SWAT, 20 FEB - Sufi Muhammad, salah seorang pemimpin Taliban Pakistan yang mengadakan rundingan damai dengan pemerintah menyatakan bahawa dia menyokong penerapan hukum Islam di seluruh dunia.
Kenyataan itu dinyatakan Sufi Muhammad dalam rangka kempennya 'Penegakkan Syariah Islam di Swat'. Sufi tiba di Swat pada hari Selasa setelah mengadakan kempen damainya di sekitar wilayah Dir.
"Kita membenci demokrasi," kata Sufi Muhammad kepada ribuan pendukung penerapan hukum Islam di Mingora. "Kita menginginkan penerapan Islam di seluruh dunia. Islam tidak mengizinkan demokrasi atau pilihanraya."
"Semenjak dari awal, saya melihat bahawa demokrasi adalah satu sistem yang dibuat dan digunakan oleh orang kafir. Islam tidak mengenal demokrasi atau pilihanraya," kata Sufi Muhammad kepada agensi berita Deutsche Presse, sehari sebelum perjanjian Malakand ditandatangani.
"Saya percaya bahawa pemerintah Taliban adalah sebuah bentuk negara Islam yang kukuh, sebuah contoh ideal untuk digunapakai oleh negara Islam yang lain."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan