PPSMI: Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Isu PPSMI sebenarnya telah lama menjadi barah dalam sistem pendidikan kebangsaan. Kedegilan Kementerian mendengar pandangan dan kritikan daripada rakyat dilihat sebagai suatu tindakan yang amat merugikan kita semua sebagai rakyat negara ini. Melihat kepada kesan jangka panjang PPSMI kepada sistem pendidikan dan budaya bangsa melayu itu sendiri, Gerakan Mansuhkan PPSMI ( GMP ) ditubuhkan seterusnya menjadi satu wadah untuk memastikan adanya pembelaan terhadap kelangsungan jati diri budaya bangsa negara Malaysia ini.

GAPENA dalam hal ini juga dilihat telah melakukan tindakan yang sewajarnya. Sebagai sebuah institusi yang bertanggungjawab terhadap pemeliharaan budaya bangsa, GAPENA telah mengambil tindakan yang menggambarkan pendirian tegas mereka setelah sekian lama teguran dan nasihat kepada pihak Kementerian Pelajaran tidak diambil peduli.

GAPENA berpendapat PPSMI telah menyalahi Seksyen 17(1) Akta Pendidikan yang memperuntukkan bahawa Bahasa Kebangsaan iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan kebangsaan, kecuali sekolah jenis kebangsaan. Ia juga bertentangan dengan Perkara 152 (1) dan 152 (6) Perlembagaan Persekutuan berkaitan penggunaan Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu untuk urusan rasmi.

Selari dengan kebangkitan rakyat seluruh negara, Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah dengan penuh komitmen menyokong pertubuhan-pertubuhan seperti GAPENA dan GMP agar PPSMI dimansuhkan demi kebaikan bersama. Hal Ini jika diperhatikan dalam konteks negeri Sabah hari ini dari segi kemudahan pembelajaran dan budaya setempat, PPSMI sememangnya sangat membebankan bukan sahaja kepada pelajar malah juga kepada warga pendidik.

Mewakili hasrat masyarakat Negeri Sabah, maka Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah mengajak semua untuk mendengar penjelasan terkini berkenaan PPSMI seperti pada maklumat berikut :

TAKLIMAT DAN DIALOG BERSAMA GERAKAN MANSUHKAN PPSMI
Tarikh : 28 Februari 2009 ( Sabtu )
Tempat : Idaman Villa Datok Halik Zaman, Putatan
Masa : 9 Pagi

PARA WARTAWAN DAN SEMUA RAKYAT SABAH DI JEMPUT HADIR

Yang Benar,
LAHIRUL LATIGU

Naib Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.