Raja Muda Perlis: Umno/BN jahil perlembagaan

Saya sangat bersetuju dengan titah Raja Muda Perlis, bahawa kejahilan perlembagaan punca kekecohan awam,

Disebabkan kejahilan tersebutlah maka kita dapat lihat kebangangan tindakan dan ulasan daripada pimpinan Umno / BN.Berikut adalah antara nya :


* Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Hilmi Ismail dengan mulut celuparnya telah mengecam dan mengugut Sivakumar bengan berkata, "Kami juga telah lama bersabar dengan sikap biadab dan kurang ajar yang ditunjukkan oleh beliau. Tahap kesabaran rakyat di negeri ini ada hadnya, jangan sampai kami perlu bertindak sendiri," katanya ketika dihubungi di sini


* Tindakan membuat laporan polis terhadap Speaker Sivakumar oleh Pemuda Umno Kubang Kerian

* Tindakan SPRM akan siasat Speaker DUN PerakWalhal Yang Dipertua Dewan tidak boleh dicabar oleh mana-mana mahkamah.Maka nampak sangat jahil dan bebalnya Umno /BN sepertimana titah Raja Muda Perlis kerana tidak memahami peruntukan perlembagaan seperti berikut :

* Perkara 72. Keistimewaan Dewan Undangan.

#

(1) Kesahan apa-apa prosiding di dalam Dewan Undangan mana-mana Negeri tidaklah boleh dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah.

(2) Tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan atau apa-apa undi yang diberikan olehnya semasa mengambil bahagian dalam prosiding Dewan Undangan mana-mana Negeri atau prosiding mana-mana jawatankuasanya.

(3) Tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang disiarkan oleh atau di bawah kuasa Dewan Undangan mana-mana Negeri.

(4) Fasal (2) tidaklah terpakai bagi mana-mana orang yang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen di bawah Fasal (4) Perkara 10 atau atas suatu kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 sebagaimana yang dipinda oleh Ordinan No. 45 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970.

(5) Walau apa pun Fasal (4), tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan olehnya tentang Raja mana-mana Negeri semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding Dewan Undangan mana-mana Negeri atau mana-mana jawatankuasanya kecuali jika dia menganjurkan penghapusan kedudukan Raja itu sebagai Raja berperlembagaan Negeri itu.
#
Rujuk : di sini

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.