Proton Exora bukan nama tumbuhan????

" Tahniah kapada pihak proton kerana telah berjaya mencari nama baru kepada model mpv nya yang dinamakan proton exora. nama ini dipilih daripada penyertaan peraduan menamakan mpv proton yang diadakan tahun lepas.

semasa sidang media mengumumkan nama proton exora, secara sedar atau tidak ceo nya mengatakan nama ini dipilih kerana ianya mengambarkan bunga siantan yang mekar.

sedangkan dalam syarat penyertaan telah dinyatakan pemberian nama tidak boleh mengambil nama tumbuhan atau haiwan (sila rujuk syarat di bawah).

selepas 2 hari, pihak proton mengeluarkan kenyataan bahawa nama exora tidak wujud dan bukanlah merujuk kepada bunga siantan. mengikut carian daripada enjin pencarian google, apabila ditaipkan exora maka akan dipaparkan laman web yang berkaitan bunga exora yang bermakna bunga siantan. jadi persoalannya d sini, fakta manakah yang betul? adakah pihak proton sendiri yang terlepas pandang mengenai nama exora yang jelas sekali bercanggah dengan syarat-syarat penyertaan peraduan tersebut. Bagaimana pula pendapat anda???

Penyertaan hendaklah sama ada dalam bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris dan mestilah:- - Tidak diambil daripada mana-mana nama binatang atau tumbuh-tumbuhan; - Tidak mengandungi bahasa kasar atau kesat atau membawa konotasi tidak baik, seperti "Bodoh"; - Boleh diterima secara komersial, contohnya "Proton Waja"; - Mudah disebut, contohnya, "Proton Waja"; - Mudah difahami dan dikenali oleh rakyat Malaysia; - Tidak digunakan oleh mana-mana Pembuat Peralatan Tulen dalam bidang Pengangkutan (OEM), sama ada tempatan atau luar negara, pada tarikh 08/09/2008; - Mempunyai maksimum tiga [3] suku kata sahaja."

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.