"Sungguh memalukan bila mana SUK Perak, Abdul Rahman Hashim menyalahgunakan kuasanya dengan mengarahkan Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan menutup pintu utama Bangunan Perak Darul Rizuan pada esok hari (3 Mac) yang didalam turut terdapat bangunan DUN Perak.
Sidang DUN Perak dijangka akan bersidang esok dibangunan berkenaan dan tindakan itu jelas sebagai satu usaha bagi mengagalkan persidangan itu, dimana sebelum ini Speaker Perak, V Sivakumar telah mengeluarkan makluman untuk bersidang kepada semua DUN.
SUK menjadi keldai tunggangan BN setelah melakukan satu tindakan melampau bagi menghalang Speaker dan ADUN Perak bersidang, ini sekaligus menunjukan bahawa SUK adalah alat Politik Umno bukannya Penjawat Awam Negeri. Tindakan ini jelas dan tiada siapa yang boleh keluarkan arahan sedemikian tanpa pengetahuan SUK Perak.
Sebaiknya beliau meletakkan jawatan dan bertanding di Bukit Gantang jika mahu menjadi ahli Politik dan bukannya bersembunyi dibalik jawatan SUK untuk terus ditunggangi BN.
DUN Perak ditutup, elak sidang tergempar
kemaskini 4.20pm Dalam tindakan mengejut untuk menggagalkan sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dirancang esok, kompleks pentadbiran negeri yang menempatkan dewan itu akan ditutup esok.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh bahagian khidmat pengurusan, Bangunan Perak Darul Ridzuan di Jalan Bukit Gantang Wahab akan ditutup.
perak state assembly building closed on 3rd march 2009 notice 020309Kakitangan yang menetapkan temujanji di bangunan tersebut esok diarah membatalkannya.
Notis tanpa tandatangan itu dari pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) menggunakan logo rasmi kerajaan negeri.
Terdahulu, seorang exco kerajaan BN Perak ingin Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dihadapkan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dewan itu berhubung dakwaan salah laku V Sivakumar.
Notis yang mengandungi laporan salah guna kuasa oleh Speaker, menghina DUN serta tidak taat setia kepada titah Sultan Perak itu diserahkan kepada setiausaha Speaker, A Basu di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 11 pagi.
Mohd Zahir Abdul Khalid berkata notis itu juga berkaitan tindakan Speaker menggantung dan melarang Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exco kerajaan negeri menghadiri persidangan DUN, lapor Bernama.
Tindakan ini dipercayai sebagai reaksi balas terhadap usaha Speaker memanggiil sidang tergempar DUN jam 10 pagi esok bagi membahaskan usul-usul undi percaya terhadap Datuk Seri Mohamad Nizar Jamamaluddin, yang ditumbangkan oleh BN, dan membubarkan dewan.
Semalam, Setiausaha DUN Abdullah Antong Sabri berkata cadangan Speaker untuk memanggil sidang tergempar itu tidak sah.
Ia tidak boleh diadakan dengan tidak mendapat perkenan Sultan Perak berdasarkan perintah tetap dewan serta undang-undang tubuh kerajaan negeri, tambahnya.
Sivakumar mingggu lalu dilaporkan berkata sidang tergempar itu tidak memerlukan perkenan baginda terlebih dahulu kerana notis 14 hari hanya perlu dikeluarkan dalam keadaan DUN bersidang biasa dan bukannya untuk sidang tergempar.
Semalam, beliau bertegas akan tetap meneruskan sidang tergempar itu - melanjutkan lagi krisis peralihan kuasa di negeri itu yang berlarutan kira-kira sebulan.
Kerajaan BN juga akan memohon perintah injunksi daripada mahkamah bagi menghalang sidang tergempar itu.
"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan