Khabarnya hari ni , sudah ada maklumat yang keluar dari pejabat MB Selangor , mengenai kemungkinan berlakunya ”salah rekod” di pejabat PNSB , yang mengakibatkan satu angka yang besar sejumlah RM 17 juta dicuri [ tetapi dalam berita tu dikatakan penerimaan bayaran oleh seorang individu ] oleh bekas MB terdahulu dari parti umno.
Tapi yang tak sedap tu urus niaga berlaku di Kota Suci Mekah , tempat dimana umat islam mencari keberkatan di atas segala amalan yang dilakukan , ibadat , perniagaan dan sebagainya
Lagi tak seronok , dalam siaran akhbar tu , disebut nama individu berkenaan sebagai ’Khir Toyo , ’ dengan keterangan urusniaga mencatatkan Resolusi Pengarah PNSB bertarikh 14 September 2007 hanya meluluskan pembelian lima unit kediaman berjumlah RM8,352,427.66 sedangkan rekod PNSB menunjukkan sejumlah RM25,603,545 telah dibayar ke akaun individu di Arab Saudi dari 17 September hingga 19 September 2007.
Catatan
Pada peringkat ini adalah tidak elok dibuat sebarang tuduhan ke atas penama ’Khir Toyo’ , akan kemungkinan beliau adalah individu terlibat dalam ’salah rekod’ di pejabat PNSB tersebut.
Hingga kini , selagi perkara ini tidak diputuskan sebagai ada kes dan disabitkan kes di mahkamah , ’Khir Toyo’ tidak harus dilihat bersalah.
Tidak wajar sama sekali Khir Toyo dijadikan sebagai subjek dan sasaran dalam kesilapan merekod butiran urusniaga di atas , kerana semua penyediaan dokumen dibuat oleh Bahagian Pentadbiran , Bahagian Kewangan dan mungkin juga Pejabat Menteri Besar.
Beliau hanya terlibat dalam peringkat akhir sahaja , iaitu menandatangani dokumen – dokumen berkenaan tadi.Itu kata Khir Toyo lah !!!
P/S
RM 17 juta ??? Apa ??? RM 17 juta je ??? Tak banyak pun. Sikit je !!!
Tak kan banyak tu pun kau orang nak bising.
Tengok dan cuba check yang Najib , Pak Lah , KJ , dan lain – lain sedekah kan kat kaum kerabat dan sahabat handai , lagi banyak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan