Sejarah melayu telah mendaulatkan Kesultanan Melayu di Tanah Melayu, apabila di sebut derhaka ini merupakan satu kesalahan yang menyerupai Dosa-dosa besar dalam Islam.Kerana akibatnya boleh dibuang negeri, di sula, dibakar rumahnya, tanahnya di ambil (Kata ini di petik Rahim Tambiii Cik dalam Hujah pada 24/2/09 di TV9)
Derhaka pada Sultan dan Raja-Raja Melayu ini merupakan satu bentuk kesalahan yang amat berat dan implikasinya pada si Penderhaka itu sendiri.Saya pun bersetuju sekiranya ianya di ambil tindakan pada si Penderhaka ini (di buang negeri). Ini kerana kita mendaulatkan Institusi Raja Berpelembagaan dan ianya sudah termaktub pada Rukun Negara yang merupakan ikrar Taat Setia yang patut didukung oleh rakyat jelata.
Setiap kali Solat Jumaat,kita juga sering di ingatkan bahawa Taat kepada ALLAH,Taat kepada RasulNYA,dan kepada Pemerintah dikalangan kamu,dan sekiranya kita berselisih pendapat maka kembalilah kepada ALLAH dan RasulNYA (AL-QURAN & AS-SUNNAH),InsyaALLAH kita akan jumpa jalan penyelesaiannya.
Dalam hal ini,kita sering terlupa @ buat-buat lupa yang bernama insan/manusia ini sering terlupa dan perlu di ingatkan.Dalam FIQH AULAWIYAT atau lebih di kenali sebagai Fiqh Keutamaan karangan Prof Dr Yusof Al-Qardhawi mengingatkan kita sepatutnya menimbang dan menilai dalam 2 situasi sebagai contoh bagi seorang Penda’I sekiranya ia hendak menunaikan Haji,tapi dalam masa yang sama keadaan setempat memerlukan kepada pengislhan dan mengajak kepada ISLAM kerana sekiranya tiada orang yang hendak mengajak kearah kebaikan ini akan menimbulkan kesesatan dan jauhnya masyarakat dengan ALLAH,maka pada itu Penda’I kena menangguhkan Ibadah Hajinya pada tahun itu,kerana ada perkara yang lebih penting dari itu.
Siapa yang berani mengatakan Derhaka pada ALLAH dan RASULNYA itu dibolehkan,sudah tentu jawapannya tiada,kecuali orang yang kafir dan orang yang bersifat kafir ini.Dalam hal ini cuba kita kaitkan Antara Derhaka pada ALLAH dengan Derhaka pada Sultan.Kedua-duanya mesti kita taat selagi mana Sultan itu tidak berlaku zalim dan buat maksiat kepada ALLAH.
Persoalannya kalau Penderhaka pada Sultan dan Raja-raja ini,boleh dijatuhkan hukuman seperti yang di sebutkan tadi,Apa hal pulak Penderhaka kepada ALLAH yang MAHA HEBAT ini,patut di sula,di buang dari dunia ini,di bakar dan di ambil kesemua nikmat yang ALLAH kurniakan kepadanya dan dia kena kembalikan kesemua kurniaan ALLAH kepadanya,adakah mampu lakukan itu semua.
Dalam surah Al-Baqarah ayat 2 selepas ALIF LAM MIM,Zalikal kita bula raiba fihi maksudnya Sesungguhnya kitab ini tiada keraguan terhadapnya..Ini bermaksud kita tidak boleh mempertikai & meragui adakah boleh digunakan @ ambil sebahagian sahaja,yang mana kita suka.Sekiranya kita tidak berapa yakin dengan ini,maka dihukumkan K***R dalam Bab Beriman kepada KITAB.
Dalam bab HUDUD kenapa Pemimpin UMNO,terlalu takut dan B***L hendak memperjuangkannya,malahan mencerca memandang sinis kelompok yang nak melaksanakan HUDUD ini serta mengwar-warkan kepada orang bukan islam,ini bahawa benda ni bahaya dan zalim.Ini merupakan satu penderhakaan yang amat nyata dan jelas lebih besar lagi implikasinya..So UMNO dan juak-juaknya kena fikir sebelum cakap,sekarang hang pa semua kena pulang balik setiap kurniaan ALLAH yang diberikan mata,telinga,kaki,tangan,medula oblongata, dan banyak lagi.cari tempat selain yang ALLAH ciptakan,makan makanan selain yang ALLAH kurniakan,ingat kentut tu pun bukan hang pa yang punya..kat dunia ni kita semua boleh cakapla,tapi di ALAM KUBUR tangan,kaki akan menjadi saksi apa yang kamu kerjakan dalam surah Yasin ayat 64.bertaubatla sebelum mati ni.
InsyaALLAH saya akan tunjukkan bukti betulkah UMNO ini memperjuangkan ISLAM yang sebenar pada siri akan datang,nantikan…yang baik hanya dari ALLAH dan yang buruk itu dari UMNO dan syaitan Laknatullah.(hijau78@yahoo.com)"
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan