perilaku rasuah kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bukan sebab tak dapat pegang jawatan. Sombong pula, kalau ada jawatan yang ditawarkan, beliau menolak mentah-mentah sebab lari dari prinsip perjuangan, bukan nak jawatan.

Kalau dah ada bukti yang kukuh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang makan rasuah, mengapa bising-bising di media perdana, terus bawak bukti tersebut ke SPRM cap lembu dan buat aduan. Ini dah langgar hukum perjuangan, kata ada prinsip perjuang keadilan.

Bila dah muka keluar tv, ada bukti berkotak-kotak salah laku PR. Mesti ada yang tidak kena lah tu.




http://keretaburuk12.blogspot.com/"

Apa nak jadi dunia dah terbalik!

Polis akan menyiasat kesemua 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat di Perak, termasuk Speaker DUN V Sivakumar, berhubung satu perhimpunan sebelum persidangan tergempar bawah pokok kelmarin.

Ketua Polis Perak Datuk Zulkifli Abdullah berkata mereka semua, termasuk Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, akan dipanggil atas dakwaan berhimpun secara haram dekat pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri (DUN).


Di atas adalah petikan berita dari akhbar dalam talian Malaysiakini semalam.

Apalah nak jadi dengan negaraku Malaysia? Semua sudah jadi terbalik. Siapa yang salah sekarang? Ahli Dewan Negeri (ADUN) yang nak masuk ke Dewan Negeri (DUN) disekat oleh polis. Bila mereka tersekat di pintu masuk bangunan yang menempatkan DUN itu, mereka akan didakwa atas tuduhan mengadakan perhimpunan haram. Sepatutnya polis dan pihak yang mengarahkan sekatan itu didakwa kerana menyekat mereka dari melaksanakan tugas rasmi mereka sebagai ADUN.

Inilah gambaran dunia hari ini khususnya negara kita Malaysia ini. Gara-gara hendak berkuasa mereka sanggup melakukan sesuatu yang jelas di luar munasabah sekaligus bertentangan dengan undang-undang dan peraturan yang mereka sendiri cipta. Mereka mentafsir undang-undang itu mengikut kehendak nafsu mereka, walaupun dunia dan seluruh orang yang berakal waras menilainya mengikut pertimbangan yang sangat jelas bertentangan dengan kehendak mereka itu.

Mereka langsung tidak ada maruah dan rasa malu dengan tindakan mereka yang tidak bertamadun itu. Mereka tidak akan pernah peduli dengan apa orang akan kata kepada mereka. Yang penting bagi mereka, periuk nasi mereka akan terus berasap dan kemewahan hidup yang mereka nikmati selama ini akan terus dikecapi.

Manusia jenis apakah mereka ini...

http://ibnugharib.blogspot.com

Cabaran berat di....


"Cabaran berat di Perhimpunan Agung UMNO...
( Cabaran untuk membakulsampahkan @ MenICUkan @ Mengkapankan UMNO)

Artikel nie dibaca dari AGENDADAILY yang memang khas untuk mencantikkan segala perilaku dan menghalalkan kerja buat UMNO . Apapun saja2 nak jawab sikit ttg tulisan Bad @ Bed nie yang nampaknya masih diulit pemikiran ortodoks @ kuno @ basi yang mengandaikan orang hanya baca apa yang UMNO cerita . Assalamualaikum Bad !! bangun jangan tido2 lagi . Skrang dah zaman BERfikir la . Bukan main baca telan .


Bad kata : “Di utara semenanjung timbul cerita adanya suara sumbang terhadap Tuanku Sultan Kedah.”

Adun yang kata ada orang derhaka raja tiba2 tak datang majlis angkat sumpah yang raja aturkan . kerusinya pun kosong . Sibuk berdemo ..berdaulat tiba2 tak datang bila raja jemput . Malu kot nak mai … nanti raja tanya sapa yang kata … nak habaq sapa ??

Bad kata : “Turun ke bawah sedikit di Pulau Pinang, kerajaan negeri itu telah menghantar notis kepada 60 pemilik premis perniagaan di Batu Feringghi supaya merobohkan bangunan masing-masing walaupun mereka telah bertapak di sana sejak kira-kira 30 tahun lalu.”

Meh saya nak cerita pulak ;

KG BEREMBANG

Cari punya cari berita ini setakat ini hanya disiarkan oleh Utusan Meloya Onlen . Nak bagitau kat Bad @ Bed . Tak pernah dengar ka KG BEREMBANG ? Mai nak bagitau .Penduduk Kg yang telah menetap selama 30 tahun di Kampung Berembang, Ampang mendapati rumah-rumah mereka dirobohkan oleh MPAJ dengan kerjasama polis dan anggota RELA meskipun perumahan alternatif mereka hanya akan siap dalam masa 6 bulan. Mereka menyaksikan rumah yang mereka bina selama ini dirobohkan ketika hujan sedang melanda.Kira-kira 470 penduduk kampung ( sikit kut bilangan nie ..) tersebut terpaksa tidur dalam bangsal-bangsal sementara yang dibina untuk berteduh dari hujan lebat yang kerap melanda akhir-akhir ini. Ada sesetengah penduduk yang sedang menghadapi peperiksaan SPM dan STPM. Beberapa penduduk lain pula mengambil keputusan berteduh di surau dengan harapan ia tidak dimusnahkan.

Penduduk di sana dikenali sebagai penyokong kuat UMNO. Dan lebih memilukan lagi, syarikat pemaju tersebut yang diasaskan oleh usahawan Tee Leh Teck, mempunyai dua orang pengarah Melayu yang pernah berkhidmat di dalam UMNO / kerajaan.

psst : Bad syarikat cina dibantu 2 melayu meroboh rumah 470 penghuni melayu . Apa cerita nie ?? Cukuplah letak Kg Berembang kat sini . Nanti terlupa pulak kalau cerita banyak2 .

Bad Kata : “Gambaran ini mungkin baru titik permulaan melibatkan sultan dan kesultanan Melayu. Yang mengecewakan ialah kebanyakan yang kelihatan mahu mencabar, derhaka dan berniat tidak baik terhadap institusi raja adalah bukan Melayu.”

Saya kata ; Bukan titik mula .. titik mulanya tahun 1993 . Presiden hang juga yang mula mencabar institusi raja . Meh kita sama2 baca apa kata Presiden UMNO 1993 dulu .


Tuan Yang di-Pertua,

8. Sistem pemerintahan lama negeri-negeri Melayu adalah sistem feudal di mana Raja berkuasa penuh tanpa Perlembagaan yang ditulis. Sistem feudal ini ditentukan oleh adat yang sering dimanipulasikan dengan sewenang-wenangnya oleh pihak berkuasa. Jika pihak yang berkuasa melampaui adat, pegawai- pegawai istana atau rakyat sukar untuk menegur dan membuat sebarang dakwaan. Tetapi apabila keadaan menjadi terlalu buruk, kemungkinannya ialah adat diketepikan dan pemberontakan berlaku. Tetapi cara ini tetap membawa kesan yang buruk tanpa menjamin bahawa pemberontakan akan memperbaiki keadaan.

9. Oleh itu lahirlah pendapat bahawa Raja perlu diletak di bawah suatu Perlembagaan yang menentukan kedudukan dan peranan Raja. Dengan cara ini Raja tidak lagi boleh bertindak dengan sewenang-wenangnya. Kuasa Raja akan ditentukan oleh Perlembagaan, iaitu undang-undang asas negara. Namun ada Raja yang sanggup menyerahkan negeri sendiri kepada kuasa asing tanpa menghiraukan Perlembagaan.

psstt : tapi betul juga kata2 Bad tu yang mahu mencabar raja nie BUKAN MELAYU . Kesian Tun … BUKAN MELAYU



Bad kata : “ Apabila Pulau Pinang dan Perak dikuasai DAP, nasib orang Melayu tidak terbela lagi. Kerana itulah ada arahan untuk merobohkan gerai yang sudah berusia kira-kira 30 tahun. Daripada 41 permohonan membalak diluluskan , pengusaha Melayu mendapat 11 sahaja”

Saya kata : DAP memerintah PP baru masuk setahun dan tiba2 nasib orang melayu sudah tidak terbela .tiba2 orang melayu mula miskin dan papa kedana .Apakah tahap kebangangan yang melanda pemikir2 UMNO , masih menggunakan hujah keortodokan3 sebegini . UMNO sudah berkuasa selama lebih 50 tahun di PP . Dan selama itulah MELAYU semakin terhakis dari Pulau Mutiara . Selama itulah tanah2 rizab tergadai sekangkang demi sekangakang . Selama itu Melayu PP semakin hari semakin mengecil menghuni ceruk2 Pulau Mutiara . Siapa yang menyerahkan tampuk Ketua Menteri kepada Bukan Melayu kalau bukan UMNO ..? Siapa ? Siapa punya angkara ?

Bad Kata : Di Selangor, projek ternakan babi mendapat perhatian utama walaupun kerajaan sebelumnya berbangga dengan masjid negeri dan pelbagai masjid baru lain yang telah dibina. Pendek kata, apa juga yang menyayat hati orang Melayu akan diberi keutamaan.

Amat sedih yang teramat ..Kjaan Selangor dahulu rupanya hanya berbangga dengan membina masjid-masjid baru . Ya Allah .. inilah tandanya kiamat .Kalau Bad nak tahu antara tanda2 akhir zaman orang Islam berlumba2 menghias dan bermegah dengan masjid TAPI membiarkan masjid kosong dan sepi dari dimakmurkan .. Sedih sedih

Bad Kata : “Inilah hakikat yang terpaksa dilalui apabila orang Melayu melalui UMNO yang menjadi teras dan tunjang keperkasaan BN dilihat dan ditanggapi sudah lemah. Kerana Melayu sudah lemah, orang lain mulai mempertikaian kedaulatan bahasa Melayu sehingga ada pula yang mencadangkan menaikkan martabat bahasa Mandarin sebagai bahasa penghantar.”

Saya Kata ; Nak tanya Bad .. antara Bad dengan A Samad Said sapa yang perjuang bahasa ? Menukarkan Sains dan Mate dari B Melayu ke B Inggeris dikira memartabatkan bahasa .. Pelajar SPM sains tulen yang mengambil 10 Subjek . Mereka hanya mempelajari 3 matapelajaran dalam bahasa melayu . [ Bmelayu – Sejarah – Pislam - ] Ini dikira memartabatkan bahasa hua hua hua .. dah nyanyuk ke . Kalau sasterawan negara pun kata manusia yang sokong PPSMI ni ibarat bertelinga satu berlidah dua .. agak2nya Bad nie dalam golongan mana ? Tak payahlah nak api2 kan perkauman . Nk bagi melayu dan cina bertelagah . UMNO lah yang dok mengayakan cina ..buat apa nak menjerit2 pula .

Pergerakan Pemuda UMNO yang pernah diibaratkan sebagai harimau suatu ketika dahulu, kini boleh dipanggil ‘celaka’ sahaja kerana orang yang mengungkapkannya tentunya bertanya apa yang boleh Pemuda lakukan selain daripada menjerit dan tunjuk perasaan.

Ooo .. tak perasan pulak yang dulu orang nampak Pemuda UMNO nie macam rimau ..Ehh sekarang pun macam rimau jugak .. rimau dalam kandang kot ... Selain dari menjerit Pemuda UMNO juga pandai mengeluarkan keris dari sarungnya . Nak buat macam mana ..masa belajar dulu TokGuru sempat ajar keluar keris saja ..

Pendek kata, dalam segala hal, termasuk berkaitan institusi kesultanan Melayu, pihak pembangkang dan penyokong-penyokong mereka mampu memperkotak-katikkan orang Melayu.

SIAPA YANG KOTAK ? SIAPA YANG KATIK ? SIAPA MELAYU ?

Arnaud Dubus - Hati-hati, Takut Nanti Nasibmu Seperti Altantuya!!

" Petang kelmarin malaysiakini melaporkan mengenai Arnaud Dubus, wartawan akhbar Liberation dari Perancis yang mendedahkan penemuan baru kematian Altantuya Shaaribu yang dikaitkan dengan bakal Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak. Wartawan Perancis yang berpengkalan di Bangkok itu juga dikatakan berhasrat mendedahkan kisah pembunuhan wanita itu termasuk berhubung komisyen pembelian kapal selam untuk Kementerian Pertahanan dalam projek bukunya yang akan datang.


Kita tidak tahu sama ada mamat Perancis itu mengenali sejarah dan kehebatan Najib mencatur politik masa depannya. Kita juga tidak tahu sama ada beliau pernah dengar cerita kehilangan Balasubramaniam yang sehingga sekarang tidak diketahui di mana berada. Kita juga tidak tahu sama ada beliau pernah dengar cerita kehilangan ADUN Changkat Jering, Behrang dan Bota yang kemudian didapati selamat bersama Najib.

Semua orang tahu ketiga-tiga ADUN itu selamat di sisi Najib kerana mereka berguna untuk masa depan parti yang dipimpin Najib. Balasubramaniam pula tidak diketahui di mana berada, kerana dia tidak berguna lagi untuk sesiapa. Altantuya pula dikatakan hilang bersama nyawanya sekali kerana dia menjadi gadis yang paling tidak berguna dan merbahaya!

Dan Arnaud Dubus? Seperti Altantuya, dia juga menjadi manusia yang tidak berguna kepada mereka. Bukan saja tidak berguna, malah bahaya!! Bangkok bukan jauh sangat dengan Kuala Lumpur. Jika hendak mengadakan operasi sulit di Bangkok bukan payah sangat. Naik bas dari KL ke Bangkok hanya ambil masa 12 jam saja. Jika naik kapal terbang dari KLIA ke Bangkok pula mengambil masa cuma 2 jam. Sekejap saja... sampailah!

Jika Arnaud selamat di sana, ada pula yang rasa tidak selamat di sini kerana buku mengenai pendedahan kematian Altantuya dan kaitannya dengan pembelian kapal selam akan keluar nanti. Yang kita khuatir ialah mungkin dia akan hilang. Jika hilang seperti Balasubramaniam dikira masih bernasib baik kerana dikatakan masih hidup di sebuah negara antah berantah. Tapi jika hilang bersama bahan peledak C4, nasiblah!

Oleh: pendikar gunung kriang

http://pendikargunung.blogspot.com/
"

Kejamnya manusia yang bernama polis...

Inilah rentetaqn kata-kata Altantuya sebelum beliau menemui ajalnya akibat manusia yang berperangaikan setan. lebih jahat daripada setan yang sebenar... Celakanya manusia yang bernama polis ini. Biarlah dia mampus di tali gantung.. dan jika dia dikuburkan mailah kita pakat-pakat kencing di atas kuburnya.,.... Biarkan dia minum air kencing bila dahaga dibalun oleh malaikat...


Baca coretan yang menyayat hati ini...

Apabila perempuan Cina itu melihat saya mengeluarkan sepucuk pistol, dia merayu supaya dilepaskannya kerana dia sedang mengandung. Azilah (pegawai pemerintah kepada Sirul) menarik perempuan itu dan menghumbannya ke atas tanah. Saya segera menembak pada bahagian kiri mukanya. Kemudian Azilah menanggalkan pakaian perempuan itu dan memasukkan pakaian yang ditanggal itu ke dalam sebuah plastik hitam. Azilah mendapati tangan perempuan itu masih bergerak. Dia memerintahkan saya untuk menembak sekali lagi, dan saya melakukannya", ujar Sirul. Ini adalah merupakan pengesahan yang pertama identiti pembunuh Altantuya. " Kemudian kami mengusung mayatnya ke dalam hutan, Azilah membalut bahan letupan di sekeliling kaki, abdomen dan kepala perempuan itu dan kemudian kami meletupkannya."

Inilah dia manusia yang mengaku Melayu, mengaku jadi polis yang jaga undang-undang, yang mengaku Islam dan yang tak mengaku ialah dia ni berperangai lebih teruk dari setan. Kata bini aku, dia nak bunuh cicak p-un tak sampai hati inikan pula nak bunuh manusia yang taqk berdaya, yang mengandung, perempuan yang merayu-rayu. Mungkin ketika ini polis ini dah dirasuk setan tahap mejar. Mejar setan bukan senang nak halang. Kalau setakat koperal setan, bolehlah kita elak, tapi ini Mejar Setan yang setaraf iblis... Celakalah polis yang buat kerja ini...

" Ya Allah ya tuhanku,kau laknatlah polisyang buat kerja ini dan kau laknatla segala manusia yang terlibat dalam pemunuhan ini. Hanya engkaulah Allah yang maha mengalahkan dan hanya engkau sajalah yang layak menghukum manuia berhati iblis ni.. Amin...."

Benarlah seperti kata-kata ulamak.. Dalam masyratakat binatang tiada manusia tapi dalam masyarakat manusia banyak binantang. Tapi yang bunuh ni special sikit.. Yang ni aku kata..

" Dalam keturunan iblis tiada manusia tetapi dalam keturunan manusia banyak iblis. Ini ialah iblis dari keturunan manusia. Patutlah banyak sangat iblis sebab dicampur dengan iblis yang berketurunan manusia. Mereka serupa kita, bercakap mungkin lebih lembut dari kita, sembahyang mungkin lebih rajin dari kita, serbannya mungkin lebih besar dari serban kita, tetapi merekalah sejahat-jahat iblis .

Cukuplah coretan aku kali ini. Tak boleh rasanya nak sambung keran perasaan yang terlalu marah aku kepada polis ini dan keturunannya yang serupa iblis. "

Ceramah Umum

Mengenang 3 Mac 1967: Apabila Parlimen memenggal leher bahasa

Seorang wanita yang meminta saya sekadar memanggilnya "makcik" menelefon pagi Isnin lalu, dengan loghat Kedah yang pekat: "Lutfi, jadi tak demonstrasi 7 Mac nanti? Makcik nak bawa anak-anak sekali, biar kena sembur air pun takpa." Saya mencelah pantas: "Mesti jadi makcik, insya-Allah, bagus bawa anak-anak dan kawan rakan sekali. Isu bahasa ini isu semua pihak."

"Tujuan makcik telefon Lutfi ini sebab makcik nak nyanyi lagu berkaitan bahasa kebangsaan, yang selalu kami nyanyi dulu-dulu, tahun 60-an, makcik dan kawan-kawan di Bukit Besar, Kedah. Boleh makcik menyanyi?" Ramah betul makcik itu memperkenalkan diri sambil meminta izin menyanyi.

Selesai menyanyi, makcik bertanya: "Sedap tak Lutfi?" "Memang sedap!" balas saya jujur. Bersemangat sungguh makcik menyanyi walaupun pendengarnya hanya saya seorang. Sayang saya tidak ingat liriknya. "Sedap lagu atau sedap suara makcik?" beliau terus berkelakar gaya orang Kedah. "Dua-dua sedap makcik," sesungguhnya reaksi saya bukan untuk mengambil hatinya kerana memang ia berupaya menyuntik "rasa syahdu" kepada bahasa Melayu.

Saya terkilan kerana tidak sempat menyimpan nombor telefon makcik itu. Apa pun, semoga lebih ramai "audien baru" demonstrasi akan memeriahkan perarakan bersejarah nanti. Kerajaan yang sudah pekak dengan rayuan, memorandum dan resolusi persidangan, sesekali perlu diperingatkan secara lebih lantang hingga pecah gegendang telinganya, tentang nasib malang anak bangsa, atau sekurang-kurangnya mendengar kembali nyanyian lagu patriotik bahasa kebangsaan yang dinyanyikan makcik tadi. Biar gema suara itu memecah tembok, mencecah langit, menghunjam ke laut dalam.

Isu mendaulatkan bahasa Melayu sememangnya tidak terhenti setakat himpunan 7 Mac. Juga tidak akan diberi tanda nokhtah walaupun PPSMI yang hodoh, pelik dan bodoh itu dibatalkan perlaksanaannya, apatah lagi jika ia hanya sekadar diubah-suai wajah kosmetiknya.

Elok juga dihimbau peristiwa "api dan air mata", pada hari Jumaat, 3 Mac 1967, 42 tahun lalu, di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka, apabila hampir 2,000 orang daripada 120 NGO berkumpul, "duduk berhimpit-himpit, berdiri berjejal-jejal, di pintu masuk bersesak-sesak, di anak tangga jengah-menjengah, yang di bawah berpusu-pusu".

Tujuan mereka di Balai Budaya itu hampir sama dengan himpunan 7 Mac 2009 bagi menuntut mansuhkan PPSMI. Dahulu, mereka menentang Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan yang sedang diperdebatkan di Parlimen, yang sebenarnya melemahkan lagi kedudukan bahasa Melayu.

Apa yang menarik ialah catatan bagaimana selepas ucapan berapi-api Syed Nasir Ismail, seorang pemuda, Wan Ahmad Nasir melompat naik ke pentas lalu mengambil alat pembesar suara di meja pengerusi dan berteriak: "... dengan ini, saya rampas majlis ini, kami tidak mahu bercakap lagi, semangat kami cukup dibakar, mari berarak ke Parlimen ..."

Usman Awang merakamkan detik-detik bersejarah 3 Mac 1967 itu dalam bait-bait puisinya:

Malam itu di Balai Budaya
Api dan Air Mata

Malam itu di Balai Budaya
Seorang guru tua berbicara
'Berarak ke Parlimen, aku di muka'

Malam itu di Balai Budaya
Seorang peguam muda berkata
'Bakar Perlembagaan 152'

Malam itu di Balai Budaya
Seorang pemuda berteriak
'Ayuh, mari kita berarak'

Malam itu di Balai Budaya
Para pelajar berikrar
'Dada kami sedia dibakar'

Malam itulah juga
Parlimen jadi pertanda
Memenggal leher BAHASA

Kita tunggu puisi terkini himpunan 7 Mac. _

Wujudkan kerajaan Perak yang stabil melalui dewan

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Hrkh) - Krisis politik paling buruk di Perak memerlukan penyelesaian yang berpandukan kepada demokrasi dan kehendak rakyat. Dengan itu pertikaian dan perbahasan teknikal mengenai perlembagaan dan undang-undang tidak harus diperpanjang. Kita juga tidak memerlukan mahkamah untuk masuk campur.

Demikian ditegaskan oleh Dato Param Coomaraswamy, bekas Presiden Majlis Peguam yang juga pernah menjadi Jurulapor Sekretariat Kebebasan Kehakiman Bangsa-Bangsa Bersatu.

"Krisis yang berlaku di Perak sekarang tidak akan berlaku sekiranya DYMM Sultan Perak berkenan membubarkan dewan pada 5 Februari lalu," ujarnya.

Dengan itu beliau merayu supaya sultan bertindak membubarkan dewan bagi memberikan rakyat peluang untuk menentukan siapa yang mereka mahu untuk membentuk kerajaan.

Param menegaskan kemelut di negeri itu tidak harus dibiarkan melarat menjadi padang jarak padang tekukur yang tidak berdasarkan kepada kedaulatan undang-undang.

"Ketika ini Perak tidak mempunyai sebuah kerajaan yang sah dan diterima," keluhnya.

Sementara itu, Presiden Majlis Peguam Dato Ambiga Sreenivasan turut menyeru supaya Dewan Undangan Negeri dibubarkan agar rakyat dapat membuat pilihan. Tambahnya ada hal-hal tertentu yang tidak jelas di sisi undang-undang, termasuk Peraturan Dewan dan ia seharusnya diselesaikan dengan memberikan ruang untuk speaker membuat keputusan.

Ambiga turut menyatakan rasa tidak senang kepada keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh Rabu lalu yang tidak membenarkan Speaker S. Sivakumar menggunakan peguam yang dilantik, Tommy Thomas dan mengarahkannya menggunakan khidmat Penasihat Undang-undang Negeri yang telah pun mewakili Dato Dr Zambry Kadir.

Dalam pada itu Prof. Dr Abdul Aziz Bari juga menyuarakan sentiman yang sama. Katanya kemelut yang berlarutan sejak hujung Januari itu tidak akan melarat sehingga membabitkan Dun dan mahkamah sekiranya sultan berkenan membubarkan dewan sebagaimana yang dipohon oleh Dato Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Profesor undang-undang perlembagaan dari UIAM itu juga setuju dengan Param mengenai perlunya media berhenti melayan perbahasan teknikal undang-undang.

"Buat masa ini dengan tiba-tiba begitu ramai pakar muncul dan memberikan pelbagai tafsiran teknikal sehingga lupa masalah pokok yang asal, khususnya pemisahan kuasa, hak rakyat dan keadaan kritikal yang dihadapi sekarang," ujarnya.

Aziz berkata isu penting yang perlu ditangani sekarang ialah perlunya sebuah kerajaan yang stabil diwujudkan melalui dewan. Dalam rangka itu, jelasnya, peraturan tetap tidak harus dibaca begitu rigid sehingga menyebabkan usul undi percaya diketepikan.

Pendekatan yang rigid dan mengenepikan maksud asal perlembagaan itu juga meletakkan perkenan sultan sebagai syarat sedangkan ketika ini ia sedang digunakan untuk menghalang dewan bersidang.

Aziz juga bersetuju dengan Param tentang doktrin pengasingan kuasa.

"Mahkamah jelas tidak mengambil kira prinsip ini apabila ia mengeluarkan perintah terhadap dewan Rabu lalu. Ia jelas tidak memahami kedudukan dan autonomi dewan dalam kerangka perlembagaan," katanya.- tmj _

Wanita JIM mahu kerajaan prihatin masalah rakyat

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Hrkh) � Wanita Jamaah Islah Malaysia (JIM) meminta kerajaan prihatin masalah rakyat termasuk tidak menambah bebanan mereka yang sudah tersepit dengan kesan kemelesetan ekonomi seperti menaikkan kadar tol dan harga barangan keperluan terutama makanan.

Menurut Ketuanya, Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj pihak kerajaan dan semua lapisan masyarakat perlu menangani kesan-kesan negatif akibat krisis ekonomi global yang melanda dunia.

Katanya, laporan dan ramalan menunjukkan krisis ekonomi global ketika ini dan yang akan datang lebih meruncing daripada krisis pada 1998 dulu.

Sewajarnya krisis ini menimbulkan kesedaran kepada kerajaan dan masyarakat khususnya wanita untuk mengambil langkah positif bagi menanganinya, katanya dalam satu kenyataan media yang difakskan kepada Harakahdaily.

Beliau menggesa kerajaan memberikan bantuan latihan kemahiran asas kepada mereka yang diberhentikan kerja untuk meningkatkan kapasiti meneruskan pencarian sumber kehidupan dengan cara yang halal dan berkesan.

Menurut beliau, langkah proaktif oleh Lembaga Zakat Selangor dalam memberikan bantuan kewangan kepada mereka yang dibuang kerja perlu dicontohi oleh agensi kewangan lain.

Selain itu, beliau turut berharap pusat komuniti dan tempat ibadah mengadakan sesi kaunseling individu atau berkelompok bagi memberikan sokongan moral kepada individu terbabit. - lanh _

"Siapa Exco yang derhaka itu?" - MB Kedah

ALOR SETAR, 5 Mac (Hrkh) - Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mempersoalkan ketaatan kepada raja sepertimana dilaungkan Ketua Pemuda Umno yang juga Adun Ayer Hangat, Mohd Rawi Abdul Hamid berikutan ketidakhadirannya ke Majlis Perlantikan Dan Angkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Istana Anak Bukit pada 3 Mac baru-baru ini.

"Orang yang kata ada Exco derhaka tu, mereka pun tidak datang istana. Ketua Pemuda Umno itu dia Adun (Ayer Hangat), majlis ini Tuanku Sultan panggil, tetapi dia tak hadir. Dia kata dia taat kepada raja, bolehkah saya kata dia derhaka kepada raja? Berapa banyak majlis dia tidak pernah datang.

"Pergi tanya dia, derhaka atau tidak majlis Tuanku tidak datang. Dia kata (dakwa) orang derhaka kepada raja. Siapa dia, nama apa, buat di mana, ada bukti apa? Kalau itu barulah saya hormat, barulah profesional. Kata tidak profesional dia marah pula.

"Tidak tahulah kalau awak semua (wartawan) ada nampak Ketua Pemuda Umno datang hari ini. Berapa kali tak datang pun. Itu taatkah? Derhaka atau tak?" persoalnya pada sidang media selepas majlis tersebut.

Sebelum ini Rawi dilaporkan telah menghantar memorandum kepada Istana Anak Bukit berhubung dakwaannya terhadap Exco Kedah yang dikatakan menderhaka.

Terdahulu, beliau menggesa nama Exco berkenaan dinyatakan kepadanya apabila wartawan menyoal bahawa salah seorang Exco sedang disiasat polis berikutan tuduhan menghina Tuanku Sultan Kedah.

"Salah seorang tak boleh pakailah, kena letak namalah. Cuba beritahu saya nama Exco itu. Buat alasan (menggunakan ayat) 'salah seorang Exco'. Esok orang kata Menteri Besar pula.

"Tidak ada nilai berita, nilai yang sah. Jadi saya tidak akan layan kenyataan mengarut ini. Saya masih banyak kerja hendak dibuat. Hari ini kita tengok walaupun mereka bercakap macam-macam, nak runtuh dunia, (tetapi) perlantikan berjalan sangat sempurna," ujarnya menyangkal. _

Kerajaan Kedah saman TV3

ALOR SETAR, 5 Mac (Hrkh) - Kerajaan Negeri Kedah memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas TV3 ekoran stesyen penyiaran itu berterusan menyiarkan berita yang disifatkan sebagai bohong dan berniat jahat.

"Pagi ini saya diberitahu TV3 ulang lagi bahawa Exco derhaka angkat sumpah, ini satu kenyataan yang tidak betul. Kita tidak tahu siapa derhaka.

"Oleh kerana dah melampau sangat, saya sudah arah Dato' Penasihat Undang-undang Negeri mengambil tindakan undang-undang kepada TV3 dalam mesyuarat Exco tadi. Kerana dia ada 'mala fide' (berniat jahat) yang berterusan," tegas Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak pada sidang medianya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Wisma Darul Aman, di sini semalam.

Ujarnya, pada majlis mengangkat sumpah Exco Kerajaan Negeri kelmarin, beliau telah pun menerangkan kepada media bahawa beliau masih menunggu nama Exco tersebut.

"Sebenarnya saya sudah terangkan semalam, kita sedang menunggu nama Exco yang dianggap menderhaka dan orang ramai pun tak ambil kisah sangat hal itu. Tuanku Sultan pun tidak ada apa-apa. Tuanku dengan sukacita melantik semua Exco. Jadi kalau sudah angkat sumpah depan Tuanku dan Tuanku pun telah perkenan tidak timbullah isu derhaka.

"Jadi kita nampak TV3 berniat buruk, berniat jahat maka wajarlah kerajaan negeri mengambil tindakan undang-undang ini. Jadi Penasihat Undang-undang Negeri akan ambil langkah yang perlu untuk itu," jelasnya ringkas.

Sebelum ini stesyen penyiaran yang sama telah beberapa kali ditegur Menteri Besar atas laporan-laporan mereka terhadap Kerajaan Negeri Kedah. Antaranya berkenaan penutupan Tabika Kemas, perlantikan Pengarah Eksekutif Kumpulan Taman Teknologi Tinggi Kulim, penggunaan payung kuning di raja dan jet eksekutif, pembalakan di sekitar kawasan tadahan air dan penternakan babi di Bukit Selambau. - azm_

Apakah SPRM, Umno dan Gerak punyai perkaitan kerja?

APAKAH SPRM hanya akan bertindak kepada pimpinan Pakatan Rakyat? Kita juga boleh lihat contoh yang sama berlaku di Perak bagaimana V. Sivakumar dipanggil oleh SPRM negeri tersebut sehari selepas Umno membuat laporan terhadapnya berkaitan dengan isu penggantungan Zambry Kadir dan exco-exconya? Apakah perkaitan di antara SPRM, Umno dan Gerak? Apakah ketiga-tiga organisasi ini mempunyai perkaitan kerja?
Iklan




DI AKHIR-AKHIR riwayat Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelima, reformasi yang dijanjikan dalam kempen pilihan raya 2004 cuba dilaksanakan dengan tergesa-gesa.

Di antara yang cuba dilaksanakan ialah reformasi terhadap Badan Pencegah Rasuah (BPR) agar pencegahan rasuah di Malaysia dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Maka idea untuk melaksanakan sebuah suruhanjaya yang bebas dan diletakkan dibawah kuasa parlimen pun timbul.

BPR dahulu dikritik dan dikecam kerana dilihat hanya menagkap "ikan-ikan bilis" yang boleh diertinya sebagai kes-kes yang kecil. Contohnya, kes-kes seperti anggota keselamatan yang ditahan kerana meminta rasuah sebanyak RM200. Sedangkan banyak laporan-laporan rasuah yang dibuat melibatkan pemimpin kanan kerajaan yang berpangkat menteri dan melibatkan jutaan RM tidak diambil sebarang tindakan.

Pada ketika itu, ramai yang berpendapat BPR tidak dapat menjalankan tugas dengan bebas dan berkesan oleh kerana badan tersebut terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Di atas dasar sebuah badan yang mencegah rasuah perlu bebas dari cengkaman daripada pemerintah untuk memastikan keberkesanan tugasnya, maka tertubuhlah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas diluluskan di Dewan Rakyat Disember 2008.

Pembentangan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disokong oleh majoriti ahli-ahli parlimen Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat dengan harapan rasuah dapat dibenteras di Malaysia dengan lebih agresif.

Di hari pertama BPR menjadi SPRM iaitu pada 2 Januari 2009, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Keadilan Rakyat, Badrul Hisham Shaharin yang mesra dengan panggilan Chegubard menyerahkan dokumen setebal 60 muka surat yang mengandungi pelbagai laporan rasuah lama dan baru sempena dengan pemulaan baru SPRM.

Menurut Badrul, dokumen berkenaan diserahkan bagi menguji peranan SPRM yang telah ditubuhkan tanpa sebarang pindaan di parlimen ini mampu melakukan tugas dengan baik.

"Ini adalah laporan pertama kepada SPRM. Sekiranya SPRM gagal bertindak terhadapnya (dokumen yang diserahkan) maka rakyat akan terus kecewa kerana wang yang dibayar melalui cukai terbazir untuk memenuhi retorik politik perang rasuah yang hanya menangkap ikan bilis atau pendakwaan berdasarkan politik," katanya di luar Ibu Pejabat SPRM.

Dalam dokumen berkenaan turut mengandungi laporan rasuah bekas Ketua Menteri Melaka Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Rafidah Aziz yang pernah dibuat beberapa tahun dulu.

"Dokumen ini turut mengandungi laporan rasuah yang Rahim dan Rafidah serta laporan yang yang pernah Badan Pencegahan Rasuah (BPR) sahkan tertuduh bersalah, namun tidak ada satu pendakwaan dibuat keatas individu berkenaan," katanya.

Selain kes Rahim dan Rafidah yang kedua-duanya dalam perebutan jawatan didalam Umno, dokumen berkenaan turut mengandungi laporan skandal korupsi mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohd, keluarga serta kroninya didalam Perwaja dan Perlantikan Hakim dalam Skandal VK Lingam.

Skandal korupsi Perdana Menteri Abdullah Badawi, keluarga dan kroni dalam beberapa organisasi, antaranya, Scomi, ECM Libra, korupsi antarabangsa Oil For Foor serta agihan kontrak makanan tentera dan Mas turut diserta dalam laporan berkenaan.

Laporan skandal korupsi bakal Perdana Menteri Najib Tun Razak serta kroninya yang terlibat dalam kes pembelian kapal selam, europyer dan jet serta pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shariibuu turut diserahkan dalam dokumen berkenaan.

Begitu banyak sekali laporan rasuah yang melibatkan pemimpin-pemimpin tertinggi kerajaan termasuklah Perdana Menteri dan Timbalnnya dihantar oleh Badrul dan rakan-rakannya dihari pertama SPRM dibuka.

20 hari selepas Badrul Hisham menghantar laporan bukti rasuah pemimpin tertinggi negara, Gerak yang kini dipimpin oleh Mohd Nazree Yunus membuat aduan kepada SPRM mendakwa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyalahgunakan dana kerajaan negeri untuk membeli 46 ekor lembu bagi bahagian Parlimen Bandar Tun Razak pada 21 Januari 2009.

Khalid juga merupakan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang terletak di Wilayah Persekutuan.

Beliau mendakwa Menteri Besar telah membeli 46 ekor lembu pada harga RM110,400 sempena sambutan Aidiladha yang lalu bagi bahagian Parlimennya. Bayaran bagi pembelian lembu berkenaan dijelaskan oleh Selangor Industrial Corporation Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat kerajaan negeri.

Lima hari selepas itu, Gerak sekali lagi membuat laporan kepada SPRM, mendakwa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyalah guna wang kerajaan negeri sebanyak RM7,779 untuk kegunaan peribadi.

Pengerusi Gerak, Nazree Mohd Yunus, membuat laporan kepada SPRM mendakwa Menteri Besar itu menyalah guna sejumlah wang rakyat untuk menyelenggara kereta Lexus miliknya.

Dalam laporan yang diserahkan kepada SPRM kira-kira jam 4.45 petang itu, Gerak mendakwa mempunyai bukti bahawa wang kerajaan negeri digunakan untuk membiayai kos penyelenggaraan kereta peribadi Menteri Besar itu secara berkala.

MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah menafikan kedua-dua dakwaan berkenaan. Menurut beliau, lembu-lembu didermakan oleh anak syarikat kerajaan negeri sebagai satu tanggungjawab sosial syarikat tersebut. Manakala kereta Lexus milik peribadinya itu telah diisytiharkan sebagai kenderaan rasmi Menteri Besar Selangor.

Tidak berapa lama selepas Gerak membuat laporan kepada SPRM, pada 20 Febuari 2009, SPRM membuat kenyataan bahawa mereka mempunyai bukti-bukti yang mencukupi untuk mendakwa Menteri Besar Selangor itu diatas tuduhan rasuah.

Pengumuman tersebut dibuat sendiri oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan. Pengumuman Ahmad Said itu telah menimbulkan kemarahan ramai pihak.

Menurut Peguam kepada Menteri Besar Selangor, Sankara Nair berkata, menjadi amalan suruhanjaya tersebut selama ini tidak mendedahkan pada umum hasil siasatan yang dijalankannya.

Sehubungan itu, Sankaran bertanya mengapa Ahmad Said tidak membuat perkara yang sama apabila siasatan terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail selesai.

Tindakan SPRM itu, katanya, harus dipandang berat kerana anak guamnya - seorang ahli politik pembangkang - telah ditonjolkan agar kelihatan bersalah "di mata umum sebelum beliau didakwa dan didapati bersalah oleh mahkamah".

Apa yang dipertikaikan lagi ialah mengapa SPRM hanya bertindak terhadap laporan rasuah yang dikemukakan oleh Gerak dan tidak bertindak terhadap puluhan laporan rasuah seperti yang dikemukakan oleh Badrul Hisham pada 2 Januari?

Mengapa pula Ketua Pesuruhjaya SPRM mengumumkan mengenai kes MB Selangor kepada media tetapi hanya mendiamkan diri dalam isu siasatan terhadap Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Ghani Patail yang telah selesai disiasat?

Apakah SPRM hanya akan bertindak kepada pimpinan Pakatan Rakyat?

Kita juga boleh lihat contoh yang sama berlaku di Perak bagaimana V. Sivakumar dipanggil oleh SPRM negeri tersebut sehari selepas Umno membuat laporan terhadapnya berkaitan dengan isu penggantungan Zambry Kadir dan exco-exconya?

Apakah perkaitan di antara SPRM, Umno dan Gerak? Apakah ketiga-tiga organisasi ini mempunyai perkaitan kerja?

Di atas tindakan-tindakan SPRM yang dilihat sebagai berat sebelah dan seringkali membuat dakwaan terpilih walaupun baru sahaja bertugas, dua peristiwa besar telah berlaku yang mana kita boleh lihat sebagai manifestasi hilangnya kredibiliti SPRM di mata rakyat.

Sehari selepas SPRM dilancarkan oleh Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi yang akan bersara tidak lama lagi, dua peristiwa besar telah menggemparkan SPRM. Pada 25 Febuari 2009, Sekretariat Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebuah organisasi yang menghimpunkan anak muda dari pelbagai latarbelakang telah membuat lawatan mengejut di Pejabat SPRM di Putrajaya.

Selain melawat, SAMM telah membakar dokumen-dokumen rasuah yang pernah dihantar kepada SPRM sebagai tanda mereka telah hilang keyakinan terhadap badan pencegah rasuah yang dilihat berat sebelah dan membuat pendakwaan terpilih. Acara tersebut menjadi bertambah lucu apabila pengawal keselamatan yang bertugas di SPRM gagal untuk memadamkan dokumen-dokumen yang dibakar tersebut.

Sementara itu, pada sebelah petangnya, Angkatan Muda Keadilan (AMK) telah menghadiahkan seekor lembu kepada Pejabat SPRM Selangor sebagai satu simbol bahawa SPRM telah menjadi lembu kepada parti politik tertentu.

Kedua-dua peristiwa ini harus dipandang serius oleh SPRM untuk memperbetulkan arah dan hala tuju organisasi tersebut. Oleh kerana SPRM masih baru, masih belum terlambat untuk organisasi itu kembali ke landasan yang betul. Kedua-dua peristiwa bakar dokumen dan penghantaran lembu ke pejabat SPRM bukanlah petanda yang baik bagi organisasi yang baru sehari dilancarkan.

Jika tidak berubah, SPRM akan gagal untuk melaksanakan wawasan Abdullah Ahmad Badawi untuk mereformasikan badan tersebut. Oleh kerana wang gaji pesuruhjaya, pegawai dan pekerja SPRM dibayar oleh rakyat, maka badan ini haruslah mempunyai tanggungjawab kepada rakyat. Jangan sampai rakyat hilang keyakinan. Nanti buruk padahnya! - tmj _

Bahasa Melayu mati, bangsa Melayu terkubur! - Prof Dr Wan Abu Bakar

Dasar PPSMI yang dilaksanakan oleh kerajaan semakin hebat disanggah. Pelbagai pandangan dari tenaga akademik meyakinkan lagi betapa buruknya dasar yang dipertahankan oleh BN ini. Harakah berkesempatan mewawancara Prof. Dr Ir Wan Abu Bakar Wan Abas dari Jabatan Kejuruteraan Bio Perubatan, Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya yang mengajar subjek kejuruteraan dalam bahasa Melayu di universiti. Beliau menyifatkan kesan dasar itu terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu cukup terkesan. Beliau ditemui di pejabatnya oleh wartawan SALMIYAH HARUN dibantu INTAN ABDULLAH (Jurugambar).

Apa pandangan Prof terhadap dasar PPSMI yang dilaksanakan oleh kerajaan?

PROF DR IR WAN ABU BAKAR: Bahasa Melayu patut diberikan peluang untuk berkembang sebagai ilmu terutama ilmu sains dan teknologi. Seandainya kita tidak menggunakan lagi bahasa Melayu untuk menguasai atau belajar, maka ilmu bahasa Melayu itu akan terbantut perkembangannya. Saya rasa suatu hari nanti bahasa Melayu akan ketinggalan dibandingkan dengan perkembangan ilmu. Ini sekali gus akan membunuh bahasa Melayu itu sendiri. PPSMI ada orang anggap ia penting tetapi budak-budak yang diberi peluang untuk menerima ilmu ini dengan baik sepatutnya dilakukan dalam bahasa yang mereka fahami.

Asasnya Kementerian Pelajaran meneruskan PPSMI ini kerana bahasa Inggeris amat sesuai untuk bidang sains dan matematik khsusnya dalam era teknologi masa kini. Pendapat Prof?

Semua bahasa sesuai untuk bidang matematik dan sains, malah kalau kita lihat kekuatan bahasa Inggeris sendiri bukan pada sains dan teknologi. Tetapi kekuatannya adalah pada sasteranya. Itulah kekuatan sebenarnya bahasa Inggeris. Sains dan teknologi tidak pentingkan sangat bahasa apa yang digunakan. Sebaik-baiknya dalam bahasa yang kita fahami. Bahasa Melayu juga sesuai seperti bahasa Inggeris. Kedua-duanya sesuai. Sama sahaja tidak ada lebihnya. Dengan syarat kita terus bangunkan bahasa Melayu dengan perkembangan ilmu seperti yang kita lakukan sebelum ini. Kita buat istilah, buat sainstifik dalam bahasa Melayu. Asalkan kita boleh mengajar dalam bahasa Melayu dan tidak akan timbul masalah.

Bagi Prof sendiri, pengalaman mengajar dalam bidang kejuruteraan, yang mana lebih mudah, dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris?

Bagi saya untuk mengajar memang senang dalam bahasa Inggeris sebab saya belajar dalam bahasa Inggeris. Tetapi yang penting bukan saya, tetapi pelajar. Dan pelajar-pelajar kita dari sekolah Melayu dan dari sekolah Cina akhirnya masuk ke universiti. Bahasa Inggeris menjadi asing bagi mereka. Mengajar sains dan teknologi dalam bahasa Inggeris menjadikan ilmu sains dan matematik itu ilmu yang asing bagi mereka. Tidak bagus. Sebab selama ini mereka menjadikan sains dan matematik sebahagian daripada hidup mereka, kerana itu ilmu bangsa mereka. Jika mereka menerima sains dan teknologi itu, suatu yang asing dan bukan dalam jiwa mereka, tidak bagus untuk mereka dan akhirnya nanti bahasa Melayu akan terasing dalam sains dan teknologi.

Ada sesetengah pihak mengatakan pelajar tidak akan maju dalam bidang yang diceburi khususnya kejuruteraan, kedoktoran dan sebagainya apabila belajar dalam bahasa Melayu. Apa pandangan Prof?

Cuba kita balik semula tahun 60an apabila sains dan teknologi sekolah bukan dalam bahasa Melayu. Kita buat kajian berapa ramai orang Melayu yang ambil sains dalam Bahasa Melayu. Saya bersekolah dalam lewat 60an dalam kelas sains saya ada tiga empat orang sahaja orang Melayu. Sekarang orang Melayu sudah banyak buat bidang sains dan teknologi. Bagi saya itu tidak betul. Kalau ada masalah kemajuan sains dan teknologi pun, ia di peringkat tinggi bukan di peringkat kita mengajar di sekolah-sekolah. Sains dan teknologi yang baru ini, ia diperingkat yang tinggi. Pada masa itu tidak patut ada masalah bagi pelajar kita kerana ia memang wajar belajar bahasa Inggeris. Memang kita tidak nafikan memang pelajar kita patut belajar bahasa Inggeris tetapi melalui kaedah pembelajaran bahasa Inggeris yang biasa kita ikuti sebelum ini. Mengapa disuapkan melalui sains dan matematik.

Sejauhmana berkesannya pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris? Sedangkan kalau kita lihat negara seperti Jepun, Jerman, Perancis yang menggunakan bahasa mereka akhirnya boleh maju juga...

Saya hidup di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Memang anak-anak saya tidak ada masalah untuk bercakap bahasa Inggeris seperti mana mereka bercakap bahasa Melayu. Tetapi kalau kita pergi keluar Lembah Klang dan bandar-bandar besar, budak-budak kita memang akan merasa terasing jika kita ajar matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Sudahlah ilmu itu bukan ilmu yang senang, asing dan bukan sebahagian daripada budaya mereka.

Jadi mata pelajaran apa yang patut diambil perhatian oleh kerajaan untuk memperkuatkan penguasan bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Mungkin Prof ada saranan kepada kerajaan.

Oh! saya rasa kita belajar bahasa Inggeris itu sendiri melalui kedah pembelajaran bahasa Inggeris. Begitu juga belajar bahasa Melayu ada kaedah-kaedahnya tersendiri. Bahasa Inggeris ada kaedahnya. Bahasa Melayu ada kaedahnya. Matematik ada kaedahnya begitu juga sains. Kalau betul lah... mengajar sains dan matematik ini bagus, kenapa universiti sekarang ini sibuk mengajar pelajar-pelajar dalam bahasa Inggeris. Sepatutnya apabila sudah masuk universiti sudah pandai bahasa Inggeris. Ada subjek bahasa Inggeris ditawarkan untuk pelajar-pelajar belajar bahasa itu. Pelajar universiti wajib mengikuti kelas bahasa Inggeris. Maknanya sewaktu mereka belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, mereka tidak berjaya menguasai bahasa Inggeris yang cukup.

Jika benar kerajaan menegaskan dasar PPSMI itu baik, mengapa Menteri Pelajaran Hishamuddin tidak mengambil peluang untuk menyahut cabaran debat secara terbuka dengan Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub untuk menyatakan kebenarannya?

Saya tengok jawapan Hishamuddin seolah-olah beliau mahu mengubah dasar PPSMI itu. Seolah-olah menyatakan tidak ada guna kita berdebat panjang. Kita akan ubah dasar itu. Bagi saya dia tidak mahu berdebat sebab dia sudah bersedia untuk mengubah dasar itu. Saya rasa begitu. Itu gambaran yang saya dapat.

Menteri Pelajaran dijangka akan menghantar kertas kajian berkaitan PPSMI ini ke kabinet pada hujung tahun ini, tidakkah ianya sudah terlambat?

Itu tidak menjadi masalah. Kalau kerajaan memutuskan untuk membubarkan dasar itu sudah semestinya dasar itu akan dimansuhkan tahun depan. Kalau hendak memansuhkan dasar itu mestinya bermula tahun depan. Sekarang ini kalau buat keputusan memansuhkan terlalu awal, untuk dilaksana. Tetapi bagi saya hujung tahun ini masa yang sesuai.

IKLAN: Ulasan lanjut Profesor Dr Ir Wan Abu Bakar Wan Abas berkenaan isu ini boleh dibaca pada Harakah Bil 1420 (Edisi Jumaat) bertarikh 6 - 8 Mac yang kini berada dipasaran. Dapatkan di kedai-kedai akhbar berhampiran!- tmj _

'Himpunan 7 Mac tidak akan berlaku jika kerajaan mendengar, bertindak '

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Hrkh) - Kemuncak kepada rintihan dan bantahan rakyat khususnya pejuang bahasa yang mahu dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan tidak diendahkan kerajaan menyebabkan Himpunan 100,000 rakyat ke Istana Negara pada 7 Mac ini (Sabtu) akan menjadi satu realiti yang tidak boleh dielakkan lagi.

Setiausaha Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Hasni Abas berkata sudah pelbagai cara dilakukan sekian lama termasuk menghantar memorandum ke Parlimen 17 Februari lalu bagi melihat satu usaha dan tindakan drastik kerajaan untuk memberi perhatian serius terhadap masalah PPSMI namun hasilnya mengecewakan.

"Himpunan 7 Mac ini adalah kemuncak dan ianya tidak akan berlaku sekiranya kerajaan mahu mendengar dan bertindak terhadap bantahan yang telah rakyat suarakan selama ini.

"Bagi yang cintakan bahasa nelayu dan mahu melihat anak bangsa serta pelajar tidak tercicir akibat acauan PPSMI, maka semua diseru untuk hadir pada himpunan raksasa sebagai tanda memberi sokongan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Beliau positif bahawa himpunan itu nanti akan berjaya mengumpulkan sejumlah besar rakyat Malaysia yang cintakan bahasa untuk menyuarakan hasrat mereka kepada Yang DiPertuan Agong Tuanku Mizan agar dapat memberi perhatian terhadap isu bahasa yang dikesampingkan oleh pihak kerajaan.

