TKO akan pindah sebahagian server

Saya seringkali ditanya oleh pengunjung laman ini berhubung dengan masalah server TKO yang kerap kali mengalami gangguan. Satu penjelasan yang agak terperinci perlu diberikan dan saya juga sepatutnya memaklumkan secara berkala melalui ruang webmaster ini, tapi oleh kerana kesuntukan masa penjelsan tidak dibuat dan rata-tara pengunjung tidak mengetahui masalah sebenar.

TKO mempunyai 3 server sendiri yang berada di Putra Jaya. TKO tidak mengalami masalah pada resource tetapi mengalami masalah pada bandwith. Masalah bandwith menjadi isu di Malaysia kerana harganya masih tinggi berbanding luar Negara.

Fontpage TKO juga tidak mencirikan satu laman pemberitaan kerana terlalu banyak grafik. Muka hadapan ini sahaja telah memakan bandwith yang agak tinggi khusus imej iklan. Walaupun syarat kepada pengiiklan, saiz setiap banner iklan tidak melebihi 200kb tetapi ada banner yang sampai 900kb. Iklan tidak boleh dikeluarkan kerana pembelajaan pengendalian server yang agak tinggi dan tabung server tidak mampu menampung kos ini.

Saya pernah berusaha untuk memantapkan TKO dengan mempromosikan “Kemaskini setiap 30 minit” dan TKO 24 jam. Idea ini adalah merupakan cabaran saya kepada orang baru dalam TKO yang masih muda berbanding saya yang sudah tua dan sepatutnya telah bersara. Idea ini gagal bukan kerana saya tak mampu meneruskannya tetapi server TKO tidak boleh menampung idea ini. CSS PHPNuke juga menjadi masalah, database mengalami bugs dimana banyak kali laman TKO menjadi ter’reset’ dan pengunjung tidak boleh membaca berita & berforum.

Admin TKO juga pening untuk mengatasi masalah ini, walaupun kita sudah mengenalpasti masalah ini berpunca daripada Schedule News yang dilakukan. Saya memang rasa kecewa atas perkara ini kerana TKO baru sahaja nak mengorak langkah kepada operasi 24 jam di mana semua pengujung boleh mendapat berita bila masa sahaja.

Operasi 24 jam juga bertujuan mengatasi masalah lempahan artikel yang diterima. TKO menerima lebih daripada 80 artikel sehari. Bayangkan kalau dikemaskini secara biasa sekitar 40-50 artikel sahaja dapat dikemaskini. Yang lain tertinggal, esok datang artikel baru lagi, akhirnya ada artikel yang tidak tersiar.

Kami juga tahu ada beberapa orang penulis telah meninggal TKO dengan membuat anggapan kami tidak menyiarkan artikel beliau. Harapan & prinsip TKO menyiarkan apa sahaja, masih menjadi trade mark dan Insya-Allah akan kekal selagi mana TKO masih wujud.

Satu idea penyelesaian kepada kemulut ini ialah memindahkan sebahagian server kami ke tapak baru. Tapak baru ini juga akan meyelesaikan masalah tko.fm (web radia & tv) dan bandwith. Sewa rack server 4U sekitar RM1000 sebulan. Sewaan sebelum ini yang telah menjadi tanggungang kami ialah RM600 dan RM 350 sebulan. Jumlah sewaan semuanya sekitar RM1950 sebulan. Ini hanya sewaan sahaja tak masuk kos lain.

Bila pindah server, masalah baru ialah kena beli satu lagi server khas (sekitar RM5000 - RM8000) untuk firewall. Ini fikir kemudian..

Kami telah buat keputusan, kami akan server tapak baru dengan kos RM1000.00 sebulan mulai bulan ini, Mac 2009. Pasal duit?? Anda semua boleh menjawab...

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.