Seminggu ini heboh dengan isu bumiputra dan aparteid yang asalnya bermula bilamana Ketua Pembangkang Dun Johor Dr Boo Cheng Hau(Adun Skudai) mempersoalkan amalan 'bumiputeraisme' atau pemikiran membantu golongan bumiputera yang diamalkan di negeri ini menyamai ideologi aparteid.
Umno menggunakan seluas-luasnya peluang yang ada ini untuk menghentam pembangkang dari Pakatan Rakyat dengan bantahan dari pelbagai pihak.
Rejim apartheid adalah golongan manusia tidak berhati perut. Pribumi Afrika Selatan dijadikan hamba abdi. Hidup mereka ditindas. Tenaga mereka diperah ke peringkat maksimum. Kekayaan negara mereka, terutama sekali berlian, habis dikaut oleh golongan imigran kulit putih. Di bawah dasar apartheid, yang kaya bertambah kaya, yang miskin papa kedana.
Dasar apartheid di Afrika Selatan bermula sejak tahun 1948 dan dasar itu berjaya dihapuskan pada tahun 1994. Kenyataan Dr Boo yang menyamakan dasar bumiputra dinegara ini dengan isu aparteid adalah sesuatu yang tidak boleh diterima oleh banyak pihak kerana dasar aparteid ini lebih tidak bertamadun.
Sebenarnya mesej yang hendak disampaikan oleh Dr Boo ialah perasaan kurang senangnya dengan perkataan hak istimewa bumiputera dan beranggapan semua kaum di negara ini mempunyai hak yang sama dan tidak perlu dibezakan.
Umno selama ini telah menyalahgunakan hak keistimewaan melayu dengan dasar sokongan untuk bumiputra yang lebih banyak mengkayakan kroni dan suku sakat mereka sahaja. Tidak dinafikan ada baiknya dasar bumiputra itu tetapi telah disalah aplikasikan oleh Umno yang kini menunjukkan orang-orang melayu masih jauh tertinggal dengan kaum-kaum lain khususnya kaum cina yang lebih banyak berdikari memajukan bangsa dan ekonomi mereka sendiri.
Dasar aparteid jelas lebih zalim dan tinggi sangat tetapi Umno apa kurangnya telah khianat, bukan sahaja dengan kaum lain malah melayu sendiri telah dikhianati.
Ucapan penangguhan Mesyuarat ke-5, Penggal Persidangan Pertama DUN Johor ke-12, Khamis lepas telah digunakan oleh Umno untuk menghentam DAP kerana mereka telah terlebih dahulu mendapat maklumat notis bertulis sebelum sidang dun ini berlangsung.
Tidak cukup dengan itu semalam Parlimen juga menyaksikan perdebatan isu aparteid dan bumiputra antara Ahli Parlimen DAP-Batu Kawan & BN-Rompin.
Tuan Guru Nik Abd Aziz pula berpandangan biarlah hak istimewa yang dimiliki oleh kaum bumiputera sekarang diberikan kepada golongan miskin tanpa mengira bangsa dan agama, tambahnya dengan cara ini barulah semua rakyat di negara ini dapat dibela.
Apa yang berlaku sekarang ini kononnya telah mengguris perasaan orang Melayu khususnya kerana hak mereka telah dicabar oleh bukan Melayu kerana teguran ini datangnya dari bukan melayu dari DAP pula tu. Kalaulah melayu yang menegur dan ianya datang dari PKR atau PAS apa yang Umno nak bidas lagi....
Umno jangan tipu, jangan khianat...
Layari : http://pasjohorbahru.com
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan