Andainya Tiada peralihan PM selepas Mac ini.

" Lewat tengahari tadi 3 . 3.2009 ketika membaca berita terkini dari laman web kegemaran, terbaca satu berita bertajuk :Perintah injunksi jika pemilihan Umno tidak ditangguh .Berita ini agak menggemparkan juga kerana sehingga semalam Perdana Menteri Abdullah Badawi masih mengesahkan akan ada peralihan kuasa pada mac tahun ini.(walaupun tarikh sebenar belum ditetapkan).

Sehari sebelum itu juga ahli Parlimen Besut, Datuk Dr Abdullah Md Zin telah dilantik sebagai penasihat Agama kepada Perdana Menteri.Dr Abdullah Md Zin sebelum PRU 12 adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri.


Apa yang menjadi tandatanya( mungkin hanya saya) kenapa dalam tempoh tidak sampai sebulan tarikh perhimpunan agong Umno yang dijangka kan pada tarikh tersebutlah Pak Lah akan serahkan jawatan PM kepada Mohd Najib Razak, Pak lah boleh melantik seorang Penasihat Agama yang baru?Kenapa tidak ditunggu 3 minggu sahaja lagi, untuk diserahkan kepada PM baru bertindak memilih pengganti Penasihat Agama PM yang lebih sesuai dgn diri beliau.

Semestinya dan umum sedia maklum, sekiranya perhimpunan agung umno ini berjaya ditangguhkan sudah pasti pelan peralihan kuasa antara PM dan TPM juga tertangguh dengan sedirinya.
Kalau ini berlaku alangkah kecewanya para individu yang sudah merancang, menyusun arahtuju kedudukan kabinet serta kepimpinan peneraju negara ini nanti.
Mohd Najib sudah tentulah merupakan insan yang paling kecewa.Rancangan beliau mengelirukan rakyat Perak dengan penuh hina juga tidak membuahkan sesuatu yang baik, malah menyerlahkan lagi tembelang dan temberang seorang bakal Perdana Menteri.

Kini Mohd Najib sekiranya berhajat sangat untuk menjadi PM dan sememangnya beliau sangat berhajat.Apa yang pasti jika pelan peralihan ini tidak berlaku pada mac 2009 ini, ruang dan peluang Najib untuk untuk mendiami Sri Perdana amat tipis atau semacam sudah tertutup terus maka hanya ada satu lagi tindakan yang boleh diambil oleh Najib untuk merealisasikan hasrat besar beliau itu.Najib mestilah menggunakan panduan yang sama seperti yang telah beliau laksanakan di negeri Perak.Mungkin nampak hina dan lucu, tapi inilah cara terbaik buat beliau.



Beliau memastikan ahli Parlimen BN sudah cukup untuk menyokong beliau, kalau tidak cukup beliau boleh merancang sepertimana yang berlaku terhadap Adun Cangkat Jering dan Adun Behrang.Setelah proses tersebut selesai dan beliau yakin dengan sokongan ahli Parlimen BN yang ada berpihak kepada beliau dan jika masih juga tidak cukup Najib boleh lakukan juga seperti Adun Bota dengan mempelawa ahli Parlimen Pasir Mas Datuk K.Ibrahim Ali untuk menambahkuat lagi sokongan terhadap beliau.

Setelah beliau yakin dengan sokongan tersebut, beliau boleh lah memohon mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulai Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan mempersembahkan bahawa beliau sudah mendapat sokongan dari majoriti ahli Parlimen dan telah bersedia untuk mengangkat sumpah selaku Perdana Menteri Malaysia ke 6.Beliau boleh lah menjadi PM sekiranya DYMM Agong memperkenan persembahan beliau itu walaupun dalam keadaan PAk Lah masih tidak melepaskan jawatan PM . Ini lah jalan yang terbaik bagi Najib, jalan dan langkah yang sama beliau lakukan di Perak.Sementara itu Muhyiddin Yassin yang sudah mengaku bahawa beliau adalah pilihan Najib, boleh lah mengangkat Sumpah sebagai TPM bagi mengisi jawatan tersebut yang telah dikosongkan oleh Najib.

Selamat mengangkat sumpah Untuk Mohd Najib Razak sebagai PM Malaysia yang baru.

http://penawarrinduku.blogspot.com

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.