"KUALA LUMPUR: Pemimpin Umno mengingatkan Pengerusi DAP, Karpal Singh tidak membangkitkan kemarahan orang Melayu dengan perbuatan biadab dan membelakangi adab serta adat negara ini.
Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, berkata Malaysia ada adab serta adat yang sentiasa dipertahankan dan menjadi lambang kepada kemakmuran negara yang harus dipertahankan setiap rakyat.
Katanya, sesiapa yang hendak tinggal di Malaysia termasuk Karpal mesti faham adat resam serta adab dalam negara ini.
"Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu celupar dan pernah kena tampar akibat perbuatannya yang melampau itu.
"Negara ini ada adab serta adat dan perbuatan Karpal tidak sesuai untuk Malaysia yang sentiasa mengekalkan keamanan dengan mengelak ketegangan kaum," katanya selepas merasmikan bangunan pejabat Risda jajahan Kelantan Utara, di Pasir Mas, semalam.
Kalau bawak lari Anak Raja, kemudian kahwin senyap-senyap, itu adab dan adat Negara mana yaaa...? Kalau adab & adat Melayu awat, masa berlaku tragedi itu, orang Melayu tak marah pun....suka lagi ada."
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan