Bolehkah Akhbar Perdana Diboikot?


" Seringkali penyokong PR menyarankan agar akhbar perdana malaysia seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian diboikot atas alasan sering kali memutarbelitkan fakta dan menyiarkan kandungan berita yang berat sebelah. Bagi penyokong BN pula, mereka berpendapat ahkbar Harakah dan Suara Keadilan sentiasa menghentam setiap tindak tanduk kerajaan. Bagi mereka yanag diatas pagar pulak sering memikirkan "pihak mana yang betul?"

Sebagai pembaca yang berpengetahuan terbuka, sesuatu isu yang melanda Malaysia perlulah didengari dari perbagai sumber. Ini bagi mencari titik persamaan dalam kebenaran sesuatu berita yang diterima. Sebagai contoh: Adakah boleh diterima bulat-bulat sekiranya mengatakan MB Perak Dato' Nizar sebagai penderhaka? Ini apa yang digambarkan dari Media Perdana. Apabila membaca Harakah, isu yang sama mengambarkan bahawa Dato' Nizar menggunakan bahasa istana Sembah Derhaka yang membawa maksud tidak bersetuju.

Disini satu kejadian yang sama diberi dua fahaman yang berlainan berdasarkan pihak yang melaporkan kejadian. Sebagai pembaca maka adalah perlu untuk mencari titik persamaan kejadian. Disinilah intenet memainkan peranan dengan memberikan tafsiran sesuatu peristiwa berdasarkan pendapat ramai. Apabila ramai pihak memberikan pendapat masing-masing, barulah kisah sesuatu kejadian itu nampak dimana rasional dan kebenaran. Maka para pembaca bolehlah membuat keputusan untuk mempercayai pihak yang dirasakan benar.

Bolehkah diboikot akhbar perdana? Memang boleh, namun kesan yang diwujudkan tidaklah sebenar mana. Ini kerana hampir semua jabatan kerajaan membeli akhabar perdana utk dijadikan bacaan rasmi pejabat. Orang awam juga masih lagi suka dengan akhbar perdana, terutama berita hiburan dan yang paling penting ialah Keputusan Nombor Ekor.

Namun tindakan boikot cuma akan memberikan sedikit impak kepada jualan akhbar perdana. Syarikat akhbar tetap akan untung sekiranya Barisan Nasional masih memerintah. Kerajaan tetap akan menyokong akhbar perdana walau seteruk mana jumlah jualan."

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.