Arnaud Dubus - Hati-hati, Takut Nanti Nasibmu Seperti Altantuya!!

" Petang kelmarin malaysiakini melaporkan mengenai Arnaud Dubus, wartawan akhbar Liberation dari Perancis yang mendedahkan penemuan baru kematian Altantuya Shaaribu yang dikaitkan dengan bakal Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak. Wartawan Perancis yang berpengkalan di Bangkok itu juga dikatakan berhasrat mendedahkan kisah pembunuhan wanita itu termasuk berhubung komisyen pembelian kapal selam untuk Kementerian Pertahanan dalam projek bukunya yang akan datang.


Kita tidak tahu sama ada mamat Perancis itu mengenali sejarah dan kehebatan Najib mencatur politik masa depannya. Kita juga tidak tahu sama ada beliau pernah dengar cerita kehilangan Balasubramaniam yang sehingga sekarang tidak diketahui di mana berada. Kita juga tidak tahu sama ada beliau pernah dengar cerita kehilangan ADUN Changkat Jering, Behrang dan Bota yang kemudian didapati selamat bersama Najib.

Semua orang tahu ketiga-tiga ADUN itu selamat di sisi Najib kerana mereka berguna untuk masa depan parti yang dipimpin Najib. Balasubramaniam pula tidak diketahui di mana berada, kerana dia tidak berguna lagi untuk sesiapa. Altantuya pula dikatakan hilang bersama nyawanya sekali kerana dia menjadi gadis yang paling tidak berguna dan merbahaya!

Dan Arnaud Dubus? Seperti Altantuya, dia juga menjadi manusia yang tidak berguna kepada mereka. Bukan saja tidak berguna, malah bahaya!! Bangkok bukan jauh sangat dengan Kuala Lumpur. Jika hendak mengadakan operasi sulit di Bangkok bukan payah sangat. Naik bas dari KL ke Bangkok hanya ambil masa 12 jam saja. Jika naik kapal terbang dari KLIA ke Bangkok pula mengambil masa cuma 2 jam. Sekejap saja... sampailah!

Jika Arnaud selamat di sana, ada pula yang rasa tidak selamat di sini kerana buku mengenai pendedahan kematian Altantuya dan kaitannya dengan pembelian kapal selam akan keluar nanti. Yang kita khuatir ialah mungkin dia akan hilang. Jika hilang seperti Balasubramaniam dikira masih bernasib baik kerana dikatakan masih hidup di sebuah negara antah berantah. Tapi jika hilang bersama bahan peledak C4, nasiblah!

Oleh: pendikar gunung kriang

http://pendikargunung.blogspot.com/
"

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.