Prof ada baca paper, tajuknya “Gantung MB Perak tak sah” , tapi prof tak nak ambil sikap prejudis berkenaan tajuk ini , isi kandungannya , maksudnya dan sebagainya.
Menurut kata Pak Lah “ Pedulikan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar yang ternyata amat teruk dan tidak masuk akal “ ‘‘Ini merupakan usaha terakhir pakatan pembangkang mahu menggulingkan kerajaan BN yang sah di Perak.
‘‘Oleh itu kerajaan negeri Perak (diterajui Zambry) perlu membuat laporan polis kerana apa yang dilakukan oleh Speaker DUN Perak itu sesuatu yang menyalahi atau menolak apa yang telah dilaksanakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak dan perlembagaan negeri,
” Ekoran itu, Zambry digantung dan dilarang menghadiri sidang DUN selama 18 bulan manakala enam Exco pula dikenakan hukuman sama selama 12 bulan.
Abdullah berkata, tindakan Sivakumar itu juga bermotif untuk mengurangkan bilangan wakil rakyat BN dalam DUN menjadikannya daripada 28 kepada 21 ADUN sahaja.
‘‘Ertinya 21 dan kalau ada undi, mereka berharap kemenangan akan berpihak kepada parti-parti dalam pakatan pembangkang. Niatnya tidak ada yang baik, hanya untuk menggulingkan kerajaan BN yang diwujudkan,” katanya.
Ulas sikit
Tak tau lah Pak Lah pakai undang – undang mana , bagi mengatakan tindakan dia dan najib kat perak tu sah ???
Semua rakyat dah pening , keliru dan huru hara sekarang ni
Dek kerana nafsu seorang dua pemimpin umno , Negara akan terus berada dalam keadaan krisis berpanjangan sehingga PRU13 nanti , dan mungkin juga disambung lagi selepasnya , krisis politik , krisis ekonomi , krisis social dan lain – lain
Kalau betul – betul dibaca tajuk paper ni , “Gantung MB Perak tak sah” , lebih baik dan ada baiknya rakyat gantung saja Pak Lah dan Najib yang dikatakan mencetuskann suasana tidak selesa , aman dan damai sehingga kini
Setuju tak ???
Ya , kalau dengan menggantung
mb dan exco tidak tepat , ada baiknya gantung saja Pak Lah dan Najib , tidak lupa juga Mahathir dalam PRU-13 nanti.
Mereka ini lah punca kepada segala masalah di malaysia hari ini
Berilah peluang untuk rakyat Malaysia hidup seperti rakyat di sebuah Negara yang merdeka.
Rujukan "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan