Pengerusi GERAK cabar MB Selangor saman

Jika tindakan GERAK untuk menjaga kepentingan rakyat dan mempertahankan integriti dalam pentadbiran kerajaan dilihat sebagai musuh, saya tak tahu nak kata apa lagi. Kalau Tan Sri Khalid (Ibrahim) nak saman saya, saya cabar dia buat demikian.

Itu komen Pengerusi Gerakan Anti Korupsi Malaysia (GERAK), Mohd Nazriee Mohd Yunos mengenai hasrat Menteri Besar Selangor itu untuk menyaman beliau kerana didakwa membuat tohmahan dalam isu kereta Lexus dan lembu korban membabitkan Khalid.


Ketika dihubungi Agendadaily, beliau bertanya, atas asas apa Khalid mahu menyamannya atau GERAK kerana kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu lalu menjelaskan ada bukti kukuh salah guna kuasa oleh Menteri Besar itu.

“Tugas kita serah laporan kepada SPRM berdasarkan bukti dan dokumen yang diperolehi supaya disiasat. Kalau tak betul, SPRM boleh bersihkan dia (Khalid) tetapi setakat ini Ketua Pesuruhjaya agensi itu kata ada bukti kukuh,” katanya.

Menurut Mohd Nazree, beliau tidak akan memberi penjelasan seperti diminta Khalid berhubung isu itu penjelasan dan laporan sudah dikemukakan kepada SPRM.

GERAK sebelum ini memuat aduan meminta SPRM menyiasat kemungkinan Menteri Besar itu salah guna kuasa dalam isu memberi 46 ekor lembu korban ke parlimen Bandar Tun Razak serta penyelenggaraan kereta peribadi Khalid menggunakan wang kerajaan negeri.

“Kita sudah laksana tugas buat tindakan untuk jaga kepentingan rakyat dan pertahan integriti kerajaan negeri tetapi jika ini dilihat seperti musuh, saya tak tahu nak kata apa lagi,” ujarnya.

Beliau turut terkejut dan hairan dengan kenyataan Khalid pda siding media selepas mesyuarat Exco petang Rabu yang dilihat seolah-olah mewakili istana.

“Jika itu kenyataan baginda Sultan dan ianya betul, adalah lebih adil pihak istana keluarkan kenyataan rasmi seperti dalam kes ahli Exco Elizabeth Wong,” kata beliau.

Pengerusi GERAK itu menegaskan, kenyataan Khalid itu boleh ditafsirkan sesetengah pihak bertentangan dengan kenyataan awal Sultan Selangor yang tidak mahu campur tangan kes Elizabeth kerana masih disiasat polis.

Dalam sidang medianya itu, Abdul Khalid menjelaskan, beliau sudah memaklumkan kepada Sultan Selangor bahawa beliau mengikuti proses undang-undang yang telah ditetapkan dalam isu menggunakan kenderaan peribadi sebagai kereta rasmi.

"Mengenai isu derma lembu korban pula, Tuanku Sultan tidak ada apa-apa halangan terhadap usaha sedekah, malah menggalakkan segala usaha kebajikan ini diteruskan dan dipanjangkan kepada kawasan Kuala Lumpur, termasuk Bandar Tun Razak," kata Menteri Besa itu. - 24/2/2009
"

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.