Dolah yang terlampau baik..

" Mai kali ini kita puji pulak Paklah. Aku sebenarnya taknak tulis yang buruk sahaja tentang pemimpin UMNO. Yang jahat kita kata jahat, yang baik jangan lupa, kita katakan baik. Banyak jugak pemimpin UMNO yang baik.

Contohnya macam Mustapha Mohamad, baik oragnya, cakapnya lembut, dan jarang dia maki sana , maki sini Lagi satu yang aku salute ialah Mat Ritahudeen.

Yang ni pun baik, dulu bila berlaku perpecahan dalam UMNO, Mat Ritahudeen ini tak ambil kisah sebaliknya dia buat kerja dia. Malah beberapa kementerian yang dipegang oleh puak-puak bergaduh tu dia yang jalankan.

Bukan ada gaji lebih, tetapi dia buat kerja jugak. Hari ini kita liha pulak kebaikan Paklah bagi aku yang terlampau. Terlampau baik. Ini sifat yang baik tetapi kurang baik kerana dalam politik kalau terlampau baik pun orang ambil kesempatan.

Dalam kes Paklah yang ambil kesempatan ialah puak-puak Tingkat 4 yang jadi think tank tong yang menjahanamkan reputasi Paklah. Mari kita lihat sifat-sifat yang terlampau baik yang ada pada Paklah...

1. Dalam kes rayuan DSAI.

Paklah kata dia tak mau ambil ganggu langsung prosiding tersebut. Dia nak menampakkan gelaran Mr Clean yang diberikan kepada beliau. Akhirnya DSAI dibebaskan. DSAI ni punyalah kuat pengaruhnya. Tu sebab dulu Sanusi kata, ' Kalau hari ini lanun tangkap DSAI, hari esok lanun akan jadi makmum manakala DSAI jadi imam".

Begitulah hebatnya DSAI. Ada satu kebaikan Paklah yang hangpa tak tau tapi aku tau.... iaitu sewaktu DSAI dalam kabinet dulu, cawangan Paklah di Kepala Batas saban tahun mencalonkan DSAI untuk PAU. Tapi DSAI dari UMNO Permatang Pauh banyak kali tidak mencalonkan Paklah sewaktu PAU.

2. Paklah ni punyalah baik sampai dia naikkan gaji kakitangan awam sampai 40 %. Tinggi ooi.. Malah amat tinggi. Kalau Mahathir dulu, nak penaik 10% pun jenuh dok menyembah dia. Tapi Paklah very considerate dan penaikkan gaji begitu tinggi sekali.

Yang ini aku salute Paklah. Paklah cukup prihatin kepada insan-insan yang berada ditahap miskin dalam jabatan kerajaan. Bagi kakitangan awam peringkt bawahan, gaji mereka jauh lebih tinggi daripada kakitangan bawahan yang kerja swasta.

Tapi yang tak gunanya puak kakitangan kerajaan yang tak tau diuntung. Depa buat kerja sambil lewa sehinggakan kerajaan rugi banyak. Tukang kebun swasta gaji 450 tapi kerja punya baguih dan jauh lebih tekun daripada kakitangan kerajaan yang gaji 1000. Itulah hakikatnya.

3. Paklah naikkan pulak umoq pencen kakitangan awam. dari 56 naik ke 58. Maknanya lambat sikitlah pencen.

Sempatlah kakitangan awam langsaikan hutang-hutang dah bersedia dengan lebih selesa sebelum menempuh alam pencen. Bukan tu saja., paklah bagi pulak pencen yang tak dikurangkan walaupun berapa lama pencen tu anak, bini si pencen dok makan. Maknanya waqlaupun dah pencen lama, tapi pencen tak berkurangan.

Banyak tu hoi... Lepaih tu maksimum pencen dinaikkan kepada 60 %, padahal dulunya cuma 50 %.

4. Paklah mnikah dengan Jeannie. Yang ni aku salute. Paklah yang begitu berpengaruh, begitu banyak kuasa, begitu hensem tiba-tiba pilih pompuan yang dah tua untuk dijadikan bini. Kalau Najib.. aku tak taulah. Sah dia pilih yang teramat muda untuk jadi bini dia.

Tapi itu jodohlah. Banyak lagilah kebaikan paklah yang kalau nak diceritakan banyak juga. Sebab itulah TGHH , TGNA dan beberapa pemimpin pembangkang meminta Pakalh terus pegang jawatan sehingga Malaysia bertukar ke tangan PR selepas PRU 13. Hidup Paklah, Hidup Paklah, Hidup Paklah.. lepaih ni kita angkat Paklah jadi PM kerajaan PR pulak... InsyaAllah.... "

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.