Kerana badut sarkas di SUK, satu dunia ketawakan Perak

" Akibat lawak dinosour yang dilakukan oleh badut-badut sarkas di SUK Perak hari ini satu dunia ketawa terbahak-bahak. Insiden penutupan pintu masuk bangunan SUK yang turut menempatkan bangunan DUN sekaligus menghalang Speaker DUN dan ADUN dari bersidang dalam Dewan. Oleh yang demikian Speaker akhirnya terpaksa bersidang bersama ADUN-ADUN Perak di bawah pokok.

Perkara ini menjadikan Kerajaan Negeri Perak yang dinaungi Sultan Azlan pada masa ini sebagai bahan lawak jenaka dan persendaan diseluruh dunia yang menyaksikan kejadian yang paling luar biasa di abad yang menjulang demokrasi ini.

Malangnya negeri Perak kerana telah dimalukan oleh badut-badut yang berotakkan kepala lutut keldai dan tidak sewajarnya perkara ini dibiarkan terus berlaku. Oleh itu Sultan Azlan digesa untuk membersihkan imej negeri Perak dimata dunia dengan menilai semula keputusan baginda dan membubarkan DUN yang ada sekarang.

Dunia melihat Perak kini sudah tidak gah lagi walaupun bersultankan Tuanku Azlan yang pernah menjadi Ketua Hakim Negara. Membersihkan imej Perak sekaligus membersihkan Imej baginda dimata dunia adalah satu keperluan kini.

Dunia akan menghormati pemimpin yang negerinya ditadbir dengan adil, aman dan sejahtera. Tapi dalam keadaan sekarang, krisis perlembagaan Perak begitu memalukan rakyat dan Sultan.

Sama ada Pakatan Rakyat atau BN, kedua-duanya mempunyai tanggungjawab bagi mengembalikan keharmonian di Perak, maka hak pemerintah sebenar haruslah diserahkan oleh rakyat kepada yang layak melalui pilihanraya semula.

Krisis ini akan berterusan jika Sultan enggan memperkenankan Pembubaran DUN. Mampukah Sultan dan rakyat Perak bertahan? Jika awal Februari lalu Kerajaan Pilihan rakyat boleh dirampas begitu sahaja oleh BN, tidak mustahil institusi beraja di Perak akan runtuh kiranya kemelut ini dibiar berterusan.

Runtuhnya tidak semestinya memperlihatkan Sultan bertukar atau turun takhta. Keruntuhan kesultanan boleh berlaku dengan sendirinya bila mana rakyat sudah hilang keyakinan kepada institusi Raja yang sewajar menjadi pengimbang dan penyelesai bagi setiap konflik yang berlaku dalam negeri.

Justeru itu, gunakanlah peluang yang masih ada untuk sama-sama mengembalikan imej Perak dan juga Kesultanan yang yang ada. Perak wajib bersatu dibawah payung DiRaja dan Sultan wajar membuka mata serta pintu hatinya bagi mendengar permintaan rakyat.

Awal Februari lalu Sultan sudah membuat pilihan mengikut nasihat BN, dan kesannya sudah diketahui kini. Negeri huru-hara jadinya. Oleh itu, kali ini biarlah Sultan dengar pula pandangan rakyat. Bubarkan DUN, itu sahaja kehendak mereka!

"

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.