Kerajaan BN Perak di ambang kehancuran- Part 2



" Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai Tuhan Yang mempunyai Kuasa pemerintahan! Engkaulah Yang memberi Kuasa pemerintahan kepada sesiapa Yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah Yang mencabut Kuasa pemerintahan dari sesiapa Yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga Yang memuliakan sesiapa Yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah Yang menghina sesiapa Yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya Segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. ( Al Imran : 26)

Setelah melalui permaidani merah untuk mengambil alih tampok pemerintahan Kerajaan Negeri Perak Darul Ridwan, kini kerajaan BN Perak menghadapi halangan besar di penghujung jalan.

Mereka umpama sedang melalui sebuah terowong gelap yang tiada jalan keluar. Jalan keluar alternatif tidak ada melainkan memecahkan terowong tersebut. Mereka boleh meletupkan sendiri, atau meminta orang luar untuk memecahkannya. Natijahnya tetap sama, mereka semuanya akan hancur!

Apabila MB baru dan barisan exconya dikenakan tindakan penggantungan antara 12 bulan dan 18 bulan berkuat kuasa serta-merta dari menghadiri Sidang DUN oleh Speaker DUN, pelbagai perkara boleh berlaku kerana bilangan ADUN dari Barisan Nasional dalam DUN Perak akan berkurangan dalam tempoh penggantungan itu.

Kali terakhir DUN Perak bersidang ialah pada 13 November 2008. Mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Perak, dewan mestilah bersidang dalam masa setiap 6 bulan. Jika tiada sidang dalam tempoh itu, DUN secara automatik akan terbubar. Maka paling tidak bulan April nanti sidang DUN perlu di adakan. Sultan perlu memperkenan sidang DUN di adakan pada masa itu.

Jika keputusan Speaker tidak dapat dicabar dalam tempoh itu, DS Nizar secara mudah akan mendapat undi majoriti sidang DUN. Ini adalah kerana Zambry dan 6 orang exconya tidak dapat mengundi dan 3 orang ADUN lompat pula telah dianggap meletak jawatan. Kedudukan pada masa itu ialah 28 PR - 21 BN

Maka Pakatan Rakyat boleh memilih untuk membuat usul membubarkan DUN atau membentuk kerajaan baru.

Jika BN ingin menamatkan laluan gelap di dalam terowong itu, mereka boleh meminta bantuan luar membubarkan DUN.

Saluran lain yang boleh di ambil oleh BN ialah mencabar kesahihan tindakan speaker. Mengikut peraturan Speaker DUN berhak menggantung serta melarang menteri besar Perak dan enam exco kerajaan negeri itu daripada menghadiri sidang dewan sekiranya mereka melanggar peraturan dewan.

Dewan yang mulia masih lagi mengiktiraf DS Nizar sebagai MB kerana tiada usul yang diluluskan untuk menolaknya dan tiada surat perletakkan jawatan diterima. Apabila BN mengangkat MB baru, jelasnya mereka mengenepikan kuasa Dewan.

Perkembangan permohonan DS Nizar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga perlu diberi perhatian. Walaupun ada 3 isu yang perlu diselesaikan Isnin ini, permohonan DS Nizar supaya responden dihalang daripada menjalankan tugasnya sebagai MB sehingga mahkamah memutuskan sebaliknya akan membuatkan Zambry menjadi MB pada nama. Paling membimbangkan kem kerajaan BN ialah jika keputusan yang tidak menyebelahi mereka. Zambry akan tercatat sebagai MB paling singkat dalam sejarah Kerajaan Negeri Perak.

Sama-sama kita saksikan episod seterusnya.

http://rajasedaka.wordpress.com

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.