Festival Filem Palestin Ann Arbor membuat kemunculan pertama awal Mac


Jumaat , 27/02/2009 - Festival Filem Palestin Ann Arbor akan membuat penampilan pertamanya pada 11 Mac 2009 jam 8 pm di pusat teater termasyhur iaitu di Michigan Theatre Ann Arbor, Michigan. Sebagai satu dari beberapa festival filem Palestin untuk mengambil bahagian di Midwest Amerika Syarikat, Festival Filem Palestin Ann Arbor semestinya bakal menarik perhatian penggiat-penggiat seni dan rakyat Palestin.

Festival Filem Palestin Ann Arbor ini akan membawa anda satu pameran lucu, drama, cereka, bukan fiksyen, filem pendek dan filem-filem percubaan, yang kesemuanya menunjukkan kepelbagaian dan kekuatan bagi drama dan filem Palestin.

Filem-filem ini mewakili suara sebenar rakyat Palestin dan kisah penduduk Palestin, yang begitu kontra dengan
stereotaip yang dicanangkan oleh media dan surat khabar. Keluasan cerita-cerita dan emosi yang diluahkan di dalam filem juga tiada hadnya.

sumber : http://electronicintifada.net/v2/
penterjemah : Nurul

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.