"Kita mahu menunjukkan kepada kerajaan bahawa Bahasa Melayu juga boleh dijadikan bahasa ilmu yang baik untuk menguasai Sains dan Matematik

"Ini bukan perjuangan atau 'jalan' kita yang terakhir. Pasti Tuanku ada pertimbangannya dan kita juga akan bawa isu ini ke Majlis Raja-Raja jika masih dipandang sepi oleh kerajaan," katanya.

Sementara itu ketika ditanya berkaitan permit perhimpunan beliau menjelaskan terdapat beberapa masalah teknikal yang sedang diuruskan untuk mendapatkan kebenaran.

Ketika dihubungi, beliau sedang berada di Ibu Pejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur (IPPKL) atas urusan permit himpunan yang telah dimohon semalam.

"Rakyat jangan bimbang, ini bukannya demonstrasi seperti di Korea, Indonesia atau Thailand yang berlaku insiden yang tidak diingini. Ini himpunan aman dan bergerak secara aman ke Istana Negara untuk sampaikan memorandum sahaja.

"Pihak polis akan mengawal keselamatan dan semoga matlamat kita pada hari Sabtu ini tercapai dengan kerjasama semua pihak termasuk pihak berkuasa," katanya.

GMP merancang berhimpun di tiga tempat di ibu negara � kompleks membeli-belah Sogo, Pasar Seni dan Masjid Negara � sebelum berarak beramai-ramai ke Istana Negara pada jam 2 petang.

Mereka merancang berarak dalam pakaian putih sebagai lambang pembersihan PPSMI, tanpa sebarang logo, bendera dan simbol parti-parti politik walaupun GMP turut disertai PAS dan KeADILan.

Selain Dr Hassan Ahmad, Sasterawan Negara A Samad Said dan pemimpin pembangkang termasuk penasihat dan Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim dijadual hadir. _

ADUN Canning (Wong Kah Woh): UMNO tunjuk pistol!


" Just to share with you all at this blogsphere what happened this morning.

Departing from Hotel…
We gathered at the lobby of the Hotel we were staying at around 9.10 a.m. this morning. We have chartered a bus to go SUK together while MB and Speaker went in separate cars.

Reaching…
We reached Medan Istana around 9.20 a.m. by the DR Park-CIMB entrance as we were informed that the other two entrances were blocked. All of us got down from the bus when we are roughly 300 metres away from SUK.

Short Gun…
The first shocking news was that Sdr. Sugumaran who reached earlier and dealt with a group of people (if not UMNO, who else?) gathering right at the SUK junction reported to us that someone from the group had shown a short gun which was kept at his waist. Sugumaran informed the police personnel in charge but it was informed that it has nothing to do with them!!!

After taking some security preventive measures, we together with the MB and Speaker with the help of our security personnel and unit Amar started to walk toward SUK but it was blocked by the UMNO group. The group started shouting and provoking. Our security personnel had shown their great professionalism by not reacting (as it will give a reason for the Police to act). Some of them even complained to me that they were assaulted from the back when trying to open the ways for us and blocking the UMNO group.

Alternative way…
On security reason, we have decided to back down and strategize our move. We later found out that there was another route which was blocked only by the Police. There were attempts to stop us going through by the Police but we have reminded them that we are the lawful elected reps and no one shall stop us from going into Dewan. We managed to get through.

Blocked by FRU…
We were shortly (estimately 20 metres away from SUK main entrance) and blocked by the FRUs. Three Water Cannons were deployed and there were some pushings. I was pushed by one of the FRU and I shouted at him that I am an elected ADUN exercising my duty at SUK! He starred at me (which his face I can still remember clearly) with the handcuff in front of his chest and I starred at him back.

Lih Kang, Ming Kai, Thomas, Sivanesan and myself started to negotiate and argue with the Police Personnel but all of us were blocked. In the process, Diamond Loke (Kepayang) and our OKU elected rep Yew Tian Hoe (Aulong) fell down as a result of pushing by the FRUs. YB Kesh (Malim Nawar) suffered bruises in his leg as he was kicked by the FRUs.

Taking photo of a FRU right in front of his face…
When there was a rough pushing on Lih Kang by one of the FRU, I (standing behind Lih Kang) decided to take out my camera and take the FRU photo right on his face. I don’t know how to describe him here. He tried to avoid my camera few times and finally bow down his head. Why are they so worried if they are doing the right thing?

Ngeh’s negotiation…
Ngeh then walked forward to negotiate with ACP Azisman, OCPD Ipoh, who was standing on one of the Water Cannon. There is no courtesy at all from Azisman to come down and negotiate. Both parties merely communicate with Azisman on the truck and Ngeh on the ground.

Azisman’s announcement…
Azisman later announced that only the Speaker can enter SUK but not the ADUNs and it is pursuant to the order by the State Secretary. The State Secretary is clearly guilty of contempt of the House and law by obstructing the elected reps to enter SUK!

Dewan sitting convened…
We have decided to go 100 metres away from SUK and after some discussions, the Speaker had decided to declare that the sitting will be held there and then on the Doctrine of necessity. Three motions were passed by all the ADUNs attending the sitting.
All the 28 of us only believe in a course. We have the People's 54% majority support. We are representing the People and no one shall stop us, legally or illegally, into the House.

-Wong Kah Woh
Dari : http://wongkahwoh.blogspot.com/2009/03/this-morning.html

Altantuya Shaaribuu: Bagaimana dan Mengapa dia dibunuh?

"Berita ini dipapar dalam akhbar prancis baru-baru ini...

Shaaribu Setev adalah seorang lelaki yang kecewa dan marah. Namun disebalik wajah sedih lelaki Mongolia ini tersimpan semangat yang tinggi. Duduk di sebuah sofa di lobi sebuah hotel di Ulaan Battar sambil bergetar menahan angin beku yang bertiup, dia lelaki berumur 60 tahun itu bersiap sedia untuk melawan. Raut parasnya dibentuk dari segala penderitaan dan iklim yang melampau, dan renungannya yang dalam menceritakan semuanya.

“Anak perempuan saya dibunuh oleh orang Malaysia di bumi Malaysia. Namun mereka langsung tidak memohon maaf,” katanya yang juga seorang professor psikologi di Universiti Kebangsaan Mongolia.

Pembunuhan anak perempuannya, Altantuya Shaaribu, berlaku pada bulan Oktober 2006. Ini adalah jenayah bunuh yang berbeza dari yang lain berlaku di sebuah rantau di mana konflik-konflik perniagaan atau pertelingkahan politik yang remeh diselesaikan dengan muncung pistol. Segala yang berkaitan dengan kes ini, yang bermula pada tahun 2002 apabila syarikat Perancis-Sepanyol Armaris mencapai persetujuan untuk menjual tiga buah kapal selam kepada kerajaan Malaysia dengan harga satu bilion Euro, adalah luar dari kebiasaan. Kesan “kes Altantuya” ini di Perancis, Malaysia dan Mongolia belum lagi mencapai klimaknya. Pembunuhan gadis Mongolia berusia 28 tahun itu adalah akibat dari “komisen” berharga 114 juta daripada Armasi kepada rakan niaganya di Malaysia. “Komisyen” ini yang diakui oleh kerajaan Malaysia di dalam Parlimen di Kuala Lumpur, telah mencetus beberapa siri peristiwa yang membawa kepada pembunuhan Altantuya dan kehilangan beberapa orang saksi penting di dalam kes itu.

Sebuah laporan dari polis Malaysia, yang masih disimpan secara rahsia sehingga sekarang, mendedahkan secara terperinci bagaimana perempuan muda yang tergolong dalam golongan atasan Asia itu dibunuh. Di dalam dokumen tersebut, salah seorang pembunuhnya, seorang anggota polis dari Cawangan Khas bernama Sirul Omar, menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh seorang pegawai di sebuah stesen polis yang berdekatan dengan tempat pembunuhan.

“Apabila perempuan Cina itu melihat saya mengeluarkan sepucuk pistol, dia merayu supaya dilepaskannya kerana dia sedang mengandung. Azilah (pegawai pemerintah kepada Sirul) menarik perempuan itu dan [menghumbannya] ke atas tanah. Saya segera menembak pada bahagian kiri mukanya. Kemudian Azilah menanggalkan pakaian perempuan itu dan memasukkan pakaian yang ditanggal itu ke dalam sebuah plastik hitam. Azilah mendapati tangan perempuan itu masih bergerak. Dia memerintahkan saya untuk menembak sekali lagi, dan saya melakukannya”, ujar Sirul. Ini adalah merupakan pengesahan yang pertama identiti pembunuh Altantuya. ” Kemudian kami mengusung mayatnya ke dalam hutan, Azilah membalut bahan letupan di sekeliling kaki, abdomen dan kepala perempuan itu dan kemudian kami meletupkannya.”

Pendedahan laporan tersebut di dalam akhbar Perancis *Liberation* adalah bab terbaru dalam kisah yang penuh warna-warni dan dramatik ini yang melibatkan penjual senjata Perancis, pawang Mongolia dan politikus-politikus Malaysia. Kes ini sangat sensitif kepada kerajaan Malaysia, kerana Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak yang dijadualkan menjadi Perdana Menteri pada akhir bulan Mac nanti disyaki terlibat di dalam kes ini, tetapi ini juga kerana kes ini boleh memalukan DCNS, sebuah syarikat Perancis yang mengkhusus dalam pembinaan kapal laut tentera. Syarikat Perancis-Sepanyol Armaris, yang menjual Scorpene dan satu kapal selam Agosta kepada Malaysia pada bulan Jun 2002, dibeli oleh DCNS pada tahun 2007.

Dengan kecantikan dan keanggunannya yang memukau, Altantuya mengingatkan pada imej kacau seorang perempuan dari Timur Jauh bernama Mata Hari. Altantuya membesar di Saint Petersburg (Russia), kemudian belajar di Institut Pengurusan Ekonomi di Beijing. Di samping bertutur di dalam bahasa Inggeris, dia juga fasih di dalam bahasa Russia, Cina dan Korea. Sebagaimana yang telah ditakdirkan, semasa di Hong Kong dia bertemu dengan Abdul Razak Baginda pada tahun 2004. Baginda adalah seorang pakar keselamatan dan pengarah Malaysian Strategic Reseach Centre, sebuah badan pemikir yang pro-kerajaan. Tidak berapa lama kemudian hubungan mereka menjadi percintaan. Altantuya, atau dipanggil Tuya oleh teman-temannya, membuktikan bahawa dia adalah seorang pembantu yang berguna, menolong Baginda menterjemah bahasa Rusia ke bahasa Inggeris.

Jika Altantuya muda dan cantik, Baginda yang kaya dan menarik adalah seorang yang terkenal di kalangan elit Kuala Lumpur, terutama sekali kerana dia rapat dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan menteri Pertahanan, Najib Razak (baginda juga penasihat urusan keselamatannya). Baginda selalu bertemu dengan lingkungan-lingkungan yang sangat eksklusif di Kuala Lumpur, kadangkala ditemani oleh isterinya yang sah.

Pada bulan Mac 2005, Altantuya dan Baginda berangkat ke Eropah, mengelilingi Perancis, Jerman, Itali dan Portugal dengan Ferrari merah Baginda, menginap di hotel-hotel mewah dan menjamu selera di restoran-restoran terbaik di benua itu. Bagaimanapun, lawatan itu bukan sekadar lawatan biasa: kontrak untuk menjual dua kapal selam itu telah ditandatangani pada tahun 2002, tetapi beberapa hal-hal penting yang berkaitan masih belum diselesaikan.

“Kami mengetahui bahawa Baginda digunakan oleh Timbalan Perdana Menteri Najib Razak sebagai pengantara dalam urusan system persenjataan, terutama sekali di peringkat tertinggi,” kata seorang pakar urusan keselamatan serantau.

Pada hujung bulan Mac Altantuya dan Baginda berada di Paris, di mana mereka bertemu dengan Najib Razak. Sekeping gambar yang diambil pada akhir Mac 2005, menunjukkan bahawa ketiga mereka berada di sebuah kelab persendirian di Paris.

“Tuya menunjukkan gambar itu. Katanya salah seorang lelaki itu, Abdul Razak Baginda adalah teman lelakinya, dan seorang lagi, Najib Razak, adalah “big boss”. Saya bertanya kepadanya adakah mereka bersaudara kerana nama mereka, tetapi katanya tidak, dan Najib Razak adalah “perdana menteri”, cerita Amy, teman rapat Altantuya (Najib Razak telah bersumpah dengan Quran mengatakan bahawa dia tidak pernah bertemu dengan Altantuya). Menurut seorang detektif persendirian, sekarang bersembunyi di India, si Tuya yang cantik itu juga adalah perempuan simpanan Timbalan Perdana Menteri, yang dikenalkan oleh Baginda kepadanya pada akhir tahun 2004.

Cerita ini menjadi dramatik apabila pada Oktober 2006, Altantuya dimaklumkan bahawa komisyen yang dibayar oleh syarikat Perancis-Sepanyol Armaris telah masuk ke dalam akaun bank di Kuala Lumpur. Komisyen itu telah dibayar kepada Perimekar, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Baginda. Altantuya segera berangkat ke Kuala Lumpur dengan tujuan menuntut bahagiannya dari komisyen itu dari Baginda; dia berkata dia berhak untuk mendapat 500, 000 dolar. Baginda dan Altantuya putus hubungan tidak berapa lama sebelum itu lagi. Rosmah Mansor, seorang ahli perniagaan yang digeruni dan isteri Najib Razak, cemburu lalu menghalang sebarang pembayaran kepada Altantuya. Altantuya tiba di Kuala Lumpur dengan dua orang wanita Mongolia, salah seorang darinya adalah pawang yang akan menjampi Baginda jika dia tidak membayar. Selama beberapa hari, Altantuya mengganggu bekas kekasihnya. Pada 18 Oktober, Baginda tidak dapat lagi tahan dengan Altantuya yang setiap hari berada di hadapan rumahnya. Dia menghubungi Pengarah Cawangan Khas, Musa Safrie, yang juga merupakan pegawai keselamatan Najib Razak.

Pada 19 Oktober 2006, jam mendekati 9 malam, dua orang pegawai polis Cawangan Khas, Azilah Hadridan dan Sirul Omar, dihantar ke hadapan rumah Baginda di mana Altantuya menjerit dan berteriak. Mereka mendapat arahan “meneutralkan perempuan Cina itu.” Mereka menculiknya dan membawanya sejauh sepuluh kilometer dan menembaknya beberapa kali. Kemudian, mereka memusnahkan tubuhnya dengan bahan letupan C4, jenis yang hanya boleh diperolehi dari Kementerian Pertahanan. Kemasukannya ke Malaysia telah dipadam dari rekod imigresen. Ini seolah menunjukkan bahawa Altantuya tidak pernah ke Malaysia kerana tidak ada rekod yang menunjukkan sebegitu.

Tidak ada jenayah yang sempurna. Pemandu teksi yang disewa oleh Altantuya pada hari tersebut tidak dapat menerima kenyataan bagaimana penumpangnya yang masih belum membayar tambang diculik di depan matanya. Dia mencatit nombor pendaftaran kereta penculik itu dan membuat repot di sebuah balai polis. Dalam beberapa hari, polis mendapat tahu indentiti kereta itu dan mendapati ia adalah kereta kerajaan. Beberapa peristiwa berlaku sehingga Najib Razak sendiri tidak dapat menghalangnya. Dia cuba untuk menutup kes ini. Beberapa jam sebelum penahanan Baginda, dia menghantar satu SMS: “Saya Akan bertemu dengan Ketua Polis Negara pada jam 11 pagi hari ini…masalah tersebut akan selesai. Sabarlah”. Beberapa jam kemudian, Baginda ditahan, begitu juga dengan dua orang pegawai dari Cawangan Khas, Azilah dan Sirul.

Selepas perbicaraan yang dianggap meragukan oleh ramai pemerhati, Baginda dilepaskan dari tuduhan telah memerintahkan pembunuhan itu dilakukan dan dibebaskan pada bulan November 2008. Azilah dan Sirul yang dituduh melakukan jenayah tersebut, tampil di hadapan Mahkamah bulan lepas. Jika disabit kesalahan, mereka akan dihukum mati. Mahkamah akan memutuskan pada 9 haribulan April.

Beribu batu dari Kuala Lumpur, di ibu Negara Mongolia, Ulaan Baataar, Shaaribuu Setev, bapa Altantuya berusaha mengawal perasaan marahnya. Untuk dia dan keluarganya, pembebasan Baginda adalah simbol kepada ketidakadilan di dalam proses perundangan Malaysia.

“Kerajaan Malaysia langsung tidak membals surat-surat yang dihantar oleh Kementeria Luar Mongolia,” katanya. Ketika Shaaribu datang ke parlimen Malaysia untuk bertemu dengan Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri itu terpaksa keluar mengikut pintu belakang untuk mengelakkan pertembungan yang memalukan. Kes Altantuya telah menjadi elemen penting di dalam permainan politik Malaysia di antara Najib Razak (yang dijangka akan menjadi Perdana Menteri selepas Perhimpunan Agong UMNO pada bulan Mac ini) dan Anwar Ibrahim. Sehingga kini, Najib Razak Berjaya menghadapi rintangan ini, tetapi pembunuhan perempuan Mongolia itu akan menjadi pedang yang tergantung di atas kepalanya.

Salah satu aspek yang kabur di dalam kes Altantuya ini adalah peranan syarikat Armaris. Pada Oktober 2007, Timbalan Menteri Pertahanan, Zainal Abidin Zin, mengakui di hadapan Parlimen bahawa Armaris telah membayar sebanyak 114 juta Euro sebagai komisyen kepada Perimekar. Dia menegaskan bahawa bayaran itu bulan rasuah tetapi adalah untuk “perkhidmatan-perkhidmatan sokongan dan koordinasi.” Adakah terdapat korupsi di dalam kes kapal Taiwan di mana DCNS French dikaitkan juga? DCNS, adalah syarikat swasta dengan dana awam, telah menolak permintaan kami untuk mengadakan pertemuan. ‘Tiada siapa yang boleh memberi komen terhadap kes itu,” jawab pegawai perhubungan awam DCNS di Paris. Sebuah dokumen, yang boleh menghubungkan antara Altantuya dan syarikat Perancis itu adalah surat jaminan yang ditulis oleh Abdul Razak Baginda supaya perempuan simpanannya itu dapat memohon visa untuk memasuki zon Schengen (Perancis adalah Negara ahli). Kedutaan Perancis tidak boleh menolak permintaan seorang lelaki yang telah dianugerahkan dengan Legion d’Honneaur itu. Tetapi peranan Altantuya di dalam perundingan kapal selam itu masih lagi belum jelas. Agensi-agensi perisikan mendapati latar belakangnya menarik dan FSB Rusia (ex-KGB) memantau secara dekat kes ini.

Di Ulaan Baatar, Mungunshagai, anak lelaki sulung Altantuya, yang berumur 12 tahun, mengalami trauma dengan kematian emaknya. Altanshagai, anak bongsu, yang berumur 5 tahun dan terencat akal, tidak dapat memahami bahawa dia tidak akan bertemu ibunya lagi. “Dia selalu bertanya tentang ibunya dan dia sepanjang hari meniarap di atas kerusinya. Setiap malam, saya akan memberinya gula-gula dan mengatakan bahawa ibunya memberikan kepada saya untuk diberikan kepadanya”, ujar Shaaribuu Setev, datuk kepada dua dua orang budak lelaki itu. Tentang baginda pula, dia sekarang menetap di United Kingdom dengan keluarganya. Dia tidak sekalipun pernah melafaz sepatah kata penyesalan terhadap kematian seseorang yang pernah berkongsi hidup dengannya selama dua tahun.

Arnaud Dubus (di Kuala Lumpur, Ulaan Baataar dan Paris)
sumber dari http://kerajaanrakyat.com/?p=5172

Altantuya Shaaribuu: Bagaimana dan Mengapa dia dibunuh?


" Shaaribu Setev adalah seorang lelaki yang kecewa dan marah. Namun disebalik wajah sedih lelaki Mongolia ini tersimpan semangat yang tinggi. Duduk di sebuah sofa di lobi sebuah hotel di Ulaan Battar sambil bergetar menahan angin beku yang bertiup, dia lelaki berumur 60 tahun itu bersiap sedia untuk melawan. Raut parasnya dibentuk dari segala penderitaan dan iklim yang melampau, dan renungannya yang dalam menceritakan semuanya.

“Anak perempuan saya dibunuh oleh orang Malaysia di bumi Malaysia. Namun mereka langsung tidak memohon maaf,” katanya yang juga seorang professor psikologi di Universiti Kebangsaan Mongolia.

Pembunuhan anak perempuannya, Altantuya Shaaribu, berlaku pada bulan Oktober 2006. Ini adalah jenayah bunuh yang berbeza dari yang lain berlaku di sebuah rantau di mana konflik-konflik perniagaan atau pertelingkahan politik yang remeh diselesaikan dengan muncung pistol. Segala yang berkaitan dengan kes ini, yang bermula pada tahun 2002 apabila syarikat Perancis-Sepanyol Armaris mencapai persetujuan untuk menjual tiga buah kapal selam kepada kerajaan Malaysia dengan harga satu bilion Euro, adalah luar dari kebiasaan. Kesan “kes Altantuya” ini di Perancis, Malaysia dan Mongolia belum lagi mencapai klimaknya. Pembunuhan gadis Mongolia berusia 28 tahun itu adalah akibat dari “komisen” berharga 114 juta daripada Armasi kepada rakan niaganya di Malaysia. “Komisyen” ini yang diakui oleh kerajaan Malaysia di dalam Parlimen di Kuala Lumpur, telah mencetus beberapa siri peristiwa yang membawa kepada pembunuhan Altantuya dan kehilangan beberapa orang saksi penting di dalam kes itu.

Sebuah laporan dari polis Malaysia, yang masih disimpan secara rahsia sehingga sekarang, mendedahkan secara terperinci bagaimana perempuan muda yang tergolong dalam golongan atasan Asia itu dibunuh. Di dalam dokumen tersebut, salah seorang pembunuhnya, seorang anggota polis dari Cawangan Khas bernama Sirul Omar, menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh seorang pegawai di sebuah stesen polis yang berdekatan dengan tempat pembunuhan.

“Apabila perempuan Cina itu melihat saya mengeluarkan sepucuk pistol, dia merayu supaya dilepaskannya kerana dia sedang mengandung. Azilah (pegawai pemerintah kepada Sirul) menarik perempuan itu dan [menghumbannya] ke atas tanah. Saya segera menembak pada bahagian kiri mukanya. Kemudian Azilah menanggalkan pakaian perempuan itu dan memasukkan pakaian yang ditanggal itu ke dalam sebuah plastik hitam. Azilah mendapati tangan perempuan itu masih bergerak. Dia memerintahkan saya untuk menembak sekali lagi, dan saya melakukannya”, ujar Sirul. Ini adalah merupakan pengesahan yang pertama identiti pembunuh Altantuya. ” Kemudian kami mengusung mayatnya ke dalam hutan, Azilah membalut bahan letupan di sekeliling kaki, abdomen dan kepala perempuan itu dan kemudian kami meletupkannya.”

Pendedahan laporan tersebut di dalam akhbar Perancis *Liberation* adalah bab terbaru dalam kisah yang penuh warna-warni dan dramatik ini yang melibatkan penjual senjata Perancis, pawang Mongolia dan politikus-politikus Malaysia. Kes ini sangat sensitif kepada kerajaan Malaysia, kerana Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak yang dijadualkan menjadi Perdana Menteri pada akhir bulan Mac nanti disyaki terlibat di dalam kes ini, tetapi ini juga kerana kes ini boleh memalukan DCNS, sebuah syarikat Perancis yang mengkhusus dalam pembinaan kapal laut tentera. Syarikat Perancis-Sepanyol Armaris, yang menjual Scorpene dan satu kapal selam Agosta kepada Malaysia pada bulan Jun 2002, dibeli oleh DCNS pada tahun 2007.

Dengan kecantikan dan keanggunannya yang memukau, Altantuya mengingatkan pada imej kacau seorang perempuan dari Timur Jauh bernama Mata Hari. Altantuya membesar di Saint Petersburg (Russia), kemudian belajar di Institut Pengurusan Ekonomi di Beijing. Di samping bertutur di dalam bahasa Inggeris, dia juga fasih di dalam bahasa Russia, Cina dan Korea. Sebagaimana yang telah ditakdirkan, semasa di Hong Kong dia bertemu dengan Abdul Razak Baginda pada tahun 2004. Baginda adalah seorang pakar keselamatan dan pengarah Malaysian Strategic Reseach Centre, sebuah badan pemikir yang pro-kerajaan. Tidak berapa lama kemudian hubungan mereka menjadi percintaan. Altantuya, atau dipanggil Tuya oleh teman-temannya, membuktikan bahawa dia adalah seorang pembantu yang berguna, menolong Baginda menterjemah bahasa Rusia ke bahasa Inggeris.

Jika Altantuya muda dan cantik, Baginda yang kaya dan menarik adalah seorang yang terkenal di kalangan elit Kuala Lumpur, terutama sekali kerana dia rapat dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan menteri Pertahanan, Najib Razak (baginda juga penasihat urusan keselamatannya). Baginda selalu bertemu dengan lingkungan-lingkungan yang sangat eksklusif di Kuala Lumpur, kadangkala ditemani oleh isterinya yang sah.

Baca seterusnya di SINI

Sumber : KERAJAAN RAKYAT

Azalina umpama “buang najis merata, tapi kata orang lain buang”


"Lima komen daripada perempuan UMNO (Rafidah tak iktiraf dia ni wanita UMNO) yang bernama Azalina, berkenaan sidang DUN Perak yang berlangsung di bawah pokok:

1) Persidangan Tergempar DUN Perak Tidak Bertamadun

2) Ia suatu penghinaan kepada Sultan Perak
3) Apa yang pembangkang buat ialah melaksanakan undang-undang rimba.
4) Pembangkang tidak menghormati status dewan yang mulia
5) Mereka telah tunjukkan belang mereka, sanggup menghalalkan apa saja asalkan dapat memerintah

klik sini (sumber : Bernama)


klik sini (sumber : Bernama)

Perempuan UMNO ini umpama "buang najis merata, tapi kata orang lain buang". Semua komen yang dihamburkan itu sebenarnya adalah sifat dan sikap kerajaan UMNO/BN yang menjadi partinya.

Semua orang tahu bahawa :

UMNOlah yang sebenarnya tidak bertamadun apabila merampas negeri Perak dengan membelakangkan perlembagaan.

UMNOlah yang menjadikan maruah Sultan Perak jatuh dimata rakyat, apabila menjadikan belakang Sultan tempat bersembunyi. Sehingga Sultan yang terpalit dengan segala kekotoran yang UMNO sendiri cipta.

UMNOlah yang mengamalkan undang-undang rimba bilamana menindas dan mengugut rakyat dengan kuasa mereka. Selama lebih 50 tahun memerintah mengaut kekayaan dan membiarkan rakyat papa kedana.

Kementerian Dalam Negerilah yang menghina kemuliaan dewan bila mengarahkan polis dan FRU menghalang ADUN-ADUN daripada bersidang di dewan hari ini. Sebelum ini pun polis sendiri pernah menghina Dewan Rakyat bila menangkap tetamu ahli parlimen di dalam kawasan parlimen dan membiarkan pemuda UMNO memukul dan mengugut Ahli Parlimen Bukit Gelugor di dalam kawasan parlimen.

Najib dan UMNOlah juga yang menghalalkan semua cara demi mendapat kekuasaan. Menculik dan merasuah ADUN supaya melompat parti. Dewan undangan negeri belum bersidang dah umum bentuk kerajaan. Perlembagaan dibelakangkan.

Ini lah contoh sikap pemimpin UMNO yang tiada maruah. Dah takde cara nak promosi diri melainkan mengutuk dan memfitnah orang lain.


http://dppwp.wordpress.com
"

Istana setuju terima memo anti-PPSMI



Istana Negara memberikan reaksi positif bagi menerima memorandum membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Sabtu ini.

Persetujuan istana itu dianggap "kemenangan pertama" aktivis bahasa dan sastera dalam Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang menganjurkan perhimpunan besar ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Pengerusi GMP Datuk Dr Hassan Ahmad berkata istana tidak melarang majlis penyerahan memorandum tersebut.

Beliau dimaklumkan Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak berada di istana pada masa yang dijadualkan dan memorandum tersebut akan diserahkan kepada seorang pegawai bagi pihak baginda.

Dr Hassan menambah, satu salinan memorandum tersebut telah disampaikan kepada istana melalui setiausaha sulit kanan Yang di-Pertuan Agong semalam.

Memorandum lapan halaman itu diserahkan awal, tambahnya, sebagai makluman kehadiran mereka di istana, petang 7 Mac ini.

GMP merancang berhimpun di tiga tempat di ibu negara – kompleks membeli-belah Sogo, Pasar Seni dan Masjid Negara – sebelum berarak beramai-ramai ke Istana Negara pada jam 2 petang.

Mereka merancang berarak dalam pakaian putih sebagai lambang pembersihan PPSMI, tanpa sebarang logo, bendera dan simbol parti-parti politik walaupun GMP turut disertai PAS dan PKR.

gmp protest 310108 photo sessionSelain Dr Hassan, Sasterawan Negara A Samad Said dan pemimpin pembangkang termasuk penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijadual hadir.

Menjelang perhimpunan besar itu, GMP akan menghabiskan empat programnya di seluruh negara sebelum ceramah akhir di Markaz Tarbiah PAS di Taman Melewar, Gombak pada Jumaat ini.

Malam ini, satu forum isu PPSMI akan berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Selain Dr Hassan, ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub dan ahli parlimen BN Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman turut membahaskan isu ini.

Ditanya tindakan lanjut GMP jika kerajaan tetap enggan melayan tuntutan mereka, Dr Hassan berkata gabungan itu akan terus memperjuangkan pemansuhan dasar kontroversi itu sehingga berjaya.

"Tidak ada tempoh tamat. Kita akan terus berjuang sehingga kembali kepada dasar asal (sebelum diperkenalkan PPSMI pada 2003)," katanya.

Sementara itu, Setiausaha GMP Hasni Abas berkata 1,000 anggota Unit Amal PAS dikerahkan bagi mengawal keadaan dan lalulintas supaya perhimpunan itu terkawal dan aman.

Pada mulanya, kata Hasni, GMP telah menghantar permohonan untuk mendapatkan permit berhimpun ke ibu pejabat polis persekutuan di Bukit Aman, Sabtu lalu.
Bagaimanapun, katanya, mereka dinasihatkan supaya mengemukakan permohonan itu kepada di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Pada 17 Februari lalu, seramai 20 aktivis bahasa dan sastera GMP berarak ke Parlimen dari Tugu Negara bagi menyerahkan memorandum membantah PPSMI kepada ahli-ahli parlimen, termasuk Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Manakala pada 31 Januari pula, tokoh-tokoh utama GMP buat pertama kali turun ke jalanraya sempena pelancaran kempennya di pusat membeli-belah Sogo.

Mereka juga menabur 50,000 risalah mengenai kempen menentang dasar itu ketika pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari lepas.


!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Suara Gadis Bergetah


Peewwitt.. tak tau macam mana nak intro.. trima je la ek. Well dok dalam check email mnggu dari Cik Yani di selatan yang banyak bagi info on Datuk LV, Bibir Merah terjumpa email ni dari salah seorng gadis bergetah dari Pantai Timur. Walaupung mcm dah x releveng tapi kan memandngkn Election di Bukit- Bukit dan nak dekat elok rasanya Bibir Merah paparkan luahan hati (apa ayatnya) akar umbi ini..


Ni yang penuhnya ;

Saya ingin tarik perhatian Saudari-saudari terhadap isu-isu yang melingkari Pergerakan Puteri atas dasar prihatin kepada perjuangan sayap parti kite. Untuk makluman semua salinan tulehsan ini juga dikirim melalui email kepada pimpinan Puteri & ahli-ahli Puteri. Saya menulis ini kerana saya melihat moral di kalangan saing-saing saya ahli Puteri berada di tahap rendoh selepas pilihanraya kecil Kuala Terengganu. Guane gitu?

Saya tuleh ni supaya :

1. Memastikan perubahan dalam mentaliti pemimpim Puteri dan bakal pemimpin puteri selepas Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu.
2. Memastikan adanya usaha untuk menghentikan tohmahan dan adu domba di kalangan Puteri.
3. Memastikan Puteri dapat menepati matlamat asal penubuhannya iaitu menarik sokongan Pengundi Muda kepada perjuangannya dan secara khususnya kepada UMNO.

Saya Norshamsila Binti Harun, Ahli Pergerakan Puteri Terengganu, bersama saing-saing telah menyertai pilihanraya kecil p.36 sebagai pekerja parti yang mana kita sendiri tahu bahawa calon kita kaloh kepada calon Pas musuh tradisi kite.

Soal kaloh itu adat pertandingan tetapi cara dikalohke itu seharusnya dipersoal. Memandangkan tugas Puteri adalah memastikan pengundi muda di bawah 35 tahun menyokong calon kite. Tapi malangnya saluran tiga yang menjadi matlamat kite hampir 2/3 undi pergi ke Pas. Yang seterusnya menyumbang kepada kemenangan calon PAS. Bakpo lagu ni!!! Soalnya lagu mano kite mendekati dan memikat pengundi muda?

Kami MELIHAT semua tokoh-tokoh hebat pimpinan Puteri ada di Kuala Terengganu. Pah, kami TIDAK MELIHAT satu pun yang benar-benar menjadi PEMIMPIN PUTERI. Kebanyakan yang mari sini lebih berminat soal pemilihan agung Puteri, berjalan-jalan dan membeli belah. Kami dok salahkan semua tokoh-tokoh hebat pemimpin puteri ini sebilangannya sahaja dan tukang-tukang kempen yang nyeh-nyeh harus dipertanggungajwabkan. Jika dibandingkan dengan An-Nisa mereka lebih fokus dan bekerja seolah-olah calon mereka kaloh. Tinggal pun berhimpit-himpit dan berkongsi. Makan pun berkongsi dan dok milih.

Ada sesetengah tokoh-tokoh hebat pemimpin puteri bile di ajak makan, "takpe saya nak pergi makan ikan bakar:. Mussing ketang!! Ini benar-benar sebabkan jentera panah hati terdengar ungkapan ini.

Kalu sudoh tugas kite menarik pengundi muda tetapi bakpo aktiviti dan kempen yang kite buat sasarannya kepada warga emas seperti nenek-nenek kite. Klinik kesihatan bergerak dok sampai kepada gologan sasaran kite!!! Bukankah sudah ada Pergerakan Wanita memberi fokus kepada saluran ini. Tidak adakah taktik baru, stail baru & strategi baru.

Gaya berpakaian tokoh-tokoh hebat pimpinan Puteri semuanya baru tetapi kenapa masih menggunakan taktik lama. Bakpo tok belajar dari Permatang Pauh. Semua tokoh-tokoh hebat pimpinan Puteri harus dipersalahkan terutamanya Datuk KPUM yang telah hilang touch dengan akar umbi semenjak menjadi anggota kabinet. Ingat jawatan ini semua adalah hasil dari berkhidmat kepada Puteri UMNO Malaysia.

Persoalan kedua, berkaitan fitnah dan tohmahan ini harus dihentikan. Walaupun musim pemilihan telah tiba tetapi bukankan lebih manih jika kita tangguhkan sedikit cita-cita masing-masing untuk kepentingan parti.

Untuk makluman kami nyekik lihat tokoh-tokoh hebat pimpinan Puteri dok cerca dan ngata saing-saing pimpinan Puteri yang lain.

Kami mengadu kepada Datuk KPUM, malangnya Datuk KPUM pun srupe tule 2 X 5. Sebagai Ketua aduan kami harus diangkat dan satu arahan dikeluarkan untuk menghentikan unsur-unsur dok sehat ini. Namun demikian, Datuk KPUM turut menjadi orang yang menyebar perkara dok baik ini. "Dia orang Bendahari, memang macam tu perangai dia". Seharusnya Datuk KPUM menasihatkan mereka ini.

Sebagai Ketua dan bertaraf Timbalan Menteri Datuk KPUM seharusnya berkecuali. Ece biar same!!! Yang membuat kami semua tercengang bile mano jentera-jentera bawahan seperti kami ini berkumpul, gossip seperti dibawah ini berlegar-legar sepanjang kempen ini dan semuanya bermula dari Datuk KPUM sendiri. Pah tu beberapa insiden yang bermasam-masam muka dan amok reng di kalangan pimpinan puteri sekiranya ada saing lain yang dok suke berada di situ. Punoh jahnang!!!!

Sepanjang pilihanraya kecil ini kami kumpul semua yang diperkatakan untuk ditulis dengan harapan apa sahaja salah tanggapan dan dengar-dengar cakap dari beberapa pihak ini dok memunohkan persahabatan pimpinan puteri.

Kami juga menggesa agar Datuk KPUM benar-benar leh pegang butir melalui kenyataan akhbarnya bahawa "Saya tidak menyokong sesiapa".

Akhirulkallam kami berharap ada tindakan yang diambil terutamanya dalam memastikan Pergerakan Puteri UMNO masih releven di kalangan Generasi Wanita Muda. Kami akan sentiasa melihat dan menanti perubahan-perubahan ini.

Yang menentukan Pimpinan Puteri,

Ahli Pergerakan Puteri UMNO Kuala Terengganu yang dok rok cetong!!!

Bibir Merah dah malas nak layanzz psal Gadis-Gadis Bergetah. Naik fed up Bibir Merah. Kalau sebut gadis bergetah ni la prngai molek diaorng. Di Bukit-Bukit nanti mcm tu juge la Gadis-Gadis ni. No change. Stay The Same. Orang lain berkempen diaorng shopping. Ada tu siap beli tudung berbakul-bakul. Nak tmbh giramss Bibir Merah, minta duit buat blnja makn tak ada tapi uols beli songket beribu-ribu tue ada. Period.. Well till ere only ye..

Ha. ni ada lagi satu. Bibir Merah tahu rmai yang nak tahu siapa gadis bergetah yang disiasat. Well, ini ler jerangkap samar yang dipasang! Well we strory later about this one. Uols kena understand, bile ada yang report kena cari sapa yang report. Dah jumpa sapa uols kena la galis kenapa si gadis ni report? then galis the lubang lagi, sapa ek yang nyuruh report? Panas.. Panas.. Panas.. ting tong uols. gossip later...

Bibir Merah - i luv gossip!!!!



--
Posted By Bibir Merah to wanita pertama

Orang Umno Mesti Bangga!


Wah! Banyak kagum la ini hari. Banyak gambar boleh tengok pasal apa yang terjadi dekat negeri Pasir Berdengung semalam. Macam-macam benda pelik yang boleh tengok. Tak pernah terjadi dekat tempat lain, tapi dekat sini ada. Tapi saya rasa mesti orang-orang Umno kampung saya banyak suka. Pasal dia ada ramai geng. Geng songkok hitam ada, geng topi merah ada dan macam-macam geng lagi ada.

href="http://3.bp.blogspot.com/_PJ_qT1A-KEs/Sa-w4F2xwlI/AAAAAAAAAX4/Axq_u1YEMsg/s1600-h/3.JPG">
Mesti tok iman kampung saya juga turut bangga. Sebagai seorang yang daripada kecil sampai ke besar sokong Umno, dia bangga pasal keanggotaan Umno terdiri daripada macam-macam ada. Lepas itu semuanya kelihatan gagah perkasa dan samseng-samseng belaka. Tapi tak pasti pulak tok iman baca blog ke tidak, pasal tak pasti gambar-gambar yang akan disiarkan ini keluar kat tv atau tidak.
href="http://2.bp.blogspot.com/_PJ_qT1A-KEs/Sa-w4K7URRI/AAAAAAAAAXw/pKCxU0rX64Q/s1600-h/2.JPG">
Mungkin pakcik ini rasa dia paling kuat dalam dunia ini. Lagipun dia ada pangkat ayahanda dalam p****a katanya. Takutnya saya. Mesti orang-orang PR takut. Yalah, orang Umno mesti bangga kan. Tangan dia pun bagi isyarat baik punya. Eh! Dia orang Melayu ke? Pejuang Melayu ke ni? Tapi isyarat ni rasanya orang Putih je yang pandai buat. Ooo. Tuk dia dulu pernah belajar dengan orang putih British yang pernah jajah Tanah Melayu, jadi ilmu tu diturunkan kepada cucunya Si Songkok Hitam.

Mesti orang Umno kampung saya bangga pasal tak ada dalam sejarah lagi orang nak belasah Menteri Besar. Lepas tu tak taulah berapa bakul sumpah seranah yang keluar dari mulut dia. Pakcik topi merah? Pun dah lama masuk Umno. Duduk situ tengok-tengok sambil makan angin. Ada orang kena pukul ke? Eh! Mana ada. Saya tak nampak apa-apa pun. Dia orang tengah minum kopi bincang-bincang je tu.

Jadi mesti orang Umno senyum lebar. Inilah generasi Melayu alaf baru. Berani menegakkan keadilan. Tak takut dekat siapa-siapa. Kalau nak belasah orang tarik masuk kopitiam lepas tu tutup kedai. Lepas tu libang ramai-ramai. Itu lambang keberanian kita. Lepas itu, mesti pandai maki seranah. Itu ciri-ciri yang mesti ada setiap generasi Umno. Baru orang takut. Kalau tidak, Karpal Singh pun asyik pelekeh kita.

Jadi orang Umno mesti bangga kan! Tapi nak tanya, dia orang ni selalu pergi masjid ke tak. Ada dengar tok guru mengajar ke tak? Ye lah, peduli apa semua tu kan. Pasal kita nak bela Melayu. Ada orang komen suruh saya terbitkan artikel semalam. Saya tak faham, bukan saya dah terbitkan ke? Tak payah cabar pun memang saya dah terbitkan. Tapi dia suruh jugak saya terbitkan.

Lepas tu bising pasal tanah. Yalah! Saya mengakulah. Sejak 50 tahun ini kerajaan dah buat macam-macam kat rakyat. Jual tanah rizab Melayu, halau setinggan Melayu. Jual pasir, jual kompeni dan macam-macam lagi lah. Bising pasal tanah, pergi lah check dekat Parlimen siapa yang sibuk dok modified akta tanah rizab Melayu? Berapa banyak dah tanah Melayu terbahagi (ops terpinjam kot) dek orang lain.

Susah kalau dah ada mata tak celik ni. Siapa yang robohkan masjid Bujal dekat Terengganu tu. Perangai siapa robohkan masjid kalau tak perangai Yahudi Zionis? Rumah Allah berani roboh, lagilah benda lain. Setakat makan rasuah, politik wang, riba tu apa lah sangat kan? Kubur masing-masing. Yang penting hidup Melayu! Ajar Matematik dan Sains pun dalam Bahasa Inggeris! Hidup Melayu konon! Poooodahh!

Gambar : Perisik Rakyat, Perak Express dan Ude Kenang

Siapa Menteri Pasola dalam versi Perak?


"Macam negeri Pasir Dua Butir daa..." Begitulah bunyi sinis akbar portal internet pro UMNO. Semalam Dato Isa Samad dalam rancangan hujah juga membawa kisah yang sama mempersendakan sidang bawah pokok. "Macam cerita Laksamana Do Re Mi, buat kerajaan bawah pokok." Semua hadirin yang hadir ketawa terbahak-bahak.

Saya yang menonton Hujah TV 9 semalam terasa betapa bodoh pemimpin dan anggota UMNO. Mereka sebenarnya sedang mentertawakan kebodohan mereka sendiri.

Apa cerita sebenar Kerajaan Pasir Dua Butir.

Do Re Mi diperintahkan oleh raja mereka untuk membantu Kerajaan Pasir Dua Butir. Bersama tikar terbang mereka ke negeri tersebut. Rupanya akibat kejahatan menteri Pasola meyebabkan kerajaan itu terpaksa menjadikan sidang bawah pokok untuk meneruskan pemerintahannya.

Saya kata pemimpin UMNO itu dan pengikutnya bodoh kerana:

1. Kenapa kerajaan Pasir Dua Butir terpaksa beroperasi di bawah pokok?
Jawapan: Kerana Kejahatan Menteri Pasola

2. Kenapa DUN Perak terpaksa bersidang di bawah pokok?
Jawapan: Kerana Kejahatan UMNO/BN.

Sememangnya banyak filem P. Ramlee yang mengandungi kritikan sosial yang tajam. P. Ramlee dah gambarkan, sesebuah kerajaan hanya akan beroperasi bawah pokok apabila menjadi mangsa kezaliman. Kisah itu berulang kini apabila Kezaliman, Kejahatan, Kebobrokan, keangkuhan UMNO/BN yang meyebabkan terjadinya sidang bawah pokok.

Kerajaan itu selamat bila Do Re Mi bergabung tenaga untuk menumbangkan kezaliman itu. Hari ini rakyat seharusnya bergabung tenaga mengambil tempat Do Re Mi untuk menumbangkan kezaliman dan keangkuhan UMNO/BN.
Kunjungi saya di www.najwasuhaimi.blogspot.com

Isu “Kebal” Dan “Kerajaan Pasola’

Islam adalah agama wahyu dari Allah yang diwahyukan melalui Nabi SAW. Merupakan agama yang memberikan keadilan kepada semua manusia. Tiada manusia yang terlepas dari hukuman dan undang-undang Allah sekiranya mereka melakukan kemungkaran, kezaliman dan maksiat kepada Allah dan sesama manusia. Istilah kebal dari tindakan undang-undang tiada dalam ajaran Islam tetapi ianya wujud dizaman Firaun yang menjadi Raja ketika itu dengan menindas dan menzalimi rakyatnya dengan sesuka hati tanpa siapa pun boleh bertindak atau mengambil tindakan terhadap beliau.

Kini isu kebal kembali muncul. Raja dan Sultan diperundangkan oleh manusia agar terkecuali dari sebarang tindakan mahkamah atau didakwa dimahkamah sekiranya melakukan kesalahan atau kezaliman. Ini secara tidak langsung mereka ini cuba mengambil tugas sebagai Tuhan dan mengembalikan zaman kerajaan Raja Firaun dulu.

Ingatlah, sesiapa sahaja tidak kira Raja, pemimpin dan pemerintah yang menggunakan kuasa agar mereka dikecualikan dari tindakan undang-undang atas alasan punya kuasa, boleh arah jabatan tertentu supaya menutup kes mereka dan tiada siapa yang boleh mengambil tindakan terhadap mereka adalah merupakan jelmaan Firaun masa kini. Golongan seperti boleh bergembira di dunia ini dengan melakukan apa saja yang mereka suka tapi ingatlah dihari kebangkitan nanti, mereka akan dikumpulkan bersama Firaun kerana menjunjung dasar kerajaan dan pemerintahan ala Firaun semasa di dunia ini.

Jika difikirkan kebal, Nabi SAW lebih berhak mendapat kekebalan ini dari Allah kerana baginda adalah kekasih Allah, tetapi ini tidak berlaku malahan baginda sendiri akan memotong tangan puterinya jika puterinya mencuri. Khalifah Saidina Ali pernah dihadapkan ke mahkamah atas kes menuduh seorang Yahudi mencuri baju besinya sedangkan ketika itu sudah turun ayat yang menyatakan bahawa Yahudi dan Nasrani adalah musuh orang Islam dan dilaknat oleh Allah. Mengapa hakim atau Khalifah sendiri ketika itu tidak menghukum atau bertindak terhadap Yahudi itu atas dasar dia adalah musuh umat Islam? Malahan hakim memberikan kemenangan pula kepada Yahudi itu kerana Saidina Ali tidak punya bukti kukuh mengatakan bahawa baju besi adalah miliknya.

Tetapi itulah dia keadilan Islam. Islam memberikan keadilan kepada sesiapa sahaja dalam menegakan kebenaran selagi tidak bercanggah dengan syariat Allah. Begitulah halnya apabila kerajaan Pakatan Rakyat perak memberikan hakmilik kekal tanah kepada kaum Cina di negeri itu. Itulah dia keadilan Islam. Malahan sekiranya terdapat orang Yahudi yang menjadi rakyat Perak sekalipun, akan tetap diberikan hakmilik tanah dan lain-lainya. Islam berbeza dengan ajaran agama lain termasuk ajaran Islam Hadhari. Ini adalah kerana dalam ajaran Islam itu pemerintah atau kerajaan wajib berlaku adil terhadap rakyat dibawah pemerintahanya selagi mereka tidak menderhaka atau menentang Islam secara terang-terangan. Kalau setakat menghina Islam, UMNO lebih teruk dan dahsyat dalam kerja mereka menghina Islam.

Tidak peliklah sekiranya dalam isu “ hujah” di TV9 baru-baru ini seorang panel bekas Pengarah Besar Pusat Kerbau Pendek di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan menyamakan persidangan DUN bawah pokok di Perak baru-baru ini sama seperti dalam cerita Laksamana Do Re Mi dimana kerajaan Pasola yang dirampas secara kekerasan dan secara rampsan kuasa. Ini sama berlaku di Perak, akhir ceritanya kerajaan Pasola kembali kepada pemerintahan asal dengan bantuan tiga pendekar itu dan Perak juga akan kembali kepada Pakatan Rakyat dengan bantuan rakyat dalam pilihanraya kelak.

Ketua Gangster UMNO Perak pula yang salah seorang panel dalam “hujah” tersebut mengatakan bahawa orang lain tak faham perlembagaan Perak hanya orang UMNO saja yang faham agaknya. Peguam-peguam, bekas hakim, pensyarah-pensyarah undang-undang tak faham dan jahil undang-undang, katanya. Yang faham hanya dia, Najib, si mamak Zamberi dan orang UMNO saja agaknya. Lagak dan cara angkuh mereka ini sama saja seperti puak Yahudi dan Zionis. Dia ingat rakyat sekarang ini buta huruf dan duduk dibawah tempurong agaknya. Tunggulah masanya, kamu akan jatuh dengan cara hina kelak. Insyallah. Kini Istana, Badan Rasuah, SPR, Polis dan Mahkamah sudah menjadi barua dan mengikut telunjuk UMNO, kemana lagi Rakyat ingin mengadu nasib?

Jangan pelik jika rakyat bersuara atau mencadangkan agar system beraja dihapuskan kerana tiada apa manafaat dan faedahnya lagi kepada orang Melayu terutamanya kepada agama Islam. Hanya membazirkan wang rakyat, sedangkan peruntukan itu diperlukan oleh rakyat yang masih miskin dan dhaif. Raja hidup dengan penuh kemungkaran dan maksiat sahaja terhadap Allah. Dan tidak pelik jika di kedai-kedai kopi, di pejabat-pejabat atau dimana saja sekiranya kedengaran suara-suara mengatakan bahawa cara terbaik untuk menembalikan keamanan dalam Negara dengan cara hantar cara C4 ke PWTC ketika UMNO sedang berhimpun pada penghujung Mac ini supaya biar mampus semua puak-puak UMNO itu, barulah Negara dan rakyat tenang dan aman. Bicara-bicara begitu tiada siapa yang mampu haling kerana kemarahan dan kesabaran rakyat sudah sampai kemuncak dan penghujungnya angkara kezaliman UMNO. Kita tunggu dan lihat sajalah nanti.

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.