Wanita JIM mahu kerajaan prihatin masalah rakyat

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Hrkh) � Wanita Jamaah Islah Malaysia (JIM) meminta kerajaan prihatin masalah rakyat termasuk tidak menambah bebanan mereka yang sudah tersepit dengan kesan kemelesetan ekonomi seperti menaikkan kadar tol dan harga barangan keperluan terutama makanan.

Menurut Ketuanya, Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj pihak kerajaan dan semua lapisan masyarakat perlu menangani kesan-kesan negatif akibat krisis ekonomi global yang melanda dunia.

Katanya, laporan dan ramalan menunjukkan krisis ekonomi global ketika ini dan yang akan datang lebih meruncing daripada krisis pada 1998 dulu.

Sewajarnya krisis ini menimbulkan kesedaran kepada kerajaan dan masyarakat khususnya wanita untuk mengambil langkah positif bagi menanganinya, katanya dalam satu kenyataan media yang difakskan kepada Harakahdaily.

Beliau menggesa kerajaan memberikan bantuan latihan kemahiran asas kepada mereka yang diberhentikan kerja untuk meningkatkan kapasiti meneruskan pencarian sumber kehidupan dengan cara yang halal dan berkesan.

Menurut beliau, langkah proaktif oleh Lembaga Zakat Selangor dalam memberikan bantuan kewangan kepada mereka yang dibuang kerja perlu dicontohi oleh agensi kewangan lain.

Selain itu, beliau turut berharap pusat komuniti dan tempat ibadah mengadakan sesi kaunseling individu atau berkelompok bagi memberikan sokongan moral kepada individu terbabit. - lanh _

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.