Bagaimanapun beliau berkata, mereka tidak melakukan sebarang kesalahan kerana hadir di situ untuk membuat laporan polis dan tidak berniat untuk melakukan kesalahan atau kekecohan. { sini }
Takkan nak buat laporan polis sampai 300 orang? Bayangkan rumah anda didatangi oleh 70 orang pemuda dan pemudi yang hanya untuk menjual penapis air, adakah anda buka pintu atau menelefon polis? Tentu kalian takut dan menelefon polis.
Dei Macha, tak salah nak buat laporan polis mengenai Uthaya tu, tapi pada-padalah dengan kuantiti orang yang berhimpun. Perlu kah sampai 300 orang?
Rasanya, kira nasib baik polis siram air. Buatnya ditembaknya dengan bom berangkai? Tak ke haru.
Polis pun, buat lah kerja. Mungkin dek kerana Polis tidak memberi layanan dan siasatan sewajarnya dengan 1 (satu) laporan polis yang mereka buat, maka mereka merasakan dengan beratus-ratus laporan polis, baru polis buat kerja dan buka mata kot?
Ia bukanlah persoalan siapa salah dan siapa yang betul. Ia adalah persoalan persepsi pihak kedua iaitu persepsi penyokong Uthaya terhadap PDRM dan persepsi PDRM terhadap perhimpunan dan perarakan yang berkuantiti besar. Walaupun niatnya baik, kalau persepsi pihak kedua songsang pun, tidak boleh juga.
Maka, rugilah Malaysia dengan beribu-ribu liter air yang terbazir begitu sahaja dan terbazirlah masa penyokong Uthaya dengan disiram air tanpa dapat mencapai hajat dan tujuan.
Persoalan di benak, apahal si Gobind ni pula yang menyibuk di Balai Polis tersebut? Gila populariti ke?
Saya tidak faham, setiap kali masyarakat India buat laporan polis, kena tangkap. Hantar memorandum dan bawa bunga pun kena tangkap, kenapa?" katanya.
Harimau rasa, hanya geng Hindraf je yang kerap kena tahan. Bukannya semua masyarakat India. Mungkin Gobind ni perlu disiasat di bawah akta Hasutan kerana membuat keterangan berbaur hasutan. Yelah, mungkin kenyataan beliau boleh membakar kemarahan kaum India dan menjana kekusutan antara kaum nanti?
Pelik juga bila peguam dalam UMNO seperti Rais Yatim dan Razali Ibrahim macam si bacul kalau berdepan dengan Karpal dan konco-konconya. Adakah sijil lawyer mereka hanya sijil beli atau sijil kopi-O? Adakah mereka lebih kurang upaya dari Karpal? Atau Melayu memang ketandusan peguam-peguam hebat yang mampu menjadi jaguh di dalam ruang lingkup perundangan Malaysia? Wallahualam.
Takkan nak harap Ghani Patail yang kalah bertarung isu Pulau Batu Putih? Bukankah beliau dikatakan hebat hanya apabila kes-kes yang diterimanya melibatkan Anwar, bontot dan lubang mencirit? Itu persepsi orang bawah. Tuan Ghani jangan marah.
Apapun, berfikirlah sebelum berhimpun kerana semua orang tahu bahawa air dan gas pemedih mata hanya HARAM buat ahli UMNO. Itu apa yang Harimau tafsir dari kenyataan Anwar.
Hendak buat laporan untuk mempertahankan rakan mereka di Kemunting ditangkap. Jadi, nampak polis ini macam alat atau ketua cawangan Umno,” kata ketua pembangkang itu. {sini}
Pelik juga apabila semua benda yang tak elok dikaitkan dengan UMNO.
Sebut Rasuah, orang ingat UMNO.
Sebut Skandal Seks, orang ingat UMNO.
Sebut Lompat Parti, orang ingat ADUN UMNO.
Sebut Derhaka, orang ingat UMNO.
Sebut Liwat...Haaa..yang ini saja orang tak ingat UMNO. Ingat siapa? Fikirlah sendiri!
http://harimau-menaip.blogspot.com/
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan